Bab-37: Ancestor

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SATU juta tahun yang dahulu...

"Erina! Tunggu aku! Kau dekat mana ha?" laung seseorang memanggil empunya nama Erina.

"Sini! Camylia, cepat lah!" sahut Erina dari jauh.

Camylia mengeluh perlahan apabila dia melihat Erina yang tekun mengikat bunga-bungaan menjadi bulatan.

"Pakai ni! Wah, Lia! Cantik lah Lia pakai mahkota bunga ni!" Erina tersenyum lebar.

Camylia yang tadi hanya menunjukkan ekspresi datar mula tersenyum lebar. Tiada siapa boleh menolak kecomelan Erina!

"Sudah lah tu. Jom lah balik. Sampai bila kau mahu bermain disini, Tuan Puteri. Hmm?" Camylia memberikan riaksi mendatar. Saja ingin menakut-nakutkan Erina.

Erina menyelitkan sebahagian rambut putihnya yang terjuntai ke telinga.

"Sekejap lah, Lia. Kau kan sahabat aku. Jom lah teman aku main." Erina membuat muka comel. Camylia sekali lagi mengeluh tanda kalah. Kalau lah dia lelaki, Camylia sanggup menolak semua gadia dan memilih untuk berkahwin dengan Erina.

"Pakai ni." Camylia mencabut tiara bunga yang dipakaikan oleh Erina di kepalanya tadi lalu meletakkan ke atas kepala Erina.

"Hehe." Erina tersenyum lebar. Pakaiannya yang berwarna putih menyerlahkan kecantikkan Erina ditambah lagi dengan warna rambutnya yang putih bersih bak bunga melur.

Camylia pula berambut hitam, namun wajahnya yang cantik memberikan kontra kepada penampilannya.

Wushh!

Tanah mula dipenuhi dengan daun yang ditiup dari satu tempat.

"Lily!" jerit Erina. Phoenix merah mula bertukar rupa kepada manusia. Lily merupakan penjaga kepada Erina. Lily menundukkan kepalanya hormat kepada Camylia apabila mereka bertemu mata.

"Terima kasih kerana tolong lihatkan Tuan Puteri Erina," ujar Lily kepada Camylia. Camylia hanya mengangguk perlahan.

"Tidak mengapa. Kami kan sahabat baik dari kecil lagi." Camylia dan Erina ketawa serentak. Erina seorang gadis yang ceria dan suka bermain-main. Manakala Camylia matang dan tidak suka permainan. Hanya untuk Erina sahaja Camylia sanggup bermain bersama.

"Tuan Puteri, Raja dan Permaisuri titahkan Tuan Puteri Erina untuk pulang ke Istana." Lily menunduk kepalanya kepada Erina.

"Baik lah. Lia, nanti kita jumpa lagi ya?" Lily bertukar bentuk dirinya menjadi burung Phoenix dan menjatuhkan sayapnya bagi memudahkan Erina untuk menaiki ke atas belakangnya.

"Okey." Camylia hanya menjawab sepatah. Dia hanya menghantarkan pandangan melihat Phoenix dan Erina berlalu pergi.

Beberapa hari kemudian....

Seekor Phoenix terbang ke arah Camylia dan terus berubah menjadi manusia.

"Lia! Kau ada lihat Tuan Puteri Erina dimana-mana kah?" soal Lily dengan tergesa-gesa.

"Erina? Tidak pula. Mengapa?" soal Camylia dengan pelik.

"Habis lah, Tuan Puteri hilang! Dia melarikan dirinya semalam!" jerit Lily diakhir ayatnya.

"Apa?" Camylia terkejut. Mengapa seseorang yang ceria seperti Erina ingin bertindak untuk melarikan diri daripada Istananya?

"Boleh kah kau terangkan pada aku? Apa yang berlaku sebenarnya?" tanya Camylia. Lily mengeluh perlahan. Dia merasakan dirinya gagal sebagai penjaga Erina.

"Begini. Dua hari yang lepas Erina dijkdohkan dengan seorang Putera daripada Kerajaan Kegelapan. Erina tidak mahukannya. Kami tidak tahu bila dan bagaimana Erina menyelinap keluar melarikan dirinya," ujar Lily dengan gelisah.

"Mereka kata Putera tersebut sangat kejam dan tidak berhati perut. Tiada siapa pernah melihat wajah Putera tersebut. Dan tiada siapa pun tahu dimana Putera itu berada sekarang." Lily menyambung lagi.

Camylia menggepalkan tangannya. Sudah kenapa Kerajaan gelap itu mahukan Erina?

"Mari cari Erina bersama-sama." Lily mengangguk lalu mengikuti Camylia daripada belakang.

Satu hari yang lepas....

Erina perlahan-lahan menyelinap keluar daripada Istana dengan menggunakan jalan bawah tanah. Pintu keluar daripada jalan tersebut terletak di tengah hutan.

Erina berjalan dengan perlahan di tengah-tengah hutan. Hanya cahaya bulan dan bintang berserta cengkerik sahaja yang menemaninya.

Tidak sehingga dia mendengar satu hembusan nafas yang kuat. Erina mencari sumber bunyian tersebut. Bunyi hembusan tersebut membawanya ke pintu gua yang gelap.

Tanpa bersoal banyak, Erina memasuki gua tersebut.

"Hello? Ada sesiapa kah di dalam gua ini?" soal Erina. Suaranya bergema beberapa kali.

Langkah Erina terhenti dihadapan satu gergasi bersisik dan bersayap. Wajahnya kelihatan bengis.

"Apa kau lakukan disini? Ini bukan tempat kau," katanya.

"Awak... Siapa?" soal Erina yang menghiraukan soalan dari gergasi itu.

"Aku Naga. Kau mahu jadi makanan aku? Tidak selera aku lihat kau yang bertulang." Naga itu menghembuskan nafasnya dengan kuat.

"Hey, Naga. Aku pun tak hingin lah menjadi jamuan kau. Fikir aku tiada masa depan kah?" Erina melipat kedua tangannya ke dada. Cara percakapannya juga berubah.

"Huff! Bagaimana kau menjumpai tempat ini?" soal Naga itu kembali.

"Takdir mungkin," jawab Erina, laju.

Naga itu berpaling ke arah Erina. "Karl. Nama aku Karl."

Erina terdiam seketika. "Aku Rin."

Suasana persekitaran sunyi untuk beberapa minit.

"Kau tidak mahu pulang?" soal Karl si Naga. Erina menggeleng.

"Aku tidak mahu. Ayahnda mahu jodohkan aku dengan putera dari kegelapan. Aku marah mereka. Aku jahat sebagai anak yang baik." Erina menundukkan kepalanya.

Karl mendepakan sayapnya menarik Erina mendekati kepadanya.

"Mengapa? Bukankah berkahwin dengan Putera itu impian kesemua gadis?" soal Karl. Erina sekali lagi menggeleng.

"Aku takut. Semua orang kata Putera itu jahat dan kejam. Bagaimana aku menjadi mangsa dera dia nanti? Aku pun mahukan kebebasan." Suara Erina mendatar.

Karl terdiam seketika.

"Karl, kenapa kau berada disini? Maksud aku, ini kerajaan Ayahnda aku. Bagaimana kau boleh ada disini? Aku tidak pernah dengar satu pun perkara tentang kau selama ini." Erina mula pelik. Hembusan nafas Naga kedengaran sekali lagi.

"Aku cedera."

Erina memberikan riaksi terkejut. "Boleh aku rawatnya?"

Naga itu ketawa. "Bisa kah kau? Hanya orang tertentu sahaja yang bisa merawat si Naga seperti aku," ujar Karl dengan bongkak.

"Kata kan sahaja apa yang boleh aku lakukan." Erina berkata dengan yakin.

"Kau perlukan satu korban nyawa dan satu darah Phoenix."

Erina tersentak.

"Mustahil bukan? Lupakan sahaja. Pulanglah kau ke tempat kau." Karl menyorokkan kepalanya disebalik sayapnya.

"Tak. Tak mustahil. Kau bertemu dengan orang yang betul. Aku merupakan keturunan darah Phoenix." Erina tersenyum.

Karl melihat Erina semula. Dia tidak mahu beritahu gadis itu bahawa dia merupakan manusia biasa. Tanpa disedarinya, Karl mula jatuh hati kepada Erina walaupun mereka hanya bertemu beberapa minit yang lalu.

"Terpulanglah pada kau," kata Karl lalu berpaling menghadap dinding.

"Hey pandang lah sini." Erina mengintai.

"Kau mahu lihat rupa manusia aku?" soal Karl. Laju Erina mengangguk.

Tanpa berlengah, Naga itu bertukar rupa. Menjadi seorang jejaka tampan. Kulitnya putih, bibirnya merah. Tidak lupa juga dengan iris matanya yang turut berwarna merah delima. Rambut hitamnya mengingatkan Erina kepada Camylia.

"Kejam betul dunia ini ciptakan manusia kacak seperti kau menjadi Naga hodoh." Erina berkata dengan melulu membuatkan wajah Karl memerah.

"Puas hati kau?" tanya Karl. Erina memeluk tubuh Karl daripada belakang.

"Mhm!" Erina melepaskan pelukannya.

"Tapi seriuslah kau tak mahu keluar daripada gua ini?" soal Erina.

"Bukan aku tidak mahu. Aku tidak layak berada diluar sana. Manusia sangat kejam. Aku hanya hidup untuk dibenci."

Erina tersenyum tawar. "Betul lah tu. Manusia kejam. Mereka hanya lakukan sesuatu demi kepuasan mereka."

"Its weird to hear that from someone else," kata Karl diikuti ketawa.

"I can even say I love you if you want." Erina nendekatkan wajahnya kepada Karl. Karl menolak wajah Erina menjauhi dirinya. Bahaya!

"Ini tidak bagus. Kau akan berkahwin dengan Putera Raja. Aku hanya gelandangan."

"Gelandangan yang kacak?" Galak Erina mengacau Karl.

Selama dua hari Erina bersama Karl, mereka sudah bertukar-tukar banyak cerita.

"Kau tunggu ya." Erina berjalan menjauhi Karl. Dia cuba berinteraksi dengan Lily.

"Lily!" Sang Phoenix muncul dihadapannya setelah Erina memanggilnya.

"Tuan Puteri! Kemana Puteri pergi? Semua orang mencari Tuan Puteri! Camylia pun! Dimana kita sekarang?" Lily memerhati segenap ruangan kemudian terhenti ke arah tubuh Naga. Karl sudah menukarkan rupa bentuk dirinya kepada Naga kerana rupa manusia memerlukan tenaga yang banyak untuknya.

"Siapa itu?" soal Lily.

"Itu Naga. Namanya Karl." Erina menunjuk ke arah Karl.

"Lily... Rin nak rawat dia. Tapi ianya perlukan satu korban nyawa dan darah phoenix. Boleh kita bantu dia?" Lily tersentak dengan permintaan Erina. Maksudnya Erina mahu mengorbankan dirinya demi Naga yang baru dia jumpa? Tidak mungkin!

"Tidak boleh! Tuan Puteri sudah hilang akal kah? Tuan Puteri mahu mengorbankan nyawa? Nanti Ayahnda dengan Bonda Tuan Puteri mahu kata apa? Apa Lily mahu jawab dihadapan mereka?"

Buat pertama kalinya Erina melihat Lily marah.

"Rin cuma... berfikir apa yang boleh Rin cuba untuk bantu. Selama ni semua orang bantu Rin. Rin pula seperti tunggul tidak mampu berbuat apa-apa. Daripada Rin terseksa selepas berkahwin dengan Putera itu, baik Rin pergi sahaja." Erina tersenyum tawar.

Lily pula hanya memgeluh. "Baik lah. Asalkan Tuan Puteri tidak menyesal dengan perbuatan Tuan Puteri sekarang."

Erina tersenyum lebar. "Rin tak pernah menyesal dengan tindakan Rin."

"Karl! Aku boleh bantu kau!"
Naga itu mendengus.

"Jangan. Jangan korbankan diri kau untuk aku," ujar Karl.

"Diri aku sudah lama terkorban. Hanya tinggal jasad sahaja untuk meninggalkan dunia ini." Pahit Erina berkata.

Pisau belati tertusuk di dada Erina.

Satu cahaya cerah menyinari gua tersebut. Naga tersebut bertukar menjadi manusia. Memangku tubuh Erina.

Lily menggigit bibirnya. Karl mencabut pisau belati tersebut, ingin membunuh dirinya juga.

"Kau mengapa!" Lily cuba menghalang.

"Kerana aku, dia sanggup berkorban. Dia mati kerana aku. Aku masih hidup hingga ke hari ini kerana dia, sekarang aku tiada sebab untuk teruskan hidup lagi."

Lily memejamkan matanya. Cukup sahaja dia berkomplot dengan Erina. Ini semua balasan kepada Raja yang gilakan kuasa. Lily pergi meninggalkan mereka bersama loket Naga yang diberikan oleh Karl setelah badannya terpisah dengan Naga.

'Semoga Tuanku mendapat balasan yang setimpal dan penyesalan seumur hidup.'

Camylia yang memerhati segalanya hanya menggepalkan tangannya.

'Akan aku membalas dendam atas kehilangan Erina. Akan aku hancurkan dunia ini!'

Karl memejamkan matanya. Bersama Erina di pangkuannya.

'I'll never get the chance to tell you that I'm the Prince they ask you to married you. Its a sin for me.'

'Thankyou for teaching me about love.'

'Lets meet again in the future. So i can get the chance to love you again properly.'

♚♚♚

To Be Continued...

Read•Comment•Vote

EH LAH TETIBA ADA ANGST

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro