Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BANGUNAN-bangunan yang terpacak megah di sekitar bandar kota pada pagi itu menjadi tatapan sepasang mata milik Harith. Berpuluh ekor burung yang sedang seronok melebarkan sayap di dada langit juga menarik perhatiannya.

Fikiran mula melakar imaginasi. Argh! Mula nak melencong ni. Mood melukis yang mula melambung naik segera dibuang jauh-jauh. Sekarang dia bukan berada pada tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti itu. Dan mungkin selepas ini, tiada kelapangan masa untuk dia menikmati dunia warna-warni itu lagi.

Kerusi kerja dipusing kembali menghadap meja setelah membazirkan beberapa minit waktu berlalu dengan melayani alam yang melencong dari realiti. Mata genap memerhati sekeliling ruang yang didudukinya kini.

Harith mengeluh berat.

Tidak percaya seteguh keputusan dia menolak cadangan papanya, mengalah jua dia pada akhirnya. Pujukan Mak Jah tempoh hari juga sedikit sebanyak mempengaruhi keputusannya untuk berada di sini. Bersetuju untuk bekerja bersama papanya di syarikat. Tapi bukan bererti dia terus menyandang jawatan paling tinggi dan menggantikan Dato Khalid serta-merta.

Tidak. Dia masih bekerja di bawah papanya sendiri namun masih digelar selaku bos dalam syarikat ini. Malas hendak melayan lamunan, fokus Harith yang terbang jauh tadi ditangkap kembali. Masa bekerja sudah bermula. Baru saja beberapa saat komputer dihidupkan, bunyi pintu diketuk dari luar.

Muncul seorang wanita yang tersenyum manis sambil berjalan ke arah Harith. Di tangan wanita itu memegang sesuatu.

"Nah, Encik Harith. Semua fail yang encik minta semalam." Beberapa fail diletakkan di atas meja. Wanita itu mengundur setapak ke belakang.

Harith mengangguk sekilas. "Sorry for bothering you, Maria."

"I don't even mind, Encik Harith. Lagipun Dato sendiri yang bagi keizinan untuk tolong kalau encik perlukan apa-apa sementara dapat PA baru. So, ada apa-apa lagi tak?" Balas Maria.

"So far, I think tak ada. You pergi lah sambung kerja dekat papa. By the way, thanks."

"Okay. But, if you need anything just call me."
Balas Maria seraya melangkah meninggalkan meja.

Hilang saja kelibat wanita itu, pandangan Harith terhala sepenuhnya pada fail di hadapan. Niatnya untuk menghadap komputer tadi terus dilupakan. Tangan dibawa membelek satu persatu kandungan fail tersebut. Boleh tahan ramai jugak calon.

Ya, memang dia perlukan seorang personal assistant. Tapi untuk mencari seorang pembantu peribadi, bukan mudah bagi Harith. Beberapa faktor harus diutamakan. Penelitian harus dilakukan. Lagi lagi perempuan.

Khuatir juga kalau perangai lama akan kembali semula. Tapi Harith sudahpun bernekad untuk meninggalkan dunia lamanya. Jadi dia harus berpegang pada kata-kata sendiri.

Tangan masih ligat menyemak beberapa resume calon yang hadir pada temuduga tempoh hari. Itupun atas desakan papanya yang suruh dia memilih salah seorang dari mereka.

Satu, reject!
Dua, reject!
Tiga, reject!

Permukaan dahi dipicit. Belum apa-apa lagi dah pening. Macam cari calon isteri aje walhah perlu cari pembantu di pejabat. Tapi, tak ada ke yang sebaya Maria? Dah kahwin ke. Kenapa semua muda-muda?

Tiba-tiba tangan Harith terhenti pada resume seseorang. Tergamam dia seketika. Jantungnya yang berdegup normal tadi seakan berhenti berdetak. Diteliti penuh tekun setiap butiran yang tertulis pada resume tersebut dari atas hingga ke bawah. Sudah membaca semua, giliran gambar pemiliknya pula ditenung.

Keterujaan mula melonjak naik. Satu senyuman terlakar mekar di bibir.

Is this a dream?

💌💌💌

SATU demi satu siaran televisyen ditukar. Tiada satu pun saluran yang dapat menarik minat Haufa untuk kekal menonton objek empat segi di depan mata. Akhirnya dia mengambil keputusan menekan butang off pada remote. Kepala disandar pada sofa. Nafas berat yang berkumpul di dada dihela keluar.

Beginikah rasa bosan bila hidup menganggur di rumah?

Hendak keluar tapi duit tabung pula makin surut. Entah bilalah agaknya dia akan melayari kehidupan seperti orang-orang lain. Ada kerja sendiri, kumpul duit, kahwin. Eh, kahwin tak boleh. Lambat lagi.

"Haufa Aqira!"

Hampir tercabut jantung Haufa saat mendengar namanya dilaung kuat. Pantas mata menoleh ke arah Erin yang termengah-mengah menuju ke arahnya. Di tangan gadis itu memegang satu sampul surat.

"Apa hal kau terpekik ni? Aku ada kat sini aje. Kenapa?"

"Ni, ada surat untuk kau!" Tanpa menjawab soalan tadi, Erin menghulurkan sampul surat di tangan. Dahi Haufa berkerut seketika bila membaca alamat pengirim pada sampul apabila surat mula bertukar tangan. Tanpa menunggu lama, surat itu dirobek. Beberapa saat membaca, mata Haufa terus membulat seraya bibirnya mengorak senyuman lebar.

"Ya Allah, babe! Aku dapat kerja tu!" Terus tubuh Erin di sisi didakap erat. Berkongsi kegembiraan di hati saat ini. Baru saja tadi dia mengeluh, dan sekarang akhirnya sudah dapat apa yang diinginkan. Namun bila menyedari sesuatu, pelukan dileraikan serta-merta. Wajah Haufa yang tadinya dihiasi senyuman kini hilang begitu saja.

"Habistu kau?"

Erin tersenyum tawar. "Tak ada rezeki lah tu. Nampaknya tak tercapai jugak hajat kita nak kerja sebumbung kan?"

"Tapi Erin, aku rasa kau yang lebih perlukan kerja ni dari aku. Kau kan nak cari duit untuk tanggung kos pembedahan mak kau." Haufa meluahkan rasa simpati mengenangkan nasib rakannya yang lebih susah berbandingnya.

"Hal tu, kau tak payah risaulah. Macam yang kau cakap, rezeki boleh ada dekat mana-mana. Nanti aku ikhtiar lah cari kerja kat tempat lain." Tiada balasan dari Haufa. Tanpa sedar wajahnya bertukar muram. Rasa kurang enak berhimpun di hati.

"Nanti aku kerja, gaji tu aku bagi separuh dekat kau okey?" Ujar Haufa tiba-tiba membuatkan Erin melepaskan tawa.

"Apa pulak? Tak payah lah sampai macam tu. Kau yang kerja, kenapa nak habiskan duit gaji kau untuk aku?"

"Aku tak kira. Aku tetap nak tolong settlekan masalah kau dengan mak kau. Sebab aku dah anggap tu tanggungjawab aku." Tegas Haufa berkata. Erin hanya menggeleng. Begitulah sikap kawannya. Kalau membantah sekalipun, memang dia tahu dia akan kalah. Tekad gadis itu jangan dibawa main. Erin sudah khatam dengan perangai Haufa.

Tiba-tiba satu idea bernas muncul di akal.

"Kalau macam tu, apa kata nanti kau pujuk bos kat tempat kerja baru kau untuk ambik aku kerja. Boleh?" Erin menahan ketawa dari meletus saat Haufa menatap wajahnya dengan pandangan serius. Pasti gadis itu sedang memikirkan cadangan tadi. Walhah dia sekadar bergurau sahaja.

"Hey! Aku main-main ajelah. Dahlah, malas aku layan kau. Baik aku sambung kemas rumah lagi bagus." Erin mula bangkit dari duduk sebelum meninggalkan Haufa yang termangu sendirian di ruang tamu.

Haufa tiba-tiba mengukir senyuman sinis tatkala hilangnya kelibat Erin. Mudah. Terlalu mudah untuk dia melanjutkan misi selepas ini memandangkan dia sudah berjaya menapak satu langkah ke depan. Tidak sabar untuk berkongsi berita gembira ini pada seseorang nanti. Nampak gayanya, pertolongan dia di pejabat tempoh hari berbuahkan hasil.

Ting!
Ting!
Ting!

Bunyi tersebut lantas mematikan lamunan Haufa. Pantas dia mencapai telefon di sisi. Skrin telefon yang menyala ditatap. Ada tiga mesej dikirim menggunakan private number. Siapa?

Mesej itu terus dibaca.

Come to office by 8' clock tomorrow.
Don't be late.
Otherwise, you're fired.

Mulut Haufa terlopong seketika.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro