Bab 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

OIL paint berwarna merah yang keluar dari tiub dicalit menggunakan berus lalu digabungkan bersama dengan warna hijau muda. Tangan yang memegang berus terus diputar bagi meratakan campuran dua warna tersebut.

          Maka terhasillah satu warna baru yang diinginkan. Iaitu reddish brown.

          Tanpa berlengah, dia menambahkan warna tersebut pada permukaan kanvas yang terletak elok di easel stand.

           Peluh rinik yang seakan berkumpul di dahi hanya disapu menggunakan lengan. Sesekali bibirnya tersenyum dengan sendiri bila melihat wajah seseorang yang terlihat sempurna di hadapan mata. Hanya tinggal sedikit sahaja lagi untuk diselesaikan. Tidak sabar untuk melihat hasilnya nanti.

          Bunyi pintu bilik diketuk sedikit menggangu fokus. Selang dua saat, pintu itu dibuka pula. Tanpa berpusing untuk melihat gerangan di belakang, sudah dia tahu siapa.

          "Harith, nah." Satu mug berisi hot chocolate diletakkan di atas meja kecil berdekatan. Sebagai tanda hormat, Harith berpaling ke sisi lalu menghadiahkan senyuman kepada pembantunya itu.

          "Thanks, Mak Jah." Wanita tua itu turut membalas senyuman anak muda di sebelah sebelum sepasang matanya tertancap pada sesuatu yang terbentang pada kanvas.

          "Cantiknya." Pujian dari Mak Jah menerbitkan sengihan manis di bibir Harith.

          "Yang mana satu? Lukisan Rith atau orang dalam gambar ni?" Saja Harith menyoal kembali. Ingin tahu jawapan yang bakal diberi.

          "Dua-dua cantik."

           Semakin lebar senyuman Harith. Iyalah, bila mendapat pujian sebegitu haruslah berasa gembira. Bangga? Tiada langsung sekelumit perasaan itu dalam hatinya. Kerana apa saja yang dilukis, adalah melalui hati dan sengaja ditukarkan ke bentuk potret. Bukan untuk meraih kata pujian dari sesiapa.

          "Siapa dia?" Soalan yang tiba-tiba itu menghentikan tindakan Harith yang ingin menyambung semula kerjanya.

          "Kawan. Eh, tak. Err.. pekerja Rith. Eh, pembantu peribadi." Tergagap Harith menjawab. Tidak tahu kenapa, soalan yang senang sebegitu pun menjadi sukar untuk dia temui jawapan yang tepat.

          Mak Jah seakan dapat menghidu sesuatu. Kalau dah siang malam duk menghabiskan masa melukis wajah cantik ini, takkanlah hanya sebagai kawan, pekerja ataupun pembantu peribadi sahaja?

          "Mengaku ajelah Rith. Dengan Mak Jah aje kot. Siapa dia ni sebenarnya?" Terjerat juga Harith akhirnya. Dia mengeluh seketika sebelum menjawab.

          "Dia.. Haufa Aqira." Perlahan saja suara Harith. Namun bila sebut sahaja nama itu, jantung Harith seakan berdegup tiada tempo.

          "Rith sukakan dia?"

          Dengan mata yang masih setia menatap wajah sang dia di hadapan, Harith menjawab. "Sangat-sangat."

          "Dia tahu tak, Rith minat dia?"

          Diam seketika sebelum Harith menggeleng perlahan. Mustahil Haufa sudah tahu akan hal itu, walhah dia sendiri tidak pernah menunjukkan isyarat apa-apa. Kecuali melalui kata-kata sahaja. Itupun undirectly.

          "Habistu dia dah berpunya ke belum?"

           Soalan itu buatkan Harith terdiam lagi. Tidak tahu hendak membalas apa kerana dia sendiri juga belum pasti. Alamak! Kenapa dia tidak pernah ambil tahu tentang perkara itu? Gadis secantik Haufa, masakan tiada yang masuk jarum. Bahaya kalau macam ni.

           "Tapi dia belum kahwin. Itu dah dikira belum berpunya lah kan?" Yakin Harith berkata bila teringat kembali resume yang dibaca tempoh hari. Tercatat pada kertas itu, yang Haufa masih bujang dan belum mendirikan rumah tangga. Lagipun, usia gadis itu masih muda.

          "Apa pulak macam tu. Buatnya dia tu tunang orang ke, girlfriend orang ke. Bahaya."

          "Nantilah Rith siasat," balas Harith. Rasa malas pula ingin memikirkan hal itu. "Tapi kan kalau Mak Jah nak tahu, dia ni lain sikit. Kasar. Garang pulak tu. Ada ke orang berani nak tackle dia?"

           Seketika Mak Jah tergelak.

          "Baguslah macam tu. Mencabar sikit. Kalau Rith memang ikhlas sukakan dia, pikat dengan cara yang betul. Rith kan mahir bab pikat perempuan." Tersipu malu Harith mendengar kata-kata tersebut.

          "Rith dah solat?"

          "Dah. Sebelum melukis tadi," balas Harith. Memang sebelum mula memasuki dunia berwarna-warni, dia sudahpun menunaikan kewajipan yang satu itu. Sebab dia tahu, untuk menyiapkan sebuah lukisan harus memakan masa yang agak lama.

          "Mak Jah kan, suka sangat tengok Harith dah berbaik dengan papa. Ikut cakap dia dan tinggal kat sini. Tenang hati Mak Jah." Tambah wanita itu lagi, dengan topik yang berlainan pula. Meluahkan perasaan yang dirasakan bila pulangnya semula Harith ke rumah ini.

          "Papa dah tidur?"

          "Dah. Lepas makan ubat tadi. Tapi..." Mak Jah terhenti berkata seketika, seperti memikirkan sesuatu.

          "Mak Jah sebenarnya bimbangkan dato."

           Berlapis seketika dahi Harith. "Kenapa?"

           "Ada orang, tapi Mak Jah tak tahu siapa, kerap sangat telefon dato. Bila dato angkat aje, mesti sakit jantung dia menyerang." Cerita dari Mak Jah membuatkan Harith mengeluh berat.

           "Hal bisnes kot. Itulah, Rith dah cakap. Semua benda ni merimaskan lah. Tak boleh ke kalau papa bersara aje dari dunia bisnes ni? Dekatkan diri dengan Tuhan. Mesti dapat hidup tenang."

          "Entah lah. Mak Jah pun tak tahu nak cakap apa. Tak apalah, Mak Jah keluar dulu. Nak masuk tidur." Pamit Mak Jah. Selaku pengakhiran perbualan.

           Usai wanita tua itu keluar, Harith kembali menyambung kerjanya.

           Kata-kata Mak Jah beberapa minit tadi kembali berlayar di ingatan. Tentang papanya? Tidak tahu apa yang hendak dirisaukan, kerana Dato Khalid sendiri enggan bercerita apa-apa kepadanya.

           Mengenai Haufa pula? Argh! Itu lagi satu.

           Sudah seminggu berlalu, sejak dari hari mereka meluangkan waktu di Terengganu. Hubungan dia dan Haufa masih diambang yang sama. Sebagai majikan dan pekerja. Tidak lebih dari itu.

           Gadis itu nampak sukar untuk didekati. Sukar untuk dimiliki.

           Haruskah dia maju satu langkah lagi?

HAUFA berjalan perlahan mendekati sahabatnya yang sedang berdiri di hadapan tingkap. Gadis itu masih tidak sedar akan kehadirannya sehinggalah tangan Haufa naik menyentuh bahu Erin.

           Erin tersentak seketika sebelum berpusing ke belakang. Terkejut tatkala melihat Haufa yang tiba-tiba sahaja muncul tanpa sebarang suara.

            "Kau intai apa tu?" Haufa menyoal sambil kepalanya turut terjenguk memandang apa yang dilihat oleh Erin.

            "Cuba kau tengok kereta warna putih tu. Aku perasan sejak tadi lagi dia park depan rumah kita."

          Bila Erin berkata begitu, barulah Haufa dapat menangkap apa yang dilihat oleh gadis itu. Memang ada sebuah kereta yang terparkir elok di luar pagar halaman rumah sewa mereka.

          "Ya ke? Habis tu kau nampak ke muka orang dalam kereta tu?" soal Haufa. Kini, dua pasang mata melihat ke arah yang sama.

           "Tak. Cermin dia gelap," balas Erin.

           "Salah alamat kot. Abaikan ajelah. Ni, tadi bukan ke kau cakap nak masak?" Kata-kata Haufa mengingatkan Erin pada tugasnya yang tergendala. Langsir yang dipegang sejak tadi terus terlepas dari genggaman.

          "Alamak, aku terlupa! Harini turn aku. Tak apalah, aku pergi dapur dulu." Erin menepuk dahi. Terus dia mengorak langkah ke arah dapur, tanpa membangkitkan lagi tentang isu tadi.

          Haufa sekadar melihat. Sebaik memastikan kelibat gadis itu sudah menghilang, perlahan dia menapak ke arah pintu. Langkah diatur keluar dari rumah. Kereta yang dimaksudkan oleh Erin tadi terus dihampiri. Sambil berjalan, mata Haufa sibuk melingas ke kiri dan kanan.

          Seorang lelaki tiba-tiba keluar dari kereta dan berdiri di sisi pintu kereta belah pemandu. Walaupun memakai topi berserta kaca mata hitam, tidak menyukarkan Haufa untuk mengecam wajah itu.

           "Kau, kalau nak intip aku sekalipun agak-agaklah. Tak payah lah ikut sampai rumah." Haufa terus melemparkan hujah tanpa sebarang sapaan. Kedua-dua tangan disilang ke dada.

            Lelaki itu menundukkan sedikit kepala, tanda hormat.

           "Maaf cik Haufa. Saya cuma ikut arahan tuan besar aje."

           "Tuan kau dah balik?"

           "Belum lagi."

           Haufa terus mengeluh.

           "Ni, aku nak bagitahu. Kau cakap dekat tuan kau, jangan risaukan aku dekat sini. Tak payah hire orang untuk pantau aku. Setakat ni, aku belum kena apa-apa lagi." Tegas Haufa berkata.

           Lelaki tersebut jelas terkejut bila mendengar ucapan itu. "Tapi cik Haufa.."

          "Bagitahu aje aku yang suruh. Tak payah nak banyak bunyi. Jangan risau, gaji kau tetap akan berjalan. Kalau dia tak nak bayar, biar aku yang bayar." Pintas Haufa lagi. Kali ini lantunan suara lebih tegas berbanding tadi.

           Lelaki itu mengangguk tanda faham. Tidak mahu lagi mencetuskan pertelingkahan disini. Sebaiknya dia mengikut sahaja kemahuan gadis itu.

          "Dah. Pergi balik!" Haufa mula mengusir.

          "Sekejap. Ada satu lagi pesanan," ujar lelaki itu sebelum pantas membuka pintu kereta. Haufa hanya melihat tangan lelaki itu mengambil sesuatu di tempat duduk sebelah pemandu.

           "Tuan suruh bagi benda ni."

           Sebuah kotak sederhana besar dihulurkan kepada Haufa. Tanpa banyak soal, Haufa hanya menyambut. Laju sahaja tangan membuka kotak tersebut. Ingin tahu kandungan di dalam. Baik dia buka sekarang, supaya tidak akan menimbulkan tanda tanya nanti.

           Sebaik kotak terbuka, tangan Haufa menyelak pula kain yang menyembunyikan 'hadiah' utama. Satu objek berwarna hitam yang tidak asing baginya mula menyapa pandangan. Mata Haufa membulat besar angkara terkejut.

          "Kau gila ke nak aku main benda ni?" bentak Haufa.

           Lelaki di hadapan sekadar tersengih. Lucu bila melihat riak spontan yang dipamerkan Haufa.

           "Untuk keselamatan."

           Hujung bibir Haufa ternaik sedikit. "Hmm. Kira settle. Lepas ni, aku dah tak nak tengok muka kau. In case kalau jadi apa-apa, pandai-pandai lah aku jaga diri sendiri. Jangan lupa, cakap dekat tuan kau tu sekali apa yang aku pesan tadi."

           "Baiklah. Kalau macam tu, saya pergi dulu. Take care, cik Haufa."

            Sebaik lelaki itu menghilang ke dalam kereta, Haufa mengundur beberapa tapak ke belakang. Memberi laluan kepada kereta tersebut untuk beredar. Tatkala memastikan kereta mewah tadi hilang dari pandangan mata, Haufa kembali menapak masuk ke dalam rumah.

           Pintu utama ditutup penuh hati-hati. Tidak mahu penghuni di dalam mendengar.

           "Kau dari mana?"

          Seakan sia-sia, bila Erin sudahpun terlebih dahulu datang menegur. Dalam keterpaksaan, Haufa berpusing jua ke belakang menghadap rakannya yang setia menanti jawapan.

          "Err.. aku ambik surat dekat luar," balas Haufa. Tangan mempamer sekeping surat di tangan. Memang tadi dia sempat mencapai surat yang terletak di letter box. Sekurangnya ada alasan kalau berlakunya hal seperti sekarang.

           Mata Erin tertancap pada kotak yang dipegang Haufa di tangan kanan. "Tu, bungkusan apa?"

           Haufa menunduk memandang arah yang sama dipandang Erin.

           "Oh, ni. Tadi ada orang cod. Aku beli barang online. Eh, kau dah siap masak ke? Perut aku lapar lah," balas Haufa tenang. Tidak mahu rakannya menghidu sesuatu yang mencurigakan.

           "Tak. Gas tiba-tiba habis." Mendatar suara Erin.

          "Lah, ya ke? Kalau macam tu, kita pergi tapau makanan kat luar ajelah. Sekejap, bagi aku pergi simpan barang ni dulu."

           Tanpa menunggu lama lagi, Haufa terus mengatur langkah menuju ke arah biliknya. Sebelum menerombos masuk, sempat kepala Haufa menjenguk kelibat Erin yang kembali berdiri di hadapan jendela. Ingin mengintai kereta yang terparkir di depan tadi agaknya.

          Haufa terus menghela nafas berat.

           "Sorry, Erin."


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro