❄️ 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

➽───────────────❥

Jam sembilan pagi.

Masa peperiksaan hanya berbaki lima belas minit. Aneira K meregangkan tangannya ke belakang, meliuk lentok badannya yang ditegakkan sepanjang dia bertungkus-lumus menghitamkan ruangan jawapan separuh soalan objektif pada kertas JOOB. Perhatiannya kemudian kembali kepada buku soalan kertas satu Matematik SPM 2020. Halaman muka surat yang terbuka luas kosong. Tiada sebarang contengan jalan kira yang merapu-rapu. Serupa dengan kotak fikiran yang kosong. Tiada solusi yang timbul untuk dia menconteng pada halaman itu. Dia yang sudah mati akal menoleh ke kiri dan kanan, memerhati gelagat setiap calon peperiksaan di dalam dewan sekolah. Saat dia menoleh ke kiri sekali lagi, dia melihat Hans Rivera yang meletakkan kepala di atas meja sudah pun nyenyak beradu.

"Hans dah siap jawab?" bisik dia yang tidak percaya.

Kembali memandang ke hadapan, dia merenung pada jam dinding.

Masa berbaki lagi sepuluh minit.

Keluhan berat dilepaskan. Aneira K yang mempamerkan wajah hampanya menarik rambut panjangnya yang terurai lalu menjerit dengan sekuat hatinya, "WEI, KENAPA SUSAH SANGAT SOALAN INI?! AKU NAK KREDIT UNTUK MATHS JE!"

"Anne, kau okey tak?"

Aneira K memandang ke kanannya, melihat Hans Rivera yang menghampiri belakang meja guru. Tangannya memegang telefon pintar serta pengecas telefon. Aneira K pun mengesotkan kerusi ke tepi, memberi ruang kepada teman lelaki Irene Park yang ingin mengecas telefon di plag bawah meja guru.

Aneira K yang meraup wajahnya dengan penuh duka citanya menjawab, "Maths kertas satu tadi susah gila."

Hans Rivera hanya mengangguk perlahan selepas mendengar luahan hati Aneira K. Dia pun bingkas lalu menarik kerusi yang berdekatan.

Melabuhkan punggung di sisi gadis itu, dia membalas, "Kau cakap seperti kau tak ulangkaji langsung. Jangan risau, kau mesti ada peluang nak skor A untuk subjek Maths. Lagipun kau dah janji dengan Sir Nubhan semalam kan?"

Aneira K tersenyum pahit mendengar kata-kata penyedap hati daripada Hans Rivera.

Dengan spontan dia berkata, "Untung Irene dapat boyfriend macam kau. Sentiasa berfikiran positif walaupun orang dah banyak kali tikam belakang kau."

Hans Rivera tertawa besarnya, geli hati dengan jenaka sentap Aneira K.

"Untung juga Irene ada kawan macam kau. Masih sanggup berbaik dengan orang walaupun jauh di sudut hati, tak ada sesiapa pun yang mampu pujuk lara terpendam kau."

Hans Rivera memandang tepat pada Aneira K, menunjuk raut wajah seriusnya.

Dia menyambung, "Sedangkan lelaki macam Ben tak dapat teka apa yang belenggu dalam hati kau, inikan pula lelaki macam aku, Anne?"

"Jangan bandingkan diri kau dengan Ben. Korang berdua tak ada beza pun," ujar Aneira K yang kesal.

Aneira K menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembuskannya.

Dia cuba untuk bermanis muka lalu berkata, "Pergi lah study Fizik. Aku nak ke tandas."

Dia bingkas lalu menyambung, "Hans, Kak Sha belanja aku kari ayam. Kau ratah lah. Aku tak lalu nak makan."

Hans Rivera pun menoleh ke meja pantri, melihat mangkuk ditutup dengan pinggan yang dituding oleh Aneira K.

Terpampang wajah risau akan keadaan gadis itu, dia pun bertanya, "Kau dah makan ke belum? Nanti Irene risau pula kalau kau tak lunch lagi."

"Aku dah jamah nasi sikit tadi," jawab Aneira K lalu tersenyum tipis.

Saat dia mengorak langkah meninggalkan kelas 3A, tergeleng-geleng kepalanya memikirkan buah mulut Hans Rivera yang membingungkan tadi.

Dia yang melewati sepanjang aras tiga menuju ke tandas guru hanya berkata, "Entah apa lah yang merasuk Hans tadi."

Ketika dia menghampiri tandas guru wanita, tiba-tiba lengan kanan ditarik dengan begitu kasar menyebabkan dia terdorong untuk masuk ke dalam kelas 1D. Belakang tubuhnya sakitnya ekoran dia dihempas pada dinding kelas.

"SAKITLAH BABI!" jerit Aneira K yang mengadu dalam kesakitan.

Terjojol matanya ketika dia merenung pada si pelaku yang bertindak mengunci tubuhnya dengan menekap kedua-dua tapak tangan pada dinding. Merah anak mata si pelaku yang tajam merenung pada Aneira K yang berani membalas tentangan mata itu.

Dia yang meneliti raut wajah berang si pelaku yang masih tidak membuka mulut itu terus menjerkah dengan berkata, "Papa dah kenapa?! Papa sedar tak orang lain boleh nampak?! Nanti kantoi Papa juga yang mengamuk tak tentu pasal!"

Lirikan mata Benjamin Daniel tidak beralih ketika dia mengeluarkan telefon pintar daripada poket seluar trek hitam. Perhatian Aneira K tertumpu kepada skrin telefon jejaka itu yang bercahaya. Belum sempat dia meneliti aplikasi yang dibuka oleh Benjamin Daniel, suatu audio mulai diputarkan pada kelantangan bunyi yang begitu kuat. Aneira K terus mengangkat wajahnya untuk melihat raut muka Benjamin Daniel semula selepas dia mengecam pemilik suara yang sedang menerpa gegendang telinganya.

"AKU, ANEIRA ANAK TAN SRI K SAYANGKAN BETTY XU, JIRAN BILIK AKU DAN JANTAN TAK GUNA MACAM BENJAMIN DANIEL TAK BOLEH GANTI TEMPAT BETTY!"

Tamat sahaja audio diputarkan, Benjamin Daniel mengajukan pertanyaan dengan nada suara yang begitu lembut.

Dia bertanya, "Betul ke Anne lagi sayangkan Betty daripada papa?"

Luruh jantung Aneira K saat dia menyedari akan getaran pada suara jejaka yang berdiri di hadapannya.

Aneira K diam membisu.

Dia hanya merenung kepada Benjamin Daniel yang kelihatan begitu terdesak menginginkan kepastian.

"Hanani ke yang send —"

"Jawab soalan papa, Anne!" tengking Benjamin Daniel yang tidak berpuas hati.

"BEI SEPARUH NYAWA ANNE! MEMANG ANNE LAGI SAYANGKAN BEI DARIPADA PAPA! PUAS HATI PAPA?!" jawab Aneira K dengan wajah merah padamnya.

Satu tamparan yang kuat menghinggap pada wajah Aneira K.

Benjamin Daniel yang terguris hatinya berkata, "KALAU KAU SONGSANG, KENAPA KAU BUANG MASA DENGAN AKU DALAM TANDAS MALAM TADI?!"

Aneira K yang memegang pipi berbekaskan tamparan Benjamin Daniel merenung tajam pada jejaka itu. Berang dengan tindakan jejaka itu, dia bertindak melepaskan satu tumbukan padu pada wajah Benjamin Daniel.

"Sakit lah bodoh!" raung Benjamin Daniel dalam kesakitan.

"Kenapa kau emosi semacam petang ni?! Selama ni kita hanya kawan yang suka roleplay kan?! Tahun lepas kau sendiri beritahu Leigh yang kita berdua kawan biasa sebab aku tak tahu langsung rahsia kau!" marah Aneira K.

Dia yang tergamam selepas mendengar ludah kemarahan gadis itu membalas, "Kenapa Anne nak ungkit benda yang dah jadi tahun lepas?! Boleh tak Anne lupakan benda yang dah jadi?! Tolonglah, Anne! Anne tak akan teruskan semua ni kalau hubungan kita setakat kawan saja!"

Aneira K mendengus dengan kuat lalu memanggil, "Ben."

"Papa bukan Ben!" tengking Benjamin Daniel yang mengasak rambut.

Aneira K menekup wajah jejaka itu dengan begitu kasar.

Berapi matanya menatap Benjamin Daniel saat dia membisik, "Sekali-sekala simpan bebal kau sikit. Satu sekolah tahu yang aku sayangkan Bei sejak tingkatan dua pun sebab aku nak sorok hubungan merepek kita ni."

Selepas Aneira K melepaskan tekupan pada wajah Benjamin Daniel, sepasang mata Aneira K memancarkan sinaran kekecewaan dalam masa yang singkat.

Senyuman hampa meniti di bibirnya ketika dia menyambung, "Papa, hubungan kita setakat kawan biasa. Papa memang ada untuk Anne dari segi fizikal tapi dari segi emosi? Tak pernah sama sekali pun, Papa."

Tidak sempat menghalang Aneira K yang meninggalkan kelas 1D, Benjamin Daniel si hampa menepuk dahinya lalu melaung, "TAPI PAPA SERATUS PERATUS SEDIA ADA HANYA UNTUK ANNE!"

Aneira K langsung tidak memberi respons.

Sebaliknya dia terus berjalan di sepanjang barisan makmal Fizik bersendirian.

Kecewa menonton gadis itu membuta tuli, dia menjerit dengan segenap hatinya, "ANEIRA K!"

➽───────────────❥

Laungan Benjamin Daniel masih terngiang-ngiang di telinganya. Aneira K yang berpeluk tubuh menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

Ketawa halus dihamburkan.

Dia berkata dengan perlahan, "Sedia ada kepala otak dia. Girlfriend dia nak campak mana? Longkang depan bilik aku? Cakap tak serupa bikin betul."

Aneira K menoleh ke kiri, mengamati pemandangan di sebalik pagar dawai yang mengelilingi sekolah. Ubat penenang jiwa yang senantiasa gundah-gulana. Kemudian dia memerhati dua pelajar lelaki sedang berjoging di sepanjang lot parkir kereta guru dan kakitangan sekolah. Senyuman tipis meniti di bibir saat dia menguntai secebis memori secara rawak di meja guru. Ketika jejaka berkaca mata itu menempel pada bahu kanannya, memperhatikan dia mengurut kaki kiri jejaka itu yang lenguh.

"Kalau Anne nak tahu, senang je papa nak tahu Anne ada dalam kelas ni ke tak. Masa papa joging petang-petang, kalau papa nampak kipas kelas ni berpusing maknanya Anne tak balik bilik lagi."

Tiba-tiba angin kuat mengenai langsir yang menyelindung keberadaan dia di dalam kelas 3A. Saat musnahnya tempat persembunyian Aneira K, dia sempat menangkap figura seorang jejaka yang baru sahaja menapak di meja Irene Park yang berdekatan. Berkerut dahinya selepas dia mengecam wajah si jejaka yang bertandang pada waktu lewat sebegini.

"Felix?" panggil Aneira K yang keliru.

Felix Goh yang masih kelihatan segak berbaju sekolah terus mengambil tempat berhadapan dengan Aneira K yang tidak lagi bersembunyi di sebalik langsir kelas.

Dia meletakkan plastik bungkusan aiskrim coklat itu di atas meja lalu berkata, "Aku belanja."

Aneira K tersenyum tipis melihat plastik bungkusan aiskrim berwarna merah putih itu. Dia mengambil bungkusan itu lalu dia mengoyak bungkusan itu.

Sambil itu dia berkata, "Tahu-tahu saja aku tengah mengidam aiskrim coklat. Terima kasih, Felix."

Ketika Aneira K sedang girang menjamah sedikit aiskrim coklat, Felix Goh menyelindung keberadaan mereka di sebalik langsir kelas secara mendadak. Aneira K semakin bingung apabila mengamati raut wajah Felix Goh yang begitu serius.

Lebih menggerunkan ketika Felix Goh berkata, "Aku tak nak Irene pasang telinga."

Felix Goh yang sudah menghabiskan aiskrim coklat mengeroyok plastik bungkusan aiskrim.

Dia bertanya, "Apa hubungan kau dengan Ben?"

Aneira K yang masih pulun menghabiskan aiskrim memandang pada Felix Goh dengan janggal.

Dia membalas, "Felix, jelas sekali aku sekadar berkawan dengan dia."

"Kalau betul korang berdua sekadar berkawan, kenapa Ben berani belasah Dylan lepas dapat tahu Dylan study date dengan kau?" tanya Felix Goh yang ingin tahu.

"Bila dia belasah Dylan?" tanya Aneira K yang terperanjat.

"Lepas kau turun tangga," jawab Felix Goh yang meletak keronyok plastik bungkusan aiskrim di tepi.

Kemudian dia menyambung, "Anne, kau boleh lari daripada Jerry dengan Leigh tapi bukan dengan aku tau. Aku dah nampak semua momen tersorok kau dengan Ben."

Aneira K menyepet matanya pada Felix Goh, memandang serong pada jejaka itu.

Dia yang menginginkan kepastian bertanya, "Sejauh mana kau dah nampak?"

"Malam 8 November tahun lepas," jawab Felix Goh.

Berderau darah Aneira K mendengar tarikh itu disebut.

Dia mengurut pelipis kepalanya lalu berkata, "Itu saja kan yang kau nampak?"

"Malam Khamis lepas aku nampak dia peluk kau kat depan bilik dobi Koop. Malam semalam aku nampak dia peluk kau kat meja guru dalam kelas 1D," balas Felix Goh dengan begitu selamba.

"Kau je kan yang nampak?" tanya Aneira K yang mempamerkan wajah bimbangnya.

Felix Goh mengangguk kepalanya.

Dia menjawab, "Aku tak akan tanya kau kalau aku tak nampak korang berdua malam tu. Sebab tu aku tanya kau. Apa hubungan kau dengan Ben?"

Malangnya, Aneira K tetap berdegil berkata, "KAWAN."

➽───────────────❥

Irene Park menarik kerusi ke sisi Aneira K, menyertai gadis itu yang mengelamun ke luar tingkap yang terbuka luas selepas Felix Goh meninggalkan kelas 3A. Perhatiannya perlahan-lahan bertumpu kepada angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa wajahnya. Saat dia memejamkan matanya, dia mendengar Aneira K berkata sesuatu.

"Ben belasah Dylan lepas study date dengan aku," ujar Aneira K yang berasa hampa.

"Hans yang beritahu Ben pasal kau study date dengan Dylan," balas Irene Park.

"Sedangkan lelaki macam Ben tak dapat teka apa yang belenggu dalam hati kau, inikan pula lelaki macam aku, Anne?"

Mati terus lamunan Aneira K. Dia menoleh ke kanan untuk melihat gadis berkaca mata itu melelapkan mata.

Wajahnya berhiaskan kecewa ketika dia berkata, "Babi lah kau. Kenapa kau beritahu Hans? Hancur harapan aku nak study date lagi dengan mamat tu."

"Sebab aku tak suka tengok kau dengan Dylan," jawab Irene Park.

Aneira K menepuk dahinya.

Dia berkata, "Sharmilla kau tak suka. Dylan kau tak suka. Aku nak study date dengan siapa saja, Irene?"

"Benjamin," jawab Irene Park tanpa sebarang perasaan.

"BERAPA RIBU KALI KAU NAK AKU ULANG?! AKU BENCI STUDY DATE DENGAN BEN!" jerit Aneira K ekoran berasa jengkel dengan tingkah laku Irene Park.

"Anne," panggil Irene Park.

"APA?!" jawab Aneira K yang panas hati.

"Ben dah putus dengan awek dia," ujar Irene Park yang masih memejam mata.

Aneira K diam membisu.

Laungan Benjamin Daniel di kelas 1D kembali terngiang-ngiang di telinganya.

Dia berkata, "Sebab itu dia cakap dia seratus peratus sedia ada hanya untuk aku?"

Irene Park terus mencelik matanya lalu memandang pada Aneira K yang kelihatan begitu bingung.

Dia pun mengajukan pertanyaan, "Bila kau jumpa dia?"

"Kelas 1D tadi. Aku tak faham kenapa dia bengang sangat lepas dengar audio pengumuman aku sayangkan Betty malam tadi," jelas Aneira K yang tidak berpuas hati.

Irene Park menonyoh kepala Aneira K lalu berkata, "Eh, bodohlah kau! Ben sedang beri kau petunjuk yang dia sayangkan kau lah! Aku berani kerat jari yang dia akan lamar kau jadi awek dia nanti!"

"Aku jadi awek Ben? Tak mungkin," bisik Aneira K yang tidak percaya.

➽───────────────❥

Alvin Ivanov berlari sepantas kilat di sepanjang kawasan pejabat kakitangan Hospital Alamanda sehingga dia menemui sebuah bilik tertutup di sudut kanan tingkat teratas hospital itu. Melihat pintu bilik tersebut tergantung plat berwarna hitam berukiran nama Wan Rudy berwarna emas, dia terus membuka pintu itu lalu masuk ke dalam bilik itu.

Penghuni bilik itu yang terkejut akan kehadiran dia terbangun kemudian bersuara, "Alvin, apa kamu buat di sini? Kamu tak ada kelas ke hari ini?"

Selepas Alvin Ivanov menghempas pintu bilik itu dengan sekuat hati, dia berpaling ke arah lelaki yang berusia sekitar empat puluhan lalu menayang wajah penuh frustrasinya.

Suaranya terketar-ketar menahan amarah bila dia bertanya dengan nada perlahan, "Siapa...wanita...yang...peluk...Tan Sri K?"

Wajah Wan Rudy berubah menjadi pucat selepas mendengar pertanyaan cepu emas daripada anak buahnya sendiri.

Dia segera mendekati pemuda itu lalu bertanya, "Kamu dari pejabat Tan Sri K ke —"

Cubaan Wan Rudy untuk menenangkan Alvin Ivanov gagal apabila pemuda itu meledak kemarahan yang teramat.

"SIAPA WANITA YANG PELUK TAN SRI K DALAM PEJABAT DIA?! JAWAB SOALAN SAYA, UNCLE!" potong Alvin Ivanov.

Wan Rudy diam tidak berkutik. Dalam diam dia ligat memikirkan cara paling terhalus untuk menjelaskan rahsia tersimpan rapi ini kepada anak buahnya. Dia kekal berdiam diri ketika dia memandang kepada Alvin Ivanov yang lama-kelamaan mulai reda kemarahannya. Bahu pemuda itu ditepuk berkali-kali sehingga mengundang perasaan hairan anak buahnya.

"Kenapa Uncle senyap saja? Beritahu saya siapa wanita itu, Uncle! Saya yakin Eira tak tahu tentang perkara ini!" ujar Alvin Ivanov yang menginginkan kepastian.

"Pameran seni di ibu kota pada tahun 2012. Itu kali pertama Tan Sri K bertemu dengan wanita itu," terang Wan Rudy.

"Maksud Uncle...wanita di pejabat Tan Sri...Red?" kata Alvin Ivanov.

"Aku hanya berumur sepuluh tahun ketika kali pertama aku berkenalan dengan Red di pameran yang Uncle Rudy maksudkan sebentar tadi," getus hatinya.

"Alvin, kamu okey tak?!" ujar Wan Rudy yang risau akan keadaan Alvin Ivanov.

"Rudy, kau nak ikut aku —"

Doktor Raihan kebetulan baru membuka pintu pejabat Wan Rudy berasa hairan akan kehadiran Alvin Ivanov yang kelihatan terlalu hampa.

Dia yang berkerut dahi bertanya, "Kenapa Alvin ada di sini?"

Malangnya, pertanyaan Doktor Raihan tergantung sepi.

Wan Rudy dan Alvin Ivanov langsung tidak membuka mulut.

Sehingga Alvin Ivanov bersuara, "Saya akan beritahu Eira pasal perkara ini."

"JANGAN, ALVIN!" tegah Wan Rudy dan Doktor Raihan.

➽───────────────❥

chapter 14 updated

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro