❄️ 32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

➽───────────────❥

Dua minggu kemudian.

Bilik wad hospital VVIP dipenuhi dengan berpuluh-puluh flower stand berwarna-warni serta sepanduk bertulisan "WISHING YOU A SPEEDY RECOVERY, ANEIRA & ALVIN!". Di atas meja berlaci terdapat dulang berisikan dua mangkuk bubur ayam panas dan dua gelas air suam yang tidak terusik. Aneira K yang memakai baju pesakit berwarna putih duduk bersandar pada katil pesakit, sedang menekan punat alat kawalan televisyen berkali-kali. Tidak henti memilih saluran televisyen untuk ditonton dengan penuh kebosanan. Namun dia berhenti menekan punat apabila dia menemui satu saluran yang sedang memaparkan seorang wanita sedang menyampaikan berita tergempar di dalam negara sepanjang bulan Mac. Aneira K pun menetapkan volum tinggi pada televisyen sehingga memenuhi segenap bilik wad hospital itu.

"Pada petang 11 Mac lalu, sebuah ambulans telah merempuh seorang pemandu motosikal berkuasa tinggi di pekarangan Hospital Alamanda. Menurut pihak polis, ambulans tersebut dalam perjalanan menuju ke hospital berkenaan membawa seorang pelajar tercedera setelah dihempap lampu LED big dipper di belakang pentas auditorium Sekolah Katherina. Namun difahamkan pemandu ambulans tidak menyedarkan diri serta kerosakan pada brek menjadi punca ambulans merempuh mangsa yang bernama Alvin Ivanov, 19 tahun. Walau bagaimanapun, terdapat saksi mengatakan bahawa Benjamin Daniel, 18 tahun, salah seorang peneman pelajar tercedera sengaja memandu ambulans sehingga menyebabkan rempuhan berlaku. Suspek juga dituduh merogol Aneira anak Tan Sri K, anak tunggal pengerusi Hospital Alamanda beberapa kali sewaktu di sekolah."

Aneira K tercengang apabila menonton rakaman temubual para wartawan bersama Tan Sri K sewaktu di tempat kejadian.

"Saya sebagai Baba Aneira amat kecewa dengan Benjamin Daniel. Lapan belas tahun saya menjaga Aneira bagaikan menatang minyak yang penuh. Aneira ada maklum pada saya bahawa dia dan Alvin, tunang Aneira berkawan rapat sejak kecil lagi. Jadi bila saya dapat berita berkenaan dengan hal ini...luruh jantung saya dengar. Dia perkosa Aneira di sekolah kemudian dia langgar pula Alvin di hadapan hospital saya. Jujur saya cakap, Benjamin Daniel bukan manusia tapi binatang buas yang sanggup aniaya anak dan bakal menantu saya!"

Aneira K terus menekan punat mati pada alat kawalan televisyen lalu menepuk dahinya.

"Baba ni dah macam Bei pula. Dramatik sangat masa interview hari tu," desis dia yang menggeleng-geleng kepalanya.

"Kita dah hancurkan masa depan Enya."

Lantas Aneira K menoleh ke kiri, melihat Alvin Ivanov yang turut berada di katil pesakit. Alvin Ivanov berbaju pesakit berwarna putih bersama tangan kanan berbalutkan kain anduh. Tangan kirinya pula dicucuk titisan IV. Aneira K mengamati wajah Alvin Ivanov membengkak dan melebam. Tidak kacak seperti hari kebiasaan.

"I rancang nak gunakan Enya sebagai kambing hitam sejak hari pertama Enya hadir dalam hidup I walaupun I sayangkan dia," ujar Aneira K tanpa secebis belas kasihan menyelinap ke dalam hati.

Alvin Ivanov tersentak selepas menerima respon kejam daripada mulut Aneira K sendiri.

"Walaupun you tahu Enya childhood friend kita?" tanya Alvin Ivanov.

Aneira K tersenyum senget kepada Alvin Ivanov lalu membalas, "You sendiri tahu kita tak ada pilihan, bukan? Sebab tu you terpaksa kemukakan bukti Enya perkosa I untuk tutup kesalahan you bongkarkan rahsia perkahwinan Baba dengan Red."

Air mata menitis di pipi Aneira K ketika dia menyambung, "Enya dah gila, Vin. Lebih baik dia terperap dalam Hospital Tanjung Petai daripada kena hukuman lebih berat."

Alvin Ivanov yang dibanjiri tangisan tidak berlagu membentak kepada Aneira K, "EIRA, YOU SEDAR TAK KITA DAH HANCURKAN MASA DEPAN ENYA YANG MISKIN TU?! I FAHAM DIA DAH LAKUKAN PELECEHAN SEKSUAL PADA YOU TAPI KES REMPUH NI BUKAN SALAH DIA! INI SEMUA PLAN BABA, EIRA! EIRA, ENYA SATU-SATUNYA HARAPAN KAK HARYATI UNTUK UBAH NASIB MEREKA BERDUA!"

Aneira K merenung ke arah wajah Alvin Ivanov yang dibasahi air mata buat beberapa detik lalu berkata, "Bukan sehari dua I kenal Enya, Vin. Enya bukan sahaja miskin harta tapi miskin wawasan diri. Jadi apa bukti you Enya satu-satunya harapan Kak Haryati untuk ubah nasib mereka berdua?"

Alvin Ivanov diam berkutik, mati akal hendak terus bertekak bersama Aneira K. Pecah hening bilik wad hospital VVIP bertemankan bunyi tangisan Alvin Ivanov yang meratapi nasib Benjamin Daniel.

"I sangkakan Enya kejam kerana sanggup menodai you yang terlalu sayangkan dia. Ternyata you lebih kejam kerana sanggup gunakan Enya untuk selesaikan masalah kita yang terlalu rumit untuk diperihalkan."

➽───────────────❥

"Anne, jom mulakan hidup baru. Papa nak kahwin dengan Anne. Papa nak kita sama-sama padam segala memori pahit. Biarlah yang manis saja tinggal bersama kita. Papa nak kita hidup bahagia tanpa gangguan orang lain. Mesti Anne sukakan? Anne jadi peneman abadi papa, OK? Papa sayangkan Anne sangat-sangat. Papa rindukan Anne."

Bayangan wajah ceria Aneira K di dalam kelas 3A menghiasi kotak fikiran Benjamin Daniel yang bercelaru. Senyuman lebar meniti di rekahan bibirnya. Benjamin Daniel tidak berkaca mata serta memakai straitjacket berwarna putih menempel dahinya pada dinding putih buat seberapa lama yang dia mahukan. Air mata tiba-tiba menitis di pipi saat bayangan wajah bengis Aneira K menerpa bait-bait fantasi yang bermain di benak fikiran. Ketika gadis itu menghentak helmet pada kepalanya berkali-kali tanpa belas kasihan.

Benjamin Daniel yang merinding dalam ketakutan segera mengorak langkah mundur sambil berkata, "Maafkan papa, Anne! Raina yang hentak kepala driver ambulans sampai pengsan! Papa cuba untuk hentikan ambulans tapi brek rosak, Anne! Maafkan papa, Anne!"

Malang sekali Benjamin Daniel tersadung menyebabkan dia jatuh terjelepok ke atas lantai bersimen. Penglihatan kaburnya telah menghadkan pergerakan Benjamin Daniel yang bertungkus lumus menjauhkan diri daripada kelibat Aneira K yang menggerunkan sehingga belakangnya bersentuh dengan dinding putih lain.

Wajah Benjamin Daniel pucat mengalahkan hantu apabila dia menempik, "MAAFKAN PAPA, ANNE! PAPA SAYANGKAN ANNE!"

Runtun hati Kak Haryati menonton kelakuan Benjamin Daniel dari luar bilik khas pesakit mental.

Dia memandang ke doktor bertugas di sebelahnya lalu bertanya, "Anak saya dah tak ada harapan nak pulih semula ke, doktor?"

"Kebarangkalian untuk Enya pulih seperti sediakala terlalu tipis, puan. Lebih-lebih lagi anak puan baru sahaja ditimpa kejadian yang luar biasa untuk dia hadapi. Saya harap puan dapat terima kekurangan dia dengan hati yang terbuka," balas doktor yang hampa.

Lemah lutut ibu Benjamin Daniel hendak terus berdiri di hadapan tingkap berkaca bilik khas pesakit mental.

Bercucuran air mata ketika dia berkata, "Enya, sembuhlah cepat sikit. Enya tak rindu rumah ke? Enya dah janji nak jaga Mama lepas habis SPM kan? Mama rindu Enya."

➽───────────────❥

"Kau patut bersyukur sebab kau tak nampak langsung belang sebenar Ben. Jadi aku, Aneira sebagai rakan sekelas kau (bukan bekas rakan karib kau atau musuh utama kau di Sekolah Katherina) ingin beri pesanan terakhir untuk kau. Jauhkan diri kau daripada Ben. Dia tak layak miliki kau yang sempurna sebagai kekasih hati dia."

Raina Hanani si bertudung litup serta berjubah ungu itu segera mengeroyok kertas kajang yang berlipat itu lalu mencampak ke dalam tong sampah berdekatan. Merah padam wajahnya menahan amarah kepada si pemberi surat yang sudah diketahui siapa orangnya. Dia segera mengeluarkan telefon pintar daripada beg galasnya lalu membuat panggilan kepada Laila.

"Hujung minggu ni kau free tak? Kalau free aku nak jemput kau kat kampus kau. Aku nak kau teman aku lawat Ben kat Hospital Tanjung Petai," ujar Raina Hanani.

"Aku selalu je free. Kau yang selalu busy dengan AS Level. Nanti aku teman kau ke sana. Tak perlu risau lah,"  balas Laila di hujung talian.

BZZZ. BZZZ.

"Alasan. Boleh pula Anne tuduh Ben tunjuk belang sebenar sedangkan dia sendiri rosakkan hidup Ben," cemuh Raina Hanani.

➽───────────────❥

Lapan belas bulan kemudian.

Pertemuan semula di sebuah restoran mewah telah menyatukan hati kesemua bekas penghuni kelas 3A. Ketika Betty Xu menapak di hadapan pintu yang terbuka luas, bergenang air matanya mengamati kelibat Aneira K bergaun merah baldu di tepi meja bulatan besar. Betty Xu yang memakai gaun bercorak bunga berlari anak-anak lalu memeluk tubuh Aneira K seerat mungkin. Meskipun Aneira K terpanar, wajahnya tetap berseri dihiasi senyuman lebar.

"Anne, sorry sebab I tak ada masa hari kejadian tu! I tak sangka Ben sanggup buat macam tu sekali pada you! Ben memang tak kenang budi you, Anne!" tempik Betty Xu.

Aneira K menekup wajah Betty Xu lalu berkata, "Bei, benda dah lama jadi. Kita lupakan hal tu, OK?"

Betty Xu pun meleraikan lengan yang melingkari abdomen Aneira K. Tika itu sepasang mata Aneira K menyoroti luar pintu restoran. Lagaknya seperti sedang mencari kelibat seorang pemuda yang dikenali. Aneira K pun mengalih pandangan kepada Betty Xu lalu meluahkan inkuirinya.

"Jerry tak datang ke?" tanya Aneira K yang ingin tahu.

"Darling tengah busy dengan trainer dia. Maklumlah cadet pilot," seloroh Betty Xu.

"At least you boleh travel free in charge nanti. Anytime and anywhere pulak tu," usik Aneira K yang tertawa halus.

"You two mengumpat I eh?" tanya Jerry Looi yang menghampiri Aneira K dan Betty Xu.

Lengan Betty Xu melingkari pinggang Jerry Looi yang tampan berbaju T-shirt berkolar berwarna putih dan berseluar slack hitam.

Betty Xu mendongak ke atas, menatap wajah Jerry Looi yang bingung lalu membalas, "I just told Anne you look hot tonight."

"You lied," tutur Jerry Looi yang mencubit hidung Betty Xu.

"DI MANA ANNE KESAYANGAN AKU?! IRENE PARK SUDAH SAMPAI!" laung seseorang dari jauh.

Perhatian Aneira K, Betty Xu dan Jerry Looi tertumpu kepada seorang gadis yang baru sahaja memasuki restoran. Irene Park berbusana warna merah jambu fuchsia serta membawa beg tangan berjalan dengan penuh elegan mendekati mereka bertiga di tepi meja bulatan besar. Sementara itu Hans Rivera yang berpakaian formal menutup wajahnya dek berasa malu dengan kelakuan Irene Park.

Jejaka itu mengorak langkah ke tepi Jerry Looi lalu membisik, "Baby buang tabiat pula malukan bae kat sini."

"Sila bertabah ya, bro," balas Jerry Looi yang tergelak.

"Kau makin berisi, Anne. Untunglah kau Alvin selalu belanja makan sedap-sedap. Aku nak harap kat si Hans tu memang lambat lagi," ujar Irene Park yang berlaga pipi dengan Aneira K.

Dalam diam Aneira K mengeluarkan sekeping duit not lima ringgit daripada baju dalamnya. Kemudian dia menjarakkan diri daripada Irene Park lalu menghulurkan duit not lima ringgit itu.

Aneira K berkata, "Aku lupa nak bayar kau lima ringgit hari tu."

Irene Park melihat duit lima ringgit di tangan Aneira K dengan air mata bergenang. Dia kembali menguntai peristiwa di hospital yang sudah lama terkubur.

"Aku bodek Teacher Ng kaw-kaw tadi eh. Bayar aku lima ringgit kalau Ben lamar kau jadi girlfriend dia."

Tidak dapat menahan sebak, Irene Park terus menarik Aneira K ke dalam pelukan yang menghibakan.

"Anne, maafkan aku! Aku sepatutnya dengar cakap kau dari mula lagi! Aku patut halang Ben naik kelas kita! Semua ni salah aku, Anne!" raung Irene Park yang menangis teresak-esak.

Aneira K yang mengalirkan air mata menepuk belakang Irene Park sambil berkata, "Nasi sudah menjadi bubur, Irene. Kejadian tu dah lama terjadi. Kita lupakan sajalah."

Sharmilla Fauzan, Felix Goh dan Leigh Yadav turut bertandang ke pertemuan kecil-kecilan beberapa minit kemudian. Yang berbeda hanyalah sebesar mana impak kehadiran mereka di dalam riwayat hidup Aneira K. Pada malam gah itu, senyuman lebar tidak lekang dari bibir Aneira K yang tidak henti mengamati satu persatu wajah di meja bulatan besar. Bermula daripada Betty Xu, Jerry Looi, Hans Rivera, Irene Park, Sharmilla Fauzan, Felix Goh, Leigh Yadav dan Alvin Ivanov, suaminya yang turut tersenyum kepada dia.

Alvin Ivanov, jejaka yang akhirnya berjaya menjulang semula posisi dia untuk terus bertakhta di dalam kerajaan hatinya.

Aneira K bangkit, mencapai gelas wain merah di atas meja bulatan besar yang dipenuhi dengan aneka hidangan yang melazatkan. Dipandang sekilas para tetamu yang hadir pada malam itu sebelum dia mulai berucap.

"Leigh dah habis Asasi Perniagaan. Felix pun dah habis JPPro Matriks. Sharmilla busy dengan IBDP Maths sebelum fly ke US tahun depan. Irene and Betty masing-masing tengah struggle dengan ACCA and ICAEW. Fuh, korang setia gila dengan bidang Akaun. Hans...diploma Quantity Surveying kan?"

Felix Goh yang berkerut dahi bersuara, "Aku tak pernah dengar pula course tu."

Leigh Yadav ditepi pula sudah meledak tawa besarnya setelah mendengar nama kursus yang disebut oleh Aneira K.

"Hans, kau nak kerja ukur bahan apa nanti?" tanya Leigh Yadav yang masih tersisa tawanya.

Sharmilla Fauzan yang melihat wajah Hans Rivera merah padam menahan malu menggeleng-geleng kepalanya.

"Berhenti gelak, Leigh. Tak baik kau buat macam tu kat Hans," tegur Irene Park yang berasa jengkel.

"Sorry, Hans. Aku tak sengaja gelakkan kau tadi," balas Leigh Yadav selepas berhenti ketawa.

Aneira K menyambung, "Boleh dapat untung besar tau kalau study course Quantity Surveying. My uncle study course ni kat UK and terus kerja kat sana. Sekarang siap ada title SR lagi. So Hans still ada chance untuk berjaya dalam bidang ni."

"Thanks, Anne," bisik Hans Rivera yang melemparkan senyuman terharu kepada Aneira K.

Aneira K menjulang gelas wain merah ke udara tanda dia menyokong hala tuju Hans Rivera.

"So, Jerry still training kat ground school kan?" tanya Aneira K yang menginginkan kepastian.

"Yes! I wanna be Bei's pilot forever!" seru Jerry Looi dengan penuh bersemangat.

Betty Xu yang tidak tahan diusik menepuk bahu Jerry Looi lalu merengek manja, "Stop it, darling!"

Aneira K menahan tawanya pun bersuara, "I dah habis AUSMAT and Alvin baru saja dapat result A Level minggu lepas. Congrats for your 4A*s, Alvin. Bulan depan I bercadang nak ikut Alvin fly ke Moscow untuk study Master in Psychology. I nak teman suami I study MBBS kat sana."

Alvin Ivanov yang tekun mendengar ucapan Aneira K sedari tadi terus mendongak ke atas. Mempamerkan mata terbelalaknya kerana terlalu terperanjat mendengar perancangan yang diterangkan oleh Aneira K sendiri. Terlalu terkejut sehingga dia bangun menghadap isteri tercintanya.

"Eira, seriuslah you nak follow I balik ke Russia? Kenapa you tak inform I langsung sebelum ni?" tanya Alvin Ivanov.

"I nak surprise you, Vin!" balas Aneira K dengan teruja sekali.

Aneira K berdiri kaku ketika tubuhnya dipeluk erat oleh Alvin Ivanov. Bimbang pula gelas wain merah yang dipegang tertumpah pada sut Alvin Ivanov.

"Sayang, lain kali you nak buat something make sure inform I dulu. Susah-susah saja you settle seorang diri," bebel Alvin Ivanov.

"I feel like wanna cry, darling," ujar Betty yang khusyuk menonton momen Aneira K dan Alvin Ivanov.

Jerry Looi menghulurkan sekotak tisu kepada Betty Xu sambil berkata, "Nah, tissue for you."

"Di situ berkahwin. Di sana bercouple. Di sini bertenang sajalah jawabnya," keluh Sharmilla Fauzan yang menongkat dagu di atas meja bulatan besar.

Felix Goh yang mencuri dengar keluhan Sharmilla Fauzan bertindak menyiku lengan gadis berambut merah kranberi itu lalu mengajak, "Jom couple."

"Tak nak aku. Pergi couple dengan Leigh tu," seloroh Sharmilla Fauzan yang terasa jijik.

Setelah Alvin Ivanov meleraikan pelukan, Aneira K berucap buat kali terakhir, "Walaupun kita dah tak sehaluan, I harap sangat hubungan kita sebagai budak Akaun kelas 5A kekal rapat sampai bila-bila. Sebab kita bukan sahaja perlu menjadi living proof kepada Sekolah Katherina bahawa kita boleh berjaya dalam berlainan bidang tapi kita juga perlu saling menjaga kebajikan budak kelas kita yang memerlukan atau ditimpa dugaan berat. I harap sangat kita semua mampu lakukan semua tu at least sepuluh tahun akan datang."

Aneira menjulang gelas wain merah ke udara lalu melaung, "Cheers!"

Kesemua tetamu bangkit untuk menyertai Aneira membuat toast bersama-sama.

➽───────────────❥

Malam 5 September 2022.

Teater Bolshoi, Moscow.

Aneira bersendirian di atas pentas, membiarkan dirinya dihurungi kegelapan auditorium. Dia memejam mata buat beberapa detik sebelum dadanya kelihatan begitu ketara terumbang-ambing. Ditarik nafas sedalam mungkin lalu dihembuskan dengan penuh kelegaan. Suara bernada tinggi Aneira memecah keheningan auditorium secara mendadak selama lapan saat. Pada waktu itu, cahaya lampu LED par can klasik menyuluh figura gadis cantik bertubuh langsing yang dibaluti gaun Russian court dress berwarna hijau zamrud baldu bersulamkan emas yang meleret di atas pentas. Terselit emosi menghibakan di dalam nyanyian dua rangkap lagu yang mengasyikkan.

https://youtu.be/9Jr2dCEMxis


Но мне всё равно, где ты и с кем
Не люблю я давно
Хочешь не верь, но всё завершено
Наша любовь — это титры в кино

Всё решено!
Мне не звони, не люблю я давно
И у сообщений статус «не прочтено»
Наша любовь — это титры в кино, е-е


No mne vso ravno
Gde ty i s kem, ne lyublyu ya davno
Khochesh', ne ver', no vso zaversheno
Nasha lyubov' — eto titry v kino

Vso resheno
Mne ne zvoni, ne lyublyu ya davno
I u soobshcheniy status «ne prochteno»
Nasha lyubov' — eto titry v kino, ye-ye
No mne vso ravno
Gde ty i s kem, ne lyublyu ya davno
Khochesh', ne ver', no vse zaversheno
Nasha lyubov' — eto titry v kino, ye-ye


But I don't care where you are and with whom
I don't love (you) for a long time
Believe it or not, but it's all over
Our love is subtitles in movies

All is decided!
Don't call me, I don't love (you) for a long time
And the status of the messages is "unread"
Our love is subtitles in movies, yeah-yeah

-

J

ONY - Титры (Titry)



Aneira K mencelik matanya ketika dia terasa tusukan pedih mengenai hatinya. Air mata mengalir di pipi saat menguntai kenangan lama bersama Benjamin Daniel sepanjang di Sekolah Katherina. Pita rakaman memutarkan kembali segala simpanan nostalgia yang berdebu begitu laju bagaikan angin lalu. Setiap momen yang wajar diakhiri dengan ucapan klise yang terbit daripada mulut jejaka berkaca mata itu.

"Papa sayangkan Anne. Papa tak akan tinggalkan Anne."

Dan pita rakaman itu memutarkan semula kepada peristiwa malam 10 Ogos 2017 yang masih terpahat segar di dalam ingatan. Bayangan Benjamin Daniel berdiri di hadapan kelas 3D sedang tersenyum tipis kepada Aneira K mulai berkabuskan asap putih. Aneira K tergamam.

Permainan minda apakah yang dia sedang hadapi sekarang?

"Lalu mengapa...hati terasa sakit?" nyanyi Aneira K dengan perlahan.

Lampu candelier di siling telah menerangi segenap auditorium, mempamerkan rekaan mewah serba merah dan emas yang gah. Aneira K langsung tidak terkesima dengan rekaan dalaman auditorium pada waktu itu. Sepasang mata berair hanya tertumpu kepada figura Alvin Ivanov yang berdiri di laluan sehala penonton. Jejaka itu yang tampil kasual mengorak langkah di sepanjang laluan kemudian menaiki pentas untuk mendapatkan dia. Sebaik sahaja Alvin Ivanov menapak di tepi, dia menggapai tangan Aneira K lalu dikucup dengan lembut.

Dia tersenyum lebar ketika dia mengucap, "Ya tebya lyublyu vsem serdtsem, sayang."

Aneira K sebak mendengar kalimah cinta diucapkan oleh Alvin Ivanov sebentar tadi. Dia membiarkan tangisan membanjiri wajah bersolek. Tanpa berfikir panjang, dia menarik Alvin Ivanov ke dalam pelukan hangat.

Aneira K meraung dengan sekuat hati, "YA TOZHE TEBYA LYUBLYU, VIN!"

Hatta dengan itu terpadam sudah simpanan nostalgia dia bersama Benjamin Daniel, jejaka yang pernah melakar sejarah cinta bersama Aneira K sewaktu di alam persekolahan. Kini yang tinggal hanyalah dia dan Alvin Ivanov yang bakal memutik cinta terbaru mereka di bumi Moscow selama mungkin yang mereka mahukan. Kotak fikiran Aneira K pada waktu itu mulai tidak henti memutarkan peristiwa segar yang menyejukkan hatinya.

Bunyi loceng gereja memenuhi segenap gereja yang dipenuhi dengan tetamu berwajah girang pada pagi itu. Figura Aneira jelita bergaun pengantin putih yang memegang bunga tangan melepasi setiap barisan kerusi panjang. Dia diiringi Tan Sri K menuju ke altar gereja di mana Alvin Ivanov yang tersenyum gemuruh menantikan ketibaan mereka berdua. Kelopak mata Alvin bertakung tika dia mengamati Aneira K yang semakin menghampiri dia.

Saat Aneira K berdiri menghadap dia, Alvin Ivanov bersuara, "I, Alvin Ivanov, in faith, honesty and love, take you, Aneira K, to be my wedded wife."

"And I, Aneira K, take you, Alvin Ivanov, as my wedded husband forever," balas Aneira K yang tersenyum sipu.

Tan Sri K yang berdiri di hadapan pasangan pengantin berkata dengan teruja sekali, "You may now kiss the bride!"

Sorakan daripada para tetamu memecah keheningan gereja saat Alvin Ivanov memegang dagu Aneira K lalu mengucup bibir gadis itu dengan lembut sekali. Aneira K tertawa halus setelah dikucup singkat oleh Alvin Ivanov.

Mengimbas kembali kenangan manis itu membuatkan Aneira K tidak ragu-ragu untuk mengatakan bahawa dia, Aneira K amat menyayangi Alvin Ivanov, suaminya yang tercinta.

TAMAT

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro