Bab 40

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Papa."terkejut Nura ketika dia membuka pintu rumahnya sebaik sahaja kedengaran bunyi loceng.

Encik Nadim tersenyum nipis. Nura dengan pantas menekan remote pagar untuk memberi ayahnya masuk ke dalam rumah.

Nura berjalan menuju ke arah Encik Nadim. Tangan tua itu di kucup lembut seraya memeluk tubuh bapanya itu. Lengan lelaki itu digapai sebelum ditarik masuk ke dalam rumah.

"Mana Aliff?"soal Encik Nadim sebaik melangkah masuk ke dalam rumah.

"Dia pergi outstation pa. Papa duduk dulu, Nura naik atas jap tengok anak - anak."kata Nura sebelum menapak ke arah dapur.

"Bibik, siapkan air lepastu hidangkan dekat ruang tamu sekali dengan cookies yang saya bakar semalam ye."arah Nura lalu segera menapak ke tingkat atas.

Seketika kemudian, muncul Nura bersama Arfa dan Deniel. Mereka duduk berhampiran dengan Encik Nadim.

"Den, salam atuk sayang."arah Nura lembut.

Deniel bingkas bangun dan bersalaman dengan Encik Nadim. Encik Nadim senyum sebelum dia cuba mengambil Arfa. Arfa yang tidak biasa dengan orang luar terus sahaja merengek dan cuba melarikan diri.

Nura tersenyum nipis. Faham dengan perangai anaknya yang satu itu.

"Maaflah pa. Dia ni tak biasa dengan orang yang dia tak kenal sangat."kata Nura sambil mengusap kepala Arfa yang duduk di celah kakinya.

"Takpe papa faham."ujar Encik Nadim.

Mereka berbual - bual berkongsi cerita.

........

"Apa sayang?"soal Aliff di hujung talian.

Mereka berSkype kerana anak - anak merindukan Aliff.

"Keluarga saya ada dekat sini?"ulang Nura sekali lagi.

"Dorang stay dekat rumah kita? Sayang okey ke?"soal Aliff bertubi - tubi. Risau dia bila dapat tahu yang ahli keluarga isterinya mahu duduk di rumah mereka.

Nura mengangguk. Aliff menghela kasar nafasnya. Risau yang membelenggu dirinya tak dapat dielakkan.

"Ad...dy"panggil Arfa dengan pelat.

Aliff senyum sebelum membalas.

"Iya sayang."

Bising Arfa mahu bercakap dengan daddynya walaupun tak faham apa pun.
Aliff pula hanya melayan.

Tok tok tok

Nura mengalihkan pandangannya dari skrin Ipad ke arah pintu. Pintu dibuka sedikit sebelum terjojol kepala Deniel.

"Ye Den. Ada apa? Meh masuk sini Skype dengan daddy."ajak Nura.

Deniel segera menuju ke arah katil sebaik masuk dan menutup pintu bilik. Ipad ditarik sebelum dia tersenyum manis.

"Hai anak daddy."

"Hai daddy."

"Den dah makan?"

"Dah daddy."

"Homework dah siap?"

"Dah daddy."

"Good boy. Den ada susahkan mommy tak?"

"Tak. Den tak naughty. Den sayang mommy, sayang baby dengan baby Arfa."

"Good boy sayang. Jaga mommy okey."

"Okey daddy."

"Okey daddy letak dulu. Den kena tidur esok school kan."

Deniel mengangguk sebelum Ipad diserahkan pada Nura.

Nura mengambil Ipad itu dan terus mengoffkannya sebaik sahaja Aliff menamatkan panggilan.

"Mommy?"

"Ye sayang."

"Can I sleep here?"

Nura senyum.

"Sure you can. Air cond dengan suis lampu dah tutup ke?"soal Nura.

"Dah."

Mereka kemudian berbaring sebelum Nura menutup lampu.

......

Dah hampir 3 hari keluarga Nura menetap di rumahnya dan hampir setiap hari Puan Maria dan Nuha mengerah Nura untuk melakukan kerja - kerja rumah malah bibik tidak dibenarkan menolong sama sekali. Sebelum Muiz dan Encik Nadim pulang dari kerja mereka akan memastikan kerja rumah sudah siap diselesaikan oleh Nura.

"Nura! Mana air aku?"tegas suara Puan Maria menyoal.

"Kejap ma, Nura tengah blend buah apple."jawabnya takut - takut.

Panas hati Puan Maria dengan jawapan yang diberikan oleh Nura. Dia bingkas bangun dari sofa lalu melangkah ke arah dapur. Tubuhnya berdiri di sebelah island kitchen berhampiran dengan Arfa yang duduk di baby dining chair.

"Apa yang lama sangat kau nak buat air aku huh?"marah Puan Maria dengan suara yang tinggi sehingga menangis Arfa akibat terkejut.

Nura pantas berpusing ke belakang sebaik sahaja anaknya itu menangis. Dia cuba memujuk anaknya namun dia ditegah dari datang dekat kepada anaknya.

"Tak payah nak pujuk anak kau ni lah. Kau settlekan air aku ni. Cepat!"herdik Puan Maria lagi.

Lagi kuat tangisan Arfa. Nura tidak sampai hati namun dia terpaksa juga.

"Ma. Apa yang bising - bising ni ma? Nuha nak tidur pun tak senang lah."tegur Nuha yang baru turun dari tingkat atas.

"Ni lah, mama suruh buat air mama, dia sibuk duk bagi anak dia makan."Puan Maria memberitahu pada Nuha.

"Eh, diamlah! Bingit je telinga aku ni lah."marah Nuha lantas mencubit paha Arfa. Bertambah kuat lagi tangisan si kecil itu.

"Nuha!"terjerit Nura bila melihat Nuha mencubit anaknya. Tangannya yang pegang dulang berisi air segera diletakkan di atas island kitchen sebelum tubuh anaknya di dukung.

"Apa? Kau nak marah aku sebab aku cubit anak kau? Memang patut pun sebab budak ni memekak je. Kau jalan naik atas jaga anak aku tu."marah Nura serentak menolak - nolak tubuh kecil Nura.

"Ingat, anak aku melalak sikit je, kau siap. Faham!"herdiknya.

Nura dengan perlahan menapak anak tangga untuk ke biliknya. Sebelum itu, dia singgah di bilik tidur Nuha untuk mengambil Narrisa Irdina untuk di bawa naik ke biliknya. Kelihatan bayi berusia 3 bulan itu sedang tidur nyenyak.

Naik sahaja ke bilik, dia meletakkan tubuh Arfa di atas katil sebelum tubuh Narissa Iman diletakkan di dalam baby swing milik Arfa. Setelah memastikan si kecil itu selesa, dia naik ke katil dan membelek tubuh Arfa yang masih lagi tersedu - sedan menangis dan dipeluk serta dicium wajah basah anaknya itu.

"Maafkan mommy sayang. Mommy tak jaga anak mommy elok - elok."pujuk Nura.

.......

Makan malam itu hanya ada Encik Nadim, Muiz, Amirul, Nuha dan Puan Maria sahaja. Kelibat Nura anak beranak tidak kelihatan membuatkan Encik Nadim dan Muiz kerisauan. Mereka memerhati Puan Maria dan Nuha yang leka dengan makanan di dalam pinggan.

"Mana Nura dengan Deniel?"soal Encik Nadim membuatkan Amirul turut mengangkat kepalanya. Baru dia perasan akan ketiadaan kakak iparnya itu. Tadi sewaktu menghidang makanan ada bersama bibik, ni tak ada pulak. Matanya tajam memerhati wajah isterinya.

Dengan muka tidak bersalah, Puan Maria serta Nuha hanya menggelengkan kepala mereka. Mereka meneruskan suapan mereka dan mengendahkan renungan ketiga - tiga lelaki itu.

"Mommy, Den lapar lah. Jom lah turun makan."ajak Deniel yang merengek - rengek lapar.

Nura memandang simpati pada anaknya, jikalau bukan kerana amaran yang diberikan oleh Puan Maria dan Nuha kepadanya sudah pasti dia turun dan memberi anaknya makan. Kesian, kedua - dua anaknya yang lapar itu.

"Den, sekejap ye sayang. Lepas ni Den turun ikut mommy ye. Mommy bagi Den makan okey."pujuk Nura lembut.

"Hmm."hanya itu sahaja balasan yang diberikan oleh Deniel.

"Kenapa tak turun bawak anak - anak makan?"soal seseorang di muka pintu dengan nada dingin.

Nura dan Deniel segera berpaling ke arah muka pintu.








......
Maafkan saya... Sejak ii PKP ni takde idea nak update...😔

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro