70- Epilog

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

5 tahun kemudian,

"Daddy, I want ice cream". Pinta kanak-kanak kecil yang menerobos masuk ke dalam bilik kerja ayahandanya itu. Tahunya, minta aiskrim sahaja. Tiada benda lain.

"No, you can't. Masuk je kalini, kalau daddy kasi, dah 10 kali Mecca makan aiskrim. Therefore, no ice cream and it is bed time. Go to sleep". Caden yang kacak berkaca mata itu langsung tidak memberi fokus kepada Mecca. Sebaliknya, dia tetap membelek-belek kertas kerja pengurusan hotel-hotel Velkovace yang ada di tangannya.

"Daddy, please. Atau Mecca bagitahu--".

"Bagitahu siapa? Mommy? Go on, pergi bagitahu dia. Daddy tak takut. Dah berapa banyak kali Mecca mengadu dekat mommy. Ada daddy takut?". Caden mencabar anak kecilnya yang sudah semestinya lah pantang dicabar itu.

"Oh, daddy cabar Mecca ya? Tunggu, tunggu sini". Mecca si kecil itu lalu berjalan terkedek-kedek ke arah sebuah kabinet berlabel J.N yang ada di dalam bilik kerja Caden itu.

Dia atas kabinet itu teradapat sebuah kopiah putih bersaiz dewasa. Sudah semestinya la, milik Caden.

Kopiah itu diambil lalu kedua tangan kecilnya meletakkan kopiah itu elok ke kepala. Walaupun sedikit menutupi bahagian kedua matanya. Sempat ditolak ke atas sedikit sebelum kedua tangannya diangkat sedikit tinggi ke atas. Seumpama sedang mahu berdoa.

"Mommy, tengok daddy tu. Dia tak bagi Mecca makan aiskrim. Dia jahat. Mommy marah la dia. Mecca nak aiskrim. Boleh kan mommy? Marah lah dia".

Berkerut sedikit dahi Caden mendengar ayat aduan daripada mulut anaknya itu. Apa yang pelik?

"Siapa 'dia' tu, Mecca? It's 'daddy'. Bukannya 'dia'. I have name and you shall call me that". Kaca mata dibuang dan dia menantang jelingan tajam kedua mata heterochromia milik Mecca itu.

Ya, Mecca menghidapi sindrom itu. Kesan daripada kelahirannya yang pramatang. Dia dilahirkan dengan dua jenis warna iris. Satu, brownish silver dan satu lagi hijau. Sungguh unik!

"Suka hati Mecca la".

"Mommy won't like it, I bet". Caden senyum sinis. Merasakan yang dia sudah menang 'bergaduh' mulut dengan kanak-kanak berumur 5 tahun itu.

Haih, Caden. Dengan anak sendiri pun tak nak kalah ke? Dengan anak sendiri pun nak gaduh? Payah ni, payah.

"Ish, daddy ni jahat la! Mecca nak makan aiskrim je pun. Kalau mommy masih ada, mesti mommy kasi". Mecca mencebik.

Dush!

Kata itu seumpama menembak hati kecil Caden. Buat pertama kali sepanjang 5 tahun membesarkan anaknya sendiri, dia mendengar kata itu terkeluar daripada mulut si kecil. Tak pernah terlintas pun dalam fikirannya yang Mecca akan berbicara sebegitu rupa.

Sungguh, dia telah menyakiti hati si kecil itu.

'Maafkan daddy, Mecca'. Bisik hati nuraninya. Sungguh dia merasa bersalah. Setiap kali dia terlukakan hati Mecca, dia merasa bahawa dia ialah ayah yang paling teruk di dunia.

Terus dia turun daripada kerusi kerjanya dan berjalan menghampiri Mecca yang jelas-jelas sedang merajuk itu.

Dia duduk melutut di hadapan anak kecil itu.

"Maafkan daddy, Mecca". Caden menarik kanak-kanak itu ke dalam pelukannya.

"Maafkan daddy".

"Плохой папа (bad dad)". Kecil-kecil lagi dah pandai berbahasa Rusia. Itu antara kelebihan yang dimiliki anak genius ini selain daripada dia dianugerahkan kelebihan dalam perkara lainnya.

"Daddy is sorry, okay? Maafkan lah daddy. Nanti mommy marah". Mata hijaunya merenung lembut kedua iris cantik milik Mecca itu.

"Hm, Mecca?". Caden cuba untuk memujuk anaknya itu lagi.

"Kalau Mecca maafkan daddy, nanti daddy bawa Mecca pergi ziarah kubur mommy. Nak tak?". Dia cuba untuk 'menyogok' anaknya itu pula.

Sebenarnya dah beberapa kali Mecca mengajaknya untuk melawat kubur arwah Jasmine. Tapi, oleh kerana terlalu sibuk dan tidak mahu terlihat lemah di hadapan anaknya sendiri, Caden selalu sahaja menolak. Dia tahu yang dia tak akan cukup kuat untuk menahan tangisnya.

"Betul ni? Daddy isn't lying?".

"No. Kalini betul. Kita pergu esok, okay? Dengan syarat, Mecca jangan lah marahkan daddy lagi. Please?".

"Hm... Okay! Maafkan Mecca juga. Mecca degil. Mesti mommy marahkan Mecca kan?". Dia tertunduk apabila teringatkan ketika mana dia memarahi ayahnya sebentar tadi.

"No, Mecca. Mommy will never be mad at you. She loves you more than anything. Trust me". Kepala anak itu yang berambut agak gebu, diusap. Sungguh dia sayang akan permata berharganya ini.

"Hehe, Mecca tahu! Mecca sayang mommy!".

"Daddy? Mecca tak sayang daddy ke?". Caden buat-buat muka sedih seposennya yang tak berapa nak menjadi tu untuk meraih simpati si kecil.

"Sayang la!". Terus kedua tangannya memeluk kemas si ayah.

"Daddy pun sayangkan Mecca".

🦋

"YOW MECCA! Lama betul tak jumpa kau". Lee menyiku-nyiku lembut bahu anak kecil yang sedang fokus membaca sebuah buku itu.

"Lee, cuba behave sikit. Dah tua, masih tak reti-reti lagi?". Ha kan dah kena sound setepek dengan Melvin tu. Siapa suruh perangai macam budak-budak lagi? Padahal umur dah 32 tahun.

"Entahnya Lee. Mecca tu masih budak". Tegur Alisa yang berada di samping Melvin pula. Makin fasih dan lancar Bahasa Melayu Alisa, ya? Bagus bagus. Ini yang kita mahukan.

By the way, Melvin dan Alisa sudah melangsungkan majlis perkahwinan mereka 3 tahun yang lepas. Jadi, kiranya dan 3 tahun mereka berdua berkahwin. Allhamdulillah, bahagia.

Soal cahaya mata?

Masih lagi tiada rezeki. Nanti ada la tu. Dah! Jangan nak jadi makcik bawang hal orang lain. Behave! Jangan jadi macam Lee.

Asyik-asyik Lee yang kena kecam. Kesian...

"Yela-yela. Mecca, uncle minta maaf tau. Tengok la aku ni. Aku ni dah la rindu giler dekat kau. Letak lah dulu buku kau tu". Lee merengek-rengek di samping Mecca yang sibuk membaca itu. Dah macam tertukar perwatakan pula lagaknya. Siapa budak 5 tahun sekarang ni?

"Another 5 minutes and I'll be done. Nanti daddy marah, Mecca tak habis baca". Memang itu rutin sehari-hari Mecca. Membaca sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Bukan dia dipaksa tau, tapi Mecca ni memang suka membaca. Jangan salah faham pula!

"Amboi kau! Dengan aku pun speaking?". Lee yang tadinya berbaring tergolek di hadapan Mecca, kini duduk tegak sambil bercekak pinggangnya.

"Mecca memang cakap macam tu dengan semua orang. Takde apa yang pelik pun". Mecca melihat wajah Lee sekali, menggunakan ekor matanya.

"Kau asal ni? Jeling-jeling pula? Nak gaduh dengan aku?". Astagfirullahalazim Lee ni. Cuba bawa bertenang sikit.

"Uncle Lee yang ganggu Mecca membaca".

"Keras kepala sama macam mommy kau". Lee tersenyum segaris. Dia tiba-tiba teringat akan arwah Jasmine yang dulunya suka mencari gaduh dengannya. Kini, perangai itu turun ke anak terunanya. Suka gaduh mulut. Dengan Lee juga.

Air mata yang mahu keluar daripada tubir, diseka pantas. Tak mahu terlihat lemah di hadapan kanak-kanak itu.

"Lee, kau teman Mecca. Aku dengan Alisa nak keluar, beli makanan". Pesan Melvin.

"Alex mana?".

Melvin tak tahu nak jawab apa. Sudahnya, dia angkat bahu sahaja. Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Lee mengalihkan pandangannya kepada Alisa pula dengan kening yang terangkat.

"Mana la saya tahu". Kata Alisa.

"Kau teman dia. Nanti Caden turun, dia tengah tengok kertas kerja tu. Jaga dia baik-baik, Adam Raiyan Lee". Uish, siap dengan nama panjang. Memang perlu dijaga dengan baik-baik ni. Siap!

"Ala, dia boleh jaga diri dia sendiri-". Katanya perlahan. Berharap agar Melvin tu pekak.

"Adam Raiyan Lee".

"Tak, aku gurau je. Kan Mecca kan?". Dia cuba untuk mendapat sokongan Mecca. Sebaliknya, anak kecil itu langsung tidak teralih fokusnya terhadap buku itu. Entah apa yang dibaca pun tak tahu. Best sangat ke isi buku tu?

"Hm". Jawabnya sepatah, itupun jawab lambat-lambat. Terlalu fokus sangat tu.

"Nanti Alex sampai lah tu kut. Ala, macam kau tak biasa jaga Mecca. Cau!". Melvin mengangkat tangannya ke arah Lee lalu meninggalkan lelaki barbar itu berdua bersama kanak-kanak yang terlihat seperti genius itu.

"Dah habis 5 minit kau ni, Mecca. Jom makan. Uncle lapar lah".

Pap!

Buku dikatup. Wajah Lee ditenung dengan penuh tidak puas hati. Mana taknya, masih berbaki satu minit lagi sebelum tempoh membacanya habis. Tapi Uncle Lee ganggu! Ish!

"Uncle Lee nak apa? Kenapa ganggu Mecca?". Soalnya straight to the point.

"Jom, makan. Aku lapar lah". Ajak Lee sambil perutnya diusap perlahan.

"Daddy sibuk. Dia belum masak lagi. Takde makanan. Lagipun, Uncle Melvin and Aunty Sofia kan tengah pergi beli makanan. Tunggu sekejap tak boleh ke?". Pedasnya mulut budak comel ni!

"Okay, kalau macam tu... Nak tengok movie tak?". Dia menawarkan aktiviti lain pula. Punya lah susah nak luangkan masa dengan Mecca.

"Cerita apa?".

"Baby Boss. Kau kan--".

"Nope. Mecca prefer psychological thriller type of movies. For example, the classic Mother 2017 or Red Blood Sky".

"Wey, siapa ajar kau tengok cerita-cerita macam tu? Kau sedar diri sikit yang kau tu baru umur 5 tahun". Lee mulai bimbang. Ni tak lain dan tak bukan, mesti Caden lah yang mengajar anaknya menonton filem sebegini rupa. Tak bahaya ke? Mecca kan masih kecil. Kan?

"Daddy".

"Dah agak dah". Macam-macam la Caden ni. Biasalah, dia kan single father. Takpe takpe, lagipun Mecca ini anak istimewa. Dia berbeza dengan kanak-kanak seumurnya yang lain. Dia lebih matang.

"Daddy!". Mecca tiba-tiba bangun dan pergi berlari ke arah bapanya yang baru sahaja turun daripada tingkat 3 itu.

"Mecca duduk sorang-sorang?". Tanya Caden. Saja je nak tanya sebenarnya. Padahal, dia dah nampak batang hidung Lee terpacak ni ruang tamu rumah itu.

"Woi! Kau tak nampak aku ke?!". Teriak Lee. Sampai bergema satu rumah.

"Я не слепой (im not blind). Kau datang dengan siapa? Mana yang lain?". Tanya Caden sambil menghampiri Lee. Kedua tangannya mendukung kemas Mecca.

"Melvin dengan bini dia pergi beli makanan. Alex, tak tahu pergi mana".

🦋

Meanwhile Alex,

"WOI. Rokok satu". Nak tersentak jantung Alex apabila terdengar sapaan itu daripada seorang wanita yang tiba-tiba sahaja muncul di belakangnya.

Dan apabila dia berpaling, jelas di penglihatannya sesusuk figura cantik. Berpakaian semua hitam. Dengan penuh aksesori silver tergantung di leher dan pergelangan tangannya. Tacapan wajahnya jelas menunjukkan yang dia bukan seperti wanita yang lainnya. Kakinya pula disarungkan dengan but tinggi berwarna hitam berkilat.

"Kau dengar tak?". Soal gadis itu sekali lagi.

"Ha?".

Gadis itu mengeluh perlahan sebelum mengulang kembali ayat permintaanya dengan reka bentuk yang agak berbeza.

"Aku cakap, aku nak rokok satu. Kau ada?".

Alex menggeleng.

"Dahtu buat apa duduk sini? Putus cinta?". Gadis berpakaian serba hitam itu bersandar pada pagar yang menghala ke sungai besar itu.

"Tak. Aku cuma rindukan seseorang".

"Kekasih hati?".

"Kawan baik. Dia meninggal 3 tahun lepas". Jelas Alex.

"Perempuan?".

"Lelaki".

"Oh... Takpe. Aku faham".

"Thanks".

"Aku, Cinta Uqasha. Kau?". Cinta menghulurkan tangannya kepada Alex.

Cantik sangat namanya. 360° berbeza dengan penampilan si tuan badan. Itu lah orang putih cakap, don't judge a book by its cover. Betul kan?

"Alex. Alex Felicis". Tangan gadis itu dibiarkan sepi tanpa sambutan.

"Kenapa?".

"Kau Muslim. Mana mungkin aku dibolehkan untuk sentuh kau".

Ladies and gentlemen, the standard 📈 📈 📈.

"Aku dah kotor. Sentuh je". Riak wajah Cinta bertukar sedih.

"Still no".

"Why?".

Bukannya hendak menjawab pertanyaan cinta itu. Malah, dia meneruskan niatnya untuk bertanyakan soalan lain.

"Boleh kita jadi kawan?". Soal Alex. Sungguh, dia tertarik dengan Cinta Uqasha itu. Personanya gelap. Namun dia tahu, hatinya masih ada yang belum diteroka. Dia ingin mengenali wanita itu dengan lebih dalam. Wanita yang berjaya menarik perhatiannya dengan hanya sekali bertentang mata sahaja.

"Orang macam kau nak ke berkawan dengan aku?". Cinta menyoal kembali.

"Kenapa? Tak boleh? Aku tak layak ke nak berkawan dengan kau?".

"Aku dah cakap, aku kotor. Jangan menyesal". Cinta tersenyum pahit. Kisah hidupnya menyimpan 1001 kisah hitam. Baginya, sejak daripada dia lahir, tiada satu pun hal bahagia yang pernah dia rasai.

She had a tough life.

"Masih nak berkawan dengan aku?".

"Why not?". Jawab Alex selamba.

"Okay, then. Hi, Alex Felicis. Im Cinta Uqasha. Nice to meet you and be your new friend". Cinta melambai-lambaikan tangannya ke hadapan wajah Alex.

"Hi, Cinta Uqasha. Im Alex Felicis Anthony. Nice to meet you and be your friend too". Dan dia turut membalas lambaian Cinta.

                                 THE REAL END

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro