Bab 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

          "SYARAT pertama, saya tak nak ada staf yang tahu tentang hubungan kita. Just keep it private."

           Lantang suara itu berkata. Dengan riak serius yang dipamerkan seolah menunjukkan dirinya tidak main-main dengan setiap kata yang dihujahkan. Namun sejak semalam lagi, Harith sudahpun dapat mengagak tentang syarat yang satu ini. Kalau sekalipun gadis itu tidak mengemukan syarat tersebut, dia juga tidak akan menguar-uarkan tentang hubungan mereka nanti. Apa faedahnya bila orang lain tahu? Jadi, syarat pertama tiada masalah bagi Harith.

          "Kedua. Even awak dah jadi boyfriend saya, awak tak perlu nak caring a lot pasal saya. Saya boleh jaga diri saya sendiri. Plus, it will make our relationship become cringe kalau awak terlampau ambil berat pasal saya."

          Syarat kedua tidak seperti yang Harith jangkakan. Tapi, nanti dulu. Dia tersalah dengar ke tadi? Bukan tentang syarat yang dihujahkan tapi panggilan nama yang telah ditukarkan. Biar betul? Mana perkataan 'encik' yang biasa digunakan? Haufa, Haufa. Sepantas kilat sudah membiasakan diri. Tanpa dipinta. Tapi tidak mengapa, Harith suka!

         "The last one. Keep trusting me. Saya cuma nak walau apa pun terjadi, awak kena selalu memihak pada saya."

         Tiada masalah lagi. Harith tersenyum tenang bila Haufa menyudahkan bicara. Keluh lega terhembus keluar dari bibir. Mujur tiada syarat pelik-pelik seperti yang seperti dia fikirkan semalam sehingga menganggu lenanya.

          "Just that, huh?"

          "Ya. Dan saya harap syarat yang bagi tu takkan membebankan misi awak yang kononnya boleh ubah sikap saya," balas Haufa. Pemuda di hadapan terlihat langsung tidak menunjukkan riak keberatan dengan syarat yang dia berikan. Dalam hati, Haufa tersenyum lega. Puas hati kerana tiada pembangkangan yang berlaku.

          "Not at all. Tapi saya ada satu soalan." Kaki kanan yang tersilang diturunkan memijak lantai. Harith menegakkan badan dari bersandar di sofa. Mata dengan tajam membalas renungan Haufa yang duduk bertentangan dengannya. Gadis itu sedang menanti kata-katanya.

          "How if you will fall in love with me?"

          Haufa pantas sahaja berdecit. "Mustahil."

          "I said if."

          "That's not gonna happen."

          "Don't be so confident."

          "What? I'm just telling the truth. Bagi saya, semua tu mustahil untuk terjadi," balas Haufa penuh keyakinan. Apa yang difikirkan oleh bosnya itu sehingga nak membabitkan urusann cinta pula?

          Bicara Haufa itu menarik Harith agar berdiri. Sepasang kaki mula diorak menuju ke arah sang gadis yang sedang ralit memerhati setiap tingkahnya.

          "Dalam dunia ni, tiada apa yang mustahil kalau Allah menghendaki. Kalau Allah mengizinkan sesuatu untuk terjadi, maka ia akan terjadi. Sekelip mata."

          Haufa sekadar mendengar. Ya, tidak dinafikan semua yang dikatakan itu benar.

          "Memandangkan awak dah letak tiga syarat, jadi izinkan saya letak satu syarat. Just one," sambung Harith lagi. Wajah Haufa ditatap lama, meminta kebenaran. Gadis itu menunjukkan riak mengizinkan dan tampak tidak sabar menunggu kata selanjutnya.

          "Kalau saya berjaya buat awak jatuh cinta, kita kahwin."

          Suasana sunyi yang menghuni terus berganti dengan bunyi ketawa Haufa yang meledak keluar. Memenuhi segenap ruang pejabat yang mereka duduki kini.

          "So funny. Kita ni cuma pasangan sementara aje. Hanya dua bulan. Cinta? Mustahil boleh wujud dalam tempoh sesingkat tu." Haufa menggeleng kepala. Ini memang kelakar. Kahwin? Biar betul? Sangat tidak logik.

          Manakala Harith hanya menayang muka serius. Menunjukkan dia tidak berminat untuk ikut ketawa. Lagipun, tiada apa yang lucu tentang kata-katanya tadi. Dia serius dengan apa yang telah dia lontarkan.

           "Don't tell me, you don't believe love at the first sight."

           Haufa mula menamatkan sisa tawa. Bunyi deheman sempat dikeluarkan sebelum dia ingin membalas.

           "Nope. Tu cuma mitos. Cinta pandang pertama hanya berteraskan nafsu yang membuak untuk memiliki. Itu cuma perasaan bila kita melihat sesuatu yang buatkan hati kita tertarik. Cinta yang sebenar akan ambil masa yang lama untuk tumbuh dan kekal abadi."

           Terpanar. Terkedu.

           Harith terdiam tanpa kata. Langsung tidak terjangka kata-kata tersebut akan terbit melalui mulut Haufa. Jadi, penilaian dia tentang gadis itu adalah salah. Rupanya Haufa lebih tahu lebih lanjut tentang perkara ini berbanding dia sendiri. Sedikit sebanyak dia tersentap. Kerana kata-kata itu seakan menyindir dirinya.

          "But sometimes, it also can takes one second to fall in love with someone without any reason. Isn't right?" Harith masih ingin berhujah lebih lanjut. Sengaja ingin menguji sejauh mana pengetahuan gadis itu tentang topik ini.

          "Itu cuma tarikan fizikal. Bila kita tengok sesuatu yang indah di depan mata, automatik minda akan terpukau untuk seketika. Tapi semuanya akan kembali normal, bila kita tak pilih untuk terus fikirkan benda tu." Buat kali kedua Harith tersentap dengan bait ucapan dari Haufa. Sah! Memang kena batang hidung diri sendiri.

          "Maksud awak, perasaan tu akan hilang kalau kita pilih untuk melupakan?"

          "Bingo!"

          "Oh god. Stop talking about love, please. Why not you just focus on your mission? Nak ubah perangai saya kan? Just only that, okay!" sambung Haufa lagi. Tegas. Ingin segera menyimpulkan perbualan. Tidak mahu ianya meleret panjang dengan topik yang langsung tidak berkaitan.

           Sementara Harith pula mengorak senyuman lebar. Senyuman yang penuh misteri dan tersirat. Tersirat dengan satu keazaman baru yang membuak naik.

           But sorry dear, I have my another mission


           "KAU dah dengar cerita ke belum? Aizat sekarang ni ada dekat hospital. Katanya semalam lepas balik kerja, dia kena tembak. Ish, ngilu betul."

          Sedang khusyuk Haufa mengacau kopi di pantri, satu suara menjengah pendengaran. Tidak jauh pun, hanya dibelakangnya sahaja. Dua staf perempuan sedang melepak di salah sebuah meja. Bayang mereka, Haufa berpura tidak nampak sejak dari mula dia memasuki pantri tadi kerana tujuan dia kesini adalah untuk menyediakan kopi. Bukan untuk mencuri tulang. Jadi dia pun malas hendak menyapa dua staf perempuan tersebut dan menyertai mereka. Dan ternyata topik yang didengarnya ini berjaya menarik minat Haufa untuk memasang telinga.

          "Macam mana boleh jadi macam tu?"

          "Entah lah."

          "Habis tu, dapat tangkap tak orang yang tembak dia?"

          "Terlepas. Sampai sekarang polis tak dapat tangkap. Agaknya siapa lah yang kejam sangat buat macam tu dekat dia."

          "Perompak rasanya."

          "Mungkin lah. Eh, jom sambung kerja balik. Mentang-mentang lah bos besar tak ada. Kita jadi berat tulang pulak." Ayat penghujung dari perbualan mereka sebelum kedua-dua bayang staf itu mula menghilang dari pantri. Suasana kembali sepi. Kerana hanya Haufa yang tinggal kala ini. Dia meneruskan tugasnya mengacau bancuhan kopi untuk diberikan kepada bosnya nanti.

          Tidak semena perbualan dia bersama Harith kembali terngiang di ingatan. Siapa sangka, baru beberapa minggu dia bekerja di syarikat ini, status antara dia dan bosnya itu bertukar serta-merta. Mulanya Haufa agak sangsi dengan penawaran jejaka itu yang tiba-tiba sahaja meluahkan hasrat untuk menjadikan dia sebagai kekasih. Apatah lagi, dengan alasan hanyalah sekadar untuk mengubah sikapnya menjadi seseorang yang lebih terbuka.

          Adakah Harith mampu untuk mengubahnya?

          Haufa ketawa sinis dalam hati. Pemuda itu masih belum tahu tentang apa yang dipendam olehnya. Tentang apa yang telah dia lalui sebelumnya. Tentang sejarah hidupnya. Kalau benar pemuda itu berjaya menukarkan dia kepada versi Haufa yang baru, maka tepuk tangan adalah perkara pertama yang bakal dia lakukan.

         "Kau mesti tahu kan siapa yang tembak Aizat." Tiba-tiba satu suara menyapa dan terus melenyapkan lamunan Haufa. Pantas dia berpusing ke sisi. Berdiri di depan matanya sekarang adalah gadis yang sama tempoh hari. Ya, Haufa masih cam akan wajah manis dan ayu ini. Masakan tidak, gadis ini selalu datang dengan menyoalkan sebuah pertanyaan sinis. Tidak pernah memberi kata sapaan yang baik-baik seperti selamat pagi atau sebagainya.

          "Aizat kena tembak lepas dia bagi bukti pada dato semalam tentang kes pemalsuan maklumat data pejabat. Aku yakin, mesti ada kaitan dengan kau kan?" sambung gadis itu lagi.

          "Kau cakap apa ni?" Haufa menyoal kembali. Tidak puas hati dengan tuduhan yang dilemparkan secara tiba-tiba sahaja. Datang menyapa pun tidak, sesuka hati sebar benda tak sahih! Siapa sahaja yang tidak marah?

          "Tak payah nak berlakon lah perempuan. Patutlah aku pelik macam mana kau boleh sesenang macam tu aje sandang jawatan assistant dekat sini. Rupanya kau ada muslihat sendiri. Musuh dalam selimut. Kau ni siapa sebenarnya?" Sinis gadis itu membalas lagi. Mempersoalkan kembali apa yang telah dia persoalkan sebelum ini.

          Haufa memalingkan tubuh sepenuhnya menghadap ke sisi. Tampaknya isu jawatannya masih ingin dipertikaikan dan mungkin akan terus menerus menjadi isu. Nampak sangat riak ketidakpuasan hati pada wajah gadis itu. Tatkala terfikir sesuatu, senyuman herot mula terlakar di bibir Haufa.

         "Kau betul nak tahu siapa aku?"

         "Betul nak tahu?" soal Haufa lagi. Setapak dia melangkah ke depan. Berani. Kening diangkat sebelah tanda menanti jawapan. Namun, gadis itu hanya mendiamkan diri. Tidak menjawab pertanyaan daripadanya. Haufa mendekatkan lagi jarak di antara mereka sebelum membisikkan sesuatu.

         "Aku ni... pesakit mental."

          Ternyata riak gadis itu berubah serta-merta. Mungkin tidak menyangka dengan kenyataan tersebut yang dikeluarkan oleh Haufa. Melihat perubahan pada wajah itu, Haufa terus menghamburkan tawa.

          "Kelakar lah kau ni. Kenapa kau nampak cuak? Takut dengan aku?" Haufa menyindir dalam nada riang. Apatah lagi, bila melihat wajah pucat lesi gadis di hadapannya ini yang ketandusan kata. Tapi masih lagi berani membalas renungan Haufa dengan pandangan yang tajam menikam.

          "Nama kau Lisa kan?" soal Haufa seraya menyebut nama gadis itu yang sudah pun diketahuinya.

          "Macam ni lah Lisa. Kalau kau sayang nyawa kau, baik kau jauhkan diri dari aku. Jangan sibuk dengan apa yang aku buat. Macam yang aku cakap sebelum ni, mind your own business. Itu pun, kalau kau nak hidup lama lah." sambung Haufa.

          "Kau ingat aku hairan dengan ugutan kau? Nanti aku report dekat Encik Harith yang assistant dia ni pembelot dalam syarikat ni." Dengan berani Lisa membidas semula kata-kata Haufa. Sejak tadi dia menahan geram dan panas hati dengan Haufa yang terlihat memperlekehkannya.

          "Oh ya? Then, pergilah bagitahu dia. Ingat aku kesah ke? Nanti kita tengok dia akan sebelahkan siapa." Penuh kesombongan Haufa berkata. Ya, dia yakin dengan setiap percakapannya. Tidak perlu gentar kerana dia sendiri yang telah menciptakan permainan. Kenapa perlu takut dengan permainan sendiri?

          Tidak lama, giliran Lisa pula mengukir senyuman sinis. Tangan dibawa menyilang ke dada.

          "Aku tahu. Kau ni cuma berlagak kuat aje. Tapi hakikatnya, kau ni lembik jugak sebenarnya. Tengok ular pun boleh pengsan. Tu pun, baru ular mainan. Come on, it's just a small snake. Macam mana agaknya kalau aku letak ular betul haritu. Silap-silap mesti kau dah mat..."

          Belum sempat Lisa menghabiskan ayat, lengannya tiba-tiba disimbah dengan kopi panas. Kopi yang baru sahaja dibancuh oleh Haufa sebentar tadi.

         "Auch!"

         Gadis itu mengerang kesakitan tatkala kulitnya mencium cecair panas. Habis lencun lengan baju Lisa yang kini telah bertukar warna. Dia mengangkat kepala, menatap wajah Haufa untuk menghamburkan kemarahan. Namun riak bengang Lisa menghilang pergi bila bertembung demgan panahan mata milik Haufa yang sudahpun bertukar bengis.

          "You mess with wrong person. Dengar sini, perempuan. Aku nak bagi kau last warning. Stop siasat siapa aku. Stop kacau hidup aku, kalau kau tak nak terima nasib yang sama macam Aizat. Ingat baik-baik perempuan. Aku serius. Aku tak main-main." Haufa memberi amaran keras. Terdiam terus Lisa bila mendengar kata-kata daripadanya. Jelas riak ketakutan terpancar pada wajah gadis itu. Namun tidak sedikitpun meraih simpati Haufa atas tindakan spontannya mencurah air sebentar tadi.

          "What's going on here?"

          Satu suara garau kedengaran menegur mereka berdua. Laju kedua di antara mereka berpaling melihat gerangan tersebut. Haufa serta-merta membetulkan tegaknya.

          "Tak. Tadi saya terlanggar dia. Habis tertumpah kopi. Maaf Encik Harith, nanti saya buat kopi yang baru." Haufa membalas tenang. Pandangan setelah itu terhala pula ke arah Lisa yang diam tak berkutik.

          "Sorry tau Lisa, saya tak sengaja."

          "Teruk ke luka you?" Harith bertanya penuh prihatin usai Haufa memohon maaf. Setapak dia melangkah mendekati Lisa. Memeriksa keadaan gadis itu yang nampak tercengang seperti baru melihat hantu. Pandangan Harith jatuh pada lengan Lisa yang berbekas merah.

          "Melecur tu. Nak I tolong hantar you ke bilik rawatan dekat bawah ke?"

         "Dia boleh pergi sendiri. Kan Lisa?" Pantas saja Haufa mencelah. Sempat dia menghantar satu isyarat mata kepada Lisa supaya bersetuju dengan kata-katanya itu. Lisa kemudian menelan liur. Muka berubah pucat seratus peratus bagai kehilangan darah dalam tubuh. Hilang arah.

         "Be.. betul. Saya boleh pergi sendiri. Err.. kalau macam tu saya pergi dulu." Akhirnya jawapan dari Lisa menaikkan kelegaan Haufa. Nampak gaya, gadis itu sudah mula gentar dengannya. Kemudian bayang Lisa menghilang pergi dan suasana di pantri mulai sepi.

         "You know what, saya rasa awak betul. I should be nice to all staff here. Tapi tadi masa kami tengah seronok borak, saya tertumpahkan kopi pulak dekat lengan Lisa. Kesian dia," ujar Haufa bernada simpati. Penuh kesalan.

         Harith menoleh menatap riak wajah Haufa yang sudah bertukar keruh. Senyuman terbit dari bibirnya. Tidak menyangka dengan ayat yang dikeluarkan oleh kekasihnya itu.

         "It's just an accident. Bukan salah awak."

         Tanpa disedari Harith, perlahan-lahan bibir Haufa mengorak senyuman sinis.

        Ya. Kemalangan yang disengajakan


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro