%9%

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

WARNING!

.

THE S7NS FANG MILIK WIDZILLA!

.

PECAHAN FANG ADALAH MANUSIA!

.

GENDER BENDER BOBOIBOY ELEMENT!

.

SEMUA WATAK BOBOIBOY DAN KAWAN-KAWAN HAK MILIK MONSTA SEPENUHNYA!

.

ENJOY!

oOPride x GempaOo

DI HUTAN

Pride berlari selaju yang mampu sehingga dia tiba di hadapan hutan yang sedang marak dibakar dan dijilat api. Nafasnya tercunga-cungap menyedut oksigen sebanyak yang mungkin. Matanya di sebalik cermin mata itu melilau mencari kelibat orang di dalam fikirannya di sekitar hutan-hutan itu.

Pride: GEMPAAAA!!!!

Sunyi. Tiada yang menyahut panggilannya. Pride cuba berlari di sekitar hutan yang sedang terbakar itu sambil memanggi-manggil nama Gempa . Mungkin Gempa sempat keluar sebelum api marak tetapi anggapan Pride kian menipis apabila setiap pelusuk yang dicarinya langsung tidak nampak kelibat Gempa.

Di dalam hati Pride tidak putus-putus berdoa agar Gempa berada di dalam keadaan selamat saja.

Pride kini duduk melutut di atas pasir sambil membongkokkan dirinya. Tengkuknya tidak mampu menampung kepalanya yang berat memikirkan keadaan Gempa. Air matanya juga sudah tidak dapat menahan jadi ia keluar semahunya.

Kini baru Pride sedar bahawa dia terlalu mencintai Gempa sehingga terlalu takut untuk meluahkannya.

Pride: GEMPAAAAAAAAAAA!!!!!!

Pride menjerit sekuat hatinya buat kali terakir sambil memandang ke arah api yang marak di hadapannya. Tolonglah Gempa. Jawab panggilah Pride.

???: Priiiiiiiideeeee!!!

Tiba-tiba Pride terdengar suara seseorang yang amat familiar di telinganya. Itu suara Gempa!

Pride mengusap air matanya. Dia yakin. Gempa berada di dalam hutan itu dan masih dapat bertahan. Jadi sepanjang Gempa bertahan itu Pride perlu selamatkannya segera!

Pride kini bangkit kembali dan menggenggam tangannya kuat. Wajahnya kini serius tanda dia tekad untuk masuk ke dalam hutan itu untuk selamatkan Gempa!

Tanpa membuang masa Pride terus membuka langkah dan berlari sekuatnya. Kedua tangannya disilang pada wajahnya untuk melindungi diri dari api atau habuk yang menyambar matanya dan akan mengganggu penglihatannya.

Pride: Helang Bayang!!

Pride sempat mengeluarkan Helang Bayangnya dan mengarahkannya untuk mengesan lokasi Gempa. Akur dengan perintah tuannya, Helang Bayang tersebut terus terbang sementara Pride terus meneroka di dalam hutan yang terbakar itu. Untung bagi helang itu kerana dia tidak terkesan dengan api itu namun tidak bagi Pride. Wajah dan badannya calar-balar dan ditambah lagi dengan bajunya yang hampir terbakar.

Sesekali Pride menyesal tidak membasahkan terlebih dahulu bajunya itu sebelum masuk tetapi itu sudah tidak penting dan dia harus selamatkan Gempa dengan segera!

oOPride X GempaOo

UNDUR MASA SEBELUM PRIDE MASUK KE DALAM HUTAN DAN SEBELUM HUTAN TERBAKAR

Gempa melilau keadaan sekelilingnya di dalam hutan itu. Sesekali dia berasa takut berada di dalam keadaan yang sunyi, sejuk dan gelao itu. Hanya disinari cahaya bulan untuk menemaninya.

Sebenarnya bukan Gempa sengaja mahu masuk ke dalam hutan tebal itu. Tidak sama sekali. Sebenarnya itu adalah alasan untuk dirinya berseorangan buat seketika bagi melepaskan tangisan. Ya. Akibat dari layanan dingin Pride sebelum ini telah banyak kali menggores hati Gempa dan Gempa sudah tidak tahan sehingga dia membawa dirinya ke dalam hutan itu.

Gempa: (sniff) Pride...awak melampau....iskk...

Gempa sempat menghantar mesej kepada Halilintar sebelum telefonnya mati kerana kehabisan elektrik. Gempa mengeluh sedih.

Gempa mengesat air matanya yang mencurah-curah keluar di sebalik kelopak matanya. Gempa hanya berdiam diri dan biarkan air matanya menyelesaikan perasaan perit itu sendirian.

oOPride X GempaOo

Dalam sedang Gempa menangis tiba-tiba dia terdengar beberapa orang sedang ketawa di sebalik beberapa batang pokok yang berdekatan dengan Gempa. Suara lelaki!

Gempa cuba mendiamkan diri dan cuba bersembunyi di sebalik pokok yang besar dan mencuri dengar perbualan mereka.

Lelaki 1: Kau pasti kalau kita bakar hutan ini bos akan puas hati?

Lelaki 2: Kau dengar juga kan bos menyampah dengan nyamuk-nyamuk yang sering menggigitnya? Sudah! Jom bakar.

Tanpa membuang masa, kedua lelaki itu terus mecurahkan minyak seberapa banyak tong yang dibawa oleh mereka. Kelibat mereka itu diperhatikan oleh Gempa secara senyap-senyap sehinggalah mereka menghabiskan tong minyak yang terkahir.

Lelaki 2: Baiklah. Itu yang terkahir. Sekarang, nyalakan api.

Tanpa membuang masa, rakan kongsi lelaki itu tadi terus menyalakan pemetik api lalu terus mencampakkannya sebaik sahaja mereka cukup jauh dari hutan tersebut.

Masa seolah bergerak perlahan pada waktu itu. Pemetik api itu perlahan turun ke tanah dan diperhatikan oleh Gempa. Mata Gempa perlahan-lahan membulat dan dia cuba untuk berlari mendapatkan pemetik api itu namun dia terlambat.

BHOOOOOOMMM!!!

Api terus marak dan membesar. Letusan itu agak kuat sehingga mencampakkan Gempa sehingga dia berlanggar dengan sebatang pokok dengan kuat dan menyebabkan dirinya tidak sedarkan diri buat seketika.

oOPride X GempaOo

Perlahan-lahan Gempa membuka matanya dalam keadaan yang lemah. Dia dapati dirinya luka dan bajunya terdapat api. Dia betindak untuk memadamkan api di pakaiannya itu. Dia cuba melihat sekeliling untuk mencari tempat keluar namun apa yang dia tahu dia sudah sesat dan jalan yang dimasukinya tadi sudah ditutup oleh api dan kayu-kayu yang jatuh. Kini Gempa terperangkap di dalam api yang marak dan pada bila-bila masa sahaja Gempa akan kehilangan nyawa di situ.

oOPride X GempaOo

Gempa: Koff! Koff! Aku kena cari...jalan keluar! Koff!

Gempa cuba kuatkan dirinya untuk bangun dan berjalan untuk keluar namun nihil. Setiap jalan sudah ditutup rapat dan api akan tiba padanya pada bila-bila masa sahaja.

???: GEMPAAAAAAAAAAA!!!!!!

Secara tiba-tiba Gempa terdengar suara seseorang yang amat familiar padanya. Dia cuba kuatkan semangat dan menjerit kembali.

Gempa: Priiiiiiiideeeee!!!

Gempa menjerit sekuat hati sebelum dia tiba-tiba terbatuk dan keluar darah dari mulut dan hidungnya. Gempa terduduk lemah. Mungkin akibat dari hentakan pada badannya, dia pengsan dan terpaksa menyedut udara yang tercemar ini mengakibatkan paru-parunya terkesan.

Gempa cuba bertahan dari pengsan namun kepalanya semakin berat dan kini dia bersandar pada pokok berdekatannya dan perlahan-lahan kelopak matanya terasa berat dan akhirnya pernglihatannya semakin kabur dan gelap. Apa yang sempat Gempa dengar ialah bunyi seekor helang yang dia tidak tahu mengapa ia boleh ada.

oOPride X GempaOo

Pada masa yang sama Pride masih mencari kelibat Gempa sebelum helangnya kembali ke arahnya. Hanya Pride seorang sahaja yang memahami bahasa helang itu terus terkejut atas berita yang disampaikan oleh burungnya itu.

Pride: Tunjukkan aku tempat Gempa berada sekarang!

Tanpa berlengah lagi, Helang Bayang itu kembali terbang dan bergerak menuju ke arah tempat Gempa berada dan diikuti oleh Pride. Pandangan mata Pride tidak ubah seperti api yang sedang marak di sekelilingnya membakar semangatnya untuk menyelamatkan Gempa.

Setelah sekian lama merentas hutan berapi, akhirnya Pride dapat melihat Gempa. Namun dalam keadaan yang teramat lemah dan darah mengalir keluar dari mulut dan hidung Gempa.

Pride terus berlari mendapatkan Gempa dan meletakkan kepala Gempa pada dadanya yang bidang. Perlahan-lahan Pride menampar lembut pipi Gempa sambil memanggil Gempa.

Pride: Gempa! Gempa! Bangunlah! Oi!

Dengan berat Gempa memaksa dirinya membuka matanya. Dalam keadaan yang lemah berada di pangkuan insan tersayang membuatkan Gempa tersenyum.

Gempa: Hai..Pride.

Pride: Kau sudah hilang akal ke?! Apsal kau masuk jugak dalam hutan ni!?

Gempa cuba menahan perit di dalam nafasnya sambil menggenggam erat tangan Pride. Pride sedikit terkejut dengan tindakan Gempa namun dia membiarkannya.

Gempa: Awak cakap...saya akan temui cinta saya di dalam hutan ini. Koff! Nampaknya...saya sudah temuinya. Saya...cintakan awak Pride.

Gempa tersenyum sambil menggenggam erat tangan Pride. Seolah ais yang selama ini bertambah tebal pada setiap hari dengan mudah dicairkan oleh suria yang terang. Perasaan bangga diri Pride semakin menipis dan menjadikan dia tidak kuat untuk menahan dari menangis sambil memeluk Gempa erat.

Perlahan-lahan wajah Pride mendekati wajah Gempa.

Pride: Aku suka kau juga.

Pride melekatkan bibirnya pada bibir Gempa. Bibir mereka bersatu.

(Author: Nak muntah...  =^=')

Pride menghentikan ciumannya pada Gempa lalu mendukung Gempa bridal style sebaik sahaja dia meletakkan jaketnya menutupi badan Gempa dan mengarahkan helangnya menunjukkan jalan keluar.

oOPride X GempaOo

DI LUAR KAWASAN HUTAN

Akhirnya para pecahan yang lain tiba pada hutan setelah bertungkus lumus cuba menarik Blaze, Gluttony, Thorn dan Taufan dari leka bermain air. (Itu pun sebaik sahaja dihukum oleh Halilintar.)

Hali: Huff...huff...Hahh..mana..Gempa...?

Lust: Entah...tak...tahu...!

Greed: Kita kehabisan..tenaga...kerana...haahh...4 orang sahaja.

Blaze: What? Bukan salah kitorang. X'D

Ais&Sloth: (facepalm)

Hali: Kita sudah terlambat...

Halilintar memandang hutan yang kini sudah dipenuhi dengan api. Para pecahan yang lain hanya memandang penuh duka dan sedih. Berharap agar terdapat keajaiban berlaku.

PRAK! PRAK!

Dalam keadaan sunyi itu mereka terdengar punyi beberapa batang ranting yang hangus dipijak oleh seseorang. Serentak mata mereka para pecahan memandang ke arah kawasan hutan. Selang beberapa saat kelihatan susuk tubuh Pride keluar membawa Gempa yang sudah pengsan dan helang bayang yang berada di atas bahu Pride.

Lust: PRIDE!!! MY BUDDY!! QAQ (berlari mendapatkan Pride)

Pride: Jangan peluk aku, lembap. Ingat, tangan kau masih belum dicuci.

Lust: Kejamnya... ^=^'

Pride tidak menghiraukan Lust lalu meletakkan Gempa di atas pasir untuk menidukannya. Kesemua pecahan berkumpul mendekati Pride dan Gempa.

Halilintar duduk berlutut mendekati Gempa sambil mengusap wajah kembarnya itu. Jelas terpancar wajah kerisauannya. Thorn dan Ais juga tidak tertinggal. Thorn cuba menggoncang badan Gempa perlahan cuba menbangunkan kakak kesayangannya itu.

Pride hanya mengeluh sambil memandang ke arah api yang masih marak itu sehingga dia terdengar perbualan Greed dan Gluttony.

Gluttony: Jadi...macam mana dengan api ini?

Greed: Entah. Ambil masa untuk pasukan pemadam api datang dan bilangan kita tidak cukup untuk padamkan api yang marak ini pada masa yang singkat.

Pride: Serius korang tidak terfikir dari awal lagi? Ugh...Ais?

Ais mengangkat kepalanya memandang Pride. Pride menunjukkan jari telunjuknya pada air pantai dan kemudian dihalakan kepada hutan yang sedang terbakar itu.

Pride: Bertukar menjadi Boboiboy Air dan cuba guna kuasa kau sekuat yang mungkin untuk gunakan air pantai ini untuk padamkan api.

Ais menggangguk faham lalu dia memejamkan matanya. Perlahan-lahan badannya mula terapung dan satu bebola ais yang muncul bertukar menjadi air dan Ais yang berada di dalam bebola tersebut terus bertukar menjadi Boboiboy Air.

Air membuka kembali matanya. Dia menghalakan tangannya ke arah air pantai dan membuatkan sebuah ombak pantai yang besar menghala ke arah hutan tersebut.

Air: Ombak Pantai!!

SPLASH!!!

Akhirnya api terpadam dan para pecahan Boboiboy dan Fang membawa Gempa ke hospital untuk dirawat hingga ke esokkan harinya. Malangnya hari mereka berehat menjadi hari malang buat mereka apabila Gempa, orang yang mereka ingin berehat ditimpa kemalangan yang amat tidak disangkakan.

oOPride X GempaOo To Be Continue oOPride X GempaOo

Ani: Fiuh! Cepat juga. ^^' 1550+ words. Ani belanja 1 chapter ini dan chapter terakhir untuk para readers sebagai pengakhiran dan terima kasih sudi menunggu! ^w^/

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro