23- Kemunculan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"CADEN orang mana? Babah tak pernah tengok lagi orang Malaysia bermata hijau, bernama macam Caden". Encik Nazman bertanya sambil ketawa ayah-ayah.

Ya, semuanya sudah dijelaskan sebentar tadi. Dan syukur Allhamdulillah Encik Nazman dan Nazrien amat memahami situasi Caden dan Jasmine. Kata mereka, "Biarlah benda sudah jadi. Lagipun, Ling ling dah selamat berkahwin dengan Caden. Cuma babah nak pesan, jaga anak babah ni baik-baik tau", "Tulah, jaga adik aku baik-baik".

Dan adalah beberapa pesan dan nasihat yang diturunkan daripada seorang ayah kepada anaknya. Dia langsung tidak kuat melenting tentang perkara ini. Baginya, kalau itu kata Jasmine, maka dia akan percaya. Dia sangat mempercayai anak-anaknya dan dia menganggap perkahwinan mereka merupakan satu takdir.

Caden diam. Sebenarnya, dia agak kekok untuk membuka mulut. Maklumlah, bukannya reti sangat dia nak bercakap banyak dengan orang.

"Caden orang Rusia, babah". Jasmine pula yang mengambil tempat Caden untuk menjawab.

"Half or what?". Tanya Nazrien pula.

"Memang lahir dan membesar di Rusia. My nationality is Russian actually. Datang ke Malaysia untuk cuba menetap dekat sini. Tapi bukan bermastautin la, jarang-jarang, balik juga ke Rusia sana". Selepas menarik nafas panjang, Caden akhirnya menjawab soalan itu apabila Jasmine baru sahaja mahu membuka mulut lagi.

"Caden takde niat nak menetap terus di Malaysia ni? Sebab babah sebenarnya tak sanggup nak berjauh dengan Ling ling. Kalau Ling ling ikut kamu balik Rusia nanti, babah takut babah rindu".

"Itu saya belum fikir lagi". Formalnya bahasa kau, Caden! Kau tengah bercakap dengan client ke bapa mertua ni?

"Maaf kalau babah bertanya lagi, tapi nama Islam kamu apa?". Encik Nazman tersenyum manis. Takut juga dia soalan itu mampu menyinggung perasaan Caden.

"Nama sebelum saya masuk Islam, Caden Velkov Gilbert. Nama Islam saya, Sayf Muhammad Maleeq bin Abdullah". Kan dah cakap, nama Islam Caden ialah nama yang paling indah pernah Jasmine dengar.

"Babah dan Abang Nazrien nak panggil apa?". Tersenyum manis Jasmine sambil bertanya kepada kedua ahli keluarganya itu.

"Babah panggil Sayf. Indah nama tu".

🦋

"SAYF, nak pegang tangan awak boleh?". Tersengih-sengih Jasmine bertanya sambil memanggil nama Caden yang lain itu. Suka pula dia mengusik Caden yang sedang fokus memandu.

"Im driving, Ling ling". Akhirnya, dia juga yang kena usik balik. Usik bukan main-main. Terus Caden panggil nama panggilan yang keluarga Jasmine guna.

"Jangan lah panggil saya Ling ling".

"Jangan panggil aku Sayf. 'Caden' will be good enough". Dia menegaskan. Entah kenapa, bukan dia tak suka dengan nama itu. Bukannya dia tak gembira kalau ada orang panggil dia dengan nama tu, cuma terasa sedikit janggal.

"Kenapa pula? 'Sayf Muhammad Maleeq', nama seorang lelaki yang paling indah pernah saya jumpa. Saya suka nama tu. Takde takde, saya nak juga awak Sayf". Tegas wanita itu pula. Tak nak kalah.

"You do you, Nazia".

"Okay, maknanya awak izinkan lah kan saya panggil awak Sayf".

"Suka hati, Nazia. Suka hati".

"Kalau macam tu, give me your hand. Saya nak pegang". Jasmine menadah tangannya ke udara. Menunggu untuk Caden menyambutnya.

"Aku tengah memandu, Nazia".

"Bukan awak cakap awak suka ke kalau saya sentuh awak?".

Malas nak berceloteh lagi, dia memberikan sahaja tangannya kepada Jasmine.

Sebenarnya, bukan Jasmine nak pegang sangat. Tapi, dia nak tengok sesuatu yang ada di sisi jari manis Caden. Sekeping handy plus yang seakan-akan cuba untuk menutup sesuatu. Dia tersedar pun masa Caden makan malam di rumah babahnya tadi.

Dibelek-beleknya jari Caden itu. Handy plus bewarna kulit itu perlahan-lahan ditarik buka membuatkan Caden serta-merta memberhentikan keretanya di tengah-tengah jalan yang sunyi itu. Nasib baik la tiada kereta yang lalu.

"Ni tatu ke? Awak ada tatu?". Soal Jasmine. Tatu yang tertulis 'Velkovace' itu diusap perlahan.

Caden hanya sekadar merenung dingin Jasmine. Mulutnya masih tertutup.

"Oh, takpe saya tahu. Ni mesti sebelum awak peluk Islam kan? Its okay, saya takkan paksa awak untuk buang". Disebabkan kata-kata itu, tangan Caden naik untuk mengelus lembut pipi Jasmine.

"Ini tatu keluarga. Aku buat tatu ni, 5 tahun lepas". Ringkas Caden menjelaskan.

"Oh, patut la".

Caden mencium sekilas dahi Jasmine sebelum mula menghidupkan semula enjin keretanya. Belum sempat dia memandu kembali, terlihat empat motorsikal berkuasa tinggi beserta sebuah pacuan empat roda berhenti di hadapan Lamborghini Aventador biru nya.

"Siapa tu?". Jasmine bertanya.

"Nazia. I need you to stay in the car sampai Melvin datang ambil. Kau tunggu dia. He's on his way, here. Lepastu, kau balik dengan dia dulu. Aku ada hal". Seperti sudah tahu apa yang terjadi, dia berpesan ringkas kepada Jasmine.

Jasmine menarik tangan Caden yang baru sahaja mahu keluar daripada kereta itu.

"Jangan pergi. Saya takut, Sayf".

"Jangan takut, sayang. Aku dah suruh Melvin datang. Aku balik lewat malam ni, kau jangan tunggu aku". Dia mencium lembut bibir Jasmine sebelum pergi daripada kereta itu. Pintu dikunci daripada luar. Risau takut-takut Jasmine turun sekali.

"Sayf!". Tak nak. Dia tak nak duduk sorang-sorang. Dia takut.

Tak lama selepas itu, Melvin datang.

Tanpa banyak bicara, lelaki itu terus mengheret Jasmine untuk masuk ke dalam keretanya. Untuk dibawa pulang. Caden ditinggalkan sendiri di tengah-tengah jalan bersama orang-orang yang tak dikenali itu.

🦋

"CADEN! Long time no see, eh?". Dia. Dia orang yang paling berdendam dengan Caden. Baginya, Caden lah punca teman wanita nya mati. Baginya, Caden berhutang nyawa dengannya.

Dia ialah Darren King. Musuh lama Keluarga Velkovace.

"Чего ты хочешь от меня, глупый (kau nak apa daripada aku, bodoh)?". Desert Eagle yang selalu dibawa sudah dikeluarkan dan dipegang di tangan. Sebagai langkah perlindungan.

"Jangan buat benda bodoh, Caden. Kau tu sorang-sorang". Darren tergelak besar di saat dia melihat Caden yang sedang memegang pistol itu.

"Oh, lupa nak tanya. Mana perempuan cantik dalam kereta kau tadi?". Darren menjenguk-jenguk ke arah kereta Caden. Perempuan cantik yang dimaksudkan ialah Jasmine.

"Kau jangan sentuh dia, King. Dia tak terlibat dalam hal ni".

Darren berjalan mendekati Caden. Matanya tajam menikam mata Caden. Mencuba untuk memberi amaran.

"Jangan dia baik-baik, Caden. Luka hati aku yang disebabkan kau 2 tahun lepas, masih lagi berdarah. Kau bunuh dia! Hutang nyawa harus dibalas nyawa!".

"Sekali kau sentuh dia, aku bersumpah aku akan bunuh kau, Darren". Caden melafazkan sumpahnya di bawah bulan yang mengambang penuh pada malam itu.

"Caden nak bunuh aku? Come on, bukan ke kau dah berubah? Kau dah tak nak bunuh-bunuh orang kan? Jangan mungkir janji kau, Caden".

"I will do anything for her. Sekalipun, aku perlu mungkir janji tu". Caden berkata keras.

"Kenapa? Sebab muka dia... Tak nak la aku cakap. Okay lah, Caden. Aku cau dulu. Ingat, jaga perempuan tu baik-baik. Jangan sampai aku dapat dia". Ugutan percuma diberikan tanpa diminta oleh Darren kepada Caden sebelum dia melangkah pergi.

"Fu*king shit!". Carutan itu terdengar sebelun dia masuk ke dalam keretanya untuk dipecut pulang ke rumah.

🦋

I is baru bangun guys.
So, heres your new chapter!

Ha, indah tak nama Islam Caden?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro