epilog

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Beberapa bulan kemudian,

Tok tok

"Assalamualaikum."ucap seseorang di muka pintu.

"Kejap!"laung Puan Maria dari dalam rumah.

Narissa di letakkan di atas toto yang terbentang luas.

"Tunggu sini kejap. Nenek nak buka pintu."katanya pada Narissa.

Narissa hanya tersengih sambil memasukkan jarinya ke dalam mulut.

Puan Maria tersenyum sebelum menuju ke arah pintu rumah. Sebaik dia membuka pintu, pandangannya di penuhi dengan wajah - wajah yang hampir berbulan dia tidak jumpa.

"Waalaikumussalam."

"Mama."seru wanita itu sebak.

"Nu...ha."kata Puan Maria yang sudah mengalir air matanya.

Terus di tarik tubuh Nura yang berbaju kurung itu ke dalam pelukannya. Akhirnya tangisan mereka berdua pecah melepaskan rasa rindu yang terpendam.

"Alhamdulillah kamu dah berubah sayang."ucap Puan Maria.

"Ma, Nuha nak minta maaf dekat mama apa yang Nuha buat dekat mama. Nuha kurang ajar dengan mama. Ampunkan Nuha ma."katanya lagi.

Amirul di sisi menepuk sedikit bahu isterinya.

"Kamu tak ada salah pun dekat mama."

"Eh, dah jom masuk dalam. Narissa ada dekat dalam."sambung Puan Maria lagi lalu melepaskan pelukan anaknya.

Mereka bertiga berjalan masuk ke dalam rumah. Pandangan suami isteri itu di sajikan dengan wajah si anak yang sudah sekian lama tidak berjumpa. Hanya berjumpa melalui video call sahaja.

"Narissa, papa datang ni."kata Amirul lembut.

Si kecil itu mengangkat kepala sebelum tersenyum riang.

"Papa!"jeritnya. Dia bangun dan berjalan terkedek - kedek ke arah Amirul.

Puan Maria memberi ruang buat mereka sekeluarga melepaskan rasa rindu. Dia beredar ke dapur menyediakan air buat anak dan menantunya itu.

Amirul tersenyum sebelum tubuh anaknya di angkat dan diletakkan di atas ribanya. Nuha di sisi turut tidak melepaskan peluang dengan memegang pipi si manja itu.

"Sayang, mama ni."berjuraian air mata Nuha ketika ini. Selama ini dia selalu memarahi anak yang tidak berdosa ini.

"Mama!"kata Narissa lalu ingin pergi ke arah Nuha.

Nuha yang faham segera mengambil anaknya lalu dipeluk erat.

"Maafkan mama sayang. Mama selalu abaikan Narissa, mama cubit, mama marah. Ampunkan mama sayang."katanya lalu mencium pipi anaknya itu.

Malam itu mereka bermalam di rumah Encik Nadim dan Puan Maria kerana rumah lama mereka telah dijual oleh Amirul. Katanya dia tidak mahu mengingati kenangan buruk di rumah itu. Jadi sekarang dia sedang mencari rumah yang sesuai buat mereka sekeluarga.

.......

"Datin. Ada orang datang nak jumpa Datin dan Dato'."laung bibik di luar pintu bilik tidur Nura dan Aliff.

"Ya, sekejap nanti saya turun. Awak buatkan air untuk tetamu ya."kata Nura yang sedang menyusukan Arfan.

Aliff yang baru sahaja habis mandi segera keluar dari bilik air. Hanya tuala sahaja yang melilit di pinggang lelaki itu. Dituju langkahnya ke arah Arfan yang sedang menyusu badan itu.

"Arfan ni asyik minum je. Tengok badan tu dah debab. Geram daddy tengok awak."kata Aliff lalu mencubit pipi tembam milik anaknya.

"Erghh."rimas Arfan dibuatnya bila dia mahu minum tetapi daddynya mencubit pipi mahalnya ini.

"Abang. Janganlah kan Arfa tengah tidur tu."tegur Nura. Anaknya yang sudah menolak dadanya itu segera diangkat sebelum di tepuk belakang badan Arfan untuk sendawakan dia.

"Okey. Fine."Aliff mengalah lalu berjalan memasuki walk in closet.

"Abang cepat siap. Ada guest dekat bawah."beritahu Nura yang meletakkan Arfan di bawah. Terus sahaja si kecil itu membalikkan badan dia.

"Jangan kacau kakak Arfan."tegur Nura yang melihat si kecil itu menghampiri Arfa yang nyenyak tidur.

Dia terus capai tudung sarung hitam dan disarungkan di kepalanya. Usai sahaja suaminya keluar dari walk in closet, Nura mendukung Arfan sebelum mereka bertiga keluar dari bilik tidur.

"Deniel mana yang?"soal Aliff sewaktu menuruni anak tangga.

"Ada dekat playroom lah tu."jawab Nura. Usai sahaja tiba di tangga terakhir matanya bersabung dengan mata yang sering membenci dirinya, orang yang menyebabkan dia kehilangan salah seorang anak kembarnya.

"Bro! Bila balik?"soal Aliff lalu bergerak ke arah Amirul yang duduk di sofa.

"Dua hari lepas. Amacam sihat?"soal Amirul mereka bersalaman.

"Alhamdulillah sihat."

"Nura."seru Nuha perlahan.

Nura memandang tepat ke arah Nuha. Tidak tahu apa yang dia rasa sekarang ini. Benci, marah, sedih, gembira kerana kembarnya sudah berubah. Semuanya bercampur di dalam hatinya.

"Ada apa datang sini?"soal Nura dia duduk di sofa yang berdekatan dengannya.

Nuha menapak ke arah Nura lalu dia melutut di hadapan kakak kembarnya itu.

"Ampunkan Nuha. Nuha salah, disebabkan dendam Nura hilang baby. Nuha buat semua orang bencikan Nura, tak percaya Nura. Nuha buat setiap hari mama papa pukul Nura, abang marah Nura. Ampunkan Nuha."tangisannya pecah di kaki kakak kembarnya itu.

Nura terkelu. Seketika kemudian, dia menarik tubuh adik kembarnya sebelum tubuh itu di peluk erat.

"Perkara dah lepas. Lupakan je. Tu ujian dari Allah yang Nura kena terima. Nura dah lama maafkan Nuha."kata Nura ikhlas.

"Ya Allah mulianya hati Nura. Nura baik sangat, terima kasih Nura."kata Nuha seraya melepaskan pelukan itu.

"Datin. Makanan dah siap."kata bibik yang baru muncul.

"Ah baiklah. Panggilkan Deniel ya, lepastu tengokkan Arfa dalam bilik saya."ujar Nura. Bibik mengangguk sebelum beredar ke tingkat atas.

"Alang - alang ada dekat sini. Jom breakfast sekali."ajak Aliff. Dia dan Amirul bangun lalu berjalan ke arah ruang makan diikuti Nura dan Nuha sambil mengendong anak mereka.

Meja makan itu riuh dengan Nura dan Nuha yang berceloteh itu dan ini.

......

Malam itu mereka sekeluarga berkumpul di rumah Aliff dan Nura. Mereka membuat makan - makan sempena keluarga mereka telah berbaik.

Aliff, Amirul dan Muiz leka membakar ayam, ikan, seafood dan sosej. Manakala Nuha dan Maria sibuk menyusun bekas - bekas yang berisi makanan.

Encik Nadim dan Puan Maria leka melayan cucu mereka yang seronok bermain. Sesekali terdengar suara Arfan yang terkekek ketawa kerana di agah oleh datuknya.

"Mommy, nak air."pinta Deniel yang penat bermain.

Nura memandang ke arah anaknya itu. Berpeluh - peluh dahi Deniel.

"Ya Allah Den. Main apa ni sampai berpeluh - peluh ni."kata Nura dia mencapai tisu sebelum mengelap di dahi anak lelakinya itu.

"Main kejar - kejar dengan paksu."jawab Deniel.

"Haih, nah ni air."ujar Nura lalu menghulurkan segelas air oren.

Terus sahaja Deniel meneguk sehingga habis air oren yang dihulur oleh Nura.

"Perlahan - lahan minum tu sayang."tegur Aliff yang baru tiba.

Melihatkan si suami yang berpeluh itu terus sahaja Nura mengelap dahi suaminya itu dengan tisu yang baru.

"Thanks sayang."ucap Aliff.

"Welcome. Abang nak air tak?"soalnya.

"Nak."ujarnya sepatah.

Nura mengambil gelas baru lalu menuang air oren ke dalam gelas itu. Dihulur pada suaminya.

"Bye mommy daddy."kata Deniel lalu berlari ke arah Marvin yang sudah bersedia untuk menjamah ayam bakar.

"Aliff, Nura makan."ajak Encik Nadim.

"Hah ye kejap."ujar Aliff.

Dia memandang ke arah isterinya yang masih lagi menyusun bekas - bekas makanan. Nuha sudah pergi ke arah anaknya kerana Narissa menangis mahu tidur.

"Sayang."panggil Aliff manja.

"Hmm kenapa?"soal Nura.

"Thank you sebab sudi jadi isteri abang. Sudi lahirkan anak - anak yang comel untuk abang. Abang rasa beruntung dapat isteri sebaik dan secantik sayang. Tabah hadapi ujian bila kita kehilangan dua cahaya mata yang kita tunggu - tunggu selama ni."

Nura memandang tepat ke arah suaminya. Matanya merah menahan sebak. Terus sahaja dia memeluk erat batang tubuh suaminya.

"Sama - sama abang. Memang dah tugas saya sebagai seorang isteri. Sebab Allah tahu kita kuat sebab tu dia uji kita, terima kasih abang sebab ada dekat sisi saya dari dulu sampai sekarang. Saya harap hubungan kita ni kekal hingga akhir hayat."ujar Nura bersama deraian air mata.

"Stop crying honey. Abang dah janji dengan diri abang yang abang tak akan biarkan sayang bazirkan air mata sayang lagi."kata Aliff. Air mata isterinya di seka.

Nura tersenyum nipis.

"I love you my queen."

"I love you too my king."

"I love my princes and princesses."kata Aliff bersama senyuman.

Matanya tertancap di dada langit.

"Daddy sayang Amir dan Afrina so much. Doakan daddy mommy supaya dapat jumpa kamu di sana suatu hari nanti."katanya perlahan sebelum memeluk pinggang isterinya.

Mereka berdua memandang ke arah dada langit bersama. Seakan sedang memandang ke arah anak - anak mereka yang jauh dari mata.
















...............................The End..................................


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro