Bab 41-Just Sorry

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dush!

Satu tumbukkan singgah dimuka Taufiq. Tumbukkan yang dihadiahkan oleh Imran.

"Apa yang kau dah buat Taufiq?!" Taufiq hanya tertunduk memandang lantai. Pedih dipipi kanan dihiraukan dia.. Dia sedar,bahawa sekarang dia memang bersalah.

"Fiq! Dia sakit Fiq! Dia amnesia!" Jerit Imran lagi. Mata Imran merah menahan amarah. Marsya disisi menenangkan suaminya.

"Abang,dahlah..bawa mengucap abang.."
Belakang Imran digosoknya lembut.

"Lima tahun Fiq! Lima tahun kau tinggalkan dia! Lima tahun kau langsung tak munculkan diri! Lima tahun anak-anak kau menanti kau! Dan lima tahun juga Maya hidup sengsara!!" Imran terduduk di atas kerusi ruang menunggu. Rambutnya diraup kasar kebelakang.

"Lima tahun bukan masa yang singkat Fiq,lima tahun bukan macam seminggu yang engkau bayangkan. Waktu kau tinggalkan Maya dulu,keadaan dia memang tenat. Dengan sarat mengandung..dengan kanser yang dia hidapi..Aku kagum dengan dia Fiq. Dalam pada dia sakit,hanya menunggu maut. Dia masih kuat,dia masih tabah.."

Imran menangis! Marsya disisinya jugak sudah mengalirkan air mata. Faham benar sayang suaminya pada Maya.

"Selepas selamat melahirkan Trisha dan Iman,nadi dia lemah..tapi dia masih tak nak jalankan pembedahan.dia cakap dia nak susukan anak dia dulu,dia nak luangkan masa dengan anak dia dulu..Dia cakap dekat aku..dia takut nak jalankan pembedahan pembuangan ketumbuhan ni..sebab kemungkinan besar dia akan mengalami amnesia..

Betapa gembiranya Maya saat mengetahui dia melahirkan pasangan  kembar..keadaan Maya bertambah kritikal selepas dia muntah darah sebaik saja selesai susukan Trisha..Doktor terus jalankan pembedahan..

Sebelum pembedahan dijalankan,dia titipkan pesan pada aku Fiq,dia cakap..kalau lepas pembedahan dia didapati hilang ingatan..ingatkan dia,dia mempunyai anak yang dia sayangi. Dan ingatkan dia,bahawa dia mencintai seorang lelaki sepenuh hati,dan itu engkau Taufiq. Kau!"

Air mata lelaki Taufiq tumpas lagi. Dan ia sama seperti lima tahun lepas saat dia menangis merayu sewaktu dia terpaksa melepaskan Maya.

Taufiq memegang kepala dengan esakkan yang ditahannya.

Iman dan Trisha dibawa ke ruang permainan oleh nurse selepas di suruh oleh Imran.

"Im..Aku sayang dia Im..aku sayangkan dia.."

***

"Keluar!!" Jerit Maya dengan lantang. Habis barang diatas meja sisi katil hospital dibaling Maya. Sakit hati dengan lelaki tak guna yang berdiri dihadapan dia sekarang.

"Keluar kau lelaki tak guna!! Aku taknak tengok muka kau lagi! Keluar!!"

Lutut dirapatkan kedada lalu dipeluk sebelum melepaskan tangisan. Betapa sakitnya hati dia melihat lelaki yang mencurangi dia,sedangkan dia bagai separuh nyawa menyayangi lelaki ini.

Ye. Ingatan Maya dah kembali. Saat dia rebah tidak sedarkan diri kepala dia terhantuk pada batu sederhana besar di pasir pantai tersebut. Mujur tidak berdarah.

"Maya..let me explain first. Please Maya." rayu Taufiq dengan suara menahan tangis.

"Jelaskan apa? Jelaskan kenapa kau curang dengan aku?! Kenapa kau buat aku tak ubah macam pelacur?! Terangkan apa lagi Taufiq Mikael?!! Apa?!!

Sudahlah! Aku dah penat dengan mainan kau! Lima tahun yang lalu,mana kau? Mana? Dua tahun aku besarkan anak kita seorang diri! Tanpa seorang ayah! Dan sekarang baru kau muncul?"

Boleh gila Maya dengan keadaan macam ni. Sudahlah baru sembuh dari ingatan.

"Fiq salah Maya. Fiq salah anggap Sara.Fiq tersalah anggap sayang Fiq pada Sara. Fiq sayangkan dia tak lebih daripada seorang adik. Dan Fiq sedar semua tu,lepas Maya pergi dari hidup Fiq..Fiq sunyi sejak Maya pergi,Fiq rasa lost sangat. Maafkan Fiq,Maya.."

Hanya esakkan yang memenuhi ruang bilik Maya ditempatkan.

"Apa yang sebenarnya Fiq nak?" Tanya Maya dengan suara serak. Mata,hidung Maya merah akibat menangis. Kulit putih bertukar kemerah-merahan.

"Just sorry"

To Be Continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro