BAB 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ting!

LUQMAN  keluar daripada lift sambil membetulkan sedikit kot kerjanya. Sekarang dia telahpun mengambil alih syarikat walidnya. Sejak walidnya tiada waris selain Luqman. Jadi, walidnya membuat keputusan untuk Luqman mengambil alih tempatnya.

"Selamat pagi, Tuan Luqman."

"Lambat Tuan Luqman datang hari ini?"

"Dato Que ada dibilik meeting ya, Tuan Luqman."

Itulah percakapan yang Luqman dengar apabila dia masuk ke pejabat. Kakinya dibawa ke bilik meeting.

Klak!

"Maaf saya lambat." Luqman menunduk sedikit tanda meminta maaf. Dato Que yang sedang makan kacang itu tersedak. Pantas sahaja anaknya iaitu Eric Denique menghulurkan air putih untuknya. Dato Que meneguk dengan rakusnya. Kutnya pun dah sampai berilah salam dulu.

"Kau ni bro lain kali berilah salam dulu, mati juga daddy aku dekat sini karang." Kata Eric.

Luqman hanya menahan ketawa. Dia menutup bilik meeting sebelum dia berdiri dihadapan client nya. Dia mengukirkan senyum manis kepada client nya.

"Boleh kita mulakan Dato Que? Dato Que okay ke?" Soal Luqman prihatin. Dato Que mengangguk sebelum berdehem.

"Mari mulakan." Luqman mencapai remote sebelum slide dibuka dengan pengkontrollan daripada Luqman itu.

"Baiklah disini..."

***

"Asalamuailaikum." Laung Naila daripada luar rumah mak mertuanya.

"Walaikumusallam."

Klak!

Naila senyum kepada adik iparnya iaitu Lily Melina. Lily juga turut senyum disebalik niqabnya.

"Masuklah kak. Budak-budak ada dekat dapur tolong umi masak." Naila hanya mengangguk sebelum membuka kasutnya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah mak mertuanya. Lily menutup pintu kembali sebelum mengikuti langkah kakak iparnya.

Dapur ditujui oleh Naila. Dia senyum lebar apabila melihat mak mertuanya bertungku-lumus untuk mengajar Nazim dan Nisha memasak. Masak apalah itu?

"Anak-anak mama." Sapa Naila. Nazim dan Nisha yang sibuk menguli tepung itu mengangkat muka. Mereka terkejut apabila mamanya sudah berada dihadapan mereka.

"Mama!" Laju sahaja mereka meluru ke arah mamanya. Dengan apron, topi chef dan comot dimuka mereka hiraukan. Yang penting mereka dapat memeluk mama mereka.

Naila mendepakan tangannya untuk memeluk kedua anaknya. Nazim dan Nisha selamat masuk ke dalam pelukannya.

"Rindunya mama dengan Nazim dan Nisha." Naila mencium bertalu-talu kedua pipi anaknya itu. Nazim dan Nisha ketawa.

"Kacau Tok Mi masak ya? Hmm sampai comot-comot ni." Naila membersihkan kecomotan yang ada dipipi kedua anaknya itu.

Nazim dan Nisha mengeleng.

"Mana ada kami kacau Tok Mi, kami nak belajar masak tau mama. Ni kami nak buat pie." Petah Nazim. Nisha hanya mengangguk. Dia setuju dengan abangnya itu. Umur mereka beza dua tahun. Nazim sekarang umur 7 tahun manakala Nisha 5 tahun. Walaupun umur mereka muda, mereka seperti budak yang sudah matang. Ini kerana didikan daripada Luqman dan Naila sendiri. Tidak sia-sia mereka mendidik Nazim dan Nisha sehingga kini.

Naila bangun daripada cangkungannya. Dia senyum kepada mak mertuanya sebelum menyalami tangan umi Luqman.

"Naila..." Puan Liza memeluk menantunya. Naila membalas pelukan.

"Umi...Naila rindu dengan umi." Naila mengeratkan pelukan. Lily hanya senyum melihat kemesraan menantu dan mertua itu.

Nazim dan Nisha pula hanya menjadi pemerhati.

Setelah itu, pelukan dileraikan.

"Naila sihat?" Naila mengangguk.

"Sihat, allhamdullilah. Umi?"

"Allhamdullilah sihat." Naila sekadar senyum.

"Ini umi nak masak apa? Tengok comot aje budak dua orang ni, diorang kacau umi ke?" Tanya Naila. Umi mengeleng.

"Tiadalah. Umi saja ajak diorang ni memasak. Umi nak masak lauk tengah hari sambil-sambil tu suruh lah Nazim dengan Nisha ni buat dessert dengan Lily." Ujar Puan Liza. Naila hanya mengangguk.

"Meh Naila tolong. Alang-alang tu ingatkan nak hantar makanan dekat Luqman. Pagi tadi dia tak sempat nak sarapan." Kata Naila sambil menarik lengan bajunya sehingga siku.

"Lah...ni Naila dah makan belum?" Naila mengeleng sambil tersengih.

"Pergilah makan dulu. Sedikit lagi baru tolong umi." Suruh Puan Liza.

"Eh takpelah umi lagipun Naila tak lapar pun. Nanti dekat office Naila boleh makan dengan Luqman." Tolak Naila.

"Takpe pergi je. Lily, Nazim dengan Nisha pun ada untuk bantu umi. Jangan risaulah. Nanti kamu sakit susah umi nak jawab dengan Luqman tu ha." Halau Puan Liza. Naila hanya mengangguk sebelum pergi ke meja makan.

VOTE AND COMMENT ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro