BAB 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Salam Tok Walid dengan Tok Mi. Aunty Lily sekali." Arah Naila. Nazim dan Nisha meluru ke arah mereka bertiga untuk bersalam.

"Jaga diri elok tau Nazim, Nisha." Mereka berdua hanya mengangguk faham. Mereka berdua menyalami Tok Mi mereka pula.

"Ada masa ajak mama dengan papa datang sini ya?" Nazim dan Nisha mengangguk. Mereka sempat mencium pipi Tok Minya sebelum bergerak ke arah Lily.

Mereka menyalami tangan Lily sebelum Lily memeluk mereka.

"Nazim sebagai abang jaga Nisha ya? Ingat pesan aunty Lily okay?" Nazim membuat tangan tanda 'okay'.

"Baik aunty Lily. Terima kasih sebab ceritakan dekat kami tentang Islam. Nanti Nisha boleh pakai macam aunty Lily." Petah Nisha sambil menekup kedua belah pipi Lily itu. Dia mencium kedua belah pipi Lily.

Naila dan Luqman hanya tersenyum. Kini giliran Naila dan Luqman pula yang menyalami mereka.

"Balik dulu umi." Kata Naila sambil melaga pipi dengan Puan Liza.

"Iya. Nanti ada masa datang sini." Pesan Puan Liza kepada Naila dan Luqman. Mereka hanya mengangguk.

Kemudian, Naila memeluk Lily.

"Terima kasih Lily. Moga Allah balas apa yang Lily ajar dekat budak-budak ni." Lily sekadar mengangguk.

"Tiada apalah Kak Naila. Saja bercerita dekat budak-budak ni." Lily mengusap-gusap kepala Nisha.

"Jom. Nazim, Nisha meh masuk kereta." Dengan kaki mereka yang pendek itu mereka berdua berlari ke arah pintu kereta yang sudah dibuka oleh papa mereka.

"Balik dulu umi, walid dan Lily." Ujar Naila sebelum masuk ke dalam perut kereta.

"Bye umi, walid dan Lily." Luqman melambaikan tangannya ke arah mereka bertiga. Mereka hanya membalas lambaian itu sahaja.

"Bye Tok Mi, walid dan aunty Lily." Giliran budak-budak pula melambai tangan ke arah mereka. Mereka bertiga hanya senyum.

Pin! Pin! Pin!

Hon dibunyikan sebelum kereta berjenama Mercedes Benz itu hilang daripada kelibat mereka bertiga.

"Sebelum kita balik Nazim dengan Nisha ada nak pergi mana-mana?" Soal Luqman kepada anaknya.

"Hmm, kami nak pergi taman boleh tak papa, mama?" Pinta Nazim. Nisha sibuk bermain dengan anak patungnya.

"Boleh anak papa. Being a good boy and girl once we arrive at there okay?"

"Baik." Ujar mereka sepakat. Naila hanya tersenyum.

"Sayang nak pergi mana lepas Nizam dan Nisha main dekat taman?" Kini soalan dianjurkan kepada isterinya.

"Sayang nak pergi shopping boleh tak abang?" Luqman mengangguk.

"Boleh. Lepas kita spend time dekat taman, kita pergi Aeon okay?" Naila mengangguk.

Luqman menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pemanduan.

***

"Jangan main jauh-jauh. Nazim, take care of our princess." Nazim mengangguk sebelum menarik adiknya untuk main dibuaian.

Luqman menarik Naila untuk duduk dikerusi batu yang tidak jauh daripada anak-anak mereka. Jika, ada berlaku apa-apa mereka nampak dan senang untuk bertindak segera.

Naila merangkul lengan suaminya sebelum melentokkan kepalanya dibahu kanan Luqman. Dia tersenyum.

Luqman merangkul bahu kiri Naila supaya merapat.

"Saya tak sangka kita akan sebahagia ini." Ujar Naila.

"Kan tak sangka. Dulu Naila selalu merajuk dengan abang tapi, sekarang kita dah saling melengkapi." Ujar Luqman pula.

"Mana tak merajuk abang curi llaollao sayang. Sayang dah lah beli mahal-mahal last-last abang habiskan. Punah harapan tau." Luqman ketawa apabila mendengarkan Naila bercerita.

"Alah tu dulu sekarang kalau sayang nak llaollao pun abang boleh beli buat stok tau tak?" Laju sahaja Naila mengangkat muka.

"Serius ni abang? Kalau macam tu abang kena belikan llaollao yang warna hitam tu. Benda tu always sold out je. Boleh kan kalau sayang nak beli, hmm?" Naila mengelipkan matanya kepada Luqman tanda meminta kasihan. Luqman mengusap-gusap kepala Naila yang dibaluti dengan tudung bawal itu.

"Boleh sayang. Laju je eh kalau pasal llaollao, hmm?" Naila ketawa sambil mencuit hidung Luqman.

"Mestilah." Luqman mencium dahi Naila sekilas. Naila sambung melentokkan kepalanya dibahu Luqman. Mereka berdua melihat kedua anaknya bermain.

"Mama! Papa!" Jerit mereka berdua mendekati Luqman dan Naila yang tidak jauh daripada mereka.

"Hey anak papa ni, peluh." Naila membuka zip begnya sebelum mencapai tisu di dalam begnya.

"Main apa sampai berpeluh ni, hmm?" Soal Naila sambil tangannya mengelap peluh yang berada di dahi kedua anaknya.

"Main lari-lari. Seronok tau mama, papa. Rugi mama dengan papa tak join kalau tidak lebih seru." Cadang Nazim. Luqman sudah senyum makna kepada Naila.

"Sayang~" Meleret saja Luqman memanggil isterinya. Naila sudah menelan air liurnya. Dia memandang suaminya disebelah. Tisu tadi sudah dia simpankan di dalam begnya semula.

"Abang jangan macam-macam eh? Ingat sedikit kita ni dah tua." Kata Naila tahu akan maksud Luqman.

"Tapi, boleh bukan? Dah lama abang tak main dengan sayang. Dulu kita main lari-lari sampai author dengan readers cemburu. Author sampai nak kahwin muda macam kita." Kata Luqman memerli author.

"Ye ke? Naila tak tahu pula kalau penulis kita ni cemburu juga." Kata Naila sambil ketawa kecil.

"Sayang~" Meleret sahaja Luqman memanggilnya.

"Nazim, Nisha are you ready?" Soalnya kepada anaknya. Naila sudah bersiapkan diri.

"One."

"Two."

"Three."

"Catch our queen!" Arah Luqman sambil mengejar Naila yang sudah berlari itu. Nazim dan Nisha terkedek-kedek mengikuti sesi kejar-mengejar mama dan papanya itu.

"Janganlah kejar sayang, abang! Kita dah tua kenalah ingat sedikit." Jerit Naila sambil berlari.

"Ini memori kita sayang." Luqman mengejar Naila sehingga dia mendapat tangkap isterinya.

"I got you, you mine honey." Bisik Luqman sambil mencium pipi kanan Naila. Naila memusingkan badannya menghadap Luqman sambil merangkul leher suaminya.

"I love you, abang. Forever and ever until we died." Luqman senyum.

"Love you to my honey, Mrs Luqman Hakimi forever and ever. Thanks for being my wife sincerely."

"Mama! Papa!" Jeritan itu membuatkan mereka berdua menunduk ke bawah. Mereka melihat anak mereka telah memeluk kaki mereka.

Naila melepaskan rangkulannya dileher Luqman sebelum dia mendukung Nisha manakala Nazim di dukung oleh Luqman.

Mereka senyum bahagia. Luqman merangkul bahu Naila sambil memandang ke arah langit.

Vote and comment ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro