Bab 31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Akak tak nak,"katanya lalu memandang ke arah suaminya.

Mereka mengeluh.

"Sayang, benda ni tak lama okey. Abang pun tak nak jugak kalau nak kena bermesra dengan adik ipar sendiri."pujuk Aliff lembut.

"Betul kata Aliff tu Nura. Tak lama pun, percaya cakap abang."pujuk Muiz pula.

Nura diam memikirkan sesuatu.

Kring kring

Telefon bimbit Aliff berbunyi nyaring membuatkan semua memandang kearah Aliff.

"Sorry, I need to answer this."ujarnya sambil menunjukkan skrin telefonnya pada semua sebelum beredar jauh sedikit.

"Okeylah, Nura ikut."jawab Nura perlahan.

"Baguslah kalau macam tu."ujar Marvin yang sedari tadi mendiamkan diri.

"Sayang, abang nak pergi JKM jap. Ada hal."tutur Aliff sebaik sahaja tiba berhampiran dengan Nura.

"Kenapa?"soal Nura pelik.

"Tadi lawyer abang yang call. Dia kata proses pengambilan anak angkat dah settle. Jadi abang nak pergi sana untuk sign borang apa yang patut dan ambil baby."terang Aliff.

"Nak ikut."pinta Nura manja.

"No sayang. Sayangkan dalam pantang lagi,"kata Aliff lembut.

"Ala biarlah Nura nak ikut jugak. Nura dah okey lah."rengek Nura.

"Siapa yang nak tengokkan Deniel?"soal Aliff. Dalam hati dia berharap sangat supaya jawapan yang diberikan oleh isterinya itu melegakan hatinya.

"Marvin ada kan. Apa susah."balasnya selamba.

Pulak dah.

Marvin pula seperti tercekik tulang sahaja lagaknya.

"Apa pulak Marvin. Suruh abang je lah."ujarnya lalu menunding jari telunjuknya pada Muiz.

Muiz pula terkejut.

"Dia tak berapa kenal abanglah. Jadi baik Nura je yang jaga dia."kelam - kabut Muiz membantah jawapan Muiz.

Nura sudah mencebekkan mukanya.

"Dah lah. Abang pergi jelah."rajuknya lalu bingkas bangun untuk masuk ke dalam rumah.

"Sayang. Tak mau lah merajuk okey. Pergi pakai tudung. Kita bawak Deniel sekali,"kata Aliff sambil tersenyum.

Mahu memujuk si isteri yang bakal merajuk.

Terhenti langkah Nura sebaik mendengar kata - kata yang keluar dari mulut suaminya. Pantas dia berpaling ke belakang dan memandang suaminya dengan riak wajah tidak percaya. Seriuslah.

"Serius abang?"soalnya mahu kepastian takut salah dengar.

Aliff hanya mampu mengangguk kepalanya tanda 'ya'.

"Sayang abang. Kejap eh, Nura nak siap."tuturnya lalu berlari masuk kedalam rumah.

"Nura Medina! Kenapa berlari tu? Kalau jatuh nanti macam mana?!"jerit seseorang dari dalam rumah sebaik Nura melangkah masuk ke dalam rumah.

Aliff dan yang lain segera berlari masuk ke dalam rumah sebaik mendengar jeritan seseorang.

Terkejut mereka bila melihat telinga Nura dipiat oleh Opah Hasinah. Nura pula memandang mereka dengan pandangan penuh simpati sambil cuba melepaskan jari jemari opah dari telinganya.

"Sakitlah opah."ujarnya penuh simpati.

"Rasakan. Berapa kali nak dipesan pun tak tahulah. Degil. Kalau kamu jatuh macam mana. Aish budak ni. Geram bebenor teman."bebel Opah Hasinah lalu melepaskan jarinya tapi sebelum itu sempat dipiat sedikit telinga cucunya itu.

"Auuu!"terjerit kecil Nura dibuatnya.

Nura segera masuk ke dalam bilik sambil menggosok telinganya yang memerah akibat dipiat oleh opah.

"Nak kemana tu?"soal Opah Hasinah sebaik melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Nak siap. Nak ikut Aliff pergi JKM."balasnya dihadapan pintu bilik tidurnya lalu menapak masuk ke dalam bilik.

"Jangan nak mengada - ngada Nura Medina. Kamu tu dalam pantang lagi kan!"bebel opah lagi.

"Biar lah opah. Saya jaga dia nanti,"kata Aliff tidak mahu opah memarahi isterinya.

Nura di dalam bilik hanya mendiamkan diri sebelum membetulkan rambutnya dan memakai tudung sarung berwarna hitam. Kain batik dibetulkan sedikit takut terlondeh ketika berjalan. Deniel yang tidur di atas katil dihampiri. Tubuh kecil itu di goyang perlahan.

"Den. Bangun sayang."kejut Nura

"Hmm."itu sahaja balasan yang keluar dari mulut anak kecil itu.

"Nak ikut mommy daddy tak?"

"Where?"soalnya sambil mata terpejam rapat.

"Ambil baby."balas Nura

"Nak."balasnya sepatah lalu bangun dan keluar dari bilik sambil menggosok mata.

"Aih, senang pulak nak bangun?"soal Aliff sebaik melihat kelibat anak dan isterinya.

"Dengar baby je terus bangun."balas Nura wakil Deniel yang masih mamai.

"Jomlah. Nanti lambat pulak,"kata Aliff lalu bangun menyalami semua yang ada diruang tamu. Nura turut melakukan hal yang sama.

"Hati - hati. Jaga Nura elok - elok."pesan opah.

"Baik opah."balas Aliff

Dia membukakan pintu kereta sebelah penumpang buat Nura. Manakala Deniel telah selamat landing di bahagian belakang. Sebaik Aliff menutup pintu kereta bahagian Nura, dia terus sahaja berlari anak menuju ke pintu kereta bahagian pemandu dan masuk ke dalam perut kereta.




Sorry lambat update...

Busy sikit




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro