19- Laksa Penang Aidan Hakimi

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"LET her go". Aidan masih cuba untuk bicara seeloknya dengan Kasyaf agar lelaki tak guna tu boleh lepaskan genggaman tangannya pada pergelangan tangan Jasmine.

"Dia ni siapa, Jasmine? Dia ke calon suami baru Jasmine?". Matanya tajam mencerlung biji mata Aidan. Geram sahaja Aidan mahu keluarkan sepucuk Desert Eagle bewarna hitam yang ada di bahagian belakang seluarnya. Tembak je kepala Kasyaf yang degil tu sampai berkecai. Tapi, dia bukan Lee. Jadi, dia kena bersabar, fuh.

"Apa yang kau mengarut ni, Kasyaf? Lepaslah! Sakit". Jasmine sedaya upaya ingin melepaskan genggaman yang tersangatlah kasar itu.

"Jasmine kena ikut Kasyaf. Kasyaf nak cakap sesuatu dengan Jasmine". Apabila Aidan terleka sedikit, dia terus mengheret Jasmine ke arah belakang kedai baju itu. Lebih tepat lagi di ruangan mencuba pakaian.

"Woi!". Tengking Aidan lalu terus mengejar jantan tak reti bahasa tu.

Dia sedaya upaya cuba untuk mengetuk bilik yang digunakan untuk menukar pakaiannya itu kerana bilik itu telah dikunci daripada dalam oleh Kasyaf.

"Kau buka pintu ni!". Habis kecoh suasana di dalam kedai itu disebabkan oleh suara jeritan Jasmine dan tengkingan Aidan.

Disebabkan sudah tiada pilihan, dia keluarkan pistol hitam yang disimpan olehnya dan tanpa amaran, dia terus menembak pintu itu sehingga terbuka.

Hampir kesemua staf dan pelanggan yang ada di dalam kedai baju itu panik mendengar bunyi tembakan yang bergema di seluruh ruangan mall itu.

Pistol diangkat tinggi agar sama aras dengan dahi Kasyaf. Perlahan-lahan Aidan menyambut pergelangan tangan Jasmine untuk membawa dia pergi daripada situ.

"Pastikan aku tak nampak lagi muka kau. Kalau tak-". Belum sempat dia habiskan katanya, pistol yang ada di udara diturunkan oleh sebuah tangan.

Tangan yang memegang pergelangan tangan Jasmine diganti dengan tangan yang lain. Ya, tangan Caden. Entah daripada mana munculnya dia. Tiba-tiba aje ade.

" Balik, Aidan. Nanti polis sampai. Biar aku je uruskan dia ni". Tegas suaranya berkata, memberi arahan.

"Aidan, kau buat apa ni? Kita bukan dekat Rusia lah bodoh!". Kepala Aidan diketuk sekali oleh Alex sebelum dia membawa Aidan pergi, keluar daripada kedai itu. Sempat Aidan menangkap mata Melvin yang menjeling tajam wajahnya di luar kedai itu.

"Sorry, hehe". Ujar Aidan kepada Melvin yang sudah macam nak telan dia hidup-hidup itu.

"Alex, biar dia balik dengan aku. Kau drive untuk Caden dan Dr. Jasmine. Kau, ikut aku". Jarinya lurus menunjukkan ke arah Aidan yang masih terpinga-pinga di situ.

"Jangan lah marah, Vin. Aku cuma nak lindungi Dr. Jasmine je".

"Diam. Balik dulu, sebelum polis cekup kau. Kita bincang dekat rumah".

"Okay...". Perlahan sahaja suara Aidan menjawab. Nampak sangat terasa dengan semua orang yang hanya tahu nak marahkan dia sahaja. Padahal dia hanya cuba untuk lindungi Jasmine. Kalau jadi apa-apa dekat Jasmine tadi, dia juga yang akan dipersalahkan.

🦋

SUNYI sahaja situasi di dalam kereta yang dipandu oleh Alex
itu sepanjang perjalanan mereka untuk pulang ke rumah.

Allhamdulillah. Tak sampai beberapa jam, hal dengan polis sudah selesai. Caden membayar jaminan sebanyak RM 50 000 sebagai denda kepada Aidan yang melepaskan tembakan secara melulu. Nasib baik la, dia dah ada lesen senjata api, dibuat di Rusia dulu. Pampasan sebanyak RM 10 000 juga telah dibayar oleh Caden kepada keluarga Kasyaf agar dia menggugurkan tuduhan menakut-nakutkan mangsa menggunakan senjata api kepada Aidan.

Jasmine kelihatan sedang menggosok-gosok lembut pergelangan tangannya yang masih memerah akibat daripada cengkaman Kasyaf sebentar tadi.

"Tangan kau, kenapa?".

"Takde apa-apa. Saya terlanggar pintu tadi". Tipu Jasmine.

"Kau nak cuba bodohkan aku ke, Nazia? Siapa buat tangan kau jadi macam ni? Aidan atau Kasyaf?".

"Kenapa pula Aidan? Dia yang tolong saya tadi. Lagi satu, kenapa awak tengking Aidan ikut telefon tadi? Kalau takde dia tadi, Im 100% sure that I will be sexually harassed". Jasmine cuba untuk membela Aidan. Dia percaya Aidan tidak bersalah di dalam hal ini.

"Dia keluarkan senjata api di tempat awam ni Malaysia, Nazia. Salah di sisi undang-undang sebab tindakan dia tu akan membahayakan orang ramai".

"Astagfirullahalazim, Caden. Dia guna pistol tu untuk buka pintu yang terkunci sebab Kasyaf yang kunci. Bukan dia guna untuk tembak orang sesuka hati. Kalau dia tak guna kekerasan, saya-".

"Diam, Nazia. Aku tak nak bincang lagi pasal ni". Terus kata-kata Jasmine terpotong.

Sempat Alex menjeling melalui cermin pandang belakang, pasangan yang sedang bergaduh itu. Sorang, tetap nak bela Aidan. Sorang lagi, nak juga salahkan Aidan. Habistu, siapa yang nak salahkan Kasyaf? 'Suspek' utama dalam hal ini?

Alex menggeleng-geleng kepala. Penat dia fikirkan hal ini.

🦋

TOKK, TOKK, TOKK...

Perlahan Jasmine mengetuk pintu bilik gaming Aidan itu. Niatnya mahu memujuk lelaki muda itu. Yela, semua orang tengah marahkan dia sampai dia merajuk. Ceh, dah besar pun nak merajuk. Sampai tak makan daripada balik mall tadi sampai lah sekarang ni, dah pukul 10 malam.

"Aidan, boleh awak keluar sekejap? Saya nak cakap sikit ni".

Selang beberapa saat, pintu itu dibuka. Kepala Aidan dengan rambut yang berserabut dijengulkan keluar.

"Jasmine? Kenapa? Maaf, tak boleh buka penuh. Aku tak pakai baju". Ya, jelas kelihatan bahunya yang terdedah itu.

"Saya lapar. Boleh awak masakkan laksa penang? Petang tadi awak janji dengan saya awak nak masak". Jasmine tidak tahu cara untuk memujuk lelaki. Jadi, dia harap cara ini jalanlah. Dia hanya mahu Aidan keluar daripada biliknya itu. Makan, mandi. Bukannya dia lapar sangat pun.

"Kau turun dulu. Aku nak mandi, nanti aku turun masak".

"Hm, okay!". Jasmine mengangguk riang. Yes! Kan dah cakap, cara ni akan jalan.

Baru sahaja dia nak turun tangga, terdengar suara garau berais yang menegurnya.

"Buat apa kat tingkat 2?". Caden menyoal.

"Saya pujuk Aidan. Kesian dia, semua orang marah dia".

"We don't do this here, Nazia. Soon, he will be fine by himself. Tak perlu orang pujuk". Caden cuba untuk memegang tangan Jasmine, tapi lantas Jasmine melarikan tangannya.

"Kau kenapa? Nak merajuk juga?". Soalnya lagi sambil tertawa kecil.

"Ya, saya nak merajuk dengan awak selagi semua orang dalam rumah ni tak minta maaf dengan Aidan. Bunyi macam mengada kan? Tapi saya nak tegaskan yang Aidan tak bersalah. Kalau dia takde tadi, saya takkan selamat, tahu?". Jasmine mencebik sebelum meneruskan langkahnya untuk ke dapur. Menunggu masa untuk makan laksa penang bersama Aidan Hakimi, si kuat merajuk.

🦋

TANGAN Caden ditadahkan ke udara sebaik sahaja dia melihat Aidan menjejakkan kakinya ke dapur itu. Sambil bersaksikan mata yang lainnya. Semua tengah tunggu Aidan dekat dapur.

Seperti tahu apa yang Caden mahukan, dia terus meletakkan pistol yang digunakan tadi ke atas tangan Caden.

Tegak Aidan berdiri di tepi Caden sambil menundukkan kepalanya. Jujur, ada juga la terdetik rasa bersalah di dalam hatinya.

Seisi rumah itu hanya menyaksikan Caden yang sedang sibuk mengeluarkan semua peluru dan memasang semula hanya sebiji daripadanya ke dalam pistol milik Aidan itu. Pistol itu kemudiannya dihulurkan kembali kepada tuannya.

"Nah".

"Kenapa? Aku ingat kau nak pegang dulu".

"Kalau aku marah kau lagi, ada orang tu nak merajuk dengan aku. So, ambil ni. Ada satu je peluru dalam tu. Guna bila perlu je, Aidan. By 'bila perlu' I meant, situasi yang melibatkan nyawa. Bukan macam situasi petang tadi. Kalau kau cuai lagi macam tadi, you will no longer have even a chance to go to a mission with us. Kau cuma akan duduk rumah dan kesan lokasi musuh. No guns, no riffles, no senjata api. Hanya komputer. Understood?". Panjang lebar Caden berpesan kepada Aidan di hadapan meja makan yang dipenuhi dengan semua orang itu.

" Thank you, Gil. Aku sayang kau. Jangan lah marah aku lagi. Aku tahu aku salah". Nak aje dia peluk Caden, tapi dia tahu lelaki itu tidak suka akan sentuhan.

"Kau bertiga pun. Jangan lah marah aku lagi". Dia memandang ke arah semua yang ada di situ.

"Boleh, boleh, boleh. Tapi dengan syarat". Lee berkata. Eh, Lee? Bukan dia takde ke kat tempat kejadian tadi? Menyempat je kau erk, Lee.

"Syarat apa?".

"Aku dengar kau nak masak laksa penang untuk Dr. Jasmine. Apa kata...". Alex menunggu ayatnya untuk disambung oleh Melvin.

"Kau masak untuk semua". Sambung Melvin.

"Boleh! Bagi aku masa satu jam. Pukul 11, laksa penang akan siap. Korang pergi tunggu dekat ruang tamu dulu. Nanti dah siap, aku panggil. Jasmine, boleh tolong pegangkan ni?".

Semua seumpama membeku di tempat duduk mereka, termasuk Caden apabila melihat pistol milik Aidan itu diletakkan oleh tuannya di hadapan Jasmine.

Terangkat sebelah kening Jasmine. Sebenarnya, daripada tadi lagi dia pelik yang dekat mana Aidan boleh dapat pistol ni.

"Cop, cop. Korang kerja apa sebenarnya?". Soal Jasmine dengan penuh tanda tanya.

Ha, sudah! Nak jawab apa?

🦋

Aidan comellll.

Author sendiri pun simping over Aidan ><

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro