56- Plan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"SEDAP sangat ke Big Mac tu sampai tak pandang aku langsung?". Tegur Caden sambil tersenyum manis tatkala melihat Jasmine yang sedang 'khusyuk' menerkam burger itu. Suka betul ya, makan makanan tak berkhasiat. Dia tu dah la tengah mengandung!

"Sedap. Awak nak?". Dia mengangguk-angguk laju. Persis seperti kanak-kanak polos. Dengan mayonisnya terlekat di pipi kanan. Dengan tudungnya yang disarung tanpa membuang pigtail nya terlebih dahulu, membuatkan Jasmine seperti memiliki tanduk sahaja. Comel sangat!

" Makan lah. Aku dah kenyang".

Dia tersenyum lagi walaupun hatinya tetap resah. Macam mana la dia nak bagitahu Jasmine yang dia sudah mahu hidup tetap di Rusia. Tidak lupa juga tentang niatnya yang turut sama ingin membawa Jasmine menetap di sana bersamanya.

"Kalau dah kenyang, kenapa tengok saya macam tu?". Soalnya, matanya tiba-tiba memandang runcing si suami.

"Awak jangan macam-macam erk". Jari ditunding ke arah Caden. Apa yang dia fikir pun, tak tahu.

"Apa, sayang? Aku tak cakap apa-apa pun. Kau tu yang suka sangat fikir benda mengarut". Caden tergelak kecil.

"Hey, mana ada la!". Jasmine membentak. Makanan yang dipegang diletak dengan agak kasar ke dalam kotaknya semula. Ha dah mula dah tu. Nak mengamuk, merajuk aje kerjanya.

Caden hanya mampu menertawai isterinya itu. Comel sangat! Hilang sikit stres yang hinggap di seluruh ruang hati dan mindanya itu.

"Nazia, sebenarnya aku nak bincang sesuatu dengan kau". Caden menarik nafas dalam untuk memulai perbincangan. Dia harus menjelaskan dengan lebih terperinci agar Jasmine faham.

Isterinya ini bukan boleh sangat, tersalah cakap sikit, terus nak melenting. Baran betul!

"Apa?". Ha kan dah kata. Belum mula lagi, dah garang. Takut betul la dengan mak buyung ni!

"Ikut aku tinggal di Rusia, nak? Atuk aku dah lama nak tengok kau. Dia excited nak dapat cicit". Jelas Caden secara lancar. Walaupun hakikatnya jiwanya berdebar-debar, tetapi dia harus tetap tenang dalam menjelaskan segalanya.

"Tapi babah? Abang Nazrien? Kerja saya?". Mulutnya dibentuk persis seperti huruf 'U' terbalik. Air ice lemon tea yang berada di tempat pemegang air di dalam kereta itu diambil dan dihirup.

"Aku dah bincang dengan babah. Dengan Abang Nazrien".

"Bila?".

"Tadi".

"Masa awak keluar dengan Melvin tu ke?". Jasmine menyoal. Oh, sebab itu ke Jasmine tak dibenarkan ikut? Ada projek rahsia rupanya.

"Yes. Aku pergi jumpa babah dengan Abang Nazrien. Aku dah cakap yang kau akan ikut aku ke Rusia. Abah mulanya berat nak lepaskan kau but after I did convince him, he finally agreed. Dia cuma pesan untuk aku jaga kau baik-baik. Setiap kali raya, mesti balik Malaysia. Kalau boleh, dia nak kita tiap 3 bulan sekali balik ke Malaysia nanti". Panjang lebar Caden cuba untuk menyakinkan Jasmine.

"Hm... Kalau macam tu... Boleh lah". Beberapa fries dicapai daripada bekasnya dan disuakan ke mulut.

Aih, semudah ABC?

"Aik, senang betul".

"Asalkan babah bagi, saya okay je. Oh satu lagi, kerja saya?".

"Nak kerja juga? Kau kan tengah mengandung ni". Caden mulai merisaui Jasmine. Kandungan dah nak masuk 5 bulan lebih, tetap juga nak kerja. Dah banyak kali Caden nasihat untuk rehat seketika, namun dia tetap juga berdegil.

"Maksud saya, lepas saya siap berpantang nanti. Macam mana?".

"You will be a neurosurgeon there in Rusia. And if you wish to have your own private hospital, I can arrange it". Serius la!? Caden bahkan ingin membina sebuah hospital untuk Jasmine demi memujuk wanita itu untuk tinggal di Rusia bersamanya.

"Hm, okay. Pasal hospital tu, tak payah la. Saya boleh je kerja dekat hospital kerajaan dekat sana. Buat bazir duit je".

"Whatever floats your boat, Nazia. Asalkan kau ikut aku ke sana". Dia mencapai cawan tinggi berisi ice lemon tea berais itu lalu memutar-mutarkan cawan kertas tinggi itu untuk mencari bekas bibir si isteri. Sebab Mc Donald tak bagi straw.

Setelah berjaya dicari tempatnya, cawan itu disuakan ke mulut dan dia meneguk minuman dingin itu.

"Kenapa minum dekat tempat bibir saya tu?".

"Correct me if Im wrong but wasn't the Prophet Muhammad P.B.U.H drank from the same cup and the same spot as Aisyah R.A did?".

"Mana awak tahu?". Malu-malu pula Jasmine apabila dia tersedar yang suaminya cuba untuk bersweet-sweet dengannya tika itu.

"Ustaz bagitahu. Dulu masa mula-mula kenal Islam, aku rajin tau pergi masjid, dengar ceramah".

"Bagus lah suami saya ni. Tapi satu je tak bagus". Ha sudah, apa pulak yang tak bagusnya?

"What is it?".

"Boleh tak kalau awak stop guna 'aku-kau'? Tak sweet langsung!". Jasmine mencebik. Bunga-bunga nak merajuk lagi lah tu.

"Tak nak. Aku tak suka guna kata ganti nama yang lain. Aku rasa 'aku-kau' tu dah cukup sweet dah. Kau tak rasa macam tu ke?".

Jasmine kelihatan berfikir sejenak.

"Ya, tak ya juga kan? Mana pernah saya tengok pasangan lain bercakap guna 'aku-kau'. Ha, takpela. Tak payah tukar. Nampak lain daripada lain sikit kita ni". Dia memeluk lengan Caden. Gembira pula rasanya! Tiba-tiba sahaja.

Caden tersenyum melihat gelagat isterinya itu. Senang betul nak buat Jasmine gembira.

Tapi...

Senang juga nak buat dia naik angin. Takut!

🦋

"KENALKAN, aku Adam Lee. Harini, aku nak uji campuran asid yang baru je aku buat ni atas luka dekat kepala kau tu". Botol kaca yang terkandung asid sangat rendah nilai pH itu dibuka sambil Lee berjalan mendekati Nisha yang diikat di tiang besi di tengah-tengah ruangan itu.

"Kau nak buat apa hah?!". Tempik Nisha. Tangannya cuba untuk meloloskan 'diri' daripada gari besi yang ketat itu. Namun, sia-sia sahaja apabila kedua pergelangan tangannya terhiris dek kerana ketajaman sisi gari itu.

"More like to treat your wound. Pejam mata. It will hurt a little"

Kerana menyangkakan yang Lee betul-betul ingin merawat luka di kepala Nisha akibat dipukul oleh Caden tadi, perempuan itu segera menutup mata.

"ARGHHH!!".

Bergema suara teriakan kesakitan, memenuhi ruangan bawah tanah itu apabila asid itu dituangkan begitu sahaja ke atas bukaan luka Nisha.

"ARHHH! SAKIT! Apa salah aku dekat korang, hah?!". Tersedu-sedan Nisha cuba untuk menahan tangis dan rasa sakit yang betul-betul memedihkan.

"Bukan dekat aku. Bukan dekat sesiapa pun yang ada dekat sini". Lee menghalakan jarinya ke arah dirinya, Alex dan Melvin.

"But, Oh God, you've made a very bad decision by messing up with Caden and his dearest wife. You will have to face the consequences then, am I right?". Mukanya ditundukkan sedikit untuk menyamai aras pandangan mata Nisha.

"Bukan besar sangat pun salah aku! Aku tak bunuh pun dia, kan?!". Nisha cuba untuk mempertahankan dirinya. Seraya itu, dia meludahi wajah Lee.

"Oww... This is it. This is the big mistake you've made". Alex mengerutkan mukanya.

Terkejut juga dia apabila melihat Nisha dengan beraninya meludahi muka Lee. Dalam rekod hidup seorang Adam Raiyan Lee, tak pernah sekalipun muncul orang seberani itu di hadapannya. Tak pernah sekalipun, wajah diludahi seseorang.

"Woi, perempuan!". Tangan kekarnya naik menekan kuat luka di bahagian rahang Nisha membuatkan perempuan itu mendesis sakit.

"Kau sedar diri sikit, bodoh! Kalau Caden tak larang, dah lama aku bakar jasad kau ni! Suka hati nak ludah muka aku! Eh, bapak aku pun tak pernah la".

Erk Lee, bukan nak makin sakitkan hati kau tapi...

... your father doesn't even know about your existence.

Lee ditinggalkan oleh bapa kandungnya sendiri sewaktu dia berada di dalam kandungan ibunya lagi. Kesian betul kan?

"Kau ingat aku tak tahu yang kau ada rancang nak bunuh Jasmine?! Kau ingat aku bodoh sangat ke?".

Kepala gadis itu kemudiannya didorong kuat sehingga terhantuk terkena tiang besi, tempatnya diikat.

"Apa kau cakap ni? Sejahat-jahat aku, aku tak pernah ada niat nak bunuh perempuan bodoh tu".

🦋

Heres your daily chapter update!
Enjoy!

p/s: i had a kinda bad day today :(
[crying while editing this chapter]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro