❄️ 04

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

➽───────────────❥

"Yu Yan!"

Terjojol mata Aneira K saat dia terjaga daripada tidur. Nafasnya tercungap-cungap diiringi dengan degupan jantung yang kencang. Basah lencun baju berlengan pendek bersaiz XXL yang dipakai meskipun suhu di dalam bilik B1002 terlalu sejuk. Aneira K mendongak ke atas, melihat kipas yang berpusing begitu laju. Tiba-tiba kepalanya berpinar berpunca daripada perubahan posisi badan secara mendadak. Tidak semena-mena dia terpaksa menenangkan diri di atas tilam terlebih dahulu. Aneira K yang duduk bersila di atas hamparan tilam menundukkan kepalanya seketika. Matanya terpejam seketika, mengimbau kembali mimpi yang dialami sebentar tadi.

Pupil matanya galak membesar ketika mengamati wajah comel gadis itu yang tersenyum lebar kepada dia. Sepasang mata bulatnya, batang hidung yang imut, pipi gebunya dan bibir mungilnya. Air muka Aneira K berubah serta-merta.

"Kenapa aku mimpi pasal Yu Yan tiba-tiba?"

Bergema suara Aneira K yang lantang di setiap penjuru biliknya. Wajah pucatnya diraup dengan penuh frustrasi. Kepalanya digeleng berkali-kali, cuba untuk memadam ingatannya tentang gadis itu.

Dia menghembuskan nafas keluhan lalu berkata, "Seram gila mimpi tu."

Aneira K meraih telefon pintar di atas lantai lalu menghidupkan telefonnya. Jam kini menunjukkan pukul 4.30 pagi. Berpuluh-puluh notifikasi yang baru masuk diabaikan begitu sahaja. Dia pun mencampakkan semula telefonnya ke tepi. Kemudian dia membiarkan dirinya mengelamun dengan matanya tertancap pada pintu lokernya yang terbuka. Bayangan wajah Benjamin Daniel tanpa segan silu berawang-awangan di kotak fikiran gadis itu yang keliru sebentar. Aneira masih merenung kosong pada pintu loker dengan fikiran bingungnya.

Bunyi penggera jam Aneira K yang ditetapkan telah memecahkan kesunyian bilik. Dia memasang wajah serabut kerana runut bunyi amat memekakkan telinga serta mengganggu waktunya untuk terus mengelamun. Aneira K pun mencapai telefonnya semula lalu menghentikan penggera itu. Sempat melirik pada jam, dia mengeluh berat. Jam kini sudah menunjukkan pukul 4.45 pagi.

"Baik tak payah set alarm kalau asyik bangun awal," ujar Aneira K yang membebel.

Dia pun bingkas dari tempat tidurnya lalu mencapai tuala berwarna merah jambu di gait di pintu loker. Keluar dari bilik B1002, dia disapa kabus yang memenuhi segenap aras satu asrama puteri. Menariknya, disebalik kabus dia ternampak akan seorang gadis berkaca mata yang hampir menyamai ketinggiannya bertuala biru gelap sedang menuju ke tandas Blok B. Aneira yang berdiri di hadapan biliknya hanya mengukirkan senyuman sinis yang penuh makna itu.

➽───────────────❥

"ADUH, sakitlah!"

Raina Hanani, si gadis bertudung bawal putih serta bercermin mata menggumam dalam kesakitan selepas sebuah buku rujukan Matematik Tambahan yang tebal mendarat ke atas tangannya yang lincah menulis jalan kira. Tangan kanannya dikebas beberapa kali demi menghilangkan kesakitan yang berdenyut.

Dia yang mengerang dalam kesakitan berbisik, "Siapa yang baling buku ni?"

Ketika dia ingin memerhatikan keadaan sekeliling di dalam kelas 3B, tiba-tiba lehernya dijerut oleh seseorang dari belakang menyebabkan dia mulai sesak nafas. Dia terdengar akan bisikan yang menyapa di telinganya.

"Kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang."

"ANNE! LEPASKAN AKU!"

Wajah Raina Hanani mulai bertukar menjadi biru dek dijerut begitu kuat oleh Aneira yang sedang ketawa terbahak-bahak. Dadanya makin terasa sesak ekoran pernafasannya tidak teratur. Raina Hanani menggagahkan diri untuk memegang tali rafia yang Aneira K gunakan untuk menjerut lehernya. Malangnya, Aneira K semakin jakun untuk membalas dendam kepada Raina Hanani. Secara mendadak dia melepaskan jerutan tali rafia pada leher gadis bertudung bawal itu. Raina Hanani menyangka Aneira K ingin meninggalkan dia yang bersendirian di dalam kelas. Namun sangkaan dia meleret apabila gadis berjaket hitam itu bertindak menolak dia dengan begitu kasar ke dinding lalu mencekik lehernya dengan tangan kirinya. Aneira K seronok menonton Raina Hanani mengalami sesak nafas sedari tadi secara berhadapan.

"Sakit sangat ke, Hanani? Eh, aku lupa. Kau anak Doktor Raihan yang baru sembuh dari penyakit leukemia. Aku sebagai bekas kawan kau sepatutnya kena jaga kau elok-elok. Kalau tak nanti daddy kau marah aku pula," ujar Aneira K lalu mengilai tawa di hadapan Raina Hanani.

Raina Hanani mulai merinding dalam ketakutan, bimbang jika Aneira K bakal melakukan sesuatu kepada. Dia memejamkan matanya kerana tidak mahu melihat kelakuan gadis itu yang mereng itu.

Raina Hanani tergagap-gagap ketika berkata, "Sorry, Anne! Aku tak ada niat nak kenakan kau! Semalam aku hanya beritahu Sir Nubhan yang ada orang masuk bangunan akademik masa waktu dilarang! Sumpah wallahi aku tak tahu orang tu kau! Sorry, Anne!"

Aneira K terus memasang wajah bosan lalu berpura-pura menguap menandakan dia tidak percaya akan kenyataan Raina Hanani.

Dengan nada mendatar dia bertanya, "Siapa lagi yang berani beritahu Sir Nubhan ada orang ceroboh masuk bangunan akademik malam-malam kalau bukan kau? Kau kan ketua pelajar Sekolah Katherina yang disayangi semua orang? Kau kan kucing kesayangan Sir Nubhan?"

"Anne, sumpah aku -"

"Hanya kau yang berani tikam belakang aku depan-depan, Hanani," potong Aneira K dengan suara lantangnya.

"Anne?"

Ketika Aneira K perlahan-lahan berpaling ke kanan, dia melihat seorang gadis berbaju kurung seperti Raina Hanani berdiri kaku di hadapan pintu masuk kelas 3B. Wajahnya jelas sekali terpampang ekspresi terkedu saat dia memerhatikan tangan Aneira K masih mencekik leher Raina Hanani.

Aneira K lantas melepaskan tangannya daripada leher Raina Hanani lalu membuka bicara, "Awalnya Bei naik kelas hari ini."

Betty Xu tersenyum simpul lalu berpura-pura dramatik dengan berkata, "Saya nak ajak awak sarapan tapi awak tengah sibuk cekik betina sundal ni. Kenapa awak tak sambung cekik dia?"

Terkebil-kebil mata Aneira K yang cuba menghadam kata-kata Betty Xu. Kerana dia tidak dapat mempercayai Betty Xu, tawa halus terpaksa dihamburkan. Aneira K mengorak langkah menuju ke rakan karibnya, meninggalkan Raina Hanani yang terpinga-pinga.

"Bei lapar sangat ni. Jom kita breakfast kat kafe. Aku belanja kau char kwai, OK?"

Saat Aneira K meraih tangan Betty Xu, tiba-tiba gadis itu berpeluk tubuh lalu bersuara, "Cekik dia sampai mati dulu baru saya ikut awak ke kafe."

"Bei, berhenti melawak dengan aku," bisik Aneira K yang merenung redup pada Betty Xu yang memandang ke tempat lain.

"Awak tak nak? OK, fine. Saya tolong awak cekik dia," kata Betty Xu yang menghirau akan kehadiran Aneira K di hadapannya, mempercepatkan langkahnya menuju ke Raina Hanani lalu terus mencekik leher gadis bertudung litup itu.

"No, no, no. Betty, NO -"

Membulat mata Aneira K menonton rakan karibnya mencekik leher Raina Hanani lebih teruk daripada dia. Dia tercegat di pintu masuk kelas dihempap kekeliruan terhadap perubahan tingkah laku Betty Xu pada pagi ini. Jeritan Raina Hanani yang terpekik di telinganya seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, diendahkan begitu sahaja. Namun tidak lagi apabila Betty kembali bersuara dengan lebih lantang.

"Dasar betina hipokrit. Harap saja pakai tudung tapi hati busuk macam bangkai! Berani awak report pada Sir Nubhan yang Anne saya dating dengan si Benjamin tak guna tu semalam?! Mentang-mentang awak sempat tengok gambar Irene upload semalam, pandai-pandai pula awak pecah tembelang orang! Betina jenis apa awak ni?!"

"Sorry, Betty...lepaskan aku...," rintih Raina dengan nafasnya tercungap-cungap.

Aneira K bergegas ke arah Betty Xu yang mula bertindak di luar kawalan lalu cuba untuk melepaskan tangan gadis itu masih mencekik leher Raina Hanani.

"Bei, berhenti cekik Raina! Mampus kita nanti kalau dia mati sebab kita cekik dia!" pinta Aneira K.

"Lepaskan aku, Betty..."

Fokus Betty Xu masih tertumpu kepada Raina Hanani yang merintih supaya dia dilepaskan. Dia langsung tidak menghiraukan kehadiran Aneira K di sebelahnya.

Sebaliknya dengan sepasang matanya yang tersembul kemarahannya, Betty menjerit, "SAYA NAK DIA MATI DI TANGAN SAYA JUGA, ANNE! AWAK SEDAR TAK BETINA NI BUAT REPORT SEBAB DIA JEALOUS AWAK RAPAT DENGAN EX-BOYFIE DIA YANG TAK GUNA TU?!"

Aneira K menepuk dahinya selepas mendengar Betty berkata begitu. Dengan perasaan menjengkelkan mulai menebal, dia bertindak menolak tubuh Raina Hanani begitu kasar sehingga gadis itu terjatuh di atas lantai. Membiarkan gadis bertudung litup itu terkulai di situ, Aneira K menekup wajah Betty Xu lalu merenung tepat pada mata gadis yang sepet itu.

"Sebab itu kau nak aku cekik dia sampai mati? Bei, aku ada banyak lagi sebab untuk cekik dia," kata Aneira yang terselit nada kekecewaan.

"But I thought so, Anne!"

Aneira K tiba-tiba ditabrak cebisan mimpi yang terlintas di benak fikirannya sepintas lalu. Bayangan wajah gadis yang samar-samar di dalam mimpi itu mulai bersilih ganti dengan wajah Betty Xu. Sehingga wajah mereka kelihatan terlalu mirip. Lebih-lebih lagi bentuk bibir mereka. Terbelalak mata Aneira K, tidak keruan dibuatnya. Tekupan pada wajah Betty Xu terus dilepaskan lalu dia menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali.

"Leave me alone, Bei," bisik Aneira K yang menjarakkan diri daripada Betty Xu.

"Anne, awak okey tak -"

"Bei, Anne, jom breakfast-"

Kebetulan sewaktu Jerry Looi yang memasuki kelas 3B ingin mengajak mereka berdua bersarapan bersama, tiba-tiba jeritan keras Aneira K bergema di sepanjang aras tiga.

"LEAVE ME ALONE!"

Tanpa berfikir panjang, Jerry Looi yang membulat matanya terus merentap tangan Betty lalu membawa dia menuruni tangga ke aras satu.

Tiba di aras satu, Betty Xu yang tersedu-sedan melepaskan tangan Jerry Looi lalu menjerit, "Stop, darling!"

Jerry Looi berpaling ke belakang, menonton Betty Xu menangis teresak-esak sambil mengelap air matanya.

Dia berkata, "I tak berniat pun nak sebut nama Ben tadi! Anne mesti marah sangat kat I! Anne mesti tak nak maafkan I, darling!"

"Sorry, Anne," bisik Betty Xu sebelum dia ditarik ke dalam dakapan hangat Jerry Looi, melepaskan sedu di dada teman lelakinya. Kepala diusap perlahan-lahan demi menenangkan gadis itu yang masih terkesan dengan layanan Aneira K di kelas 3B tadi. Kemudian wajah Betty Xu ditekup lalu dicubit-cubit manja pipinya berkali-kali.

"Dia akan maafkan you, Bei. Just give her some space," ujar Jerry Looi dengan lembut, cuba untuk menyedapkan hati gadis itu.

"I trust you, darling," jawab Betty Xu yang akhirnya tangisannya semakin reda.

Dia memanyunkan bibirnya, menayang ekspresi manjanya kepada Jerry Looi. Mengamati wajah gadis itu yang mulai sembab, Jerry Looi hanya tersenyum tipis. Air mata yang membasahi wajah Betty Xu diseka dengan jari-jemarinya.

"Jom breakfast sama-sama. Perut I dah berbunyi dari tadi."

"OK."

➽───────────────❥

"Macam mana kau boleh pengsan tadi?"

Raina Hanani tidak henti membasahkan tekak dengan meneguk air sirap bandung mengendahkan pertanyaan daripada rakan karibnya, Laila. Gadis itu tidak henti meneliti penampilan Raina Hanani yang tidak terurus. Tudung bawal putihnya yang senget-benget, baju kurungnya yang sudah berkedut walhal hari masih awal pagi, bahkan wajahnya memucat begitu teruk. Tergeleng-geleng kepala Laila dibuatnya. Kedengaran keluhan berat dilepaskan, Laila berpeluk tubuh sedari tadi menggulingkan matanya dengan penuh rasa jengkel lalu menarik cawan plastik berisi air sirap bandung ke arah dia.

"Babe, beritahu aku apa yang dah jadi. Tak mungkin kau pengsan kat tengah jalan tanpa sebab," ujar Laila yang semakin risau akan keadaan Raina Hanani.

Raina Hanani langsung tidak memandang kepada Laila ketika dia membuka bicara dengan berkata, "Betty cekik aku tadi."

Laila menepuk dahinya lalu berkata dengan suara tingginya, "Dah kenapa Betty pergi cekik kau pagi-pagi buta?! Hantu cina mana sampuk dia ni?! Babe, kita kena report kat Sir Nubhan!"

"Bahaya. Betty ada Anne," ujar Raina Hanani dengan perlahan lalu menarik semula cawan air sirap bandungnya semula untuk diminum.

Reaksi beralah yang dipamerkan membuatkan Laila mendengus dengan penuh iri hati.

"Kenapalah minah tu sekolah kat sini? Masalah betul," bisik Laila ketika dia melemparkan pandangannya ke arah kelas 1E di luar.

➽───────────────❥

chapter iv updated

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro