Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Baik lah. Minggu depan kitorang balik."putus Aliff.

Usai sahaja dia menamatkan panggilan, telefon bimbitnya diletak di atas meja kerja. Dia mengusutkan rambutnya sebelum menghela kasar nafas.

Bukannya dia tidak mahu pulang ke sana tapi dia kasihan dengan isterinya yang sedang sarat itu. Dengan anak - anak yang lasak, takut pula kalau si isteri terberanak dalam kereta. Naya hidup.

Tok tok

"Masuk!"laung Aliff.

Kelihatan Adillah menapak masuk ke dalam bilik majikannya. Di tangannta ada sebuah tab yang biasa digunakan untuk mencatat perkara penting dan menyusun jadual majikannya.

"Yes. Anything?"soalnya

"Dato', hari ni Dato' ada lunch dengan Tengku Megat Shafiq Harraz dan isterinya Tengku Nalia Irdina. Dan Dato' lupa untuk ambil Datin."

Aliff segera menepuk perlahan dahinya. Habis lah dia, ini semua angkara Tengku Nalia Irdina yang mahu lunch bersama isterinya.

"Ya Allah. Saya lupa, awak dah call Datin ke?"soalnya kalut.

Telefon, kunci serta beg duit di capai. Kot yang tergantung di penyandar kerusi turut di capai, dengan langkah tergesa - gesa dia mahu keluar dari biliknya.

"Dato' nak pergi mana?"soal Adillah sambil berkerut dahi.

Pelik melihat majikannya yang kelam - kelibut mahu keluar dari pejabat.

"Nak ambil wife saya lah. Awak tahu lah jalan nak ke rumah saya time - time macam ni jammed. Nak - nak lagi lunch hour."omel Aliff.

"Datin dah ada dekat sini."lima patah perkataan itu membuatkan Aliff terhenti seketika. Terasa dunianya seakan mahu meletup. Air liur yang di telan terasa kesat.

"Mati lah aku."getusnya.

.......

"Kenapa you ni lagi comel huh?"soal Tengku Nalia Irdina geram.

Nura tersenyum sipu. Malu dipuji begitu.

"Mana ada lah."nafinya. Air ice lemon tea di sedut sedikit. Ah, leganya rasa.

"Alah, you tak payah nak nafikan lah. You memang cantik, plus you pun tengah pregnant... Ah, hot mommy gitu..."teruja sungguh Tengku Nalia Irdina sehingga dia memeluk erat lengan suaminya.

Bertambah merah wajah Nura ketika ini. Aliff dan Tengku Megat Shafiq Harraz tertawa dengan teletah isteri - isteri mereka.

"I ger–"

"Sayang, can you just stop. Kalau asyik berborak je sampai bila - bila pun makanan ni tak di jamah."tegur Tengku Megat Shafiq Harraz.

Terus cemberut muka Tengku Nalia Irdina. Aliff dan Nura pula tersenyum nipis. Nura sempat berbisik di tepi telinga suaminya.

"I'm not done with you."sempat dijeling pada suaminya.

Senyuman Aliff kian kendur sebelum berubah kelat. Tengku Megat Shafiq Harraz yang perasan terus sahaja lelaki itul.

"Dah kenapa muka kelat semacam?"

"Tak ada apa - apa lah. Mari kita makan."nafinya segera dia menukar topik.

Usai habis menjamu selera, mereka pun bersurai. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, mulut isterinya tak habis - habis membebel. Dia hanya mampu menadah telinga mendengar bebelan mak buyung itu.

"Itu lah bang, semua benda lupa. Apa je yang abang ingat."bebel Nura geram.

"Banyak kerja dekat office lah."

"Ah, alasan je tahu. Abang kalau banyak kerja dekat office jarang lupa benda ni semua. Mesti ada benda yang abang fikir kan."tebak Nura dia memandang suaminya.

"Eh, mana ada lah. Betul banyak kerja dekat office."

"Kalau saya tahu abang tipu, siap abang. Jangan tidur peluk saya."ugutnya.

Aliff memandang sekilas isterinya yang hanya beriak selamba. Apa ni? Tak boleh peluk masa tidur. Asyik - asyik ugut benda yang sama je.

"Apa ni yang?"soal Aliff tidak berpuas hati.

"What?"

"Ugut abang macam tu."rengeknya.

"Bila pula saya ugut abang. Dah lah cepat saya nak balik."

"Hish!"

........

Usai sahaja Aliff meletak Arfan dan Arfa di dalam baby coat, dia terus mengambil tempat di sebelah Nura. Lampu meja sisi di hidupkan. Sebelum menutup lampu bilik menggunakan remote.

Dia berbaring dengan selesa sebelum mengiring ke kiri. Isterinya yang sudah tidur itu di pandang seketika sebelum menyimpul senyuman. Dengan bacaan bismillah, dia cuba memeluk isterinya itu.

"Jangan peluk."tegur Nura.

"Erk, sayang tak tidur lagi ke?"soal Aliff sambil mengangkat tangannya yang cuba memeluk sang isteri.

"Abang ingat saya ni tidur mati ke?"soal Nura. Soalan dari suaminya itu di abaikan.

"Eh tak lah. Abang tahu sayang jenis cepat sedar. Bosan lah kalau tak dapat peluk sayang time tidur."rengek Aliff. Sengaja dia menepuk katil itu dengan kuat.

"Haish, abang. Tak payah lah nak tepuk - tepuk katil ni kuat - kuat."marah Nura.

Lagi kuat Aliff menepuk katil itu. Nura merengus kegeraman.

"Sekali lagi abang buat. Jangan peluk saya."

"Jadi malam ni abang boleh peluk sayang lah."terus berubah riang wajah Aliff.

"Hmm."

"Yeah!"

"Diam lah."marah Nura.

"Ops, sorry."Aliff terus memeluk erat sang isteri sebelum mereka berdua lena di buai mimpi.

Pagi itu, Nura bangun agak lewat sedikit kerana Arfan banyak meragam. Selalunya selesai sahaja mereka solat subuh berjemaah, Nura akan turun menyiapkan sarapan. Tapi kali ini dia terus menyambung kembali tidur yang tergendala itu pun di atas arahan sang suami.

"Bik. Dato' dah pergi office ke?"soalnya yang baru turun.

"Sudah Datin."jawab bibik yang sedang melayan Arfan dan Arfan bermain.

"Oh."

Dia terus melangkah ke arah ruang tamu. Di tuju ke arah sofa sebelum dia melabuhkan punggung di situ. Anak - anak yang sedang leka bermain di perhatikan.

"Datin nak makan? Kalau nak, saya hidangkan makan untuk Datin."

Nura menggeleng.

"Tak apa bik. Nanti kalau saya nak makan, saya pergi dapur."

Bibik hanya mengangguk seketika sebelum bangun dari duduknya. Nura memandang pelik ke arah bibik yang tiba - tiba bangun.

"Kenapa awak bangun?"

"Tak ada apa lah Datin. Saya lupa yang saya ada basuh baju. Ni saya nak keluarkan baju dalam dryer."katanya.

"Oh, okey. Anak - anak dah sarapan kan?"soal Nura.

Bibik hanya mengangguk lalu beredar. Tinggallah Nura bersama - sama Arfa dan Arfan.

"Amau!"jerit Arfa tiba - tiba.

"Argh!"

"Ya Allah. Arfa, Arfan jangan lah gaduh sayang. Arfan, jangan lah ambil mainan dekat tangan kakak tu."tegur Nura lembut.

Dengan perlahan - lahan dia duduk di sisi anak - anaknya. Arfa yang geram terus sahaja merampas semula mainan di tangan Arfan. Apa lagi, riuh lah rumah itu dengan tangisan Arfan yang semakin lama semakin kuat.

"Arfa. Tak mau macam ni, Arfa kan kakak. Share mainan dengan adik sayang."pujuk Nura.

Nura cuba mengambil Arfan, namun si kecil itu menendang - nendang Nura. Nura menahan sakit. Bukan biasa - biasa sepakan Arfan.

Arfa memandang adiknya itu seketika sebelum dia memandang mainan yang ada di tangannya. Terus sahaja dia menghulurkan mainan itu kepada adiknya. Arfan yang sedang menangis itu terus sahaja berhenti, mainan yang dihulur kakaknya itu di ambil.

"Ammy."panggil Arfa.

"Ya sayang."

"Nak cucu."katanya.

"Kakak nak susu. Okey, kejap mommy buatkan susu. Kakak tengok adik kejap eh."kata Nura lalu bangun.

"Okey."

Usai sahaja siap membancuh susu buat kedua anaknya, dia melangkah ke depan sambil menggoncang botol susu itu. Sejurus itu dia membaringkan kedua anaknya di atas karpet sebelum botol susu itu di suakan kepada anak - anaknya. Dengan laju keduanya memegang botol itu dan susu dihisap dengan laju. Kartun yang terpasang di televisyen menjadi teman mereka sebelum mereka melelapkan mata.
















.......

Vote and comment please....












Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro