Bab4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Apa! Kahwin!"terkejut Encik Nadim dan Puan Maria

"Ye, pakcik makcik. Saya nak minta restu untuk mengahwini Nura Medina."ujar Aliff lagi

"Dah berapa lama kau kenal dia?"soal Muiz

"It's almost 3 years."balas Aliff

"Emm, maaf menganggu. Jemput minum semua."ujar Nura

Sebaik sahaja dia selesai menghidang minuman, dia berdiri di tepi Aliff.

"Kenapa tiba - tiba je kau nak kahwin dengan perempuan ni?"soal Muiz lagi

"Saya cinta dan saya nak jaga dia."jujur jawapan yang keluar dari mulut Aliff

"Pa, entah - entah dia dah mengandung tak? Sebab tu dia nak kahwin awal."fitnah Nuha

Dia tidak berpuas hati kerana Nura bakal berkahwin.

"Kamu biar betul Nuha?"soal Puan Maria tidak percaya

"Ye, ma. Nuha pernah nampak Nura keluar dengan lelaki lain."ujar Nuha

Aliff sudah mengetap bibir geram.

Marvin pula hanya mampu diam. Malas mengambil tahu tentang fitnah yang ditaburkan kepada kakaknya.

Encik Nadim berang lalu bangun......

Pang

Terteleng kepala Nura. Air mata yang ditahan merembes keluar.

Aliff terkejut terus sahaja dia berdiri.

"Aku tak pernah ajar kau buat benda tak senonoh belakang aku, Nura Medina!"jerkah Encik Nadim

"Uncle, Nura tak pernah keluar berdua - duaan. Dia hanya keluar dengan Adriana, Marvin dan saya. Kami tak pernah berdua dan saya hanya akan keluar kalau Adriana ada."tegas Aliff

Kali ni dia tidak akan berdiam diri lagi.

"Pa, Nura tak buat semua tu."nafi Nura

"Kau nak kata Nuha fitnah kau ke?"marah Puan Maria

"Tak ma. Nura tak tuduh Nuha pun."ujar Nura sedih

"Aku takde anak yang buat benda terkutuk dekat belakang aku."ujar Encik Nadim

"Pa! Ma!"rayu Nura

"Aku tak akan uruskan perkahwinan kau. Lepas kau kahwin kau berambus dari rumah aku."ujar Encik Nadim

"Bang, tak payah nak tunggu dia kahwin. Halau je bang. Malu saya ada anak yang tak kenang budi macam ni."marah Puan Maria

"Nura Medina bt Nadim, mulai dari saat ini kau bukan lagi anak aku. Aku tak akan datang majlis kau, pandai - pandai lah kau uruskan. Pasal restu tu takpe aku dah restu hubungan kau. Sekarang aku nak kau keluar dari rumah aku."halau Encik Nadim

Terus jatuh terjelepok Nura.

"Pa, Nura tak buat semua tu."tangis Nura sambil memeluk kaki Encik Nadim

"Dah pergi! Jangan tunjuk muka kau lagi dekat sini!"halau Puan Maria

Naufal Muiz diam tak berkutik kecuali Nuha Medina yang sengih sinis.

"Pa, kalau papa halau Kak Nura itu bermakna papa halau Marvin."ujar Marvin lalu menarik badan Nura

Tersentak Encik Nadim dan Puan Maria.

"Bang, jomlah pergi. Kesian Kak Nura."ajak Marvin lalu menarik lengan Nura

"Baik kalau tu yang papa dan mama nak, mulai dari saat ni papa anggap lah yang Nura Medina bt Nadim dah mati. Halalkan makan minum Nura selama ni."ujar Nura lalu keluar dari rumah ini

"Pa, Marvin pun nak cakap yang sama. Halalkan makan minum Marvin selama ni. Marvin pergi dulu."habis sahaja kata - kata yang diucapnya, dia terus melangkah keluar dari rumah itu diikuti Aliff

Terdiam seluruh ahli keluarga itu.

'Akhirnya, aku dah buang kau keluar dari rumah ni. Tapi game kita tak habis dekat sini, aku akan seksa kau lagi.'getus hati Nuha

.........

"Kak dah lah tu."pujuk Marvin

"Kenapa semua benci akak. Apa salah akak Vin."tangis Nura

Aliff hanya mampu mendiamkan diri.

"Semua dah buta dengan tuduhan yang Kak Nuha cakap tu."ujar Marvin

"Sekarang ni kita nak duduk mana Vin?"soal Nura

"Entahlah kak. Marvin pun tak tau."jawab Marvin

"Sayang, Marvin. Korang tak yah risau lah nak duduk mana, duduk dulu rumah Aliff."sampuk Aliff

"Tak susahkan abang ke?"soal Marvin

"Tak de lah. Lagipun Sabtu ni abang nak balik Melaka. Korang pun ikut sekali."tutur Aliff

Iphone Aliff berbunyi terus sahaja earpiece diletakkan di telinganya, laju sahaja green slide di slide.

"Hello."

"Hah hello. Pahal call aku ni Ed?"

"Macam mana tadi kau jumpa parents Nura?"

"Oh hah lupa pulak. Kau tidur rumah aku malam ni."

"Asal pulak? Apa aku nak cakap dekat mama dengan papa?"

"Nura ada sini."

"What!"

"Jangan jerit syaiton. Sebelum kau nak tau the whole story, kau datang."

"Hah ye la."

Panggilan terus ditamatkan.

"Siapa call awak? Sampai nama saya pun awak sebut sekali."tutur Nura

"Edriana."itu sahaja jawapan yang dikeluarkan

Nura pula melayan perasaan.

Marvin pula bermain mobile legend.

.........

Aliff menekan remote control untuk membuka pintu pagar rumahnya.

Terus sahaja, keretanya dipandu masuk ke dalam garaj kereta yang tersusun dengan 2 biji motorbike serta lagi 2 biji kereta jenama BMW dan Porsche.

"Jom kita dah sampai."ajak Aliff lalu mematikan enjin kereta

Dia menapak keluar dari kereta dan menuju ke main door.

Segugus kunci dikeluarkan dari kocek seluarnya.

"Awak."panggil Nura

"Yes."balasnya sambil membuka pintu rumah

"Mana Deniel?"soal Nura

"Oh. Den sekolah pukul 6 nanti baru balik."balas Aliff lalu menolak main door

Nura mengangguk.

"Meh masuk dulu. Nanti Edriana datang."ajak Aliff

Marvin terus sahaja melangkah masuk ke dalam rumah Aliff manakala Nura teragak - agak untuk masuk.

"Ya Allah, sayang masuk je lah. Bukannya saya nak makan awak pun."ujar Aliff sambil ketawa

Nura tersenyum malu.

Mereka beriringan masuk ke dalam rumah.

"Korang duduk dulu."tutur Aliff

Mereka terus duduk.

Aliff melangkah ke arah meja dan mengambil remote control untuk kesemua sliding door yang berada di rumahnya.

Sliding door yang tertutup itu terus sahaja terbuka sebaik sahaja Aliff menekan button on.

Setelah itu, di a menuju ke atas untuk membersihkan diri.

"Kak, kaya betulkan abang Aliff."tutur Marvin

"Akak pun tak tau sangat."balas Nura

Ye, dia tidak tahu yang Aliff kaya. Kerana baginya harta dan pangkat tidak menjamin apa - apa kebahagiaan kerana itu adalah bonus yang Allah beri kepada hambanya.

"Assalamualaikum."ucap seseorang dimuka pintu

"Waalaikumussalam."balas Nura dan Marvin serentak

"Hah Nura. Dah lama sampai?"soal Edriana lalu duduk di sebelah Nura

"Baru je."tutur Nura

Edriana mengangguk.

"Mana mangkuk tu?"soalnya

"Mangkuk?"soal Nura dan Marvin serentak

"Aliff lah."balas Adriana bosan

Mereka meng'o'kan sahaja.

"Suka hati kau je panggil aku mangkuk."tutur Aliff yang baru turun dari tangga

Edriana sengih.

"Apahal kau suruh aku tidur rumah kau ni. Aku banyak kerja tau tak? Dekat office lagi."marah Adriana

"Ish diam boleh tak."marah Aliff

"Apa story yang kau nak cakap tu?"soal Edriana

Aliff menceritakan semua benda yang terjadi kepada Adriana.

Sekejap mukanya menahan geram, sekejap sedih.

"Tak patut mak bapak kau buat macam tu Nura. Aku tumpang simpati dengan nasib kau. Yang peliknya adik kau pun ada."tutur Edriana simpati

"Eh, kak Adriana ni ada yang kena cepuk kang."marah Marvin

"Tak pe lah Edriana. Aku redha."tutur Nura perlahan

"Aku rasa aku tau nak buat apa."ujar Adriana sambil tersengih

"Apa bendanya. Jangan benda mengarut dah lah."tutur Aliff pelik

"Cepatkan tarikh perkahwinan korang."dengan sekali nafas sahaja Adriana menuturkan katanya itu

Tersentak Nura dan Marvin.

"Kau gila ke! Aku tak bagitau ibu ayah lagi tau tak!"marah Aliff

"Jomlah balik Melaka. Deniel karang dah nak balik,kita balik uruskan semua dalam minggu ni jugak korang kena nikah selebihnya aku tau nak buat apa."tutur Edriana

"Sumpah gila aku kalau ada sepupu macam kau."pening Aliff dibuatnya

"Kitorang mana ada baju."sampuk Marvin yang diam dari tadi

"Pakai je lah baju Aliff. Kakak kau pakai baju akak."tutur Edriana selamba

"Tapi.... ,"

"No tapi - tapi Nura. Ni untuk masa depan kau."potong Edriana sedikit tegas

"Ye la."itu sahaja balasan dari Nura

Marvin sudah leka dengan dunianya iaitu Mobile Legend.

"Assalamualaikum daddy. Den dah balik."ucap Deniel di main door

"Waalaikumussalam."ucap mereka yang berada di ruang tamu

"Den, place your shoes on the shelf. After that, naik atas mandi and siap. Nanti daddy follow naik pack barang Den."tutur Aliff

"Where are we going daddy?"soalnya pelik sebaik meletakkan kasutnya di dalam rak tepi pintu

"Kita balik kampung."balas Edriana

Sebaik mendengar perkataan kampung. Deniel sudah melompat gembira.

Marvin dan Nura tersenyum senang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro