Bab 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Mommy, Den nak jumpa daddy."rengek Deniel. Kakinya di hentak - hentak di atas lantai.

"Belum masanya lagi Deniel. Mommy tak sedia nak jumpa daddy."kata Nura, dia cuba menenangkan budak itu.

"No, mommy. Sampai bila? Den nak daddy lah."bentak Deniel. Air matanya diseka dengan kedua belah tangan.

"Bagi mommy jaga korang buat sementara waktu ni. Tak lama pun sayang, lepas ni mommy akan bawa korang jumpa daddy okey."pujuk Nura dengan sebak.

Deniel memandang tepat ke arah Nura sebelum dia mendakap erat tubuh wanita itu. Nura membalas pelukan anaknya.

'Maafkan mommy.'

"Den nak sangat jumpa daddy."kata Deniel.

"Mommy tahu sayang. Nanti kita jumpa daddy eh."ujarnya lagi.

Deniel diam di pelukan Nura.

"Datin."bibik berdiri di hadapan pintu bilik Nura.

"Ada apa bik?"dia melepaskan pelukan sebelum dia memandang tepat ke arah bibik.

"Saya rasa Datin dah boleh balik kot. Kesian dekat budak - budak rindukan Dato'."pujuk bibik.

Nura senyap. Dia memandang Deniel dan bibik bersilih ganti.

"Anak - anak buat apa?"soalnya.

"Tidur."

Dia diam sebelum menarik nafas sedalam - dalamnya.

"Baiklah esok pagi kita balik KL."katanya kemudian dia melangkah masuk ke dalam bilik air.

Akhirnya tangisannya dilepaskan. Dia tidak bersedia untuk berpisah dengan anak - anak mahupun sang suami. Tapi perbuatan suaminya itu, tidak dapat dilupakan.

"I'm sorry."

.......

Anissa perlahan - lahan berjalan masuk ke dalam bilik tidur Puan Asmah. Kelihatan Puan Asmah sedang nyenyak tidur di atas katil. Dia melangkah menuju ke arah almari baju di dalam bilik itu.

Pintu almari itu dibuka perlahan - lahan, sebelum beg duit ibunya yang berada di bawah helaian baju itu di capai. Dia tersengih sebelum dengan segera membuka beg duit itu dan mengambil beberapa keping duit bernilai RM100.

"Terima kasih mak. Sayang mak."katanya perlahan.

Beg duit diletakkan di tempat asal sebelum dia beredar dari bilik tidur Puan Asmah. Beg sandangnya di tepi pintu bilik ibunya diambil, dia mahu ke Kuala Lumpur.

Sempat dia meninggalkan pesanan buat orang tuanya itu.

Mak, Nissa pergi KL. Jumpa Aliff. Apa - apa hal telefon. Bye!

"Anissa! Berani kau. Tak guna punya anak!"habis dia amuk satu rumah sebaik sahaja membaca surat anaknya itu. Beg duitnya di campak di atas lantai.

Dengan panas hati dia menyarung tudung sebelum dia melangkah keluar dari rumahnya itu.

"Bodoh! Bodoh punya anak. Kerja senang pun tak boleh nak buat. Semua benda nak aku je yang suap, harap muka je cantik tapi akal tak boleh pakai."marah Puan Asmah.

Dia berjalan di tengah panas untuk ke pekan. Duitnya sudah habis di kebas oleh anaknya sendiri.

"Kau sabar jap, berani kau ambil duit aku. Kau memang nak kena."bebelnya lagi. Tudung di kipas - kipas di kawasan leher. Panas! Mahu naik teksi, duitnya tinggal 5 ringgit sahaja.

Tanpa menoleh kiri kanan, Puan Asmah menonong sahaja berjalan menuju ke seberang jalan. Tanpa dia sedar, sebuah van meluncur laju.

Pinnnnn

........

Seperti yang dijanjikan, selepas sarapan mereka semua bersiap - siap. Nura dengan wajah sugul menyiapkan anak - anaknya sambil di bantu oleh bibik.

"Mommy, I'm done."kata Deniel riang.

Nura dengan rasa sebak berpura - pura gembira.

"Good boy sayang. Tak sabar nak jumpa daddy ke?"saja dia menyoal walau hakikatnya perkara itu membuatkan hatinya bertambah sedih.

"Of course. Den nak cerita story dekat daddy."jawabnya sebelum berlari keluar dari bilik untuk memakai kasut.

Nura tersenyum kelat.

'Saya akan pulangkan anak - anak dekat awak. Dorang pun dah tak sabar nak jumpa awak.'

"Datin, dah siap?"soal bibik.

"Datin."

"Datin."bahu Nura di tepuk sedikit.

"Ya?"

"Dah siap?"

"Dah. Jom lah. Kesian pakcik teksi tu tunggu lama pula."ajak Nura. Dia segera bangun sambil membetulkan tudungnya.  Beg tangannya di capai sebelum dengan perlahan - lahan mendukung Arina.

Arfa dan Deniel sudah menunggu di ruang tamu. Nampak sahaja kelibat bibik dan Nura, mereka cepat - cepat berlari ke pintu rumah dan membuka pintu. Beg baju yang berada di tepi pintu di capai oleh pemandu teksi lalu dimasukkan ke dalam but kereta.

Perlahan - lahan kereta yang dinaiki itu meninggalkan perkarangan homestay yang mereka tinggal.

......

Mereka sampai di hadapan rumah Aliff tepat jam 8 malam. Keadaan rumah yang gelap membuatkan Nura mengerutkan keningnya.

"Mommy, daddy tak ada dekat rumah ke?"soal Deniel. Matanya melilau melihat sekeliling rumah.

Nura masih diam.

"Eh, ada lah my. Tengok tu kereta daddy. Jom masuk."ceria sahaja wajahnya. Dia menarik tangan Nura yang mendukung Arina. Bibik hanya mengekor di belakang.

"Assalamualaikum ."

"Assalamualaikum ."

Loceng rumah di tekan berkali - kali.

"Deniel."tegur Nura sedikit tegas.

Deniel segera tunduk.

"Sorry mommy. My bad."

"Jangan buat macam tu lagi, faham."

Deniel hanya mengangguk tanda memahami.

Seketika kemudian, pintu rumah itu dibuka dari dalam. Bunyi suara orang yang menjawab salam itu membuatkan Nura tak senang duduk.

"Waalaikum–"

"Ya Allah!"


























........
Maafkan saya lambat... Lama tertangguh... Saya ingatkan sem ni dapat rest lebih😢 rupanya tak... Lecturer fokus dekat semua subjek sbb takut banyak terlepas, nak ii pula PKP online class kan... Jd mmg takde masa utk enjoy lg dah...

Sekali dia bg ass kalau satu dua mungkin okey lg, ni dia bg tiga empat terus lepastu due date dekat ii...memang haru lah jawabnya...

Assignment pun banyak yang individu plus banyak video, jd sedikit kelam kabut nak siapkan semua ass😅, and hari tu pula sakit.... Jd sy mmg tak sempat nak update apa - apa...

Sorry sangat ii tau...

Insya allah saya cuba siapkan ass sy secepat mungkin lepastu sy boleh update story ni...

Story ni lagi beberapa chapter je tau.....

Maaflah kalau pening dgn ayat ni semua... Takde masa nak baca balik dgn edit... Nanti kita edit ehh lepas hbis semua ass

Bye... Assalamualaikum




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro