5- Boots

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MATI-MATI Jasmine ingat yang dia seorang sahaja ada di dalam kereta yang dipandu oleh Lee itu. Padahal, timbul pula seorang lelaki dingin yang mengheretnya masuk ke dalam bilik bercadar pastel purple tadi.

"Kenapa kau ikut aku, Vin?". Si pemandu bertanya kepada Melvin yang sedang duduk di tempat duduk belakang sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap.

"Entah".

"Entah?".

"Gil suruh aku keluar dengan kau. Dia suruh Alex pergi survey airport untuk penerbangan esok. Aidan pulak dia suruh tinggal kat rumah, suruh bincang apa entah dengan dia". Ni bukan sekadar 'entah' ni, ini namanya Melvin malas menjawab pertanyaan Lee.

"Bincang apa erk? Tadi dah bincang kan? Pelik aku dengan dua orang tu".

"Biar la diorang. Takyah sibuk nak ambil tahu".

"Yela-yela". Ujar Lee seumpama berserah. Ala, dia baru nak korek lebih sikit rahsia Aidan dan Caden. Melvin pula dah bagi amaran awal-awal. Sedih la Lee macam ni. Siapa boleh pujuk dia? Angkat kaki.

"Ha, yang kau ni. Duduk diam-diam boleh tak?". Suara yang tenang tadi bertukar menjadi serius tatkala matanya terarah kepada Jasmine yang sedari tadi mengusap telapak kedua belah kakinya.

"Kaki I macam pedih la. Mesti sebab I jalan atas jalan tar panas tadi. Kasut I pula you tak kasi cari tadi. Nanti I nak jalan pakai apa? Makin sakit la kaki ni nanti". Haih, orang tanya dua patah je. Dia balas berpatah-patah. Mana tak serabut Lee.

Lagi satu, Lee mana biasa dengan keadaan bising-bising macam ni. Selalunya rumah yang mereka biasa lepak iaitu rumah Caden, sunyi. Selalu mereka buat kerja masing-masing je. Munculnya Jasmine walaupun hanya buat berapa ketika, terus riuh rendah.

"Vin, cuba kau ambil boots hitam dekat bawah tempat duduk aku ni".

"Mana satu? Ada dua". Soal Melvin.

"Ambil yang Saint Laurent, warna hitam". Arah Lee. Langsung dituruti sahaja oleh Melvin. Kan tak ikut, mahu tercetusnya perang dunia ke-4 dalam kereta tu. Dah tak boleh balik Jasmine. Tch, tch, tch kesian...

"Bagi kat perempuan ni".

Huluran daripada Melvin itu disambut dengan redha oleh Jasmine. Entah boots siapa-siapa yang dia bagi dekat Jasmine ni. Jangan kata boots milik Caden sudah. Mahu mengamuk tuan punya kasut tu nanti.

"Kasut siapa ni? Nanti macam mana I nak bagi balik?".

"Tak payah bagi balik. Kan senang". Sesenang itu sahaja jawapan daripada seseorang yang networth sebulannya melebihi $10M.

"Eh, serius la? Saint Laurent ni". Lagi nak ditanya la Si Jasmine ni. Ada juga aku betul-betul ketuk kepala nanti.

"Kau ni dah kenapa? Tadi mengadu kaki pedih la, apa la. Orang dah bagi tu, tak payah banyak soal boleh tak? Pakai je la. Boots tu, tak payah bagi balik. Simpan je buat saka kau makan". Kesabaran Lee semakin menipis melayan Jasmine. Dah la disebabkan dia, Lee kena jemur tengah panas oleh Caden tadi.

Technically, salah Lee juga. Orang dah cakap, jangan pukul Jasmine. Dia pukul juga. Siapa suruh? Kan dah kena penangan jemuran ikan kering tu. Dengan Alex, Alex sekali terkena tadi. Kenapa? Sebab Alex pun ikut dia.

"I takde saka la".

"Eh diam la perempuan! Banyak bunyi pula kau". Terlepas juga tengkingan yang ditahan-tahan sedari tadi. Tersentak sedikit bahu Jasmine.

Tak pernah-pernah dia kena tengking macam ni dengan lelaki. LELAKI PULA TU!

"You tengking I sekali lagi, I bagitahu-".

"Bagitahu siapa? Caden? Huh!". Dia gelak sinis di hujung ayatnya. Saja la tu nak cari gaduh dengan Jasmine. Tak malu betul gaduh dengan perempuan. Macam budak-budak la Lee ni.

"Apa pulak bagitahu Caden. Eh jap--Caden tu siapa?". Pap! Jeng, jeng, jeng! Pertanyaan itu membuatkan seisi kereta itu diam.

Mata Lee mengerling wajah Melvin melalui cermin pandang belakang kereta itu.

"Apa?".

"Tell her".

"Ленивый (malas)". Terus dia buat-buat pejam mata. Dia yang pandai sangat buat ayat berspekulasi macam tu, biar dia sendiri la yang uruskan. Malas Melvin layan!

"Глупый (bodoh). Now, how should I tell her?". Lee menggaru-garu keningnya yang langsung tidak gatal itu. Tidak tahu bagaiman hendak dia jelaskan kepada Jasmine.

"Caden tu... Eh jap, kenapa aku kena bagitahu kau? Kau ni siapa sebenarnya? Apa kaitan kau dengan kitorang?". Lee cuba ubah fokus soalan. Bukannya dia tidak tahu siapa Jasmine, cumanya dia mahu ubah soalan. Tak tahu macam mana nak terangkan yang siapa itu Caden.

" Eh, tanya I pula. Yang korang culik I kenapa?".

" Sebab kau yang cakap dengan boss kitorang, kau nak kahwin dengan dia tu kan? Ceh! Kahwin konon".

"Ceh, kahwin?". Sambung Melvin. Cukup geli kalau orang bercakap pasal kahwin ni.

"I tak sengaja la! Jangan lah sebut lagi pasal tu. Buat-buat lupa je la".

"Nak kahwin dengan boss konon. For your information, he has been single since forever. Kau tak akan mampu nak lawan cinta pertama dia. Berhenti berangan, Dr. Jasmine". Pap! Fuh, memang menusuk hati la kata-kata Lee ni.

Melvin yang dekat belakang tu dah berasap, rasa nak cili-cili kat situ juga mulut Lee. Harap takde cili aje. Geram juga dengan Lee tu! Tiba-tiba sahaja nak buka kisah lama majikannya kepada orang lain. Orang asing!

"Lee stop it. Gilbert will be mad if he know you told her about this".

Dahi Jasmine berkerut.

'Aik, tadi Caden. Ni Gilbert pula. Dua orang yang berbeza ke?'. Soalanya di dalam hati. Entah la, malas nak ambil tahu.

"Alright, Im sorry". Seakan baru tersedar yang dia dah terlepas cakap, terus dia tutup mulut. Zip rapat-rapat. Takut terbuka lebih banyak rahsia yang tak patut orang luar tahu.

🦋

"TERIMA ka-".

Belum habis lagi ucapan 'terima kasih' daripada Jasmine kepada sang pemandu kereta, dia terlebih dahulu dipotong.

"Daun keladi. Ada jodoh, aku tak nak jumpa kau lagi. Tata!". Sebelah tangannya mengawal stereng kereta yang sudah mulai membelah jalan itu, sebelah lagi dikeluarkan daripada tingkap untuk melambai Jasmine.

"Poyo! Ingat aku nak sangat ke naik kereta dia tu!". Tak puas hati betul dengan mamat berlagak macam Lee tu. Dah la sesuka hati culik orang, pastu berlagak nak mampus. Ingat dia tu apa?

🦋

Boots di kaki di buang sebelum Jasmine melangkah masuk ke dalam apartmentnya. Ya, dia tinggal sendiri. Kadang-kadang je balik rumah babah nya yang agak jauh daripada kawasan apartmen nya.

Harini, dia nak rehat sahaja. Harapnya, tiada la urgent calls samaada daripada hospital ataupun sesiapa sahaja.

Kasyaf. Ya, Kasyaf. Lelaki itu.

Tiba-tiba hatinya sakit mengingatkan lelaki yang telah berlaku curang kepadanya itu.

'Sudah la! Kasyaf bukan handsome sangat pun'. Dia cuba untuk memujuk hatinya sendiri. Kalau tak, siapa lagi nak pujuk kan? Kesian...

Ketika dia hendak meletakkan boots yang dipegang ke rak kasut yang ada di luar pintu rumahnya itu, dia terperasan sesuatu. Dua patah perkataan yang terukir di bahagian tepi kasut itu.

Caden Gilbert

Dua perkataan itu diukir di kasut itu dengan gaya tulisan berangkai.

"Siapa? Ni bukan ke nama yang lelaki-lelaki tadi sebut?". Jasmine kelihatan berfikir sebentar sebelum barulah dia benar-benar dia meletakkan boots Saint Laurent itu ke atas rak kasutnya.

Masak lah kau, Lee! YANG KAU KASI BOOTS CADEN DEKAT PEREMPUAN NI KENAPA?!

🦋

Ganas betul Lee. Tachod!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro