special chapter

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari itu Nura sibuk menguruskan persiapan sambutan hari lahir Arfa yang ke dua tahun. Anak - anaknya di jaga oleh Puan Alia yang tiba awal sehari di rumah Aliff.

Ketika Nura sedang bercakap bersama Nuha tentang perjalanan majlis malam ini, telefonnya berbunyi nyaring. Tertera nama Aliff sebelum dia menjawab panggilan dari suaminya.

"Hello sayang."sapa Aliff di hujung talian.

"Hello abang. Ada apa call Nura?"soalnya sebaik sahaja dia berjalan menjauhi adik kembarnya.

"Ni abang nak tanya macam mana persiapan birthday Arfa?"soal Aliff.

"75% dah nak siap dah. Tunggu catering hantar makanan lepastu tunggu kek dengan dessert je."terang Nura.

"Ah okey, sayang. Anak - anak buat apa tu?"

"Arfan dengan Arfa ada dengan ibu. Deniel dalam bilik tidur."ujar Nura lalu duduk di kerusi di tepi kolam.

"Aih, senang pula si Deniel tu tidur."kata Aliff sambil tertawa kecil.

"Penat mandi kolam dengan Narissa and Arfa."cerita Nura.

"Mandi kolam?"terkejut Aliff.

"Haah. Tapi Mirul temankan lah, bukannya dorang bertiga je. Nura mana sempat nak tengok anak - anak sangat."katanya

"Oh okey lah. Kita jumpa petang nanti."kata Aliff lalu menamatkan panggilan.

"Siapa yang call?"soal Puan Alia yang baru tiba sambil mendukung Arfan.

"Aliff."jawab Nura di ambil tubuh anak kecil itu sebelum di cium pipi tembam Arfan.

Dari jam 10 pagi hingga sekarang dia tidak dapat memegang anak - anaknya. Puan Alia hanya memberi Arfan susu badan melalui botol. Dadanya juga sudah bengkak sedikit.

"Nak apa dia call kamu?"

"Tanya persiapan majlis."

Puan Alia hanya mengangguk. Nura memandang ke arah ibu mertuanya sebelum meminta izin untuk beredar.

"Ibu, Nura naik bilik dulu. Nak susukan Arfan."katanya.

"Ha iye lah."ujar Puan Alia.

Nura bingkas bangun dan masuk ke dalam rumah. Terus sahaja dia naik ke bilik kerana dadanya terasa sakit.

......

"Jemput masuk."kata Aliff.

Dia bersalaman dengan tetamu - tetamu lelaki yang hadir. Nura pula bersalaman dengan tetamu - tetamu perempuan. Majlis  itu kelihatan agak biasa tetapi cukup meriah.

"Bro."panggil Amirul sambil mendukung anaknya Narissa Iman.

"Apa?"soal Aliff.

"Tu papa angkat Nura panggil."jawabnya sambil memuncungkan bibirnya kearah lelaki yang sedang duduk berbual bersama Encik Nadim.

"Hah iye lah. Sayang tunggu sini kejap eh. Abang masuk jumpa papa."tutur Aliff pada Nura.

"Hah iye lah."ujar Nura. Dia bersalaman dengan tetamu yang hadir lagi.

Beberapa ketika kemudian setelah memastikan tiada tetamu lagi, baru lah dia menapak ke arah meja yang penuh dengan dessert.

"Sayang!"laung Aliff.

Nura yang baru sahaja ingin meneruskan perjalanannya ke arah meja dessert terus sahaja melencongkan kakinya ke arah sang suami.

Kelihatan dua orang wanita yang sedang berbual bersama suaminya. Wanita itu kelihatan sungguh elegan dan begitu cantik.

"Sayang, kenalkan ni Tengku Dania Irlani cucu Tengku Khairudyn."ujar Aliff memperkenalkan gadis yang berbaju warna dusty pink.

Nura tersenyum sebelum menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Nura Medina."

"Wah, nice name."ujar Tengku Dania Irlani sambil memandang ke arah seorang lagi wanita yang agak senyap dari tadi.

"Ah yeah, I lupa pula nak kenalkan you dengan sepupu I. Kenalkan Tengku Nalia Irdina."

Aliff tersenyum sambil mengangguk sedikit kepalanya manakala Nura pula bersalaman dengan wanita itu.

"Apa khabar Tengku?"soal Nura

"Alhamdulillah baik. By the way, jangan panggil saya Tengku. Panggil Nalia or Lia."

Nura tersenyum sedikit.

"Baiklah."

.......

Majlis berjalan dengan lancar, suka Arfa bila dapat meniup kek yang mempunyai patung little pony. Aliff mendukung Arfa, Nura pula mendukung Arfan manakala Deniel berdiri di tengah - tengah antara mama dan papanya.

Tetamu - tetamu yang hadir turut memuji kecomelan anak - anak mereka. Yang paling ketara di puji sudah semestinya Arfa lah kerana pipinya yang seperti pipi pau itu menjadi mangsa gomolan tetamu - tetamu yang hadir. Sehinggakan budak itu naik rimas.

Majlis yang berakhir jam 11 malam itu sungguh memenatkan, sehingga Deniel, Arfa dan Arfan tertidur di ruang tamu. Usai sahaja tetamu beransur pulang, Nura segera menapak masuk ke dalam rumah. Dibiarkan sahaja suaminya itu berborak bersama beberapa rakan - rakannya. Ahli keluarga mereka yang lain sudah masuk ke dalam bilik.

"Alahai, kesian anak - anak mommy ni."katanya perlahan sambil menggelengkan kepalanya.

Dituju ke arah Arfa lalu tubuh itu di angkat sebelum di bawa naik ke bilik. Usai sahaja mengelap tubuh si anak dan menukar pakaiannya, dia membetulkan gaya tidur anaknya sebelum dia turun ke tingkat bawah. Tubuh Arfan di dukung dan di bawa naik ke atas. Dia melakukan hal yang sama pada anak kecil itu.

Usai sahaja menapak ke bawah, tubuh Deniel hilang dari pandangan. Segera dia berlari naik ke atas dan menuju ke arah bilik anak bujangnya itu. Kelihatan si anak sedang tidur nyenyak.

Dia menghela nafas lega sebelum dia beredar ke bawah, dia melihat anak - anaknya di bilik tidur. Kakinya di bawa ke arah dapur sebelum membancuh secawan teh o panas. Usai itu, dia melangkah ke arah ruang tamu. Dia melihat bungkusan hadiah Arfa sebelum di tegur oleh Aliff.

"Banyak juga hadiah yang Arfa dapat."ujar Aliff yang baru turun ke tingkat bawah usai dia membersihkan diri.

"Haah bang. Hadiah ni esok baru buka, nak buka sekarang anak dah tidur."kata Nura sambil menyusun bungkusan hadiah anaknya di satu sudut di ruang tamu.

"Sayang tak penat ke? Dari tadi asyik buat kerja."soalnya lalu melabuhkan punggung di sisi sang isteri.

Terhenti tugasan Nura seketika sebelum dia tersenyum nipis.

"Tak ada lah."balas Nura sebelum menyambung tugasannya yang terhenti.

"Ni abang nak tanya anak - anak siapa yang angkat?"soal Aliff.

"Saya lah."jawab Nura lalu memandang ke arah Aliff.

"Sayang, anak - anak tu dah lah semangat. Lepastu awak angkat dorang bawa naik atas."tegas sikit suaranya.

Nura menekur lantai.

"Abang bukan marah awak, abang cuma tak nak awak penat. Dari pagi sampai sekarang awak asyik buat kerja je."kendur suara Aliff sebaik melihat wajah isterinya yang berubah keruh.

"Tak apa lah bang. Saya naik atas dulu nak bersihkan diri."kata Nura lalu meninggalkan sang suami di bawah.

Aliff mengeluh kasar. Wajahnya diraup sebelum rambut di kusutkan.

........

Pagi itu Nura banyak mendiamkan diri. Dia sedikit terasa dengan suaminya semalam. Jarang Aliff bersikap tegas dengannya sebaik sahaja dia melahirkan Arfan.

"Morning."sapa Aliff yang baru turun ke bawah.

"Morning."sapa Deniel dan ahli keluarganya yang lain.

Matanya dilirikkan ke arah sang isteri. Keluhan kasar dilepaskan sebelum dia menghempaskan punggungnya di sisi Deniel.

"Lambat turun?"soal Puan Alia yang baru keluar dari dapur sambil menatang dulang berisi teko.

"Terlajak tidur bu."sengihnya.

Puan Alia menggeleng sebelum melabuhkan duduk di sebelah menantunya itu. Kelihatan Nura diam sambil menyuap Arfa makan.

"Kamu tak makan Nura?"soal Puan Alia sebaik sahaja dia melihat Nura mahu bangun usai menghabiskan suapan Arfa.

"Tak bu. Nura dah minum nestum pagi tadi."kata Nura.

Puan Alia hanya mengangguk. Aliff mengerutkan dahinya, sejak bila isterinya itu minum benda yang berkaitan dengan susu. Sah, isterinya itu merajuk.

















......

Nah special chapter...

🤗


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro