❄️ 07

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

➽───────────────❥

Bagaimanakah sewajarnya ekspresi para penonton wajar mempamerkan ketika kejadian sebenar dilakonkan di atas pentas teater?

Apakah ianya merupakan satu tanggungjawab hakiki untuk para penonton untuk mengekspresikan perasaan nyata mereka sepanjang berlangsungnya pementasan teater?

Ketika lampu diod pemancar cahaya (LED) teater jatuh menghempap kedua-dua kaki Aneira K, sepasang matanya yang berpinar memperhatikan lautan penonton yang bertopengkan perasaan palsu sedang menyuluh lampu terang ke arah dia. Tiada siapa yang berani tampil ke atas pentas untuk memberi pertolongan cemas kepada Aneira K. Dia yang sudah terkulai di atas pentas mulai hanyut ke dalam lembah prediksi yang bakal berlaku setelah kejadian yang menimpa dirinya.

Adakah tinggi kebarangkalian dia perlu menjalani operasi pembedahan pada kakinya yang bakal mengehadkan kebebasan dia untuk berkarya sebagai pencinta teater?

Apakah Tan Sri K, bapanya sendiri bakal menghalang minat dia terhadap teater kerana khuatir akan keadaan dirinya?

Apakah khabar buruk ini akan tersebar di Sekolah Katherina sebaik sahaja pulang ke sekolah untuk meneruskan kehidupan dia sebagai pelajar sekolah harian?

Dia tidak tahu dan dia tidak mahu segala persoalan timbul di kotak mindanya terjawab pada masa kini.

Dia hanya ingin diselamatkan oleh seseorang yang berhati baik dalam kalangan penonton yang kaku, tidak berekspresi nyata.

Ketika seorang pemuda yang dia kenali mendekati dia di atas pentas, dia tersenyum lemah seketika.

"ANDA TIDAK DIBENARKAN UNTUK NAIK KE PENTAS!"

"SAYA ADA HAK UNTUK NAIK KE PENTAS! DIA TEMAN WANITA SAYA!"

Pemuda itu memanjat ke atas pentas auditorium lalu berlari anak-anak untuk mendapatkan Aneira K yang tidak bermaya.

Dia yang menggendong tubuh gadis itu berkata, "Eira, tunggu kejap! Ambulans dah nak sampai! Tunggu I dan Uncle Rudy bawa you ke sana!"

"Alvin...," panggil Aneira K dengan perlahan.

"EIRA, JANGAN PENGSAN!"

Suara pemuda itu kedengaran semakin jauh.

Pandangannya serta-merta bertukar menjadi gelap gelita.

➽───────────────❥

Bunyi pancuran air menghentam lantai tandas menerpa gegendang telinga Aneira K tidur begitu terapeutik. Sinaran cahaya matahari yang menyilaukan matanya telah mengejut dia untuk terjaga daripada tidur yang nyenyak. Dia mencelikkan mata lalu menggeliat di atas tilam pesakit yang seempuk kerusi guru di kelas 3A. Kemudian dia menukar posisi mengiring ke sebelah kanannya hanya untuk menonton Benjamin Daniel yang baru sahaja keluar dari tandas. Benjamin Daniel yang hanya melilit tuala berwarna putih di pinggangnya sambil mengelap rambutnya yang masih basah.

Perhatian Aneira K tertumpu pada bahu jejaka itu yang lebar. Dan lama-kelamaan dia tidak lagi separa telanjang. Pada pagi itu Benjamin Daniel mengenakan baju berlengan pendek berwarna hitam dipadankan dengan seluar jean berwarna khaki. Dia mendekati tilam pesakit di mana Aneira K masih mengiring lalu melabuhkan punggung di kerusi yang sedia ada. Aneira K seraya bingkas daripada tilam, menukar posisi kepada duduk.

"Papa, sekarang dah pukul berapa?" tanya Aneira K.

"Sepuluh pagi. Anne nyenyak sangat tidur sampai kuat berdengkur tadi," jawab Benjamin Daniel lalu menghamburkan tawa besar.

"Jahatlah papa!" jerit Aneira K yang menepuk lengan lelaki itu.

Tidak semena-mena tersembul rona kemerahan pada wajahnya, menahan malu selepas diusik oleh Benjamin Daniel.

"Papa gurau saja. Papa rindu nak usik Anne," ujar Benjamin Daniel lalu menyentuh hidung Aneira K dengan jari telunjuknya, melakukan nose boop.

Tingkah laku jejaka nakal itu mencuit hati gadis itu yang mencebik manja. Tanpa disedari mereka berdua hanyut dalam tentangan mata yang begitu mengasyikkan. Tetapi bunyi nada dering telefon pintar tiba-tiba bergema di dalam bilik wad hospital.

Tanpa menghentikan tentangan mata, Aneira K meraba-raba meja berlaci di sebelah kanan, meraih telefon pintarnya. Sebaik sahaja telefon itu berjaya diraih, dia memeriksa skrin telefon yang masih bercahaya. Wajah Aneira K terus memucat dalam keseraman selepas mengenalpasti nombor telefon yang menelefon dia sebentar tadi.

"Siapa yang call -"

"Baba call Anne," balas Aneira K.

Aneira memandang kepada Benjamin Daniel lalu berfikir sejenak. Dia mengetap bibirnya dalam keresahan sepanjang dia memandang jejaka yang memasang wajah keliru itu.

Selang beberapa saat, dia berkata, "Boleh tak papa lepak dekat medan selera tingkat tiga kejap? Anne nak call Baba kejap."

➽───────────────❥

"Pengetua maklum pada Baba yang Eira jatuh tangga malam tadi. Macam mana dengan keadaan Eira? Dah OK ke? Kalau tak Baba suruh anak buah Baba pergi jenguk Eira sekarang."

"Eira OK, baba. Lagipun Eira ada peneman kat sini. Tak perlu risau lah, Baba."

"Siapa?"

"Kawan Eira?"

"Baba tanya nama dia, Eira."

Aneira K menjauhkan telefon daripada telinganya seketika.

Dia menarik nafas yang panjang lalu menghembuskannya sebelum dia menjawab, "Benjamin Daniel."

Kesunyian melanda di hujung talian seketika.

Aneira K berasa gemuruh apabila menantikan reaksi Tan Sri K yang kekal diam membisu selama hampir satu minit..

"Alvin dah OTW ke sana. Layan dia elok-elok, Eira," ujar Tan Sri K dengan tegas.

"No, Baba! Eira tak nak -"

BZZZ. BZZZ.

Panggilan dimatikan.

"BABA!" jerit Aneira K sehingga bergema satu bilik wad, menayang kebengisan yang teramat pada wajahnya.

➽───────────────❥

Pagi Isnin, 9 November 2020

Jam tiga pagi.

Kereta mewah yang dipandu oleh Tan Sri K tiba di pekarangan lobi Sekolah Katherina seperti yang dipinta oleh Aneira K sendiri. Lampu kereta menyuluh kegelapan hari yang belum lagi terbitnya fajar dari timur. Beliau memarkir kereta tepat di hadapan pintu automatik lobi sekolah lalu mematikan enjin kereta. Kemudian beliau keluar dari perut kereta lalu berdiri tegak di tepi kereta, setia menunggu akan kehadiran anak putri tunggalnya. Tidak lama kemudian beliau melihat bayangan susuk dua orang pelajar berjalan ke arah keretanya. Tan Sri K mengerutkan dahinya apabila menyedari salah seorang pelajar itu merupakan anaknya sendiri. Anak tunggalnya ditemani seorang pelajar lelaki berpenampilan agak menyerabutkan mata. Rambut kusut masai tidak disisir dengan kemas. Kombinasi baju berlengan pendek serta berkain pelikat pada waktu tiga pagi sebegini? Tipikal anak Melayu kekampungan. Taraf pelajar lelaki itu terlalu berbeda dengan Alvin Ivanov, tunang anaknya. Tan Sri K hanya memperhatikan pelajar lelaki itu yang membawa dua kotak besar berisi barangan menemani putri tunggalnya ke kereta beliau.

Tiba sahaja di kereta, Aneira K terus menyalami Tan Sri K lalu berkata, "Lewat Baba sampai sekolah."

"Baba baru habis mesyuarat tergempar di hospital," balas Tan Sri K dengan dingin.

Aneira K hanya mengangguk perlahan tanda dia memahami.

Dia memandang sekilas pada pelajar lelaki di sebelahnya lalu berkata, "Kawan kelas Eira tolong bawa barang Eira -"

"Pukul tiga pagi tolong Eira?" potong Tan Sri K yang berasa tidak puas hati dengan kenyataan itu.

Aneira K tersenyum senget sebelum menyambung, "Ben tertinggal pengecas telefon dia dalam kelas tadi. Eira pun minta tolong dia bawa turun barang Eira."

Alasan tidak munasabah.

Tan Sri K mendekati pelajar lelaki yang berdiri di sebelah anaknya lalu mengamati wajahnya dari jarak yang terlalu dekat.

Bapak borek, anak rintik.

Tatapan dingin mata Tan Sri K dan Aneira K sememangnya tiada beza.

Ianya mampu membuatkan pelajar lelaki itu yang masih mengangkat dua kotak besar berasa amat gugup.

"Hai, Tan Sri K...Saya Benjamin Daniel...rakan semeja Anne," jawab dia dengan sedikit tergagap.

Raut wajah Tan Sri K serta-merta berubah setelah mendengar nama pelajar lelaki itu.

Benjamin Daniel.

➽───────────────❥

Tan Sri K menyandarkan tubuhnya ke kerusi empuknya seketika. Renungan redup dilemparkan ke arah tingkap berkaca di tepi. Kotak fikiran lama-kelamaan dipenuhi dengan asap tanggapan buruk terhadap seorang lelaki bernama Benjamin Daniel.

"Eira, suka sangat berlakon teater sampai tertanam nilai belas kasihan dalam diri dia untuk tak rela hancurkan hidup budak miskin tak guna tu," ujar Tan Sri K dengan nada mendatar.

Tan Sri K yang berpakaian sut formal membetulkan posisi duduknya. Dia mengambil gagang telefon berwarna hitam lalu mendail suatu nombor telefon. Sebaik sahaja kedengaran suara di hujung talian, senyuman sinis meniti di bibir dengan penuh kemegahan.

"Arah semua kakitangan hospital untuk perhatikan Benjamin Daniel. Dia ada bersama anak aku di hospital sekarang."

"Many thanks, Rudy," ucap Tan Sri K sebelum dia meletakkan gagang telefon semula.

Tan Sri K menggeleng-geleng kepalanya ketika dia melepaskan ketawa halusnya. Terus membayangkan wajah samar jejaka yang berkawan rapat bersama anak tunggalnya.

"Benjamin Daniel, aku harap kau tak terlalu naif untuk bermain dengan bara api neraka," getus hatinya yang mulai meledak tawa menyeramkan.

➽───────────────❥

Aneira K berpeluk tubuh sepanjang dia merenung ke luar jendela yang terbuka sedikit. Perhatiannya langsung tidak beralih kepada tetamu yang mengambil tempat di tepi katil pesakit. Susuk tubuh jejaka yang kekar sedikit daripada Benjamin Daniel, berkulit cerah. Bahkan wajah manisnya mampu mencairkan hati semua gadis kecuali seorang.

Aneira K.

"Baba suruh I datang," kata jejaka itu yang membuka bicara.

"For god's sake, Alvin. You bukan menantu Tan Sri K pun," bidas Aneira tanpa berpaling ke jejaka itu.

Luruh jantung Alvin Ivanov selepas ditengking oleh Aneira K sedari dia tiba di bilik wad. Tetapi dia masih menggagahkan diri untuk menayang senyuman lebar kepada gadis itu. Dengan terujanya dia menunjukkan beg plastik besar berwarna putih berlogo restoran makanan segera.

"I beli pizza untuk you. Jom makan," ujar Alvin Ivanov sambil mengeluarkan sekotak pizza bersaiz sederhana.

"I tak lapar," jawab Aneira K yang menolak pelawaan Alvin Ivanov.

Tidak berputus asa, Alvin Ivanov terus mengeluarkan sebotol minyak urut daripada beg galasnya lalu berkata, "I urut lutut you?"

Aneira K melemparkan pandangan maut pada Alvin Ivanov yang masih tersenyum lebar lalu menjawab, "Tak payah."

"I tak nak apa-apa pun daripada you, Alvin," kata gadis itu dengan mendatar.

Alvin Ivanov diam membisu. Terpercik sinar kehampaan saat dia mengamati wajah Aneira K yang dingin. Keluhan berat Alvin Ivanov menyentuh gegendang telinga gadis itu begitu gemersik. Jejaka itu akhirnya beralah, bertindak meletakkan botol minyak urut serta beg plastik putih berisi beberapa kotak pizza di atas meja berlaci. Kemudian suaranya kembali memecah sepi bilik wad.

"You masih marahkan I," ujar Alvin Ivanov yang kecewa.

Pecah tawa Aneira K .

"So what?"

"Bagaimana kita nak hadir ke majlis sama-sama kalau you masih marahkan I?"

"SPM tinggal dua hari tapi you ada hati nak ajak I pergi majlis?! You dah gila ke, Vin?!" tengking Aneira K yang merenung tajam pada Alvin Ivanov.

"Jadi, you tak berminat dengan majlis Baba you?" tanya Alvin Ivanov yang menginginkan kepastian.

Riak wajah Aneira K terus berubah.

"Baba penganjur majlis?"

Telefon Alvin Ivanov berdering menyebabkan perhatiannya beralih kepada panggilan yang diterima seketika. Dia sempat melirik kepada Aneira K saat dia mendengar perbualan si pemanggil di hujung talian sebelum dia menamatkan panggilan itu. Alvin Ivanov yang menggelabah terpaksa mengeluarkan resit terkini di dompetnya lalu menconteng sesuatu dengan laju. Resit itu diselit pada botol minyak urut.

Alvin Ivanov bangkit lalu berkata, "Telefon I kalau you ubah fikiran you."

Dia mendekati Aneira K yang bingung lalu mengucup pipi gadis itu.

Dia membisik, "Ya lyublyu tebya, sayang."

Aneira K menonton Alvin Ivanov berlalu begitu sahaja seperti angin lalu-lalang. Dia langsung tidak mempertikaikan kelakuan lelaki itu yang berani mengucup pipinya. Dia menoleh ke kanan lalu melihat lipatan resit yang terselit di bawah botol minyak urut. Dengan penuh cermat dia cuba mengambil resit itu lalu membaca nombor telefon yang tertera. Aneira K memegang telefon lalu cuba menyimpan nombor telefon itu. Serupa dengan nombor telefon yang disekat semalam. Berkerut seribu dahinya.

"Tak mungkin Alvin tipu," bisik Aneira K.

➽───────────────❥

Hening.

Benjamin Daniel begitu berselera menjamah piza sambil mengampu kotak bersaiz regular piza di atas pahanya yang terkepit. Matanya senantiasa melekat pada skrin telefon yang bercahaya terang itu, pulun bermain permainan video. Aneira K di sampingnya hanya merenung kosong pada beberapa potongan pizza yang belum terusik sedari tadi. Sekali-sekala dia menjeling ke kanannya, menonton jejaka yang setia menemani dia terlalu khusyuk bermain game. Keinginan untuk makan tengah hari sudah menghilang. Aneira K yang menghembuskan nafas keluhan berat menutup kotak pizza lalu diletakkan di tepi. Benjamin Daniel yang masih bermain game mengajukan soalan kepada Aneira K.

"Kenapa Anne tak makan? Anne OK tak ni?"

"Anne tak lalu nak makan."

Lantas Benjamin Daniel mengangkat kepalanya, melemparkan pandangan kepada Aneira K yang mengiring ke sebelah kiri. Dia memperhatikan susuk gadis itu yang menarik selimut berwarna putih, membaluti seluruh tubuh yang masih lemah lalu mulai hanyut dalam dunia lamunannya tidak berpenghujung. Ekspresi gusar terpampang pada wajah jejaka itu, risau akan keadaan Aneira K. Telefon pintar serta kotak pizza di paha diletakkan di atas meja berlaci. Begitu juga dengan kotak pizza milik Aneira. Sempat dia mengunyah gula-gula getah berperisa pudina. Menonton gadis itu yang masih dibuai lamunan, dia perlahan-lahan memanjat ke dalam katil pesakit bersaiz lebar sedikit daripada katil di asrama.

Benjamin Daniel kini duduk bersila di sudut kiri katil pesakit, di tepi Aneira K yang masih mengiring ke kiri.

"Anne," panggil Benjamin Daniel.

"Papa, please. Anne tak ada mood nak layan Papa," ujar Aneira K yang tidak sampai hati untuk menengking Benjamin Daniel.

Dia yang mengiring ke kanan melihat jejaka itu sedang menatap wajah ketatnya. Berkerut keningnya memerhatikan perubahan tingkah laku Aneira K yang drastik. Pada waktu yang sama gadis itu tenggelam ke lautan pupil mata jejaka itu yang galak membesar.

"Anne tak nak kongsi dengan papa ke sebab Anne moody?"

Bau pudina meresap masuk ke dalam rongga hidung Aneira K begitu pantas bikin berderau darahnya. Anak matanya terus dilarikan daripada terus membalas renungan Benjamin Daniel yang semakin tegang.

"Tak nak," ujar Aneira K dengan pendek.

Tersenyum pahit, Benjamin Daniel hanya mampu menarik tubuh Aneira K ke dalam dakapan yang lebih selesa menyebabkan gadis itu merengek. Kemudian Benjamin Daniel menepuk bahu Aneira K, mendodoi gadis itu untuk tidur.

Berhenti saja menyanyi, Benjamin Daniel pun berkata, "Thank you sebab tunjukkan papa sisi lemah Anne. Memang Anne seorang yang kuat, hati keras tapi pada papa, Anne ni anak yang manja, mengada-ngada..."

Aneira K senyap-senyap mendongak ke atas untuk menjeling pada Benjamin Daniel.

"Tapi Papa hargai perbuatan Anne selama ni," ujar Benjamin Daniel yang memandang Aneira K.

"Anne kongsi saja dengan Papa kalau Anne ada masalah. Jangan risau, Papa akan selalu ada dengan Anne," sambung Benjamin Daniel.

Dengan tentangan mata yang kembali menyemarak, Benjamin Daniel membisik kepada Aneira K, "Papa sayangkan Anne."

Menitis air mata Aneira K mendengar taburan janji-janji manis Ben yang hangat mendakap tubuhnya.

Kedengaran esak tangisan saat dia mengajukan persoalan, "Janji yang Papa akan jaga Anne, luangkan masa bersama Anne sampai habis sekolah nanti? Janji?"

Benjamin Daniel tidak teragak-agak untuk mengangguk kepalanya lalu menjawab, "Untuk Anne, Papa sanggup tunaikan segala janji."

➽───────────────❥

Kelas 3A suram tanpa kehadiran Aneira K yang seringkali tidur nyenyak di meja guru pada waktu petang sebegini. Irene Park bersendirian di meja belakang sedang menilik gambar di aplikasi Instagram dengan penuh kebosanan. Bahkan sekotak air soya yang asyik dicicip juga terasa muak untuk dihabiskan. Puas menatap kandungan aplikasi yang tidak menarik perhatiannya, Irene Park mencampak telefon pintarnya ke atas buku teks Prinsip Perakaunan tingkatan lima yang terbuka.

Dalam diam dia berkata, "Kenapa mamat tak guna ni tak naik kelas waktu Anne tak ada? Nak kata takut kantoi dengan cikgu, hari ini hari minggu. Nak kata takut kantoi dengan budak kelas pun, semua orang tahu kita bertiga rajin lepak kat kelas ini setiap hari. Hans, kau tak nak naik kelas ke? Siapa nak ajar aku jawab soalan lejar ni? Serabut aku."

Berkerut dahi Sharmilla Fauzan yang menonton Irene Park membebel kepada dirinya sendiri sedari tadi. Lari fokusnya seketika untuk menyiapkan set latih tubi kertas dua Prinsip Perakaunan. Dia pun meletakkan pensel mekanikal di atas meja lalu menongkat dagunya.

"Kau OK tak, Irene?" tanya Sharmilla Fauzan yang hairan melihat tingkah lakunya.

Irene Park terus mengangkat wajahnya, memandang ke arah Sharmilla Fauzan yang berada di meja hadapan. Riak wajahnya serta-merta bertopengkan ekspresi cemas yang teramat.

Keluhan berat dilepaskan lalu dia menjawab, "Anne tak reply mesej aku dari tadi. Aku risau lah."

Sharmilla Fauzan mengangguk perlahan.

"Aku rasa Anne OK je. Lagipun kau suruh Ben jaga Anne kan? Maybe doktor suruh dia rehat sebelum dia discharge," ujar Sharmilla Fauzan yang cuba menenangkan hati Irene.

"Bila Anne dengan Ben balik sini?" tanya Sharmilla Fauzan lagi.

"Esok pagi," jawab Irene Park.

"APA MAKSUD AWAK DENGAN ANNE DAN BEN BALIK SINI?!"

Jeritan yang bergema di seluruh aras tiga punca Irene Park dan Sharmilla Fauzan berpaling ke pintu belakang kelas 3A. Betty Xu yang berdiri kaku di situ dengan mempamerkan wajah terkejut besar selepas mencuri dengar perbualan mereka berdua. Irene tidak semena-mena bingkas, ingin mendapatkan rakan karib Aneira K yang mulai tidak keruan.

"Betty, tolong bawa bertenang dulu," kata Irene Park yang berjalan menuju ke pintu belakang.

"TAK, BERITAHU DIMANA ANNE SAYA BERADA DULU!" jerit Betty Xu yang hilang kawalan pada dirinya.

Emily yang tiba di situ terus memapah tubuh Betty Xu yang semakin lemah selepas menerima khabar buruk Aneira K.

Dia memujuk gadis itu dengan berkata, "Betty, Anne tak ada kat sini. Kita balik bilik dulu ya?"

Malangnya, Betty Xu menghiraukan pujukan rakan sebilik dengan tetap meronta-ronta supaya dia dilepaskan.

Dia melaung, "BERITAHU SAYA DIMANA ANNE SAYA SEKARANG!"

Pada waktu yang sama, Raina Hanani dan Laila yang baru tiba di tangga aras tiga sempat menyaksikan kejadian Betty Xu hilang kawalan. Hasrat untuk bertanyakan kepada Sharmilla Fauzan pada mulanya terbantut selepas gegendang telinga mereka berdua dihunjam dengan jeritan Betty Xu.

"SAYA TAK AKAN MAAFKAN DIRI SAYA SEBAB BIARKAN BEN JAGA ANNE DI HOSPITAL!"

Terbelalak mata Raina Hanani yang tercegat di tangga aras tiga, cuba untuk mencerna kenyataan yang dihambur oleh Betty Xu. Perasaan bercampur-baur menakluki kerajaan hati, mati akalnya memikirkan hal itu.

Bibirnya tergagap-gagap membisik, "Ben...jaga...Anne...kat hospital?"

"Babe, kau OK tak?" tanya Laila yang risau akan keadaan Raina Hanani.

Meskipun lara terpendam menusuk dirinya begitu pedih, dia memaksa dirinya untuk menjawab, "Aku OK."

➽───────────────❥

chapter vii updated

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro