BAB 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KEEMPAT-EMPAT staff perempuan tadi dipanggil untuk menghadap Luqman. Mereka berempat menunduk antara satu sama lain. Tidak berani untuk tatap ' prince charming ' mereka.

Luqman memandang satu-persatu staffnya. Menyesal pula dia ambil staff yang takde adab ini. Bad attitude!

Isterinya sudah dibawa ke bilik kesihatan untuk rawatan selanjutnya.

"Apa yang awak semua fikirkan tentang isteri saya?! Salah ke kalau saya dah berpunya? Ada urusan dengan awak semua? Awak mak ayah saya ke nak tentukan masa hadapan saya?" Soal Luqman bertalu-talu. Mereka hanya senyap sahaja. Gerun mereka menghadapi Luqman versi ini. Menakutkan.

"Kenapa tak jawab dah bisu? Hmm? Tadi bukan main senang lenang awak cengkam isteri saya sampai terhantuk!" Luqman berdiri daripada tempat duduknya. Dia merenung tajam staffnya.

"Sekarang puas hati isteri saya dah cedera, hmm?"

"SAYA TANYA DAH PUAS KE CEDERAKAN ISTERI SAYA?!"

Buk!

Luqman menumbuk meja kerjanya. Terhinjut bahu keempat-empat staffnya tadi. Tidak pernah-pernah Luqman marah sehingga begini hampir-hampir pun dia beri nasihat supaya tidak melakukan hal itu lagi.

"K-kami mm-minta maa-f T--tuan. Kk-kami ta-k tau y-yang T--tuan dd-dah bbb-erkahwin." Jawab Syasya tergagap-gagap. Luqman menarik nafas. Gila betullah suka dengan suami orang. Awat kau nak jadi penyodol ka sampai laki orang pun hangkut? Macam laki lain takde je dalam dunia ni sampai sempit nak laki orang.

"AKU TAK NAK DENGAR MAAF DARIPADA KORANG. STARTING FROM THIS, YOU. GUYS. ARE. FIRED!" Ujar Luqman sebelum keluar daripada biliknya. Keempat-empat staff tadi sudah tercengang.

What?!

"Auch s-sakit." Adu Naila kepada Athirah.

"Sedikit lagi ya Puan?" Naila hanya mengangguk. Athirah menampal pastel luka di dahi Naila.

"Siap!" Ujar Athirah sambil mengemaskan barang yang digunakannya tadi.

"Terima kasih." Ucap Naila. Athirah menyimpan peralatan tajam ditempat yang selamat.

"Athirah, saya nak tanya dah lama ke diorang tu suka dengan suami saya?" Soal Naila sambil menyentuh lukanya yang dipastel tadi.

"Lamalah juga Puan. Sejak diorang tahu anak Tuan Idris yang bakal ambil alih jadi, diorang tu tiba-tiba je jadi rajin sejak Tuan Luqman jadi boss dekat sini." Jawab Athirah sambil mencuci tangannya disingki yang disediakan.

"Oh, al-kisahnya."

"Saya dengar Puan dengan Tuan Luqman kahwin muda kan?" Naila hanya mengangguk. Macam mana boleh tahu ni?

"Haah. Kami dijodohkan oleh kedua orang tua kami." Athirah mengelap tangannya dikain yang disediakan.

"Wah. Baguslah. Muda-muda dah kahwin. Saya harap perkahwinan diantara Puan dengan Tuan Luqman akan kekal hingga ke Jannah." Doa Athirah sambil memusingkan badannya menghadap Naila. Naila hanya senyum.

"Terima kasih, Athirah." Ucap Naila.

"Sama-sama."

"Sayang are you okay?" Soal Luqman terburu-buru meluru ke arah Naila. Dia mengambil tempat disebelah isterinya. Luqman mengecek luka yang sudah ditampal itu.

"Aww..." Desis Naila perlahan. Luqman mencium bekas luka itu.

"Emmm kalau takde pape saya minta diri dulu ya Puan, Tuan." Ucap Athirah mahu keluar namun terbantut tatkala Luqman berkata sesuatu.

"Terima kasih Thirah. Gaji bulan ni saya naikkan." Bersinar-sinar mata Athirah apabila mendengarkannya.

"Seriuslah Tuan?!" Soalnya tidak sangka. Luqman mengangguk.

"Aww terima kasih. Yeay!" Jerit Athirah keriangan sambil keluar daripada bilik kesihatan. Luqman hanya mengeleng sahaja.

Tumpuan Luqman diberikan sepenuhnya kepada isterinya.

"I'm sorry honey." Ucap Luqman sambil membawa Naila masuk ke dalam pelukan. Dia mengusap-gusap belakang isterinya. Sesekali dia mengucup tepi kepala Naila.

"Saya tak apa-apa lah, abang. Sedikit je ni." Ujar Naila. Luqman meleraikan pelukan. Muka isterinya itu ditenung olehnya.

"Sedikit apa ni? Sampai berdarah. Nasib terhantuk sedikit je kalau sampai pengsan tadi tak ke abang risaukan sayang? Rasa nak mati abang dibuatnya bila tengok dahi sayang dah berdarah. Abang sayangkan Naila tahu tak? Abang tak boleh hidup tanpa sayang. Abang-" Naila mencium pipi kanan Luqman. Luqman terkejut.

"Shh...sudahlah tu abang. Benda dah jadi jangan risaulah." Naila mengusap-gusap dada bidang Luqman. Luqman menarik nafas.

"Yelah-yelah. Abang sayang Naila." Luqman mencium keseluruh muka Naila. Naila hanya ketawa.

"Sudahlah tu abang. Jom balik anak-anak mesti tengah tunggu tu." Ajak Naila. Luqman memberhentikan perbuatannya. Dia mencium pipi kiri Naila sekilas.

"Jom." Luqman mencempung tubuh isterinya.

"Eh abang? Janganlah Naila malu." Naila menyorok mukanya dileher Luqman. Luqman hanya ketawa.

"Biarlah. Lepasni takdelah orang nak serang sayang dah. Semua orang dah tau sayang ni milik abang." Naila menampar lembut bahu suaminya.

"You're mine, honey."

"Sudahlah. Naila nak balik, hmm." Rengek Naila sambil mengoyangkan kakinya. Luqman mengeleng melihat kecomelan isterinya ini. Isteri siapa ini?

"Comel. Ini abang suka ni." Luqman mengeselkan hidungnya dengan hidung Naila sebelum dia melangkah keluar daripada bilik kesihatan sambil mendukung isterinya.

Vote and comment ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro