60- Mommy & Daddy

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"HOW'S your day, my husband?".

Jasmine dan Hedeon sampai awal sikit je ke rumah agam itu berbanding dengan Caden dan Mr. Vyacheslav. Jadi, terpaksa la dia tunggu sambil goyang kaki sekejap dekat ruang tamu tu untuk menyambut kepulangan si suami.

"Great. Cuma penat sikit. How's yours, sweetheart?". Dia melipat lengan bajunya hingga ke siku lalu melabuhkan punggungnya di sisi Jasmine.

He then gave her a quick kiss on her forehead.

"So-so la. Tadi saya ikut Hedeon pergi gender reveal party anak kawan dia. Makanan dia sedap, lepastu Hedeon bagi saya biskut juga sebab dia pergi tandas lama sangat. Cuba nak rasuah saya lah tu". Jasmine sengaja skipped part yang dia kena serbu dengan wartawan tu.

"Itu je?".

Gulp!

"Itu je la. Ada apa-apa lagi ke? Takde kan? Kan?". Jasmine dengan suara gementarnya menyoal Hedeon yang sedang berdiri di penjuru ruangan itu. Dia cakap Bahasa Melayu, bukannya Hedeon nak faham. Sudahnya, lelaki itu hanya angguk sahaja.

"Are you sure, Nazia? Theres nothing more?". Semakin lama, semakin garang pula renungan yang diberikan. Macam nak terkeluar api hijau dah daripada mata Caden itu.

"Ya Allah, takde. Betul la saya pergi ke situ je tadi".

"Sejak bila kau pandai menipu ni, Nazia? Hm?".

Jasmine tarik nafas panjang-panjang, kemudian dia hembus kuat-kuat sampai kalau boleh nak tercabut bulu hidung sekali dengan hidung sekali.

"Yela, yela. Saya pergi gender reveal party tu. Lepastu, theres a bunch of reporters surrounded me asking if Im your wife or not and some other sh*ts. Maaf, tercarut pula. Saya cuma masih geram dengan diorang tadi". Sesudah bercerita, Hedeon yang masih berdiri tegak itu dicerlung tajam oleh Jasmine.

Tak lain dan tak bukan, mesti dia la yang 'report' segala-galanya dekat Caden ni.

"There you go. Susah sangat ke nak jujur? Bukan aku makan pun kau kalau kau jujur. I don't want you to be a liar, okay? Im scared of myself if one day, I learn to not trust you anymore". Dia membelai lembut sisi kepala Jasmine.

"Saya minta maaf".

"Takpe. Aku tegur je. Kau jangan ingat aku marah pula".

"Takdela, hehe".

Pandangan Caden kemudiannya beralih kepada Hedeon. Dia ingin menyampaikan sebuah arahan buat lelaki itu.

"Hedeon, escort her to the room. Soon, a bunch of people from the Salivako Family will come to have a visit. Я не хочу, чтобы они его видели (i don't want them so see her)".

"Copy, sir".

"Apeni Sayf? Saya baru je nak manja-manja dengan awak. Awak kena kerja lagi ke?". Jasmine menyoal. Wajahnya kelihatan berkerut-kerut.

"Im sorry, sweetheart. Aku janji, aku akan teman kau lepasni. Kau tunggu dalam bilik, okay?". Tangannya naik lagi untuk mengusap pipi Jasmine. Sebelah lagi cuba untuk menarik badan perempuan itu untuk dipeluk, tetapi Jasmine menolak.

"Promises are meant to be broken". Dia menolak badan Caden untuk sedikit menjauhinya lalu dia melangkah kecil meninggalkan ruangan itu. Diikuti oleh Hedeon.

"Nazia...". Lemah dia memikirkan hal ini.

Dia tahu, semua ini salah dia. Sekuat mana pun Jasmine, tetap wanita itu akan berasa terpinggir sepanjang sebulan mereka akan menetap di sini. Lagi-lagi lah Jasmine tu tengah mengandung. Memerlukan lebih banyak perhatian. Salahnya lah sebab terlalu sibuk.

He acknowledged that.

🦋

DIA kini hanya duduk termenung di atas katil di dalam bilik 'anak raja' itu sambil memintal-mintal hujung selimutnya. Dia terlalu bosan.

Dah 2 jam dia dipaksa untuk tetap duduk di dalam biliknya. Caden dah arahkan Hedeon supaya menjaga Jasmine agar wanita itu tidak merayau ke serata tempat.

Tok, tok, tok...

"My Lady, the guest are going home. Why don't we come out now?". Lah rupa-rupanya Hedeon yang ketuk pintu tu. Dia ingatkan suaminya. Hancur luluh harapannya.

Ceh, kalau tak dramatik tu, bukan Jasmine lah namanya.

"Nope. I don't want to". Dia menguatkan sedikit suaranya. Risau kalau-kalau dinding bilik yang tebal itu menyukarkan Hedeon untuk mendengari suaranya.

"Princess, do you wanna build a snowman? Come on, let's go and play. I never see you anymore. Come out the door. It's like you've gone away~". Hedeon tersenyum manis di sebalik pintu bilik itu sambil menyanyikan lagu Frozen itu.

Persis seperti hendak memujuk budak 7 tahun yang baru lepas merajuk.

" Is it snowing outside?". Soalan ini macam pelik sikit, tapi takpela harapnya Hedeon layankan aje la.

"It's not, unfortunately. But I can make you real snow".

"Really?". Soal Jasmine, kian teruja. Perasaan sedih tadi sudah ditolak ke tepi.

Ini wanita berumur 27 tahun ke, budak perempuan berumur 7 tahun ni? Comel sangat! Jasmine, kalau ada orang kasi gula-gula, jangan ambil tau.

"Of course, please come out first".

"Okay!".

Dia seterusnya 'melompat' turun daripada katil itu dan terus berlari anak ke arah pintu bilik berona putih itu.

Tanpa basa basi lagi, pintu dikuak besar.

Perasaan terujanya tadi terus bertukar menjadi tak teruja semula apabila melihat figura tinggi berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapannya. Figura itu masih lengkap berpakaian kemeja hitam bersama dengan seluar slack hitamnya. Masih tak bertukar, nampak sangat memang baru habis kerja.

Hedeon yang berdiri di sebelahnya hanya berdiam diri. Tiada lagi suara indah yang cuba untuk memujuknya seperti tadi.

"Jom, turun makan". Kata Caden senada.

"Taknak. Awak nak makan, makan la sorang-sorang. Saya nak pergi tengok snow dengan Hedeon. Kan kan kan?".

Hedeon sekali lagi hanya mengangguk tanpa memahami apa-apa.

"Makan, Nazia. Dah dua jam kau duduk dalam bilik tu".

"Dan siapa yang kurung saya? Awak kan? Ha, biar jela kalau saya kebulur pun. Kenapa?". Jasmine seolah mencabar lagi kesabaran Caden.

"Look, Im sorry".

"Sorry tak diterima. Bye!".

Tangan Jasmine menarik tongkat yang setia di tangan Hedeon itu untuk membawanya pergi daripada situ. Terpinga-pinga member tu dibuatnya. Caden yang mematung di situ pula menepuk dahi sendiri.

🦋

"HEH! Bukan nak pujuk pun. Tidur ada la". Jasmine yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu tak jadi nak merajuk lagi apabila terlihat Caden yang sudah tertidur pulas di atas katil bercadar cream itu.

Mungkin penat sangat kut. Seharian di luar. Balik rumah, kena kerja lagi. Nak layan perangai manja tahap kucing Jasmine lagi. Mana tak penat?

Jasmine meletakkan biskut-biskut yang baru sahaja Hedeon bagi tadi ke atas meja lampu di bilik itu dan terus masuk ke dalam selimut. Harini, dia bertekad untuk tidur membelakangi Caden.

Haih, kata dah tak jadi nak merajuk lagi? Cepat betul ubah fikiran.

"Bukannya nak pujuk kita, awak biarkan kita keluar dengan Hedeon seharian. Awak tak cemburu ke? Hedeon tu kan lelaki. Awak mesti dah tak sayang kita kan? Awak tak pujuk pun kita. Kita merajuk ni, awak tahu tak? Kita nak la awak pujuk. Kita tahu la kita manja". Jasmine membebel seorang diri.

"Kita nak merajuk lagi dengan awak esok. Nak tunggu awak pujuk juga. Kalau awak tak pujuk juga, kita tak nak kawan dengan awak lagi. Awak berkawan lah dengan atuk awak tu aje". Dia menyambung lagi. Masih tak puas hati.

"Kalau aw-".

Tak sempat dia nak sambung perenggan ke-3, terasa badannya bergerak semakin mendekat dengan badan si suami. Sampai akhirnya dia boleh merasa nafas hangat Caden di lehernya.

Ketulan-ketulan abs Caden yang tidak dilapisi baju itu juga terasa melekap di bahagian belakangnya.

"Comel je isteri aku ni marah". Dia berkata dengan suara mengantuknya disertakan dengan ketawa kecil.

"Awak tak tidur ke?".

"Terbangun. Kau membebel bising sangat". Caden ketawa lagi. Seronok pula dia mendengar isterinya membebel tadi.

"Ish!".

"Hey twin, tell mommy, daddy is sorry". Tangan yang tadinya berada di pinggang, naik menggosok lembut perut Jasmine.

"Goodnight mommy. Esok aku sambung pujuk kau, mengantuk sangat ni". Dan selepas habis je kata itu, sudah diam tiada suara lagi. Menandakan yang Caden sudah tertidur semula.

🦋

Goodnight peeps!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro