Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Okey.. Semua ikut plan yang dirancang. Mak irah dan yang lain tunggu di sini. Biar Nasrul, Abang Adam dan Abang Rul yang settlekan."

Tit.. Tit..

Tiba-tiba phone milik Ashifa berbunyi. Kedengaran mesej masuk.

"Ha ni alamat tempat tu.. Abg Rul, nak pinjam kereta, boleh tak?" pinta Nasrul. "Nah kunci." Kunci dibaling dan disambut dengan baik oleh Nasrul. "Bawa elok-elok kereta tu." "Okey."

"Sayang tunggu saya." desis hatinya.

Setelah lama memandu, akhirnya Nasrul tiba di tempat yang diberitahu. Ada beberapa orang lelaki berbadan besar dan bertopeng melangkah ke arahnya.

Salah seorang dari mereka memeriksa Nasrul.

"Harap-harap diorang tak jumpa benda tu."

Yang memeriksa Nasrul mengangguk. "Cepat jalan." Salah seorang daripada mereka bersuara. Lalu Nasrul pun melangkah.


Skip..


Di sebuah blok bangunan lama.

Ashifa masih tidak sedarkan diri kerana kepalanya di pukul objek keras.

"Woi.. Bangun." jerkah seseorang. Ashifa tersedar akibat jerkahan tersebut.

"Aduh... Sakitnya kepala aku." Desis hati Ashifa. Lama kelamaan penglihatannya semakin jelas.

"Aku dekat mana ni??" tanya Ashifa kasar. Lelaki tersebut tidak menjawab. "Woii.. Aku tanya ni. aku dekat mana?? Jawab la."

"Arghhh.. Bising la kau ni." marah lelaki itu dan melangkah mendekatinya lalu penutup mulut Ashifa dengan kain.. Memekak ja telinga aku. "Eeemm.. Emmm.." Meronta-ronta untuk melepaskan diri.

Lelaki itu tinggalkan Ashifa dan menelefon seseorang.

"Hello boss. Budak ni dah bangun. Sekarang nak buat apa?"

"Kau buat seperti yang dirancang." "Okey boss."

Nasrul di bawa ke sebuah tempat di salah satu blok yang berhampiran dengan tempat Ashifa disembunyikan.

Nasrul memerhati sekeliling tiada pun kelibat orang yang dia cari.

"Mana budak perempuan tu?" Tanya Nasrul berhati-hati dan memandang orang yang mengiring dia.

"Ada... Tapi bukan di tempat ni.." Kata seseorang dari arah belakangnya.

Macam kenal ja suara tu.. Desis hatinya.

Cepat-cepat Nasrul melihat sang empunya suara.

"Alia??" desis hatinya lagi.

"Oooooo... Kau la yang rancang semua ni..." ujar Nasrul senada.

"Well... Well... Bagus tak aku buat semua drama penculikan ni?" Tanya alia sambil tersenyum sinis. "Bagus kepala hotak kau. Apa masalah kau ha? Sampai nak culik Ashifa tu. Apa salah dia dekat kau?" Tanya Nasrul kegeraman.

"Kau nak tahu sebab apa?" Tanya Alia sinis. "Dia tu dah rampas hak aku. Apa yang aku nak semua dia ambik. Termasuk kau sekali." ujarnya lagi.

"Aku? Hak kau? Wow.. Hahahaha. Aku?? Asal aku sekali terlibat? Hahahaha." Tanya Nasrul yang geli hati dengan apa yang Alia katakan sambil ketawa jahat. "Sebab aku sukakan kau. Aku buat semua ni semata-mata nak dapatkan kau. Faham tak?" tengking Alia.

"Hahahhaa... Kau suka aku??" Kata Nasrul sambil menunjukkan dirinya. Alia mengangguk. Wajah Nasrul berubah dingin.

"For your information, aku tak pernah sukakan dekat kau. Langsung tak pernah. Aku sukakan Ashifa seorang je... Kalau kau sakiti dia.. Aku takkan lepaskan kau." Nasrul mengugut Alia.

"Ashifa. Aku yang punya." Kata seorang lelaki yang berjalan melangkah ke arah mereka berdua.

"Wow.. Tak sangka.. Kau pun ada dekat sini, Iqwan? Apa yang kau buat dekat sini? Soal Nasrul sinis.

"Macam yang aku agak. Diorang bersengkokol." Desis hatinya.

"Saja... Aku dengan Alia nak tengok sejauh mana kau sayangkan Ashifa dan macam kau nak selamatkan Ashifa."Kata Iqwan yang berjalan mendekati Alia dan mereka berpelukan.

"Hahahahahaha." bergema gelak ketawa Iqwan dan Alia. Gelak jahat katakan... Kemudian diorang berhenti ketawa.

"Aku takkan lepaskan Ashifa semudah yang kau sangka. Ujar Iqwan sinis.



10 minit sebelumnya..

Sebelum Nasrul turun dari kereta tadi... Dia ada membuat panggilan kepada abangnya seperti yang dirancang. Nasrul sengaja tidak memutuskan panggilan tersebut supaya perbualan tersebut dapat didengari oleh semua orang termasuk pihak polis.

Inspektor Wan memberi arahan kepada anak buahnya supaya bersiap sedia untuk menyelamatkan Ashifa dan Nasrul sekiranya bahaya menimpa mereka.



Alia menelefon orang suruhannya.

"Hello, kau bawa budak tu dekat aku sekarang. Jangan lupa bawa sama barang yang aku suruh bawa tu." ujar Alia perlahan namun masih mampu didengari Nasrul.

Selesai berbual dengan orang suruhannya itu, Alia kembali ke tempat tersebut.

"Kalau kau nak tahu, aku sukakan si Ashifa tu dari aku mula-mula masuk sekolah ni. Hampir 5 tahun aku tunggu. Then kau pula yang potong. Rapat dengan Ashifa.. Aku sakit hati dengan kau. Tu sebabnya aku dan alia berpakat buat semua ni." ujar Iqwan sinis.

Nasrul bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengari olehnya. Namun dia masih mampu mengawal reaksi wajahnya.

"Kalau kau suka dia, kenapa kau tak berterus terang je dengan dia?" soal Nasrul tenang.

"Aku dah bagitahu tapi dia tolak aku dengan alasan dia stay sayang dengan kawannya time dia kecil." marah Iqwan.

"Kesiannya kau.. Aku simpati sangat." ujar Nasrul.

"Simpati la sangat sedangkan hati aku sakit bila aku suruh dia mengaku."

Alia melangkahkan kaki ke arah Iqwan. Alia berbisik kepada Iqwan. Iqwan mengangguk.

"Okey... Kau nak jumpa sangat orang yang kau sayang.. Nanti dia sampai." ujar Iqwan dengan senyum penuh makna.

"Alhamdulillah."

Nasrul berasa gembira kerana dia akan berjumpa dengan Ashifa semula.

"Kau jangan nak gembira sangat. Sebab selepas je kau tengok dia. Dia akan jadi jasad tak bernyawa. Hahahaha." ujar Alia pula.

Bagaikan tidak percaya yang mereka berdua nak bunuh Ashifa.

"Apa korang nak buat ha?? Nak bunuh dia??" Muka Nasrul memerah menahan marah yang melampau.

"Emmm.. Emmm.."

Kedengaran seseorang merengek untuk dilepaskan.

"Ha... Sampai pun." Kata Alia dengan gembiranya.

"Tak lama lagi, kau akan mati ditangan aku." Bisik Alia di telinga Ashifa sambil menarik kain di mulut Ashifa.

"Lepaskan aku la bodoh.. Kalau kau nak buat apa pun kau buat la. Jangan libatkan Nasrul dalam hal ni." Ashifa merayu kepada Alia.

"Dah terlambat pun untuk dia berpatah balik." ujar Iqwan sambil tersenyum. Orang suruhan Alia sudah berada berhampiran dengan Nasrul sambil mengacukan pistol

Sementara itu, pihak polis, abang Adam dan abang Rul sudah mengepung seluruh kawasan itu. Cuma mereka tunggu arahan daripada inspektor Wan untuk bertindak.

Alia tanpa teragak-agak mengacukan sepucuk pistol ke arah Ashifa. Ashifa tersentak. "Apa kau nak buat ha?" marah Ashifa.

Pang...

Satu tamparan mengenai pipi gebu miliknya. "Kau senyap boleh tak? Tengking Alia.

Nasrul yang melihat perbuatan Alia telah mengundang kemarahan yang menggunung. Hanya tunggu untuk meletus sahaja.

"Aku tanya kau satu soalan ja Nasrul. Kau nak lepaskan Ashifa ke tak?" Tanya Iqwan.

"Ya Allah, apa yang aku patut buat... Tolong aku Ya Allah...

Dengan kekuatan yang ada, Nasrul berkata. "Aku takkan sesekali lepaskan dia dekat kau. Aku sukakan dia. Aku cintakan dia...."

Alia tanpa teragak-agak mengacukan sepucuk pistol ke arah Ashifa.

"Aku tanya kau sekali lagi. Kau nak lepaskan Ashifa atau tak?" Tanya Iqwan.

"Aku kata... Aku takkan sesekali lepaskan Ashifa.. Aku sukakan dia... Cintakan dia... Dia satu-satunya perempuan yang buat aku gembira semula. Aku takkan senang-senang lepaskan dia.. Aku akan tetap jaga dia walaupun terpaksa mati sekalipun." ujar Nasrul tanpa berputus asa.

Sayu Ashifa mendengar pengakuan Nasrul.

"Sampai macam tu sekali kau sayangkan aku. Selama ni, aku tak bertepuk sebelah tangan. Aku pun sayangkan kau juga Nasrul." Desis hatinya.

Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Nasrul, Alia terus menarik tudung Ashifa sehingga Ashifa mengaduh kesakitan.

"Aarggghh... Sakit la bodohh." Ashifa maki Alia.

Pang..Pang..

Muka Ashifa dilempang oleh Alia..

"Kau... Kau panggil apa dekat aku?? Bodohh. Kalau kau nak tahu kau tu yang bodoh." Marah Alia.

Tanpa belas kasihan, Alia terus menembak paha kanan Ashifa.

"Ashifa!!!!!!" Nasrul melaung namanya.

Alia terketar-ketar tangannya selepas melepaskan tembakan tersebut. Ashifa pula sudah menangis teresak-esak menahan sakit di bahagian pahanya.

Sejurus mendengar tembakan, pihak polis menyerbu tempat tersebut.

"Kami polis, jangan bergerak."

Alia yang masih memegang pistol, melepaskan tembakan rambang ke arah pihak polis. Anak-anak buah Alia turut melepaskan tembakan.

Begitu juga dengan Iqwan yang mensasarkan tembakan ke arah Nasrul. Tembakan tersebut mengenai bahagian jantungnya. Nasrul jatuh di situ. Nasrul rebah ke lantai.

Dengan kekuatan yang ada, Ashifa berjalan ke arah Nasrul walaupun pahanya sakit.

Pihak polis berbalas tembakan dengan orang suruhan Alia. Tembakan dari pihak polis tersasar mengenai jantung Alia manakala Iqwan berjaya melarikan diri.. Orang suruhan Alia menyerah diri..

Tanpa disedari, Alia sempat mengambil pistol berhampirannya untuk menembak Ashifa yang sudah hampir dekat dengan Nasrul. Meskipun dirinya nyawa-nyawa ikan.

Pom..

Pom..

Salah satu dari tembakan tersebut mengenai belakang Ashifa lalu rebah.

"Nasrul..." Ashifa menyebut nama Nasrul. Lama kelamaan penglihatan kabut dan tidak sedarkan diri.


Skip...


"Ya Allah... Kau selamatkanlah anak-anak aku." Mak Irah berdoa untuk anaknya dan Nasrul. Dia sudah menganggap Nasrul seperti anaknya sendiri.

Ashifa dan Nasrul kini sedang menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru akibat di tembak tadi..

Mak irah, wawa, mas, abang Adam, abang Rul, papa dan juga mama Nasrul sedang menunggu di luar bilik pembedahan.

Sudah hampir 12 jam pembedahan dijalankan, masih tiada tanda-tanda pembedahan selesai.

"Mak Irah, jom pergi makan, dari tadi mak irah tak makan." Pujuk Wawa. Dia tahu mak Irah risau akan keselamatan anaknya itu. "Tak apa la wawa, mak irah okey." tolaknya Mak Irah.

Kedengaran bunyi pintu bilik pembedahan dibuka, abang Adam dan abang Rul melangkah ke arah doktor yang melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Doktor macam mana keadaan adik kami?" tanya Adam.

"Alhamdulillah. Semuanya okey."

"Alhamdulillah.." Kata mereka yang berada di situ dengan gembira.

"Encik Nasrul bernasib baik, peluru tidak terkena di bahagian jantung. Cuma... Cik Ashifa mengalami kekurangan darah. Tapi jangan risau, kami sudah masukkan darah yang sesuai. Sekarang mereka akan dipindahkan ke wad. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu. Saya ada kerja sikit."

"Terima kasih doktor." Ucap Abang Rul dengan teruja.

"Ma... Pa.. Balik la dulu. Rul akan jaga adik malam ni." pujuk abang Kamarul. "Risau la dengan keadaan adik. Lagipun suspek yang terlepas masih lagi bebas." ujarnya lagi. "Ye la kalau macam tu. Papa dengan mama balik dulu.. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. "

"Irah... Kami balik dulu ya.. " pinta

"Mak, jom pergi makan dulu. Nanti mak sakit. Nanti lepas makan kita lawat mereka ye." Adam memujuk mak irah.

"Ye la, along." Akhirnya mak Irah akur.




Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro