Bab 43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ibu jagakan Arfa boleh?"soal Aliff yang elok duduk memerhati Puan Alia memasak sarapan.

"Boleh je. Kamu laki bini nak pergi mana?"soal Puan Alia semula dia memasukkan nasi goreng yang sudah siap di masak ke dalam mangkuk nasi.

"Tak ada pergi mana pun. Nura ada check up dengan doktor hari ni."jawab Aliff. Dia menolong Puan Alia mengangkat mangkuk nasi.

Puan Alia mengangguk. Dia mengangkat dulang berisi air teh o panas untuk di bawa ke ruang makan. Usai menghidang, Aliff meminta diri untuk naik ke atas melihat Deniel.

Pintu bilik Deniel ditolak perlahan. Kelihatan Deniel sedang disiapkan oleh Nura.

"Den, cepat pakai seluar tu. Mommy nak betulkan baju sukan tu."kata Nura.

"Ye mommy."jawab Deniel seluar dipakai lalu dia berjalan mendekati Nura yang duduk di atas katil.

Aliff tersenyum nipis. Pintu bilik dikuak besar sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik. Dia duduk bersebelahan dengan Nura. Rambut Deniel diusap lembut sambil tersenyum.

"Daddy. Don't touch my hair."rungut Deniel.

"Abang buat apa masuk sini? Bukan abang dekat bawah ke?"soal Nura. Dia menyapu gel rambut dan menyikat rambut Deniel.

"Abang nak ajak sayang dengan Den turun makan. Ibu dah masak."kata Aliff. Dia memerhati bilik anak bujangnya. Kemas!

"Lah ibu masak ke. Bukan ke bibik yang masak?"

Aliff menjungkit bahu tanda tidak tahu.

"Arfa tidur lagi ke bang?"soal Nura, dia bangun berjalan menuju ke ruang belajar Deniel.

Beg sekolah star wars milik Deniel diambil sebelum dihulur pada Deniel. Deniel menyambut huluran itu dan dia memakai beg sekolah itu.

"Abang belum tengok lagi. Abang naik terus masuk bilik Deniel."ujar Aliff.

"Abang tolong tengokkan Arfa jap. Nura nak pergi tandas jap."kata Nura lalu beredar masuk ke dalam tandas di dalam bilik tidur Deniel.

Aliff mengangguk. Dia menapak keluar bersama Deniel.

"Den turun bawah dulu sarapan. Daddy nak tengok adik jap."

"Okey."

.....

"So, doctor. Macam mana dengan wife dan kandungannya?"soal Aliff tidak sabar.

"Datin dan kandungan tak ada apa - apa masalah. Babies dan ibu sihat. Cuma saya nak ingatkan supaya Datin cukupkan rehat dan jangan buat banyak kerja rumah."ujar Doktor Dhea sambil tersenyum.

Nura dan Aliff membalas senyuman doktor tersebut.

"Okey baik lah doktor. Ada apa - apa lagi?"soal Nura.

"Tak ada apa - apa Datin. Cuma jangan lupa check up untuk 6 bulan ye. Kita tengok babies dan jantinanya sekali."tutur Doktor Dhea.

Nura dan Aliff mengangguk. Kemudian, mereka bangun dan meninggalkan bilik doktor.

"Tak sabar daddy nak jumpa babies."kata Aliff teruja.

"Apa lah abang ni. Lambat lagi lah babies nak keluar."tutur Nura seraya tergelak kecil.

Aliff mencebik bibirnya. Dia berdiri di kaunter untuk mengambil ubat isterinya. Usai itu mereka berjalan keluar dari hospital dan menuju ke kereta.

"Sayang ada nak pergi mana - mana ke?"soal Aliff setelah menghidupkan penghawa dingin.

"Tak. Abang kan kerja."kata Nura. Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi.

"Okey sayang."

Keretanya meluncur laju meninggalkan kawasan hospital. Aliff menghantar Nura pulang sebelum dia bergerak ke pejabat.

Nura menapak masuk ke dalam rumah. Pandangannya di sapa dengan Arfa yang duduk bermain bersama Encik Iman Shah. Kedengaran tawa si kecil itu kerana di agah oleh datuknya.

"Baru balik Nura? Aliff mana?"sapa Puan Alia yang baru keluar dari dapur sambil membawa botol susu Arfa.

"Haah bu, baru sampai. Abang dah pergi kerja. Kenapa bu?"soal Nura dia menapak perlahan - lahan ke ruang tamu.

"Doktor kata apa je pasal baby?"soal Puan Alia. Dia meletakkan botol susu Arfa di atas meja sebelum melabuhkan duduknya di sebelah Nura.

"Alhamdulillah baby sihat."jawab Nura lalu mengusap perutnya yang membuncit itu.

"Alhamdulillah."

"Ammy!"jerit Arfa. Tak tentu arah dia nampak Nura.

"Baru nampak mommy eh. Dari tadi mommy ada Arfa tak perasan pun, leka main dengan atuk ye."kata Nura lalu mengangkat tubuh debab Arfa.

"Mana Aliff, Nura?"soal Encik Iman.

"Kerja yah."balas Nura.

"Ammy! Cu."rengek Arfa.

"Nah susu. Nenek dah buatkan."susu dihulur pada Nura.

......

"Apa yang you nak masuk dalam bilik ni? You nak pukul I lagi ke?"soal Nuha sinis.

"I nak minta maaf. I bukan saja - saja nak pukul you. But I nak you sedar khilaf you. I sayang you, I tak nak perkara buruk terjadi dekat you."terang Amirul. Dia duduk di sebelah isterinya.

Nuha hanya mengabaikan.

"I nak tanya you sikit ni. Kenapa you pukul Narissa. Apa salah dia dekat you?"sambung Amirul lagi.

"I tak suka dia. Sebabkan dia banyak rancangan I hancur. You faham tak!"marah Nuha. Air matanya merembes jatuh membasahi pipi.

"Astaghfirullah. Nuha you sedar tak, Narissa tu anak kandung kita. I tak faham lah."serabut Amirul memikirkannya.

"Kalau bukan sebab you, budak tu takkan wujud lah Mirul. Semua ni salah you, you tahu tak!"tinggi suara Nuha.

Amirul meraup mukanya kasar. Memang dia sedar itu silapnya. Tapi nasi sudah jadi bubur. Anak mereka pun lahir dengan sihat.

"You tenangkan diri you. I nak keluar."terus sahaja Amirul meninggalkan Nuha.

......

"Aku tak tahu dah apa nak jadi dengan Nuha? Dia memang berdendam teruk dengan Nura."keluh Amirul kasar.

"Bang, boleh tahu kenapa Nuha berdendam dengan Nura?"soal Aliff pada Muiz.

Mereka bertiga duduk minum kopi di sebuah cafe yang berhampiran dengan tempat kerja Aliff. Muiz mengeluh.

"Korang sendiri tahu kan kalau kembar ni salah sorang dari dorang akan lebih cepat pick up sesuatu benda kan."

Aliff dan Amirul mengangguk.

"So, dalam cerita ni Nura lagi cepat pick up dari Nuha. Dalam exam Nura dapat markah lagi tinggi dari Nuha. Mama papa pulak lebihkan Nura dari Nuha. Masa kecil dulu, apa yang Nura nak papa mama bagi, bila Nuha mintak mama papa tak bagi. Nuha banyak menyendiri. Ada juga Nura ajak Nuha main sekali, tapi bila Nura menangis atau terluka sikit je. Mama papa marah dia. Bukan mama papa je, abang pun sama. Bagi kami masa tu Nura permata kami. Abang rasa sejak tu dia berdendam dengan Nura, dia buat kami sekeluarga hilang kepercayaan dekat Nura. Sejak tu lah, Nura selalu kena pukul, marah dengan kami."terang Muiz panjang lebar.

"Mirul, aku rasa kita kena bawa bini kau pergi rawatan psikologi lah."ujar Aliff.

Amirul terdiam. Takkan lah bini dia gila.

"Kau nak kata wife aku gila ke?"soalnya dingin.

"Bukan macam tu lah maksud aku. Maksud aku, kita bawa dia pergi rawatan je. Jumpa pakar psikologi ke kaunselor ke. Kita tolong dia keluar dari dunia dia."terang Aliff.

"Bagi aku masa fikir dulu. Aku balik dulu. Assalamualaikum."ucapnya dia bersalaman dengan Muiz dan Aliff.

"Macam mana dengan mama bang?"soal Aliff.

"Pasal mama tu nanti abang terangkan dekat dia. Kau jaga je keluarga kau."kata Muiz.

Mereka menghabiskan minuman sebelum beredar meninggalkan cafe tersebut.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro