Bab-45: Auction

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

      TOK! Tok! Tok!

     Tiga ketukan pintu kedengaran. Irene kemudian menoleh memandang pintu bilik yang dia duduki sekarang. Rambutnya yang baru sahaja dikeringkan, diikat secara messy bun kemudian langkah kakinya bergerak menuju ke pintu lalu membukanya.

      "Raikarl? Kau buat apa disini? Kau tak tidur lagi?"

      "No, I can't sleep." Raikarl masih tegak berdiri dihadapan Irene. Irene yang mendongak memandang Raikarl kemudian perlahan-lahan menundukkan kepalanya memandang lantai.

     "Ja-jadi, kau kenapa ke sini?" soal Irene lagi. Entah mengapa suaranya mula tergagap untuk berkata-kata. Mungkin disebabkan pakaian yang dipakai oleh Raikarl yang membuatkan imannya gugur. Jejaka itu hanya memakai Tshirt putih yang kebetulan disediakan oleh pihak pekerja disini. Atau mungkin disebabkan baju tersebut itu merupakan size yang besar hingga menampakkan bidang dada Raikarl yang tegap itu?

      Yang Irene pasti, dia tidak dapat menatap Raikarl tepat di matanya.

    "Hey, boleh aku masuk?" soal Raikarl dalam keadaan berbisik. Irene yang masih setia memandang ibu jari kakinya kemudian pantas mendongakkan kepalanya kembali.

      "Ah, yea. Masuk lah. Rael dimana?" jawab Irene sekaligus menanyakan keberadaan Naga kerek tersebut.

    "He's already sleep." Raikarl kemudian mengeluh perlahan. Posisi tidur si Naga itu sangatlah buas hingga menendang seluruh tempat di sekelilingnya. Sebab itu lah Raikarl putus asa dan keluar. Menyesal dirinya tidak meminta tiga bilik. Fikirkan boleh jimat wang dan ruang. Memang padan dengan identitinya sebagai Naga.

      Setelah melangkah masuk, Raikarl terus merebahkan dirinya di atas katil.

     "Eh, kau! Kenapa kau baring disini?" Irene meninggikan suaranya.

     "Shh, perlahankan suara kau. Kau mahu bangunkan semua orang dalam rumah ni?" Raikarl membuka kelopak matanya. Irene kemudian menekup bibirnya dengan kedua tapak tangannya.

    "Hey! Keluarlah!" Suara Irene masih tinggi namun dalam keadaan berbisik.

     "Tak mahu. Aku sudah tanya pekerja tu. Katanya sudah tiada bilik kosong. Tumpangkan aku disini semalaman sahaja," ujar Raikarl yang sudah memejamkan matanya. Irene hanya mengemam bibirnya, geram!

     "Fine. Do whatever you want." Irene sudah pasrah. Dia berjalan melepasi katil tersebut untuk ke kerusi yang berdekatan dengan jendela. Namun hanya sekerat jalan, dirinya sudah ditarik oleh Raikarl kemudian terjatuh ke dalam dakapan jejaka itu.

    "K-kau buat apa ni?" Irene menolak tangan milik Raikarl dengan kudratnya yang ada namun tidak berjaya.

     "Just sleep here, crystal." Raikarl berbisik di telinga Irene. Tahu kah dia yang perbuatannya membuatkan bulu roma Irene naik?

    "Kenapa kau buat benda macam ni dekat aku?" soal Irene tidak mengerti. Tubuhnya yang dari tadi menggelupur meminta untuk melepaskan diri kini tidak bergerak walau seinci.

      Menerima hakikatnya bahawa Raikarl sedang memeluk dirinya daripada belakang.

     "I told you. I like you," ujar Raikarl. Masih lagi berbisik dengan suara serak basahnya.

     "Or... You want me to kiss you?" Raikarl menyambung lagi. Ayatnya yang seterusnya itu membuatkan Irene kembali berusaha untuk melepaskan dirinya daripada Raikarl.

    "Let me go!" Irene terjerit kecil.

      "Hahaha, aku bergurau sahaja lah. Stop it. You're hurting my skin," kata Raikarl dengan tidak bersalah. Irene kembali tenang daripada menumbuk Raikarl apabila kedua tangannya sudah dipegang oleh jejaka itu.

      "It's not funny, Raikarl." Irene mengetap bibirnya. Beberapa saat kemudian terasa helaian rambutnya dimain-mainkan sehelai demi sehelai daripada belakang.

      "But, Crystal. I'm dead serious. Its dangerous to have someone who like you in same bed as you," ujar Raikarl. Irene kemudian hanya menghela nafasnya kuat. Mahu melawan? Dia sudah tidak berdaya.

       Tidak disedari oleh mereka, keduanya sudah lena dibuai mimpi. Irene yang pada mulanya baring menghadap ke kiri menukat posisinya ke kanan sekaligus dahinya menyentuh bidang dada Raikarl. Senyuman nipis mula terukir di bibir jekaka tersebut.

       Kok kok kokk!

      Bunyi ayam mengokok membuatkan tidur Irene  terganggu. Tangannya bergerak menggosok kelopak matanya dengan harapan akan segar.

     Selepas itu, ingatannya teringat akan sesuatu. Matanya terus membulat pada masa yang masa kepalanya menoleh ke tepinya.

    Kosong.

     Nafasnya dihela perlahan. Lega. Peristiwa semalam itu hanyalah mimpi kan? Atau bukan?

    "Rise and shine!" jerit Rael dari luar.  Irene membuka pintu dengan kasar.

     "Bising lah." Irene bergerak menuju ke sebuah mangkuk yang berisi air untuk membasuh wajahnya.

     "Oh, ya. Kau nampak Raikarl di mana-mana? Dari semalam dia hilang," ujar Rael kepada Irene. Pergerakan Irene terhenti.

    "Apa? Dia tak ada?" soal Irene kembali. Jadi perkara semalan itu bukan mimpi? Darah menyerbu wajah Irene.

     "Nah, whatever. Its not my problem anyway. But wait, what... are you blushing right now?" Rael memandang Irene dengan ekspresi wajah yang menjengkelkan.

      "Ah, no its not. I feel so damn hot here," balas Irene dengan janggal.

    "Can't argue more with that."

      Nighh!

     Bunyi kuda mula kedengaran. Irene dan Rael menjenguk kebarah jendela. Kelihatan Raikarl sedang memberikan kuda-kuda tersebut makan. Raikarl yang merasakan dirinya diperhatikan kemudian menoleh ke arah jendela bilik tersebut.

      "Cepat lah! Kita akan lewat nanti," laung Raikarl daripada luar. Irene dan Rael berpandangan. Kedua-dua mereka turun ke bawah dan kelihatan makanan telah dihidangkan. Tanpa berlengah lagi, makanan tersebut dihabiskan.

     Setelah meminta diri mereka untuk pergi kepada pekerja di situ, mereka bertiga bergerak dengan kuda-kuda yang sudah bersedia untuk pergi.

     Mereka menyambung perjalanan mereka ke arah barat seperti yang dikatakan oleh lelaki yang bekerja di rumah tersebut.

     Beberapa jam kemudian, satu mansion besar mula kelihatan. Ianya auction house yang dicari oleh mereka. Satu kerudung yang menutupi badan dan kepala dipakai oleh mereka bertiga diikuti dengan penutup mata bagi melindungi identiti.

     "Tapi, untuk masuk ke dalam kita perlukan kad jenputan," ujar Rael yang kebetulan melihat seseorang yang masuk setelah menunjukkan sekeping kertas.

     "Its okay, Daryan give us this." Irene menunjukkan tiga keping kertas yang persis dengan milik orang-orang yang masuk ke dalam.

    "Guest card?" soal penjaga pintu. Irene, Raikarl dan Rael menunjukkan helaian kertas tersebut. Penjaga itu memeriksa kemudiannya mengangguk dan memberi mereka masuk.

     "Welcome! Welcome, everybody!"

     Untung sahaja lelongan baru sahaja hendak bermula.

      "Hari ini hari istimewa kerana kami akan menawarkan barangan yang menjangkaui minda tuan dan puan semua!"

      Irene menongkat kepala dengan tangannya.

    "Look at this! Mage crystal! We will start with 50 bid!"

     "100 bid!"

      "300."

     "600 bid."

     Lelongan tersebut bermula seperti biasa. Dan semakin lama semakin meninggi harganya.

     "Sell!"

     Irene hanya memerhati tanpa berkata apa-apa. Bebola magis tadi dijual dengan harga 600 koin emas.

     Setelah beberapa barangan terjual, masih lagi tiada tanda-tanda hamba yang akan dijual.

      "Okay, next one gonna be a huge hit for you! A wolf slave!"

      Sebanyak 7 orang yang dijadikan hamba kelihatan di atas pentas tersebut.

      Tangan Irene yang menongkat kepalanya dari tadi kemudian dijatuhkan. Dirinya, Rael dan Raikarl berpandangan. Irene menggenggamkan jari jemarinya apabila melihat keadaan mereka yang tidak bersalah diperlakukan sebegitu rupa.

      "We will start with 1000 bid." Pengacara tersebut memulakan lelongan.

     "1200."

     Irene menoleh ke arah pemilik suara tersebut. Dengan gayanya Irene pasti dia adalah seseorang daripada puak serigala tersebut.

    "1500 bid."

    Satu lagi suara menarik perhatian mereka. Lelaki daripada puak serigala tersebut kelihatan berdecit.

    "1600." Lelaki tersebut mencuba lagi.

    Irene hanya memerhati.

    "Raise. 2000 bid."

     Orang yang sama cuba mengalahkan lelaki serigala itu. Kedengaran suara-suara lain berbisik antara satu sama lain apabila mendengar bilangan nombor yang dinaikkan.

     "Fuck." Dia berdecit.

     Irene kemudian mengeluh perlahan. Mungkin lelaki itu telah mencapai limitnya. Disini semua orang akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan apa yang mereka mahu.

     "2500 bid." Irene bersuara.

     Semua orang yang berada disitu tergamam. Kerana Irene dari tadi hanya mendiamkan diri kini memulakan pembeliannya.

   "Tch. 2700." Orang tua tadi menaikkan lagi.

    Lelaki daripada puak serigala itu sudah mendiamkan dirinya. Mengetahui bahawa dia tidak akan memenanginya dengan jumlah yang kian mendadak.

    "3000 bid." Irene menaikkan lagi jumlah.

     "Err, nampaknya kita ada persaingan sengit!" Pengacara mula bersuara.

     "3000 anybody?"

     "One, two..."

     "Three... Sold!"

     Irene menghela nafas lega. Raikarl dan Rael berpandangan.

     "Don't interpret a lady when she's go shopping," ujar Rael kepada Raikarl. Jejaka itu hanya mengangguk setuju.

   Dari jauh kelihatan lelaki yang daripada wolf tribe itu memandang bengis ke arah Irene.

    "You... Human," bisik dia dengan keras.

♚♚♚

To Be Continued...

Read•Comment•Vote

I target 50 chapter sahaja. Dan 5 side story to cover every side couple. Sila menunggu!


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro