Bab 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Setibanya mereka di wad Datin Maria.. Mereka dapat melihat kelibat Datuk Ibrahim dari jauh. Tiba di situ, mereka menegur Datuk Ibrahim.

"Assalamualaikum papa."

"Waalaikumussalam Rul." jawab Datuk Ibrahim. Namun matanya tertumpu ke arah seorang gadis dan seorang jejaka yang berada di belakang Kamarul .

"Adam dengan Ashifa pun ada sekali." Ujarnya sambil tersenyum.

Mereka menyalam Datuk Ibrahim. "Mama macam mana, pa?" Soal Nasrul risau.

"Doktor bagi tahu mama masih lemah. Kena banyakkan rehat. Kalau Rul dengan yang lain nak masuk, masuk la. Papa nak turun sat. Nak pergi makan." ujarnya lagi.

"Okay pa."

"Terima kasih uncle." ujar Adam.

Lalu Kamarul menolak pintu wad mamanya.

"Jom masuk." ajak Kamarul.

Ashifa menarik baju Adam yang sudah mulai berjalan memasuki wad itu.

"Kenapa ni?" soal Adam.

"Along... Shifa takut nak jumpa Datin Maria. Takut..."

"Buat macam biasa ja." Potong Adam.

Lalu Adam pun masuk. Cuma Ashifa masih teragak-agak untuk masuk.

"Assalamualaikum mama." Diikuti oleh Adam.

"Waalaikumsalam Rul, Adam." balasnya sambil cuba untuk duduk di kepala katil.

"Auntie dah okay tak?" Adam bertanya.

"Auntie okay je. Cuma tak boleh nak jalan lagi." jelas Datin Maria sambil tersenyum pucat.

Matanya masih tercari-cari kelibat seseorang. Kelihatannya resah.

"Ma.. Cari siapa?" soal Nasrul.
"Kamu datang berdua je?" soalnya lagi.

"Tak. Sebenarnya kami datang bertiga." Jelas Adam.

"Mana lagi seorang?"soalnya lagi.

Tok..tok..tok..

Kelihatan seseorang sedang menolak pintu. Dengan lafaz bismillah, Ashifa masuk ke dalam bilik tersebut.

"Assalamualaikum.." Salam diberi.

Kini Ashifa berada di dalam bilik. Adam dan Kamarhl hanya tersenyum melihat Ashifa.

Manakala Datin Maria, berusaha turun dari katil memeluk Ashifa. Ashifa kesian melihat keadaan Datin Maria. Ashifa terus menuju ke arah Datin Maria yang kelihatan hendak terjatuh.

Tetapi ketika Datin Maria hendak berjalan. Tiba-tiba dia hendak terjatuh. Datin Maria berasa ada seseorang yang sempat memegangnya. Ashifa.

"Datin, berdiri slow-slow. Nanti jatuh lagi." Lembut sahaja ucap Ashifa. Lalu Datin Maria dihantar semula ke katil dengan bantuan abang Rul dan Abang Adam.

Datin Maria tersentuh hati melihat Ashifa berusaha membantunya, walaupun dia banyak buat salah dekat Ashifa.

"Ashifa...." Datin Maria memanggil namanya.

"Ye Datin.. Ade apa-apa nak Shifa tolong?" Ashifa berkata lembut. "Shifa... Boleh tak panggil auntie mama." pintanya.

Ashifa agak terkejut dengan permintaan Datin Maria.

"Ma... Ma." Agak tergagap-gagap Ashifa menyebutnya. Datin Maria tersenyum mendengar Ashifa memanggil dia mama.

"Shifa... Mama minta maaf sebab mama dah banyak buat salah dengan Shifa. Maafkan mama." Matanya mulai berlinang air mata menahan sebak dan perasaan bersalah menyelubungi dirinya.

"Tak apa mama. Mama tak ade buat salah apa-apa pun." Ujarnya tenang.

"Shifa... Mama ada benda nak cerita pasal Nasrul."

"Kenapa dengan Nasrul, ma?" Ashifa tertanya. Kemudian Ashifa memandang abang Rul dan abang Adam yang masih berada disitu.

"Sebelum tu, mama betul-betul minta maaf. Mama sangat bersalah sebab pisahkan Nasrul dan Shifa." Sebak hati Datin Maria ingin menceritakan perkara sebenar.

"Sebenarnya... Nasrul tak pergi ke oversea pun. Mama tukarkan Nasrul ke sekolah lain sebab nak jauhkan anak mama dari kamu." jelasnya kepada Ashifa.

"Mama terpaksa sembunyikan perkara ni... Sebab mama bencikan Shifa dulu. Sebabkan Shifa, anak mama yang mama sayang sanggup berkorban nyawa dia untuk selamatkan Shifa. Dia tak ambil kisah pun pasal mama. Yang dia fikirkan hanya la Shifa." Air matanya mulai membasahi pipi tuanya.

"Sebab tu... . Mama juga yang suruh cikgu kamu bagitahu yang Nasrul kena pergi oversea sebab hal keluarga. Mama juga upah orang untuk langgar anak mama sendiri pada masa tu Nasrul mahu pergi ke airport time Shifa nak ke England supaya Nasrul jauh daripada Shifa."

Air mata yang tidak dapat ditahan oleh Datin Maria semakin banyak membasahi pipinya.

"Maafkan mama.. Mama menyesal dengan perbuatan mama. Maafkan mama. Mama kejam dengan Shifa. Maafkan mama." Datin Maria merayu sambil menggenggam tangan Ashifa.

"Sampai hati mama buat Shifa macam ni. Mama pun tahu Shifa tak boleh hidup tanpa Nasrul. Tapi takkan sebab tu je mama sanggup pisahkan shifa dengan Nasrul. Apa salah Shifa, mama.." Hatinya bagai dicarit-carit dengan pisau yang tajam.

Apa yang dia rasakan sekarang...

MARAH...

SAKIT...

PERIT...

KECEWA...

Semuanya bercampur baur.

Air mata yang ditahan dari tadi jatuh di pipi. Lalu, Ashifa berdiri dan terus keluar meninggalkan Datin Maria dan yang lain..

"Rul, aku pinjam kereta kau. Kunci aku ada dekat Shifa." Pinta Adam sedikit resah.

"Nah.." Kamarul menghulurkan kunci kereta miliknya.

"Aku keluar dulu. Takut adik aku buat hal pulak." "Okay.. Apa² hal call aku. Jangan lupa jaga kesayangan aku tu elok-elok." Sempat Kamarul berpesan.

Lalu Adam pun keluar dari bilik tersebut. Manakala Kamarul cuba tenangkan mamanya.

"Shifa.... Maafkan mama..." Kata Datin Maria perlahan namun masih dapat didengari oleh Kamarul.

Di highway...

Ashifa memecutkan kereta tanpa hala tuju. Manakala abang Adam berusaha mengejar Ashifa tetapi kereta yang dipandu oleh Ashifa hilang dari pandangannya memandangkan Ashifa membawa kereta dengan laju.

Maklum la.. Kereta Mitsubishi. Memang laju la jawabnya... *jangan sangkakan perempuan tak minat kereta ni.. 😁😁

"Ya Allah, selamatkanlah perjalanan adik aku walaupun ke mana jua dia pergi. Kemudian, Adam memberhentikan keretanya di tepi jalan." Adam mengeluh panjang. Kemudian, dia menelefon Kamarul.

"Hello Rul." "Haa Adam... Macam mana dapat kejar adik kau tak?"

"Tak dapat la.. Laju sangat dia bawa kereta aku tu. Risau juga aku ni." "Tak pa kau bagi ja masa dekat dia untuk tenang."

"Aku pun rasa macam tu jugak. Harap-haraplah adik aku okay."

"Ni mama kau macam mana? Dia okay. Tengah rehat."

"Okay la.. Kalau ada apa-apa call aku terus." Aku letak lu. Adam memutuskan panggilan tersebut.

"Nanti adik balik la tu. Kalau tak balik juga. Kena cari la." Adam mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

____________________________________

Ashifa memandu meninggalkan kawasan KL menuju ke Pulau Pinang. Di sana, dia dapat ketenangan. Dalam masa yang sama, dia dapat meluangkan masa bersama-sama nenek kesayangannya.

Sudah agak lama dia tidak pulang ke kampung. Rindu kepada neneknya semakin menebal dalam hati.

Nenek tunggu Shifa dekat sana? Desis hatinya.

Setelah beberapa jam dia memandu, akhirnya dia tiba di kampung. Dia rindu suasana kampung. Sawah padi di sepanjang jalan semakin menghijau. Tiba sahaja dia di rumah neneknya, dia membunyikan hon kereta.

Pin.. Pin..

Kemudiannya dia mematikan enjin dan keluar dari kereta.

"Assalamualaikum.. Nenek... Oooo... nenek..." Ashifa melaungkannya dari luar rumah.

"Sapa pulak yang mai ni." Lalu Nek Mah yang berada di dapur menuju ke luar rumah.

"Ya Allah.. Cucu nenek rupanya."

"Nenek..." Jerit Ashifa dengan gembira melihat neneknya.

Dia memeluk neneknya dengan erat sekali. Maklumlah lama tak balik sini.

"Nenek sihat?"soal Ashifa. "Nenek sihat ja. "Hang.. Awat balik tak bagitau. Boleh nenek masak makanan kegemaran hang tu."

"Sorry nenek. Shifa bukan tak nak bagitau. Cuma.... Alang-alang dah sampai, Shifa balik sini la. Tak yah sewa hotel dah." Bohong Ashifa.

Harap-harap nenek tak syak apa-apa.

"Dah jom naik atas. Ni hang bawa baju tak ni?" Ayat cepumas nenek nak keluar. "Hihihihi.." Ashifa tersengih-sengih. "Nanti kamu pakai baju nenek." ujar neneknya lagi.

"Okay nek." Lalu mereka pun masuk ke rumah.

____________________________________

"Nasrul... Hang ada nak pergi mana-mana tak petang ni?" Tanya pak cik Amran. Rasanya tak ada pergi mana-mana." Balas Nasrul.

"Eloklah kalau macam tu. Nanti teman pak cik pi pekan. Ada barang sikit nak dibeli."

"Okay."

"Pak cik.... Nak tanya sikit boleh tak?" soal Nasrul teragak-agak.

"Boleh ja. Nak tanya apa?"

"Pak cik ada anak tak? Sebab tengok pakcik sorang-sorang je dekat rumah ni."

"Ada... Cuma dah lama tak jumpa." Kata pak cik Amran sayu.

"Lama tak jumpa?" Nasrul berasa pelik dengan jawapan pak cik Amran.

"Sebenarnya pak cik dah lama tak jumpa anak dengan isteri. Pak cik terpaksa berpisah dengan keluarga pak cik sebab arwah mak pak cik tak suka dengan isteri pakcik." Jelasnya.

"Sejak itu, pak cik tak pernah lagi berjumpa dengan mereka. Entah masih hidup atau pun tidak." Wajah tuanya jelas terpancar perasaan rindu akan keluarganya.

"Ooooo. Macam tu. Tak pa pak cik. InsyaAllah saya akan cuba tolong pak cik cari keluarga pak cik." Ujar Nasrul dengan senang hatinya.

"Pak cik minta maaf kalau menyusahkan kamu." "Tak menyusahkan pun. Nasrul lagi suka kalau dapat satukan keluarga yang terpisah." ujarnya sambil tersenyum.

"Terima kasih la Nasrul." "Sama-sama pak cik."

"Pak cik, nasrul nak keluar sekejap, nak ronda-ronda dekat kampung ni." "Pi lah... Ni kunci motor." Nasrul menyambut baik kunci tersebut.

"Terima kasih pakcik."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro