bab 38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"You memang tak nak tolong I ke apa ni?"marah Nuha. Turun naik dadanya menahan amarah. Matanya mencerlung tajam memandang suaminya.

Dia berang kerana Amirul telah menggagalkan rancangan jahatnya. Penat - penat sahaja dia ingin mengenakan kakaknya tapi suaminya boleh datang menolong Nura pula.

Flashback

Hampir seminggu dia berdiam diri kerana memberi masa pada kakaknya. Dia menyuruh beberapa orang lelaki untuk memerhati gerak - geri kakaknya dia tidak dapat melaksanakan rancangannya kerana kakaknya selalu keluar bersama suaminya atau bodyguard yang diupah oleh Aliff.

"Bos, perempuan tu keluar sorang je bos."kata salah seorang orang suruhannya.

"Laki dia bodyguard dia tak ada ikut dia ke?"soal Nuha di hujung talian.

"Tak ada bos. Perempuan tu drive sendiri je bos. Anak - anak dia pun tak ada yang ikut."ujar lelaki itu lagi di corong telefon.

"Hmm, kau ikut dia. Lepastu inform aku. Nanti aku bagitahu kau apa yang kau kena buat."tutur Nuha lalu menamatkan panggilan.

Hampir 15 minit dia menunggu jawapan dari orang suruhannya, telefon milik Nuha berbunyi.

Bos, dia pergi market bos. Nak buat apa dengan dia ni?

Nura tersenyum sinis. Membayangkan apa yang akan dia lakukan terhadap kakak kembarnya.

"Nura, Nura... Kau tengok apa yang akan jadi nanti."katanya sambil tergelak seorang diri.

Dia menaip mesej pada orang suruhannya.

Langgar perempuan tu sampai mati.

Send. Kemudian, dia beredar keluar dari bilik setelah meletak telefonnya di meja sisi katil.

Selang beberapa minit, Amirul masuk ke dalam bilik untuk mengambil briefcasenya sebelum terdengar telefon isterinya berbunyi. Dicapai telefon itu tanpa rasa bersalah, dibuka telefon itu dan apps whatsApp menjadi pilihannya. Nama dibahagian atas di tekan.

Okey bos. Bos anggap je kerja tu beres. Confirm perempuan tu innalillah nanti bos.

Amirul menggenggam telefon itu erat. Geram dengan isterinya. Cepat sahaja dia meletak telefon itu di tempat asal sebelum beredar keluar. Turun sahaja ditingkat bawah, dia menonong beredar keluar dari rumah. Keretanya dituju, sebaik sahaja keretanya dihidupkan terus sahaja dia memecut keretanya laju pergi ke market yang Nura pergi.

Nasibnya amat baik apabila jalan tidak sesak. Dia memakirkan keretanya selang tiga buah dari kereta milik kakak iparnya. Dia hanya memerhati langkah Nura yang menolak troli menuju ke arah kereta. Matanya juga mengerling ke arah sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna hitam yang berada tidak jauh dari kereta Nura.

Apabila Nura ingin melintas jalan, kereta itu dengan laju meluncur ke arah Nura. Belum sempat kereta itu ingin melanggar Nura, tubuh Nura ditarik dengan agak pantas.

"Ab...bang"terus sahaja Nura mendakap erat tubuh suaminya. Aliff turut membalas pelukan si isteri, jelas degupan jantung isterinya yang berdegup laju.

"Are you okey, sayang?"soal Aliff penuh kerisauan. Tubuh isterinya di belek.

Nura menggangguk. Amirul di sisi Aliff hanya memerhati. Nasib tidak jadi apa - apa pada Nura.

"Jom balik. Mirul, thanks sebab bagitau aku. Nasib tak jadi apa - apa dekat isteri aku."kata Aliff

"No hal lah bro. Dia kakak ipar aku kan."ujar Amirul lalu beredar.

End flashback

"Yes. I memang tak nak tolong you malah bersubahat sekali pun."tempelak Amirul geram. Geram dengan sikap isterinya yang selalu berdendam dengan orang.

"Kalau you tak nak tolong I kenapa you nak kahwin dengan I huh!"jerit Nuha.

Amirul memejam rapat matanya menahan amarah. Seketika matanya dibuka sebelum dia membuka mulut.

"Sebab anak yang you kandungkan tu anak I."kata Amirul mendatar.

Nuha merengus geram.

"Selagi dendam I tak terbalas, I takkan berhenti ganggu Nura. So, you jangan campur urusan I. Kalau you campur jugak, I akan pastikan you takkan jumpa budak ni lagi."ujar Nuha lalu beredar meninggalkan bilik tidur mereka.

Amirul meraup mukanya, buntu dia ingin menolong isterinya.

......

"Asal ni bro? Masam je muka."soal Aliff sebaik sahaja selesai memesan minuman.

"Bro, aku tak tahu nak cakap apa lagi. Aku tak tahu apa yang dia berdendam sangat dengan isteri kau."keluh Amirul.

Dia mengajak Aliff untuk minum di luar sekali mahu bercerita tentang masalahnya.

"Dia ada planning lagi ke?"soal Aliff, dia sendiri buntu. Rancangan yang Muiz cadangkan itu terpaksa dibatalkan kerana Nura tidak mahu. Mula - mula setuju lepastu tak setuju pula. Pening.

"Entahlah, aku tengok dia dah jarang usik phone kalau dekat rumah. Tapi tak tahu lah kalau dia guna phone time aku kerja."jawab Amirul lalu menghirup sedikit kopi panas miliknya.

Aliff diam. Apa lagi yang mahu dia lakukan untuk menyelamatkan isterinya itu. Dia juga menghirup sedikit hot americano.

Kring kring

"Kejap eh, aku nak angkat call ni dulu."kata Aliff lalu mengangkat panggilan itu.

Amirul hanya mengangguk dan mendiamkan diri. Mahu memberi ruang untuk Aliff menjawab panggilan.

"Hello sayang."

"...."

"Abang dekat luar ni. Kenapa tu?"

"...."

"Lah ye ke. Okey - okey abang balik sekarang. Sayang siapkanlah anak tu. Nanti abang sampai je kita terus pergi."

"...."

"Okey. Bye."

Panggilan ditamatkan olehnya. Dia memandang ke arah Amirul yang turut memandangnya.

"Asal tu?"soal Amirul.

"Aku kena balik, nak bawa Arfa pergi hospital."jawab Aliff lalu segera menghabiskan airnya. Setelah itu dia beredar meninggalkan Amirul.

.......

"Sayang!"panggil Aliff yang baru sampai di rumah.

"Ye. Abang dah sampai? Jom lah kita pergi. Badan anak panas ni."gesa Nura.

"Jom lah."terus sahaja Aliff mengambil beg milik anaknya sebelum keluar dari rumah.
Pintu kereta di sebelah pemandu di buka oleh Aliff untuk memudahkan isterinya masuk ke dalam kereta. Sejurus itu dia turut masuk ke dalam perut kereta sebaik sahaja memastikan pintu kereta belah isterinya ditutup kemas.

Hampir setengah jam memandu, mereka sampai di Anddora women and child hospital. Terus sahaja Aliff membawa Nura dan Arfa pergi ke bahagian kanak - kanak.

"Sayang duduk dulu. Abang register nama anak jap."kata Aliff sambil mendudukkan isterinya.

Seusai sahaja selesai mendaftar. Mereka menunggu hampir 5 minit sebelum nombor giliran mereka di panggil.

"Badan anak Dato' ni kurang antibody. Memang mudah dapat penyakit. Suhu badan pun tak tinggi sangat. Jadi saya akan bekalkan ubat antibiotik, demam, ubat titik di hidung dan juga vitamin. Ni resitnya, nanti boleh ambil ubat di farmasi."kata Doktor Farisha panjang lebar.

"Terima kasih doktor."ucap Nura sebelum melangkah keluar dari bilik. Aliff pula hanya mengangguk kepala sebelum beredar mengikuti langkah Nura yang sudah keluar dari bilik.

"Sayang, ada nak pergi mana - mana ke lepas ni?"soal Aliff sebaik sahaja tiba di ruangan menunggu.

"Erm, takde kot. Tapi macam nak pergi market je sebab ibu ada call dia kata nak datang."ujar Nura sambil menepuk punggung Arfa untuk menidurkan si kecil.

"Erm, okey. Sayang tunggu kejap, abang nak pergi farmasi ambil ubat anak."kata Aliff.

"Baik bos."ujar Nura sambil tersengih.

Aliff ketawa kecil sebelum beredar menuju ke arah farmasi. Nura menepuk perlahan punggung Arfa yang dibaluti pampers dan gaun berwarna emarald green yang sudah kuyu matanya akibat mengantuk.

"Bahagia nampak?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro