Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEGELAS air berisi coca-cola diteguk rakus. Melepaskan segala tekanan yang terkurung di dalam hati. Bunyi alunan muzik yang berdentam-dentum berselang seli dengan bunyi cecair yang masuk ke dalam kerongkong. Menghiasi pendengaran Harith tika ini.

          Usai menghabiskan air, gelas itu dihentak kuat ke atas meja. Kuat tak kuat tapi tindakan itu ternyata berjaya menarik beberapa pasang mata melirik ke arahnya. Terutama para gadis.

          Apa lagi, lihat sahaja kelibat sang jejaka pujaan, terus ditinggalkan segala 'aktiviti' yang mereka sedang lakukan.

          Tempat yang tadinya kosong kini sudah mula menjadi tumpuan.

          Perkara itu sudah menjadi kebiasaan buat Harith. Kedatangannya ke tempat ini pasti sahaja menjadi perhatian ramai wanita. Sehingga membangkitkan perasaan tidak puas hati pada sesetengah lelaki yang turut hadir ke lembah maksiat ini. Mungkin ego mereka seakan tercabar melihatnya.

          Tapi adakah Harith peduli semua itu? Semestinya tidak. Bukan salah dia juga.

          Hidup ini punya pilihan. Dan dirinya telah menjadi pilihan bagi para wanita.

          "Why, darling. You ada masalah ke?" Tegur seorang gadis tatkala melabuhkan duduk di sebelah Harith. Rapat. Sehingga tiada ruang yang tersisa di antara mereka berdua.

          Mata Harith mula melirik pada insan di sebelahnya. Seperti yang dapat dibayangkan. Bagaimana pemakaian seorang perempuan tatkala memasuki kelab, begitulah dengan orang di sebelahnya sekarang. Terdedah sana sini. Sengaja mencari perhatian mungkin.

          "Kalau I cakap I ada problem, apa yang you boleh buat untuk hilangkan masalah I?"

          "Anything. Just tell me. What do you want me to do? I can even give you myself." Yakin saja gadis itu menjawab tanpa perasaan ragu. Sanggup pula dia menyerahkan segalanya demi seorang lelaki yang belum tentu akan menjamin masa depannya nanti. Ah, perempuan. Jika beginilah sikapnya, memang akan dinilai tidak punya harga diri.

          "Hai baby. Lama tak nampak you." Belum sempat menjawab, datang lagi seorang gadis ke arah Harith. Tanpa isyarat, lengannya terus dirangkul erat.

          Sekarang kiri kanan Harith sudah diduduki oleh dua orang gadis. See? Tidak sampai sejam. Kuat betul auranya.

          Tangan gadis-gadis itu mula meliar. Mengusap lembut bahagian tubuhnya yang boleh dikategorikan sebagai tubuh idaman para wanita.

          Harith sekadar membiarkan. Tidak pula dia menepis tangan-tangan yang melekap di dadanya. Dia sendiri tahu apa motif gadis-gadis itu berbuat sedemikian. Untuk membuatnya tergoda, pasti. Jatuh tersungkur dan kalah dengan belaian mereka.

          Malangnya, Harith bukanlah lelaki yang mudah rebah menuju ke ranjang. Tidak. Setakat ini, dia masih kuat untuk mengawal nafsunya sendiri.

          Dia tidak akan sesekali tersungkur pada mana-mana wanita. Tapi wanita yang selalu tersungkur kepadanya. Namun, tidak pernah sekalipun dia memanfaatkan peluang yang sedia terhidang di depan mata.

          Jika itu berlaku, apa yang akan jadi? Pasti ramai gadis yang akan mencarinya dan mengaku bahawa mereka mengandungkan anaknya.

          Tidak. Dia tidak akan sesekali membiarkan perkara itu berlaku. Kehidupannya malah akan terganggu nanti.

          You can touch anything you want. Anything on my body. But you can't touch one thing.

          My soul.

          Ya, itulah prinsipnya.

          Tiada sesiapa pun yang boleh menghidupkan jiwanya. Jiwa Harith Azrel yang boleh dianggap hilang entah ke mana.

          Jiwanya ibarat terkurung dalam sebuah sangkar. Dan sehingga ke hari ini, dia masih belum menjumpai kunci yang benar untuk membuka sangkar tersebut.

          Hidupnya sendiri terumbang-ambing. Berkeliaran bagaikan tiada pedoman. Mencari sesuatu yang dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dicari. Pelik bukan? Tapi itulah dia. Dia cuma mengikut gerak hati untuk melakukan apa-apa yang membuatnya gembira. Walaupun dia sendiri tidak tahu apa yang dilakukan itu mendatangkan manfaat atau tidak.

         Tapi apa yang boleh dilakukan? Dia hanya memerlukan sesuatu yang boleh menghilangkan kekosongan dalam setiap harinya. Sehingga kini juga, hidupnya juga masih terasa kosong.

          Sedang mata Harith meliar memerhati sekeliling, telinganya menangkap bunyi sesuatu yang agak kuat. Automatik pandangan tertumpu ke arah bunyi itu. Tidak jauh dari tempat duduknya, ada dua kelibat manusia sedang bertengkar.

          Mulanya Harith tidak mengambil endah. Lagipun, bukan urusannya juga untuk masuk campur.

          Tatkala menyedari seorang dari mereka adalah seorang gadis, pantas sahaja Harith berdiri. Hatinya bagai tergerak untuk membantu. Tanpa menunggu lama, kaki terus melangkah ke arah itu. Meninggalkan dua gadis yang termangu dengan pemergiannya.

          Tatkala mendekatkan jarak, dengan lantang Harith bersuara.

          "Let her go!"

          Nyata suaranya itu berjaya meraih perhatian kedua-dua antara mereka. Diam seketika tatkala mata masing-masing sedang menjalankan sesi memandang antara satu sama lain. Pandangan Harith tertumpu ke arah si lelaki.

          "Kau kenal kan siapa aku?"

          Dia bersuara lagi. Menyelitkan amaran berserta sebaris ayat yang tersirat kepada lelaki yang masih menggenggam tangan si gadis. Kuat benar cengkaman sehingga Harith pun bagaikan dapat merasai kesakitan tersebut.

          Berbalik pada ayat yang dituturkan tadi. Siapa saja yang tidak kenal Harith? Tetamu yang dikira tetap di kelab malam ini. Malah setiap malam dia akan menyewa kelab ini di atas namanya. Semata-mata bagi mendapatkan mana-mana gadis yang diinginkan. Sudah dapat perhatian, dikira dia berjaya. Dan akhirnya dia sendiri yang mengangkat kaki. Meninggalkan semua perempuan itu.

          Ya, dia mengaku yang dia hanya inginkan perhatian.

          Tidak lama kemudian, lelaki itu berbisik sesuatu kepada sang gadis sebelum dia berlalu pergi. Meninggalkan si gadis berduaan dengannya ketika ini.

          Gadis itu pantas saja mengucapkan terima kasih dan mula mengangkat kaki. Ingin meninggalkannya.

          "Hey, wait!" Langkah gadis itu terhenti. Harith tersenyum sumbing. Good.

          Harith berjalan mendekati gadis itu dan berdiri betul-betul di hadapannya. "You nak pergi macam tu aje? I dah selamatkan you tau. So you have to repay it."

          "Err... apa yang awak nak?" Oh, wow! Interesting question. She just ask me what I want.

          Bibir Harith terjongket sebelah. Menatap wajah si gadis yang kelihatan samar-samar dengan pancaran lampu-lampu kelab. Ingin juga dia melihat dengan jelas wajah gadis itu, tapi nampaknya disini bukan tempat yang sesuai untuk menikmatinya.

          Setapak dia mendekati, gadis itu seakan menjauhi dengan melangkah ke belakang. Semakin menarik...

          "I want you."

          Bisikan yang agak perlahan dan dilunakkan. Betul-betul di telinga gadis itu. Berharap bisikan darinya itu mampu membangkitkan sebuah rasa pada gadis itu. Dia yakin gadis ini bakal tersungkur dengan godaannya nanti dan pasti akan...

          Pang!

          What the...

          "Kau siapa nak pegang-pegang aku?"

          Kaku seketika. Sebelah rahang pipi yang sudah mengherot ke sisi dipegang kejap. Perit sekali. Mana tak perit, lihat sajalah bunyi yang dihasilkan. Betapa kuatnya tenaga gadis ini.

          "Perbuatan macam kau ni lah yang menjatuhkan maruah seorang perempuan. Dasar buaya!"

          Sekejap...

          Buaya?

          Suasana kembali sepi di antara mereka. Harith masih dengan dunianya yang bagai tidak berperasaan. Tangan kekarnya tergenggam kuat menahan geram dengan kata-kata tadi. Tapi tidak pula dia melakukan apa-apa. Pelik. Mengapa dia berdiam sahaja kali ini?

          Tidak lama setelah itu, muncul seorang lagi gadis ke arah mereka. Berkata sesuatu pada gadis yang menamparnya. Kalau tidak salah telinga mendengar, gadis itu memanggil kakak. Lalu kedua-duanya terus beredar begitu saja.

          Terkelip-kelip Harith memandang. Baru hendak mengejar, langkahnya terhenti semula tatkala dia terpijak sesuatu. Badan laju sahaja dibongkokkan untuk mengambil sesuatu di lantai.

          Ianya seutas rantai. Milik gadis tadikah?

          Mungkin ya, dan mungkin tidak. Tapi peratusan yang berpihak kepada jawapan 'ya', sangat tinggi. Kerana apa? Kerana tadi gadis itu baru habis bergelut dengan seseorang di kawasan ini. Jadi memang milik gadis tadi.

          Angkat sahaja kepala, bayang dua orang gadis tadi sudah menghilang. Tidak menghiraukan semua itu, dia kembali membelek rantai di tangan. Ada sebaris nama yang terukir kecil pada rantai tersebut.

          "Haufa Aqira..."


"TAKKAN kau tak jumpa?"

          Pernyataan yang terselit dengan perasaan hampa. Harith menyandarkan kepala pada seat kereta Audi R8 miliknya. Hampa sungguh berita yang diterima olehnya tadi. Sudah dua minggu berlalu. Jejak pemilik rantai itu sehingga masih tidak dapat dikesan.

          Faiz, rakan yang dipercayai Harith yang terlibat dalam misi pencarian ini. Selalu lelaki itu handal sahaja bab-bab macam ni. Tapi entah kenapa, kali ini gagal pula.

          "Memang tak jumpa. Aku dah cari seluruh KL ni perempuan nama tu. It's hard bro, to find your misterious girl." Sengaja ditekan perkataan your itu. Kalau bukan sesuatu yang bermakna bagi Harith, masakan lelaki itu beria menyuruhnya mencari.

          Wajah Faiz ditatap semula. Mencari kebenaran di balik wajah tersebut. Harith mengeluh berat. Buat kesekian kalinya.

          "Susah sangat ke?"

          "Kalau setakat bagi info tentang nama aje memang susah bro nak jumpa. Kau tak ada gambar dia ke?" balas Faiz.

          "Mana lah sempat aku nak ambik gambar dia malam tu. Aku jumpa dia pun tak sengaja. Then, she immediately left me." Fikiran kembali mengingat detik pada malam itu. Semuanya berlaku sekelip mata. Bagaikan sebuah mimpi indah. Dan sejak dari itu, dia seperti baru bangkit dari lena yang panjang dan seolah mempunyai misi baru. Misi yang diciptanya sendiri.

          Iaitu mencari gadis itu.

          "Rith. Kenapa kau nak jumpa sangat jumpa dia? Berlambak lagi lah perempuan kat KL ni yang boleh kau kejar. Ops! Bukan kau yang kejar, tapi kau yang dikejar. Buat apa susah-susah nak cari perempuan tu?"

          Harith terdiam sejenak. Tidak pula dia berdabik dada dengan kata-kata tersebut walhah memang itu kenyataan yang sebenar.

          Keluhan dilepaskan. "She's different."

          "Different maksud kau?"

          "I don't know. She just had took something from me. Kau takkan faham."

          "Whateverlah Harith. Tapi apa kau nak buat kalau misalnya kau jumpa dia?" Diam lagi. Harith termenung seketika. Apa agaknya yang dia bakal lakukan jika menjumpai gadis itu?

          Tiba-tiba Harith tersenyum. Misteri.

          "I'll never let her go. That's my promise."

#End of flashback


ERIN berjalan dari arah dapur menuju ke bilik Haufa. Selesai makan tadi, rakannya itu terus berkurung di dalam bilik. Dia pula sibuk mengemas dapur. Selama ini Haufa memang selalu menolongnya. Tapi mungkin hari ini gadis itu penat. Maklumlah first day bekerja. Erin sendiri faham.

          Ada sesuatu yang ingin dibicarakan bersama Haufa. Itupun kalau gadis itu belum tidur. Tadi di meja makan pun, tidak sempat ingin berbual lama kerana tiba-tiba sahaja salah seorang ahli keluarga Erin menelefon. Terpaksalah dia angkat. Khuatir panggilan penting.

          Baru saja tangan Erin naik mengetuk pintu, dia terdengar suara yang boleh dikira kuat juga. Kalau berdiri dekat dengan pintu, memang jelas suara itu kedengaran.

          Suara Haufa.

          Dahi Erin sudah berkerut. Apa hal pulak si Qira ni? Dia marah dekat siapa pulak tu?

          "I tak kira. You kena jugak balik Malaysia. We need to discuss about this. I tunggu."

          Balik Malaysia? Siapa yang kena balik Malaysia pulak ni?

          Macam-macam persoalan mula menyinggah di minda Erin. Baik dan buruk bercampur-baur semuanya. Tapi semestinya dia memilih untuk berpihak pada yang baik. Tidak mahu untuk bersangka buruk dahulu dengan kawannya itu.

          Akhirnya Erin memberanikan diri mengetuk pintu. Perlahan sahaja tapi berkali-kali. Malas lagi hendak berdiri tercegat dekat luar ni. Tidak lama kemudian, pintu bilik dikuak. Muncul Haufa dengan mempamerkan pandangan kosong.

          Tiada riak. Seperti biasa.

          "Nak apa?"

          "Tadi kau marah siapa? Lain macam aje aku dengar." Nyata kata-kata Erin membuatkan wajah Haufa bertukar sedikit cuak. Tidak terlalu menonjol, tapi masih tetap boleh dibaca oleh sesiapa sahaja yang melihat.

          "Tak.. aku.. err.. aku tengah practice berlakon. Nak hilangkan stres. Stres kerja tadi." Tergagap Haufa menjawab. Kening Erin terjongket sebelah. Ragu-ragu dengan kenyataan itu.

          "Iya ke? Tapi kenapa macam..."

          "Erin, kau nak apa sebenarnya ni? Aku mengantuk, nak tidur. Esok kerja pulak." Pintas Haufa. Kelopak mata yang seolah-olah mulai layu menunjukkan kebenaran pada kata-katanya.

          "Okey okey! Aku cuma nak cakap pasal kerja esok lah. Sekejap aje. Kalau tak boleh, tak apalah." Haufa diam seketika. Sedang mempertimbangkan.

          "Hmm, masuklah."

          Erin tersengih lebar. Kalau Haufa berlatih berlakon tadi, dia pun nak berlatih jugak. Bukan dia tak tahu, Haufa bukanlah seorang yang gemar tidur awal. Memang spesies burung hantu. Bila pagi, mulalah. Memang dah jadi tugas Erin menjadi tarzan jadian setiap pagi. Atau tak pun main simbah-simbah air seperti berada di water park. Semua itu kerana semata-mata nak kejut si minah singa ni bangun.

          "Kau nak tanya apa?" Haufa mula menyoal. Erin pula memuncungkan bibir. Punggung dilabuhkan di birai katil.

          "Macam mana kau boleh dapatkan kerja tu untuk aku? Macam mana kau bodek bos kau? Peliklah hari pertama kau dah baik dengan bos kau tu. Kau ada ugut dia apa-apa ke? Atau jangan-jangan dia dah syok dekat kau?" Itu dia, sekali nafas bertutur. Tak bagi isyarat apa-apa pulak tu. Terkejut Haufa mendengarnya.

          "Eh, banyak betul soalan kau ni. Bagi aku jawab satu-satu. Jangan gelojoh. Sabar." Tergelak Erin. Maaf, terikut perasaan pula.

            Haufa menarik nafas dan menceritakan dari awal hingga akhir perjalanan kisahnya sepanjang menjejakkan kaki ke pejabat hari ini. Mulut Erin ternganga dengan sendiri bila mendengar ceritanya. Entah apa yang teruja sangat pun tak tahulah.

          "Rezeki kau betullah. Pergi interview sebab nak apply jadi staf biasa. Tapi alih-alih dapat jadi PA. Bos muda pulak tu. Mesti dia hensem kan?"

          "Eh, hello! Aku pun tak expect boleh jadi macam tu. Aku syak diorang ni salah orang rasanya." tutur Haufa.

          "Sebab kau tolong dato haritu kot."

          "Entah, aku pun tak tahu. Eh, malas lah nak fikir. Ni, ada soalan lagi ke kau nak tanya? Kalau tak ada, sekarang ni apa kata kau tidur. Esok kita kena masuk kerja awal tau, cik Erin." Haufa sudah berura-ura mengemas tempat tidur. Gaya paling sopan untuk mengusir rakannya itu keluar.

          "Esok siapa nak drive? Kau ke aku?" soal Erin.

          "Macam biasalah. Siapa yang siap lambat, dialah yang kena drive."

          Erin melepaskan tawa. "Aku rasa mesti kau yang lambat, Qira. Macamlah tak biasa. Siapa aje yang selalu kejut kau bangun?"

          Beberapa saat kemudian, Haufa turut sama tertawa. Lucu dengan kenyataan rakannya itu yang sememangnya benar dan tepat sekali. Memang confirm dia yang kena drive esok.

          Erin berganjak menjauhi katil. Tatkala ingin menutup pintu bilik, dia sempat menjenguk melihat Haufa seketika. Wajah rakannya yang sudah menutup kedua-dua belah mata ditatap dalam diam. Otak ligat memikirkan sesuatu.

          Apa yang kau sorok sebenarnya, Haufa?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro