❄️ 02

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


➽───────────────❥

Pagi Ahad, 8 November 2020.

Aneira K berada di pusat barisan meja yang memisahkan kelompok pelajar lelaki dan perempuan di dalam dewan kuliah yang hening.

Fokusnya bertumpu kepada kertas kajang yang dipenuhi dengan tulisan berangkai berdakwat pen biru di atas meja meskipun Sir Nubhan di hadapan sedang memberi penerangan akan jawapan set soalan Fizik kertas dua.

Dia cuba untuk memandang ke hadapan, menunjuk minat kepada soalan tentang keadaan inersia lori apabila air terkeluar daripada tangki lori tersebut.

Tetapi jarum saat pada jam dinding besar memilih untuk mengusik konsentrasi kepura-puraan Aneira K, sengaja bergerak begitu perlahan.

Disebalik tatapan kosong Aneira K pada Sir Nubhan yang sedang mengajar, mudah sekali perasaan menjengkelkan terpalit pada hatinya sepanjang dia mengamati gerak-geri Sir Nubhan.

Reaksinya jelas sekali menunjukkan bahawa dia tidak berminat untuk memahami kekompleksan matapelajaran Fizik.

Dia sememangnya lebih rela menelaah ilmu teater tradisional Malaysia yang bukan berada di dalam skop minatnya dalam bidang teater.

Aneira K kembali hanyut dalam fantasi penuh ketahyulan sehingga satu persatu bunyi deringan notifikasi menjengah di telinga.

"Annoying gila bunyi notification tu," dengus Aneira K yang berasa serabut.

Irene Park yang duduk disebelah Aneira K segera mengeluarkan telefon pintar dari poket baju kurung sekolah lalu meletakkannya di atas meja. Kemudian dia memeriksa mesej yang baru sahaja diterima. Raut wajahnya tanpa disedari bertukar menjadi bingung ketika menatap skrin telefon buat beberapa detik.

Irene Park menyiku lengan Aneira K dikirinya sambil berkata, "Anne, cepat check phone kau. Kau kena baca berita mengejut ni."

Aneira K yang menggulingkan matanya dengan penuh kejengkelan memberi respon dengan berkata, "Irene, kau lupa ke aku suka tinggal phone dekat kelas kesayangan aku?"

Tanpa banyak berkata, Irene Park terus menunjukkan skrin telefon yang bercahaya terang kepada Aneira K tanpa menghirau akan kewujudan Sir Nubhan yang masih mengajar di hadapan seisi warga dewan kuliah.

Dengan spontan Aneira K menyepetkan sepasang matanya lalu membaca satu persatu baris ayat pada keratan artikel yang Irene Park tunjukkan.

"Menteri...Pendidikan...umum...SPM...2020...dipinda...ke...tarikh...22...Februari...2021," baca Aneira K satu persatu dengan nada perlahan.

Kini, giliran Irene Park pula menggulingkan matanya lalu mencemuh, "Lambat gila kau baca --"

"Sabar, aku tengah baca -"

"Eh, KPM tunda lagi tarikh SPM?" getus hati Aneira K sebaik sahaja dia berjaya mencerna kenyataan yang baru sahaja disebut sebentar tadi.

Wajah Aneira K lantas menjadi seketat mungkin lalu berkata, "Irene, jom serang HQ KPM sekarang."

Irene Park yang semakin bingung berkata, "Anne, kau dah gila ke -"

Tiba-tiba Aneira K bingkas lalu meludah amukan jiwanya, "AKU DAH PENAT KENA FAKE HOPE DENGAN KPM LAH! DAH TIGA KALI SPM KENA TUNDA! SAMPAI BILA AKU NAK TERPERUK KAT SEKOLAH NI, IRENE?!

Sir Nubhan yang menyedari Aneira K mulai hilang kawalan di hadapan matanya secara mengejut dengan tegas berkata, "Aneira, tolong duduk semula dan fokus dengan perbincangan soalan kertas dua."

Aneira K lantas berpaling ke hadapan, menjeling ke arah Sir Nubhan dengan sepasang mata berapinya lalu membalas, "MACAM MANA SAYA NAK FOKUS DEKAT KELAS SIR SEMULA KALAU TARIKH SPM KENA TUNDA LAGI?!"

Dewan kuliah yang senyap buat beberapa detik mulai kedengaran bisikan beberapa pelajar berkenaan dengan berita yang baru sahaja diuar-uarkan oleh mulut Aneira K sendiri.

Dan lama-kelamaan dewan kuliah bertukar menjadi riuh-rendah ekoran berita tergempar yang menular begitu pantas di enjin pencarian Internet.

Buah mulut yang meniti di bibir setiap pelajar hanyalah faktor SPM 2020 perlu ditunda buat kali ketiga.

Tiada seorang pelajar pun yang mampu mengekalkan tumpuan untuk terus menelaah subjek Fizik pada pagi itu.

Sir Nubhan yang masih bertentangan mata dengan Aneira K yang masih diselubungi kemarahan besar langsung tidak mengambil tindakan untuk menenangkan para pelajar yang masih terkilan dengan berita terkini.

Guru matapelajaran Fizik yang tinggi lampai itu hanya memperhatikan gelagat Aneira K yang masih tegak berdiri menghadap dia dari jarak jauh.

Irene Park yang dapat merasai ketegangan suasana diantara Aneira K dan Sir Nubhan menggaru kepalanya, mencari jalan untuk mengalihkan perhatian rakan karibnya.

Gadis berkaca mata itu segera menyumbat segala barang miliknya dan milik Aneira ke dalam beg sandangnya lalu berdiri di sebelah Aneira K.

Dia yang tersengih kelat memegang kedua-dua bahu Aneira K lalu cuba memusingkan tubuh rakan karibnya ke belakang sambil berkata, "Anne, jom ponteng kelas. Aku belanja kau makan kafe."

Sir Nubhan yang memerhatikan tindakan Irene Park cuba untuk menenangkan Aneira K akhirnya beralah. Keluhan dihembuskan, dia pun memberi signal bahawa dia sedang menghalau Aneira K untuk meninggalkan dewan kuliah yang sudah tidak terkawal.

Irene Park yang melemparkan senyuman pahit kepada Sir Nubhan membisik kepada Aneira K, "Anne, jom keluar. Bahaya kalau orang lain perasan kau ada something dengan Sir Nubhan."

Aneira K masih tidak mempeduli akan ajakan Irene Park.

Sebaliknya dia menggumam dengan perlahan, "Rumah aku bukan rumah aku. Aku tak nak balik rumah, Irene."

"Ya, aku faham. Aku pun tak larat nak study untuk SPM, Anne. Lantaklah nak jadi apa pun," balas Irene Park dengan perasaan hampa menggunung.

Dan kemudian dia berdiam diri, tidak mampu lagi untuk memujuk lara hati Aneira K pada waktu itu.

Tanpa disedari, Aneira K mengalihkan pandangan ke kiri seketika untuk menghembuskan nafas keluhan berat sebelum sebelum dia menyedari akan seorang jejaka berkaca mata petak berwarna hitam sedang tersenyum lebar.

Senyuman manis yang bakal menghantui dirinya buat beberapa minggu akan datang.

Aneira K mulai menatap kosong pada wajah ceria jejaka itu.

Sepuas mungkin.

Sehingga satu pengumuman yang sudah dijangka bersinggah di telinga.

"Perhatian kepada semua calon SPM 2020. Selepas menerima berita tergempar daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa SPM 2020 telah ditunda ke 22 Februari 2021, pihak sekolah telah memutuskan untuk membenarkan semua pelajar untuk pulang ke rumah masing-masing mulai jam dua petang ini."

Serta-merta Aneira K dan Irene Park yang setia memegang erat lengannnya terkena balingan kertas set soalan Fizik kertas dua milik pelajar-pelajar lain. Sorakan para pelajar selepas mendengar pengumuman yang dibuat oleh pengetua sekolah telah merobek hati Aneira K yang terasa suram.

Ketika yang lain sedang meraikan kegembiraan pulang ke rumah selepas tiga bulan terperangkap di dalam penjara akademik, Aneira K hanya terus menatap wajah ceria jejaka itu buat kali terakhir di sebalik kertas soalan yang menerpa wajahnya.

Sehingga dia berpuas hati dengan cetakan wajahnya pada kotak ingatan rapuhku.

Cetakan wajah jejaka bernama Benjamin Daniel.

➽───────────────❥

Tepat jam sembilan malam.

Benar sekali tekaan Aneira K pada malam itu. Bangunan akademik masih belum dikunci oleh pengawal keselamatan yang bertugas pada malam itu. Penampilan Aneira K pada malam itu agak aneh. Baju sejuk bersaiz XXL berwarna hitam dan seluar batik bercorak floral berwarna putih? Sejujurnya, Aneira K kelihatan seperti ibu sedang berpantang dengan sanggul rambutnya yang menyerabutkan serta selipar jepun berwarna merah jambu.

Saat kakinya mencecah kelas 3A, penglihatan kaburnya bertumpu kepada helaian kertas yang bertaburan di atas lantai. Sebaik sahaja cahaya lampu menerangi seluruh kelas 3A, mulut dia tercengang seketika.

Sambil dia mengutip sehelai kertas yang berada di atas lantai bermozek, dia berkata, "Kenapa manuskrip teater berselerak atas lantai? Bukan aku dah simpan dalam beg ke petang tadi?"

Aneira K yang masih dihempap kebingungan segera mendekati tempat pengecas di belakang meja guru lalu mengecas telefon di situ. Kemudian dia mengutip beberapa puluh helaian kertas yang sudah berterbangan ke merata tempat di dalam kelas. Sepuluh minit berlalu, dia meletakkan kesemua kertas di atas meja guru untuk disusun semula. Namun ketika dia sedang tekun menyusun, telefon yang dicas tiba-tiba bergetar di atas meja guru.

Berkerut dahi Aneira K yang memandang sekilas pada meja guru.

Siapa pula yang menghantar mesej pada waktu sebegini?

Aneira K malas hendak membaca mesej yang baru diterima jadi dia hanya mengabaikannya buat sementara waktu. Malahan dia sengaja membiarkan diriku dihurung keheningan malam di dalam kelas 3A buat kali terakhir. Dilanda sepi yang diingini sehingga suara seorang jejaka memecah kesunyian kelas.

"Manuskrip teater 'SAYANG' untuk majlis graduasi kita nanti?"

Aneira K merampas helaian kertas yang dipegang oleh jejaka berbaju jersi merah putih serta berkain pelikat lalu kembali menyusun kertas manuskrip di atas meja guru.

"Ada apa kau naik kelas aku?" tanya aku dengan begitu dingin.

Benjamin Daniel melepaskan tawa halusnya lalu menjawab, "Malam masih muda lagi, Anne. Baru pukul sepuluh malam."

Namun menyedari akan angin buruk Aneira K, ketawa halusnya terus pudar dari bibirnya.

Benjamin Daniel perlahan-lahan mendekati Aneira K lalu bermain-main dengan helaian rambut gadis itu yang memasang wajah ketat.

"Kenapa Anne bad mood semacam ni? Bukan Anne dah nak balik ke?" tanya jejaka itu dengan lembut.

"Ben, aku tak larat nak layan kau sekarang ni. Kalau kau nak orang belai miang kau baik kau pergi cari si Raina Hanani ke tak pun si Ixara Sofea girlfriend kesayangan kau tu," balas Aneira K.

Melihat Aneira K tidak menangkap makna tersirat disebalik kelakuannya, Benjamin Daniel mengurut pelipis kepalanya lalu berkata, "Anne, papa datang sini sebab nak -"

"AKU TAK SURUH KAU DATANG SINI PUN, JANTAN SENGAL!" jerit Aneira K.

Suara Aneira K bergema di seluruh blok akademik yang sunyi.

Renungan tajam gadis itu yang serabut pemikirannya ditujukan kepada Benjamin Daniel yang masih berbekalkan keberanian untuk berhadapan dengan dia meskipun kemarahan terpendam sudah meletus.

"TOLONG BERHENTI KACAU AKU DAN KELUAR DARI KELAS INI SEKARANG JUGA!" sambung Aneira K.

Benjamin Daniel yang kelihatan seperti sudah mengagak prediksi tingkah laku Aneira K terus bertanyakan soalan kepada gadis itu.

"Tadi papa ada hantar mesej kat Anne. Anne dah baca ke belum mesej tu?" tanya dia dengan perasaan sedikit kecewa.

Aneira K yang sudah selesai menyusun kertas manuskrip memandang ke arah Benjamin Daniel dengan wajah dingin selama beberapa saat. Tanpa beralih pandangan dia mengambil telefon yang masih dicas lalu membaca mesej yang diterima tadi.

Papa nak Anne.

Ketika Aneira K kembali memandang ke arah Benjamin Daniel, jejaka itu sudah berdiri tegak di bawah kipas yang berpusing laju dengan wajah berhiaskan senyuman lebar. Lampu kelas pula ditutup dengan sendiri secara mendadak.

Aneira K melihat Benjamin Daniel sedang mendepakan lengan untuk menyambut kedatangan dia yang masih ragu-ragu.

"Kau...dah...gila...ke...,Ben?" tanya dia dengan suara terketar-ketar.

"Papa lebih daripada sanggup menanggung segala kesalahan papa demi Anne. Sebab papa sayangkan Anne sangat-sangat," bisik Ben lalu tersenyum lebar.

Aneira K sempat meninjau sekelilingnya terlebih dahulu jika ada mata-mata yang sedang memerhatikan mereka berdua.

Tiada sesiapa pun kecuali mereka berdua di dalam kelas 3A.

Hanya kegelapan aras yang menemani kami.

Seolah-olah semua orang tahu bahawa Aneira K dan Benjamin Daniel bakal melakarkan sejarah silam yang bakal terkubur sepi di dalam kelas 3A.

Aneira K mengorak langkah ke arah Benjamin Daniel lalu mendakap tubuh lelaki itu begitu erat.

Mereka berdua saling bermandikan keringat yang membasahi tubuh badan mereka.

Ketika Benjamin Daniel begitu asyik mengucup ubun-ubun rambut Aneira K, gadis itu sempat menggumam, "Aku harap kau sedar apa yang kau maksudkan tadi. Aku tak nak tanggung kesalahan kau, Ben."

➽───────────────❥

chapter ii updated

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro