PROLOG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

⚠️WARNING⚠️

THIS STORY MIND BE CLICHÉ AND CRINGE ‼️

DON'T PLAGIAT MY STORY‼️

CERITA INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA. TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP MAHUPUN TELAH PERGI.

KESEMUA WATAK DAN JALAN CERITA HANYA IMAGINASI SAYA SAHAJA.

©ALL RESERVED BY NABILANNURUL

WRITER:NABILANNURUL
COVERBOOK:NABILANNURUL
EDITOR:NABILANNURUL


"Cepat abang! Sakit!" Rintih Naila.

"Sabar sayang kita dekat pantai bukan dekat bandar. Abang tak tahu nak pergi hospital mana ni, sayang!" Kata Luqman sambil membuka pintu kereta kasar. Naila diletakkan ditempat pemanduan.

Luqman cepat-cepat ke tempat pemanduannya. Dia menghidupkan enjin kereta sebelum kereta berjenama Mercedes meninggalkan perkarangan kawasan pantai.

Dahi Naila mulai penuh peluh. Dia mencengkam tangan Luqman. Luqman hanya membiarkannya.

"Abang...s-sakit hiks-" Rintih Naila lagi. Dia sedaya upaya menahan kesakitan.

"Sabar sayang. Abang rasa dekat depan sana ada hospital. Tahan kejap okay?" Naila mengeleng.

"S-ssakit-" Naila mulai mengalirkan air matanya. Luqman sedaya upaya menumpukan perhatian ke arah pemanduannya.

Dia pun tidak tahu selok-belok jalan di Teluk Batik. Harap isterinya dapat bersalin dengan baik.

"Argh!"

Naila mencengkam lengan Luqman. Luqman hanya membiarkannya sahaja. Dia tahu isterinya sedang bertarung nyawa.

"Sayang bertahan! Don't close your eyes!"

Klak!

Pintu wad kecemasan dikuak oleh doktor. Luqman melulu ke arah doktor.

"Macam mana keadaan isteri dan anak saya doktor?" Soal Luqman kerisauan. Doktor itu senyum manis.

"Allhamdullilah kedua-dua selamat. Tahniah! Encik selamat dapat anak perempuan." Luqman mengucap syukur.

"Allhamdullilah. Saya boleh lawat isteri saya sekarang?" Doktor itu mengangguk.

"Boleh. Baby nanti nurse tolong bawakkan." Katanya. Luqman hanya mengangguk sebelum menerjah masuk ke dalam wad yang menempatkan isterinya.

Luqman senyum tipis apabila melihat isterinya masih tidak sedarkan diri lagi. Dia melabuhkan punggungnya dikerusi yang disediakan.

"I love you honey. Thanks for everything." Ucapnya sambil meraih tangan kanan Naila dan menciumnya lama.

"Cepat bangun okay? Abang tak sabar nak tengok anak kita." Katanya sambil mencium pipi kanan Naila. Dia bersyukur isteri dan anaknya selamat.

Luqman mengenggam tangan Naila erat. Dia begitu sayang dengan wanita yang berada dihadapannya sekarang ini.

"Hmm..." Jari-jemari Naila mulai bergerak.

"Sayang?" Perlahan-lahan Naila mencelitkan matanya. Dia memandang sebelahnya sebelum mengukirkan senyuman manis.

"Abang." Panggilnya perlahan.

"Ya sayang. Minum air. Sayang mesti tengah penat." Luqman menghulurkan segelas air putih kepada isterinya. Dia menolong isterinya untuk teguk air itu.

Naila menolak gelas itu setelah dia rasa anak tekaknya sudah dibasahi dengan air tadi.

"Anak kita mana abang?" Soal Naila. Luqman meletakkan gelas tadi dimeja yang berada ditepi katil.

"Sedikit lagi nurse bawa masuk. Thanks sayang sebab dah lahirkan anak kedua kita. Nazim mesti suka dengan adik dia nanti." Ujar Luqman sambil tersenyum. Naila senyum lemah.

"Sama-sama abang. Maaf kalau baby kacau kita dating tadi." Luqman hanya senyum. Dia mengenggam tangan Naila.

"Takpelah sayang. Abang tak kisah pun. Lagipun, baby memang sengaja kacau kita dating." Naila ketawa halus.

Walaupun mereka dah lama mendirikan rumah tangga tetapi, hubungan mereka kelihatan seperti pengantin baharu.

Klak!

Nurse menolak baby court sehingga berada disebelah katil Naila. Naila tersenyum melihat anak perempuannya. Hilang segala penatnya tadi.

"Terima kasih, nurse." Nurse itu mengangguk sebelum meninggalkan mereka bersama bayi yang dia bawanya tadi.

"Anak papa." Luqman mencium pipi gebu anaknya. Muka anaknya itu tidak tumpah mengikuti mukanya. Anak bapak nih.

"Abang azankanlah dulu." Luqman mengangguk sebelum mendekatkan mulutnya ditelinga anak perempuannya. Naila hanya senyum.

Allhamdullilah, dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan sabar dengannya.

Vote and comment ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro