Bab 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pagi itu, Ashifa membersihkan kawasan halaman rumahnya. Dalam asyik menyakar sampah.

Pin.. Pin..

Kedengaran posman membunyikan hon menandakan ada hantaran. Posman menunggang motosikalnya ke kawasan rumah Ashifa dan berhenti di hadapan rumah.

Ashifa mendekati Posman itu.

"Cik Nurul Ashifa?"soal Posman itu.

"Ya saya."

"Ni ada surat untuk cik."

"Terima kasih." Kemudian posmen itu berlalu ke rumah sebelah.

"Surat apa pulak ni?" Ashifa tertanya-tanya.

Sebaik di membuka dan membaca kandungan surat itu.

"What?? Surat dari Paris." Ashifa terjerit.

"Maknanya... Aku dapat. Alhamdulillah. Dapat jugak tawaran sambung study dekat oversea." Ujarnya dengan gembila.. "Mak kena tahu ni." tambahnya lagi.

"Mak oooo mak. Cepat la datang sini." panggil Ashifa. "Awat angah. Terjerit-jerit ni." rungut Mak Irah. "Ni mak.. Angah dapat tawaran sambung study dekat Paris." Ashifa memberitahu mak irah dengan gembira sambil Mak Irah membaca surat itu.

"Alhamdulillah. Tu bila adik kena pergi sana?"soal Mak Irah. "InsyaAllah bulan depan." jawab Ashifa. "Nanti petang ajak along pergi beli barang kamu." "Okey mak." Ashifa mencium emaknya. "Bertuah punya anak.. Busuk-busuk cium mak." Mak Irah merungut.

"Ehhh...  Mana ada. Angah wangi lagi la. Hihihihi.." Ashifa terus berlari naik ke biliknya.

"Ni mesti bagitahu mas dengan Wawa ni."

Dia menghubungi kawan-kawannya melalui aplikasi Whatsapp.

Ash: Assalamualaikum

Wawa: waalaikumsalam

Mas: Waalaikumsalam.

Ash: Wei. Nanti kita jumpa dekat tepi sungai petang esok. Da hal nak bagitahu ni.

Mas: ok 👌

Wawa: ok. Aku pun da benda nak bagitahu jugak.

Mas: Me too ..


Skip...


Seperti yang dijanjikan. Diorang berjumpa di tepi sungai hujung kampung.

"Aduh... Asal dia ni lambat kata nak jumpa." Maswati merungut. "Sabar ja la. Sat lagi dia sampai la."pujuk Wawa."Wei.. Sorry lambat." Pinta Ashifa sebaik turun dari basikalnya.

"Ha.. Sampai pun.. Ingat tak mai dah.. Baru sebut nama hang." ujar Wawa.

"Ash, ada apa yang kau nak bagitau kami ni?" Tanya Wawa. Kelmarin, aku ada dapat surat." beritahu Ashifa. "Surat apa? Surat cinta ke?"Tanya Maswati dengan nada mengusik.

"Ish tak la.. Ni surat tawaran sambung belajar kat Paris." ujar Ashifa slamber.

"What?" Wawa dan Mas terkejut.

" Tahniah wei... Tu kau jadi pergi sana tak? " Tanya wawa. "Aku jadi pergi la. Kena pulak kat surat tu ada tulis fakulti yang aku minat." ujar Ashifa gembira.

"Kau pulak wawa, apa benda yang hang nak cerita." soal Mas.

"Sebenarnya aku pun dapat jugak. Tapi dekat New Zealand." ujar Wawa. "Ooooo. Untung la korang dah dapat universiti yang korang nak. Aku tak dapat apa-apa lagi pun." ujarMas sedikit sedih.

"Alololo... Tak payah la nak sedih-sedih. InsyaAllah, nanti dapat jugak." ujar Ashifa.

"Okay. Nanti aku nak korang ada masa aku nak pergi sana. Jangan lupa tau." ujar Ashifa. "Okay." Kata Maswati dan Wawa serentak. Kemudian mereka ketawa bersama-sama.

Petang itu, mereka meluangkan masa bersama-sama di tepi sungai.


Skip...


Di KLIA..

"Ash... Nanti kau jangan lupakan kami dekat sini.. Selalu-selalu la call." Pesan Wawa. "InsyaAllah." balas Ashifa.

Kemudian, wawa dan Maswati memeluk Ashifa. "Weiii!! Sakit la.. Macam tak mau bagi aku pergi sana ja." rungut Ashifa.
"Kalau boleh memang tak mau bagi pun." ujar Maswati.

Kemudian, Ashifa melangkah kakinya ke arah ibunya, mak Irah.

"Angah. Ingat pesan mak ni. Belajar rajin-rajin. Jangan lupa solat dan yang paling penting jangan lupa siapa diri kita dan asal usul kita masa kat sana nanti." pesan Mak Irah.

"InsyaAllah mak. Angah tak lupa." Mak Irah memeluk Ashifa dengan erat.

Berat hati mak Irah nak lepaskan Ashifa pergi ke sana tetapi melepaskan anaknya itu untuk belajar dan untuk masa depan anaknya juga.

"Okay la mak, along.. Angah kena pergi dulu. Assalamualaikum." pinta Ashifa.

Ashifa menyalami ibu dan along. "Along, jaga mak baik -baik." amanah Ashifa. "InsyaAllah. Pergi la nanti terlepas pulak." ujar Adam. Ashifa mengambil bagasi miliknya dan melangkah ke tempat pelepasan.

Dia memandang mereka yang menghantarnya dengan perasaan sayu dan sedih lalu menghilangkan diri ke dalam kapal terbang.

"Mulai saat ini, aku akan berusaha mencapai cita-cita aku. Biarpun aku terpaksa lupakan orang yang aku sayang." janji Ashifa pada dirinya...

Semasa dia berjalan, dia berasa macam orang yang memerhatikanya.

"Biarkan je la.. Aku akan ubah diri aku. Tunggulah kepulanganku nanti. Aku bukan lagi yang semua kenal."

Di sebalik itu, seseorang hanya memerhati dari jauh melihat pemergian Ashifa ke Paris.

"Ashifa... Maafkan aku. Aku terpaksa buat semua ni untuk masa depan kita. Walau apa pun yang terjadi, aku akan tetap tunggu dan terus sayangkan Shifa. Itu janji aku." desis hatinya hatinya.

"Boss, kita pulang dulu." pinta anak buahnya. Nasrul hanya mengangguk. Mereka je berlalu dari situ.

"Adik. Ada dekat Airport lagi?" tanya Kamarul dari corong telefon. "Ye. Baru nak keluar. Lagi 1 jam Nas sampai." ujar Nasrul lalu mengoff call.

"Haishhh..." Nasrul merungut.

Setibanya dia di banglow milik keluarganya, dia terus disapa oleh seseorang.

"Ha... Dah sampai pun." tegur seseorang. "Ehhh mama ni.. Terkejut Nasrul." ujar Nasrul sambil mengurut dada. Jom duduk dulu." pinta mamanya.

Nasrul mengekori mamanya dan duduk bersama-sama yang lain di ruang tamu.

"Nasrul..." panggil mamanya perlahan.

"Ye ma.. Kenapa ni?" soal Nasrul.

"Mama dengan papa dah discuss nak hantar Nas ke Australia untuk handle syarikat dekat sana." ujar mamanya.

"Ma... Pa... Kenapa sampai macam ni? Kenapa tak abang Rul je pergi. Kenapa Nas?" Nasrul tidak berpuas hati dengan keputusan yang mama dan papanya buat.

"Adik... Boleh ye. Dekat sana ada problem sikit. Abang tak dapat pergi sana sebab abang perlu handle projek dekat sini. Harap adik boleh la pergi sana. Boleh?" pujuk Kamarul.

" Hemm.. Ye la. Bila?" Nasrul mengalah. "Esok." jawab mamanya. "Hemmmm... Okay la. Nas naik dulu. Assalamualaikum." Nasrul berlalu dari situ.

Keesokannya, Nasrul fly ke Australia untuk menguruskan syarikat papanya memandangkan berlakunya masalah penyelewengan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro