Bab 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nura Medina terjaga apabila alarm phone nya berbunyi. Terasa berat di bahagian pinggangnya membuatkan pergerakannya terhenti.

Dia cuba merungkaikan tangan Aliff yang melilit dipinggangnya tetapi tidak berhasil malah Aliff mengetatkan lagi lingkaran tangannya.

Nura menarik nafas.

"Awak bangunlah. Kita solat subuh."kejut Nura

"Hmm."

"Aliff, bangunlah."

"Lima minit lah sayang. Saya nak peluk isteri saya ni."

"Awak solat tu tak tunggu kita tau tak. Jomlah cepat bangun."

"Ye la. Give me morning kiss."

"Jangan nak mengada Aliff. Bangun cepat."

"Okey lah."

Pantas dia mengucup pipi Nura lalu berlari masuk ke dalam tandas.

Nura terpaku seketika.

"Aish, dia ni suka ambil kesempatan lah."rungut Nura

Mukanya jelas membahang.

.........

Mereka melangkah masuk ke dalam cafe di dalam hotel itu.

Terus sahaja Aliff dan Nura melangkah menuju ke ruang khas yang telah disewa Dato' Kamal untuk makan pagi.

"Assalamualaikum and good morning."ucap Aliff tangannya masih di pinggang Nura

"Waalaikumussalam. Awal bangun pengantin."perli Edriana

Mana taknya, jam sudah menginjak ke angka 10.30 pengantin baru muncul.

"Tak payah nak perli lah. Kalau kau nak tahu sebab apa aku bangun lambat, kau kahwin dulu."balas Aliff selamba

Semua di situ sudah tersenyum, kecuali Puan Asmah dan Anisa yang meluat dengan kata - kata Aliff.

Nura punya muka jangan dicakap, merah bak tomato dah.

"Assalamualaikum."ucap seseorang di muka pintu

Semua kepala sudah menoleh ke arah pintu.

Nura tergamam, Marvin sudah berdiri dari duduknya.

"Papa buat apa dekat sini?"soal Marvin

"Lah salah ke kami nak join besan kami."balas Puan Maria selamba

Marvin tersenyum sinis.

Dia memandang ke arah kakaknya yang sudah tertunduk.

Aliff di sebelah hanya diam.

"Anak? Besan? Bukan ke mama dengan papa dah buang kak Nura. So, dia bukan anak mama dan papa."sarkastik jawapan yang diberi oleh Marvin

Pantas Nura mengangkat kepalanya.

"Marvin."panggil Nura

Yang lain hanya mampu diam.

Encik Nadim sekeluarga terkedu. Tidak menyangka yang Marvin berubah 360° dalam masa tidak sampai sebulan.

"Semenjak kau keluar dari rumah, kau dah pandai nak kurang ajar kan."marah Muiz

"Marvin bukan nak kurang ajar tapi apa yang Marvin cakap tu betul. Semua orang dekat rumah tu jadi saksi yang mama dengan papa buang Kak Nura malah bukan kita satu family je tapi dengan abang Aliff, suami Kak Nura."tegas Marvin

"Selama ni kau senyap je eh. Apa yang perempuan tu dah hasut kau!"marah Nuha

"Kak Nura tak de hasut Marvin pun. Selama ni Marvin senyap sebab Kak Nura yang suruh tapi Marvin rasa kali ni tak lagi. Marvin akan jaga kakak Marvin ni dari tangan jahat keluarga ni. Marvin malu lah ada family yang macam ni."luah Marvin

Kalini dia tekad, dia akan jaga kakaknya ini.

Semua terkedu.

"Marvin dah lah."pujuk Nura

Air matanya yang mengalir diseka.

Aliff menggosok bahu Nura bagi menenangkan gadis itu.

"Mari masuk mama papa dan yang lain. Kita breakfast sama - sama."ajak Aliff yang mengubah topik perbualan bila dirasakan suasana agak tegang

Mereka dengan muka tak tahu malunya terus masuk.

.........

"Awak, saya nak pergi toilet kejap."pinta Nura

"Pergilah. Nak saya teman tak?"

"Tak payah lah. Duduk je borak dekat sini. Saya pergi kejap je."

Aliff mengangguk.

Nura bangun dari kerusi dan pantas melangkah keluar dari bilik itu.

Dia melangkah menuju ke toilet di hujung bilik mereka.

Dia keluar dari tandas selepas selesai apa yang patut.

Sedang leka dia membetulkan tudungnya dia disapa dengan agak kasar.

"Hey! Ada betina rupanya dekat sini."perli Nuha

Nura hanya diam malas melayan. Nak nangis, air mata dia dah kering asyik menangis.

Nuha membentak bila Nura tidak membalas.

"Kau pekak ke, Nura!"tengking Nuha

"Ya. Kenapa? Tiba - tiba je cakap Nura ni pekak."balas Nura

"Mana rantai yang arwah nenek bagi kau?"soal Nuha

"Ada ni. Nak buat apa?"soal Nura

"Bak sini. Kau tak layak pakai barang tu. Kau tu pembawa sial."marah Nuha

"Tak boleh. Ni arwah nenek yang bagi."

"Aku kata bak sini. Kau pekak ke?!"

Mereka berdua bergelut di tandas. Nuha merampas rantai yang berada di leher Nura setelah dia menarik tudung Nura serentak itu dia menolak Nura.

Pak

Kepala Nura terhantuk pada lantai dengan kuat.

"Argh!"jerit Nura

"Tu lah. Kalau aku cakap bagi tu bagi. Padan muka kau."tutur Nuha sinis sambil ketawa besar

Dia cepat - cepat beredar.

Mata Nura makin lama makin kabur dengan deraian air mata dan pandangannya makin berbalam - balam sebelum semuanya menjadi gelap gelita.

.........

"Ma, pa. Lambat lagi ke? Jomlah nanti lambat sampai KL."ajak Nuha yang baru masuk ke dalam bilik

"Jomlah."tutur Puan Maria

Mereka bangun lalu bersalaman.

Setelah mereka beredar, mereka sekeluarga sambung berborak.

"Daddy! Mana mummy?"soal Deniel

"Mummy pergi toilet sayang."balas Aliff

Dia juga terfikir kenapa lama sangat isterinya pergi ke tandas.

Dia pantas berdiri membuatkan semua orang memandang ke arahnya.

"Kenapa ni?"soal Puan Alia

Aliff menggeleng.

"Den, duduk sini dengan auntie Ed ye. Daddy nak keluar jap."tutur Aliff

Deniel mengangguk.

Dengan laju dia berjalan ke tandas. Kerana hatinya kuat menyatakan yang isterinya itu ada di tandas.

"Mengada je Nura tu."tutur Anisa

"Eh, baik kau diam lah Nisa."marah Edriana

"Kamu jangan nak marah anak mak su Ana. Kamu tu pun bukannya baik sangat. Kamu dengan kawan kamu tu sama je, terhegeh - hegeh dengan orang yang tak nak dekat kamu tu."cemuh Puan Asmah

Edriana mengenggam jemarinya.

"Mak su jangan nak hina kakak saya. Apa anak mak su tu baik sangat ke. Pantang nampak laki handsome sikit mula lah nak menggelitis macam ulat gonggok."balas Marvin

Semua di situ sudah ketawa besar.

Aliff yang berada di luar tandas berasa tidak sedap hati. Terus sahaja dia merempuh pintu tandas itu.

Terbuntang matanya bila melihat tubuh kaku isterinya dengan kepala yang berdarah.

"Sayang!"panggil Aliff

Terus dia mengambil tudung Nura dan di balut di kepala isterinya.

Badan isterinya di cempung dan di bawa keluar dari tandas.

Mata - mata yang memerhati hanya dibiarkan sahaja. Yang penting sekarang ini nyawa isterinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro