Bab 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

          PINTU bilik pejabat yang dikuak seseorang memaksa Harith agar mengangkat kepala. Keningnya automatik bertaut rapat bila terpandangkan figura gadis yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Kalau orang lain tadi, pasti sudah terhambur segala kemarahan atas kebiadapan masuk ke biliknya tanpa ketukan pintu. Tapi untuk gadis ini, kemarahan setinggi gunung Everest sekalipun pasti akan meluncur turun dengan sendiri. Ajaib sungguh!

          "Hadiah atas meja saya tu, siapa punya?" soal Haufa mendadak. Langsung tidak menyedari akan kesalahan yang telah dilakukan olehnya sebentar tadi.

          Tanpa bersuara, Harith bangkit dari duduk. Langkah diatur ke arah Haufa yang tunak memandang setiap geraknya. Tatkala jarak semakin dekat, belakang tangan Harith naik menyentuh dahi Haufa.

          "Demam dah kebah?" Kaku seketika. Keprihatinan dalam nada yang digunakan menghanyutkan Haufa sejenak sebelum dia cepat-cepat tersedar. Tangan yang masih melekap di dahi ditepis perlahan.

          "Dah. Terima kasih sebab bawak saya pergi klinik walaupun terpaksa." Jawapan Haufa menerbitkan tawa halus Harith. Bila perkataan 'terpaksa' ditekankan oleh Haufa, tahulah dia gadis itu sedang menyindirnya ketika ini.

          "Back to the topic. Barang-barang dalam pejabat saya tu, siapa punya?" Haufa bertanya lagi buat kali kedua. Mengulangi kembali soalan yang menjadi tujuan dia melangkah ke bilik Harith pada awal pagi.

          Dua hari dia bercuti. Itu pun setelah dipaksa. Hari ini, barulah Haufa kembali bertugas walaupun demamnya sudah beransur pulih sejak sehari lebih awal. Masuk sahaja ke bilik pejabatnya pagi tadi, mata terus tertumpu ke arah meja. Mana tidaknya, sesuatu yang asing di atas meja menarik perhatiannya.

          "It's yours, Haufa. From me," balas Harith. Pemuda itu mula kembali menuju ke tempat duduknya. Ingin menyambung kerja.

          "Untuk saya?"

          "Yes. As a gift."

          "Hadiah sebagai?" Haufa menyoal lagi. Nak kata hari jadi, belum lagi masuk bulan kelahiran. Pemuda itu pun sudah tahu tarikh kelahirannya.

          "Your presence," jawapan Harith melarikan segala persoalan yang berlegar di kepala Haufa. Kening gadis itu mula bertaut. Tidak mengerti.

          "Maksud encik?"

         Senyap seketika.

          "Kehadiran awak dalam hidup saya mendatangkan makna yang tak mampu saya ungkap dengan kata-kata," tutur Harith senafas. Dalam nada yang perlahan, membuatkan dahi Haufa sekali lagi berkerut.

         "Pardon?"

          Oleh kerana jarak mereka yang agak jauh menyukarkan Haufa untuk menangkap ayat yang dilontarkan tadi. Mana nak faham. Sudah lah laju, panjang pulak tu.

          "Never mind. Do you like it?"

          "Bunga, tak. Sebab nampak klise sangat bagi bunga. Lagipun, kita ni bukannya ada hubungan special pun nak kena bagi bunga bagai. But bear kuning tu, saya suka. Kartun apa tu?" Haufa kembali teringat pada objek kuning yang turut berada di atas meja. Mungkin diberi oleh Harith juga memandangkan patung itu diletak bersebelahan dengan bunga.

          "It's minion, Haufa. Awak tak tahu?"

          Sesaat otak Haufa mula mencerna perkataan itu sebelum dia menggeleng perlahan. Dia sememangnya bukanlah seorang penggemar setia kartun. Jadi wajarlah jika dia tidak tahu. Terakhir kali dia layan kartun pun, masa sekolah rendah dulu. A long time ago. Tapi tak pernah pulak dengar nama kartun ini.

          "And I also had named it."

          "Haha," sambung Harith lagi.

          Haufa yang mendengar hampir menghamburkan gelak. Tapi sedaya upaya ditahan. Entah kenapa, terasa lucu pula.

           "It's a name or a laugh?" jujur dia bertanya.

           "It's a name. And don't ever laugh for that name, okay! Saya yang pilih nama tu. It's cute, right?"

           "Punyalah banyak idea nama-nama yang boleh diletak. Kenapa nak kena letak nama yang macam tu?" soal Haufa lagi. Masih tidak berpuas hati dengan nama yang diberi.

           "Depend on myself, nak letak nama apa sekalipun."

           "Tapi kenapa Haha?"

            Sudah diagak pertanyaan itu bakal diajukan. Harith tersenyum seketika.

           "Actually, that's a combination of our name. Your name and also my name. You, as a reciever. And I, as a giver." Bebola mata Haufa berputar ke atas. Itu rupanya maksud nama yang kononnya cute itu. Ingatkan sebab sudah kehabisan idea.

          "Okey, diterima." Mengalah jua Haufa pada akhirnya. Malas ingin berdebat lagi.

          "Oh ya, tolong simpan Haha dekat tempat yang awak selalu lepak. I mean, tempat yang selalu awak akan jumpa dia. Dan saya nak setiap kali awak pandang dia, awak akan senyum dan ingat muka saya." Kata-kata itu diakhiri dengan senyuman nakal yang terbit di bibir Harith.

           Haufa menayang riak menyampah. Otaknya tiba-tiba terfikir sesuatu.

          "Kalau macam tu, saya nak letak Haha dekat dalam bilik air rumah saya. Sebab saya selalu melepak dalam bilik air. Nanti senanglah kalau saya geram dekat encik, saya boleh kencing atas dia." Sinis Haufa membalas. Dan jawapannya ternyata berjaya mematikan senyuman si pemuda di hadapan.      

            Harith mengecilkan kedua-dua matanya memandang Haufa. Gadis itu bercakap seolah-olah tidak ada hati dan perasaan. Tergamak sungguh.

            "Don't be cruel, Haufa."

            "Biarlah. Haha dah jadi milik saya sepenuhnya. Encik tak boleh nak rampas balik dia dari saya. Nanti buruk siku."

            Jeda seketika.

            Harith memandang Haufa tanpa berkelip bila gadis itu menamatkan sisa senyuman sinisnya. Sinis tapi entah kenapa terlihat menarik di mata lelakinya. Bibir Harith mula bergerak ingin berkata sesuatu.

           "Ich bin so glücklich, dich in meinem leben zu haben (I'm so lucky to have you in my life)."

            Tidak lama, giliran Harith pula tersenyum. Bukan senyuman sinis, tapi senyuman yang penuh tersirat. Tersirat dengan seribu perasaan yang mencanak mekar di jiwa. Kian hari kian bercambah bak benih yang tertanam dan tumbuh membentuk bungaan.

            Hendak mengungkapkan perasaan itu melalui kata-kata sekalipun, adakah gadis seperti Haufa bakal memahaminya?

            "Mengutuk saya lah tu," balas Haufa. Bibirnya dijuihkan. Dia sendiri malas untuk bertanya terjemahannya kerana tahu pasti pemuda itu berkata sesuatu yang buruk terhadapnya.

            Tidak lama, bunyi ketukan pintu dari luar mengalih perhatian mereka berdua ke arah pintu. Usai menerima arahan dari Harith, pintu tersebut mula terbuka. Terjengul wajah Maria menghiasi pandangan mereka.

           "Encik Harith, dato nak jumpa." Tangan wanita itu setia memegang tombol dan masih kaku di hadapan pintu, tidak berganjak. Malas untuk masuk ke dalam atau mungkin tidak mahu mengganggu?

           "Saya sibuk. Bagitahu dia, sepuluh minit lagi saya datang." Sengaja Harith memberi alasan dengan menunjukkan bukti pada tingkahnya sekarang. Padahal boleh saja dia meninggalkan kerjanya seketika dan mengikut saja arahan Maria. Kalau tadi Haufa datang, bukan main. Tengah sibuk pun, rela ditinggalkan kerjanya demi memberi fokus kepada gadis itu.

          "Both of you. Urgent!" Getar pada suara Maria cukup membuktikan yang wanita itu dalam keadaan ketakutan. Tidak lama, pintu tertutup semula dan bayang Maria sudah hilang meninggalkan Harith dan Haufa. Masing-masing berpandangan sesama sendiri.  


           "PEMALSUAN fail?"

           Soalan Harith melenyapkan suasana sepi di dalam ruang pejabat yang luas itu. Matanya beralih memandang satu persatu wajah orang-orang yang berada di situ. Namun semua hanya mampu menundukkan kepala dan mendiamkan diri. Tidak berani untuk membuka mulut usai Dato Khalid menjelaskan permasalahan yang berlaku sebentar tadi.

           "Semua fail dekat atas meja ni adalah dokumen yang telah dipalsukan oleh individu tertentu. Dimana individu tu telah membuat salinan palsu ke atas sebahagian fail penting mengenai urus tadbir syarikat."

           "Jadi maknanya fail sebenar dah hilang?" soal Harith lagi. Nampak gayanya, hanya dia yang berani menyuarakan soalan pada saat ini.

           "Exactly," balas Dato Khalid.  

          "Bilik fail tu bukan orang sembarangan yang boleh masuk. Hanya staf atasan sahaja yang dibenarkan. Dua hari lepas, Maria ada bagitahu papa yang assistant baru kamu ada mintak kunci bilik fail. Jadi..."

           "Jadi papa nak tuduh assistant Rith yang buat lah?" Pantas Harith memintas, seolah tahu penghujung pada ayat tersebut. Haufa yang duduk di sisinya dipandang sekilas. Gadis itu hanya beriak tenang sahaja.

           "Habis siapa lagi? Sebelum dia kerja dekat sini, tak pernah ada pun kes yang macam ni."

          "Tapi papa tak ada bukti untuk tuduh Haufa buat semua tu!" Suara Harith naik mencanak. Ingin membela si gadis yang hanya membisu sejak tadi. Kemana Haufa yang gemar membidas? Kenapa kali ini gadis itu hanya berdiam sahaja?

           Walaupun Haufa tidak bersuara untuk membela diri, namun Harith tahu bukan gadis itu pelakunya. Tidak mungkin. Pasti ada dalang di sebalik apa yang berlaku.

          "Dan apa bukti kamu nak pertahankan dia?"

          "Papa sendiri ada bukti?" bidas Harith kembali. Suasana tegang mula memenuhi suasana di antara dua beranak itu. Manakala yang lain pula masih setia menjadi pendengar.

          "Of course papa ada bukti. Kalau tak, papa takkan tuduh sesuka hati!"

          "Mana bukti papa?" soal Harith lagi. Mana dia tak melenting kalau papanya sendiri telah menuduh seseorang tanpa memberi bukti terlebih dahulu. Selagi tidak diberitahu bukti, dia tidak akan sewenangnya percaya.

          "Saya sebagai bukti."

          Suara seseorang yang berbicara mengalihkan pandangan Harith tertumpu ke arah tersebut. Lelaki yang sejak tadi berdiam sahaja kini sudah berani bersuara. Patutlah turut berada di sini. Orang penting rupanya.

          "Kau siapa? Kau betul-betul yakin ke Haufa yang buat semua tu?" Harith terus saja menyuarakan pertanyaan.

          "Ya, Encik Harith. Saya pasti." Yakin suara itu membalas.

           Baru Harith ingin membuka mulut kembali, sudah ada satu suara sudah mendahuluinya. "Maaf saya menyampuk sekejap."

           Akhirnya suara Haufa mula kedengaran. Semua mata di situ tertumpu memandangnya pula. Menanti kata-kata seterusnya.

          "Encik Aizat, apa bukti awak nak tuduh saya yang memalsukan fail syarikat?" Giliran Haufa pula yang meneruskan soal bicara. Nama lelaki itu juga turut disebut. Masakan dia sudah lupa pada lelaki yang pernah menganggunya tempoh hari.

          "I nampak you, beberapa hari lepas. Keluar masuk bilik tu and pegang banyak fail. Kalau tak percaya, dalam rakaman cctv pun ada terakam muka you."

           "Tapi awak tahu ke fail apa yang saya pegang masa tu? Awak sempat check?"

            Sunyi sejenak sebelum Aizat teragak-agak menggeleng. Haufa tersenyum sinis. Nak jadi bukti konon. Bukti pun tak kukuh.

           "Habistu kenapa kau tuduh dia yang buat?!" Tengkingan Harith sekali lagi menggegarkan ruangan tersebut. Pemuda itu ingin bangkit dari duduk, berura-ura ingin membelasah si Aizat.

           "Encik Harith. Relaks." Tangan Haufa pantas mencengkam lengan Harith agar duduk kembali. Isyarat diberi kepada pemuda itu agar bertenang. Orang lain yang dituduh, orang lain pula yang menghamburkan amarah. Sepatutnya Haufa yang seharusnya melenting. Tapi lain pula jadinya.

           "Okey, macam ni. Saya ada cadangan bagi penyelesaian masalah ni. Sebab tak guna kalau kita saling menuduh antara satu sama lain. Itupun kalau dato setuju dengan cadangan saya," simpul Haufa usai menyedari suasana sudah mula reda. Semua disitu hanya diam menanti kata-kata selanjutnya.

          "Apa kata kita laporkan perkara ni pada pihak polis. Saya rasa urusan akan lebih mudah kalau kita biar polis sendiri yang siasat. Dan saya sendiri pun akan bagi kerjasama pada diorang kalau saya bakal disoal siasat."

          "Polis? Tak boleh!" bantah Dato Khalid tiba-tiba.

          "Kenapa tak boleh?" soal Haufa pula. Sekarang dia pula yang mendominasi percakapan. Sementara Harith pula yang menggantikan tempatnya, diam tidak bersuara.

          "Ni adalah urusan peribadi syarikat. Tak perlu untuk libatkan polis."

          "Tapi kenapa dato? Kenapa dato macam tak suka nak libatkan polis? Ada sesuatu yang rahsia ke dalam semua kandungan fail yang dah dipalsukan tu? Sesuatu yang sulit? Terhad? Atau sesuatu yang dato cuba nak sembunyikan?" Sinis pada kata-kata Haufa menarik anak mata Dato Khalid merenung tajam ke arahnya. Pandangan membunuh.

          Namun Haufa tidak gentar, sebaliknya dia menentang renungan itu dengan lebih berani. Seolah mencabar lelaki separa abad itu membidas pertanyaannya kembali. Hampir separuh minit berlalu, masih lagi tiada jawapan. Mata mereka sabung-menyabung untuk beberapa saat. Dan akhirnya, Dato Khalid sendiri yang mengalah dengan menghela nafas panjang.

           "Semua keluar. Kecuali Harith." Arahan lain pula dikeluarkan. Secara mendadak membuatkan semua di situ seolah-olah terpaku. Masih tidak berganjak di tempat duduk masing-masing.

          "Leave us. Now!" Tempik Dato Khalid. Kali ini, barulah semua yang berada di situ bergegas mengangkat punggung dari kerusi. Haufa berura-ura ingin bangkit. Namun, lengannya yang dipaut seseorang membuatkan pergerakannya untuk berdiri terbantut.

          "Tunggu saya dekat luar," bisik pemuda di sebelah. Haufa mengangguk faham lalu mengatur langkah berlalu pergi dari situ.

          "So... what now, pa?" Harith menyoal tatkala semua pekerja sudahpun beredar keluar dan hanya tinggal mereka berdua sahaja.

          "Papa nak Rith pecat perempuan tu. Biar papa cari assistant baru." Dato Khalid memberi arahan yang mengejutkan. Membuntang mata Harith tatkala mendengar arahan tersebut.

          "Hell, no!"

          "Sekarang ni, kita belum tahu lagi sama ada Haufa betul-betul bersalah atau tak. Tadi dia suruh papa report pada polis, papa sendiri yang bantah. What do you want actually?!" Harith sedaya upaya membangkang.

          "Papa tak boleh libatkan polis. It will ruin of our business." Jawapan Dato Khalid membuatkan Harith mendengus kasar. Tergeleng-geleng kepalanya ketika ini. Tidak lama, dia menapak perlahan-lahan ke arah papanya. Membiarkan bunyi tapak kasut sahaja yang kedengaran.

           "Whatever your business is, I don't even care. Rith tak nak masuk campur. Tapi kalau papa berani nak pecat Haufa, ni kali terakhir papa akan jumpa Rith." Harith meninggalkan satu amaran. Usai itu, dia kembali mencipta jarak antara mereka.

           "Harith! I'm not finish yet!" Jeritan tersebut diabaikan Harith begitu sahaja. Tanpa menoleh sedikit pun ke belakang, dia melangkah ingin keluar.

           Buka sahaja pintu, wajah Haufa menyapa pandangan. Ternyata gadis itu mengikut arahannya supaya menunggu di luar. Terkebil-kebil gadis itu memandang wajah tegang milik Harith. Tanpa isyarat, tangan Haufa tiba-tiba ditarik.

           "Ikut saya."


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro