%1%

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

WARNING!

.

Para Elemental Adalah Hak Milik Monsta

.

S7NS Fang Adalah Hak Milik Widzilla Senpai

.

Saya Hanya Meminjam Watak2 Mereka Sahaja

.

Para Pecahan Fang Adalah Manusia

.

ENJOY THE STORY!

========================================

GEMPA'S POV

Namaku Boboiboy Gempa, dahulunya aku merupakan seorang lelaki dan seorang superhero yang selalu menumpaskan musuh2 yang selalu ingin cuba merampas Koko Tok Aba.

Aku merupakan salah satu daripada pecahan elemental yang lain yang terdiri daripada Halilintar atau lebih dikenali sebagai Hali, Taufan, aku, Blaze, Ice dan ditambah 2 lagi iaitu Thorn serta Solar.

Kami ber7 semuanya sebaya dan mempunyai kelebihan masing2. Melalui kelebihan itulah kami ditugaskan mengikut kelebihan tersebut.

Semua pastinya risau kalau kami berpecah lama2 nanti pasti akan jadi pelupa. Jangan risau..seperti yang Adudu (yang sudah jadi baik) bagitau..kami akan kekal selamanya macam ni (terpulang kepada keadaan) dan boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa. (Seperti sudah diberitahu dalam ff.net tersebut.)

Ochobot: Gempa, tolong angkat kotak koko tu kejap! Tangan aku dah penuh ni!

Gempa: Baiklah!

Seperti yang diberitahu tadi, kami menggunakan kelebihan masing2 dalam menjalani aktiviti harian seperti menolong Tok Aba dan Ochobot di kedai Koko Tok Aba's Koko Tiam. Macam mana dengan yang lain? Hmm...diorang kadang2 lah datang tolong. Selebihnya diorang rehat dan lepak saja. Bukan maksudnya diorang malas..diorang sudah melakukan tugas mereka di rumah.

Sebagai contoh...

Halilintar bertugas untuk membersihkan kawasan dalam dan luar rumah. Dialah yang menjaga kebersihan rumah Tok Aba. Dia mampu menyelesaikannya dengan cepat dan tangkas sekali dengan menggunakan kuasa kilatnya.

Manakala Taufan pula ditugaskan untuk membeli barang dapur dan keperluan di pasar. Oleh disebabkan dia seorang yang ceria dan peramah, jadi tidak hairan dia selalu mendapat diskaun setiap kali ingin membeli barang. Dia sangat membantu! Termasuk dengan hoverboatnya yang setia membawanya ke pasar serta sedia mengangkut barang tanpa bayaran jika Taufan sudah kehabisan tangan.

Kenapa tidak suruh Blaze yang buat kerja beli barang tu? Hmm..(melalui pandangan Widzilla senpai) Blaze jenis yang suka memasak. Semua tugas  memasak serahkan saja kepadanya. Alang2 dia boleh kontrolkan kuasanya juga. Dapurlah tempat dimana Blaze 'bersarang' di situ. Dia sangat suka memasak! Walaupun makanannya sedap tapi janganlah sampai setiap masa nak memasak, karang jadi 'chubby' pula para elemental.

Ais juga dibahagikan tugas. Jangan ingat kalau dia pemalas dan suka tidur dia diizinkan berbuat sedemikian. Dia dibahagikan tugas juga..iaitu tugas membasuh. Dia ditugaskan untuk membasuh, mengangkut pakaian kering, menyeterika (nak hilangkan kedut) serta melipat pakaian. Selain itu, dia juga ditugaskan untuk mencuci pinggan mangkuk serta cawan setiap kali selepas makan. Dan juga menyiram pokok bunga di halaman rumah. Dengan bantuan kuasa Airnya. Kami boleh menjimatkan bil air! Jimat kan?

Thorn pula jenis yang rajin bercucuk tanam. Jadi kalau nak mencarinya hanya 1 tempat sahaja yang pasti dia selalu ada. Iaitu di belakang halaman rumah. Di situlah Thorn serta Ais (yang ditugaskan menyiram pokok) melepak di sana. Tabiat Thorn ini sangat membantu terutama dalam hal sayur dan buah. Terdapat banyak buah dan sayur yang segar yang tumbuh di halaman rumah. Semuanya atas jasa baik Thorn.

Solar pula (author tak tahu..=w=' main tebak je..) turut membantu dalam menarik perhatian pelanggan. Dengan gaya comel dan sifatnya yang ceria seperti Taufan dan Blaze, dia mampu menarik lagi ramai pelanggan. Selain itu, dia juga tukang 'karaoke' di kedai Koko Tok Aba. Itu kerana dia sangat suka menyanyi. Jadi, dengan bantuan Solar makin ramai pelanggan hadir di kedai Tok Aba.

Kalau aku pula. Aku ditugaskan sebagai pelayan yang selalu sedia menerima pesanan dan membawanya dari meja ke meja. Halilintar kata dengan sifat aku yang peramah dan lemah lembut aku boleh menyesuaikan diri. Aku juga mampu mengawal keadaan. Oleh sebab itu aku ditugaskan di kedai Tok Aba.

Sudah jelas. Keistimewaan kami masing2 dapat membantu Tok Aba. Kami sangat bangga kerana dapat membantu Tok Aba. Sebagai cucu tunggal Tok Aba, kami harus menghormatinya kerana Tok Abalah yang selalu menjaga makan minum kami setiap kali kami pulang ke Pulau Rintis.

oOPride x GempaOo

Kehidupan kami sebelum terpaksa kekal berpecah seperti sedia kala. Sangat normal dan aku tenang melaluinya.

Tapi...

Semenjak serangan ganas oleh 5 Panglima Scamer (sila rujuk di ff.net yang telah author bagi) diamana kami berpecah dan Fang turut berada di sana. Kami menggunakan peluru Adu du dan telah menyebabkan kami kekal sebegini (tak tahulah macam mana Thorn dan Solar tu...) dan turut terkena kepada Fang sehinggakan..

???: Ke tepi boleh tak? Apsal mengelamun kat sini?!

Ochobot: Eh, Gempa. Pride nak lalu tu! Kenapa kau termenung kat situ tu?

Gempa: Eh?! Err...m-maaf Pride!! Ak-aku tak sengaja! (ketepi)

Pride: Hmhh...(berlalu pergi)

...sehinggakan mereka berpecah dan terus berubah. Aku rindukan kekasih (p/s: waktu Boboiboy jadi perempuan, dia dan Fang boleh dikatakan kekasih. ^^/) aku dulu iaitu Fang. Seorang yang lemah lembut melayani orang yang tersayang. Bukan macam lelaki tadi! Memanglah dia merupakan salah satu dari pecahan Fang tapi ia mengingatkan aku kepada sewaktu kami berlawan dahulu. Dimana kali pertama kami bertemu dan berlawan.

Seorang yang sombong dan suka bangga diri! Hmhh...nama Pride tu hanya di gelarkan sahaja melalui perangai masing2. Sudahlah! Malas nak bercerita tentang orang yang macam tu!

GEMPA'S POV END

oOPride x GempaOo

 Pak cik: Dik! Tolong kirakan!

Gempa: Ah! Baik pak cik!

Uncle Kumar: Gempa, uncle nak Hot Chocolate 1!

Gempa: Eh? K-kejap2!!

Ochobot: Gempa, tolong kirakan meja tu! (tunjuk di sebuah meja kosong)

Gempa: Ah? B-baik-

Tok Aba: Gempa, tolong hantarkan air ni kat meja no 5.

Gempa: Eh?? Kejap!!

Takut tidak sempat, Gempa terus mengambilkan air yang diletakkan di atas meja kaunter dan membawanya ke meja no 5. Sambil itu, dia sempat bertanyakan kepada pak cik pelanggan tentang juadah yang telah dipesannya untuk dikirakan. Sambil2 mengelap dan mencuci meja, Gempa mengirakan jumlahnya lalu diambil bayaran daripada pak cik tersebut.

Gempa: Adeh..penatnya...(mengeluh)

Uncl. Kumar: Dey Gempa? Mana Hot Chocolate uncle?

Gempa: Eh? Err...m-maaf uncle! Saya terlupa..eheh...saya akan buat segera!!

Tanpa sempat melepaskan lelah di kerusi, Gempa terus berlari anak menuju ke kedai Tok Aba dan membuat Hot Chocolate seperti yang diinginkan oleh Uncle Kumar.

Dalam masa yang tergesa-gesa itu, Gempa tidak perasan yang dirinya diperhatikan oleh susuk tubuh yang baru saja diperkenalkan olehnya kepada korang. Yup! Namanya Pride. Pecahan ke3 daripada pecahan yang lain.

Dia menggunakan buku teksnya untuk berpura pura sedang membaca sedangkan dia sedang mengintip pergerakan Gempa bermula sejak Gempa menghalangnya di tengah jalan sehinggalah kini Gempa sedang kalut membuat minumah untuk Uncle Kumar yang sedari tadi sedang menunggu pesanannya.

Gempa: Nah uncle. Maaf sebab lama menunggu...terima kasih. Datang lagi. (senyum)

Sebaik sahaja Uncle Kumar sudah berlalu pergi, Gempa pun melabuhkan punggungnya di lantai kedai Tok Aba. Dia kelihatan sungguh kelelahan dengan tugas hariannya. 

Tugas Gempa berbeza dengan para elemental yang lain. Mereka boleh berehat dan melakukan tugas masing2 sebaik sahaja tugas mereka sudah selesai. Bila2 masa sahaja mereka boleh berehat manakala Gempa hanya boleh berehat sebaik sahaja kedai Tok Aba tutup dan tibanya waktu malam. Turut juga setiap tibanya waktu makan. Hanya waktu2 singkat itu sahaja dia boleh berehat.

Gempa kini sedikit kurang makan kerana dia terlalu keras ingin mejaga kedai dan menyediakan pesanan awal2 sebab tak ingin para pelanggan terpaksa beratur.

Kebiasaannya dia akan bangun tepat pukul 4 pagi untuk menyediakan bahan yang akan dimasakkan oleh Blaze, pakaian2 kakak dan adiknya di setiap katil/kasur milik mereka, duit untuk Taufan keluar membeli barang keperluan, tolong kemaskan sedikit ruang tamu agar Hali tidak kelelahan, kumpulkan baju2 kotor untuk dicuci oleh Ais nanti. Serta baja yang ingin digunakan oleh Thorn untuk bercucuk tanam.

Kebiasaannya Gempa akan bangun bersama dengan Hali namun disebabkan dia selalu terlupa itu membuatkan dia selalu terlupa untuk kejutkan kakak sulungnya.

Mungkin bagi para readers Gempa dah banyak melakukan tugas namun bagi Gempa itu masih belum mencukupi. Dia selalu memaksa dirinya untuk kekal sihat dan selalu melakukan tugas.

Jika sampai saat waktu rehat, dia tidak berehat. Malah membantu para elemental yang lain. Dia lebih merisaukan dirinya yang lain berbanding diri sendiri.

oOPride x GempaOo

Gempa menyandarkan kepalanya di dinding kedai Tok Aba sambil terduduk di lantai kedai tersebut. Perbuatannya yang secara tiba2 sedikit membuatkan Pride terkejut namun tidak bertindak kerana takut Gempa akan menghalangnya daripada turut membantu.

Pride hanya mendengus kesal melihat tindakan yang dilakukan oleh Gempa. Tidakkah itu terlalu memaksa? Dia teringin membantu Gempa namun harga diri seorang lelaki terlalu mengusai dirinya sehinggakan dia hanya ingin melihat Gempa dari jauh sahaja.

Dasar lelaki tidak berhati perut!!! Petingkan diri!!

oOPride x GempaOo

Taufan: Assalamualaikum. Gempa??

Terdengar suara Taufan, Gempa terus bangun dari duduknya dan kini sudah berdiri seperti tentera dan menghadap Taufan dengan senyuman yang melalui pandangan Pride ialah senyuman paksa.

Gempa: I-Iya Taufan?? Nak air ke? A-aku buat kan! (senyum)

Taufan: Oh?? Boleh juga!! Tapi...tak memenatkan ke? Kau nampak pucat je...kau ok tak Gempa?

Gempa: Eh? A-aku ok!! ^^' Kejap eh...

Sementara Gempa sedang membuat air, tiba2 datang Hali yang sedang tercungap cungap tiba di kedai Tok Aba. Dia kini sedang duduk di sebelah Taufan yang memandangnya hairan sambil2 Pride yang tertanya tanya tentang keadaa Hali. Namun ia hanya sementara sahaja. Pride sudah tahu penyebab Hali menjadi demikian.

Pride: "Haih...mesti kerja si 'Lust' tu..."

Taufan: Kenapa ni Hali? Macam baru lepas main kejar2 dengan anjing saja.

Hali: Hah..hah...s-siapa lagi..yang..hah...b-boleh buat aku..hah...j-jadi cam...ni..hah...penatnya...

Melihat keadaan kakak sulungnya yang sangat keletihan berbandingnya, Gempa merasa kasihan...lalu dihulurkan Ice Chocolate kepada Hali sebaik sahaja dia selesai memberikan yang satu lagi kepada Taufan.

Gempa: Biar aku teka...mesti Lust kan?

Hali: Kau jangan berani nak sebut nama dia...(jeling) Thanks by the way...(minum Ice Chocolate)

Gempa: Sama2...(senyum)

Taufan: Rilek Hali...kau selamat lah...(senyum)

Gempa: Hmm...aku masih tak fahamlah...kenapa kau benci sangat dekat Lust tu?

Hali: Kau tau kan apa maksud nama dia? Disebabkan Lustnya itulah aku jadi camni tau?! (hentak meja)

Taufan: Eleh~ cakap kat mulut je...hati lain~ (giggle)

Taufan dan Gempa bersama sama ketawa geli selepas dapat mengenakan kakak sulung mereka yang kini sedang memerah pipinya menahan blushing! 

(Author: Aiyo...dah suka tu bagitaulah!! Janganlah time jadi perempuan pun nak jadi tsundere Hali!! =3=)

(Hali: Diamlah kau author!! =-=*)

???: Haaaaaa....liiiiii~~!!!

Keempat empat manusia (termasuk Pride) sama2 terkejut sebaik sahaja terdengar suara yang amat dikenali oleh mereka. Iaitu Lust!! Raja Lust dan tiba!!!

Lust: Hali sayang~? Kemana kamu pergi~? I miss you so and very much, my darling~

Hali: Blah lah kau!! Nak speaking pun dapat F!! Ada hati nak memikat aku?!!

Lust: Jangan marah2 sayang~ nanti makin terpikat I tau~?? (kenyit mata)

Meremang bulu roma keempat empat manusia tersebut sebaik sahaja melihat seringai Lust diikuti dengan gayanya yang bagi perempuan lain 'menggoda' tapi bagi mereka ber4 (termasuk Pride) ..errmm...'orang gila'? 

Hali: Hish!! Gelilah!! Sudahlah! (berlalu pergi)

Lust: EH?! Hali!! Tunggu~!! Jangan~ tinggal daku~ Oh dewi~ Oh Kasihku~ (berlari secara dramatic sambil diikuti babak drama tahap nak muntah)

Ke3 manusia yang tinggal hanya bersweat drop melihat gelagat 2 pasangan yang bagi mereka entah bila nak berbaik.

Taufan: Haih...dah lah Gempa. Aku nak masuk dan rehat jap. Nanti sampai waktu makan aku panggil kau ek?

Gempa: Oh? Baik. (senyum)

Sambil2 tersenyum itu, Gempa dapat merasakan kepalanya berdenyut kuat dan menyebabkan dia ingin hilang imbangan. Gempa menyentuh kepalanya dan cuba menahan sakit kepala tersebut. Pride yang memerhati dari jauh mula merasakan tidak sedap hati melihat tingkah laku aneh Gempa. Dia segera bangun dan menghampiri Gempa dan Taufan.

Taufan: Oh ya Gempa. Tolong angkatkan barang ni- Eh!! Gempa!!! (terkejut)

Mendengar sahaja laungan Taufan, Pride segera mempercepatkan langkahnya. Gempa kini terhuyung hayang dan ingin jatuh. Laungan Taufan tadi dapat Gempa meneka yang kini dia sudah hampir jatuh.

Taufan: GEMPAA!!!

BRUKK!!

=========================================================

oOPride x GempaOo   To Be Continue   oOPride x GempaOo

Yay!!! Siap 1 chapter!! XD How was it guys?! Korang enjoy tak? >w</

Give the vote yah kalau korang enjoy! ^^7

Maaflah kalau Ani tak buat yang ship untuk Lust x Halilintar dulu..sebab Ani terlalu obses dengan ship yang ini punya (Pride x Gempa) ^^'

Walaupun shipnya diorang 2...tapi akan Ani tambahkan ship2 yang lainnya...InsyaAllah...^^7

Jangan lupa tinggalkan votement!!

Bye!! >w<

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro