Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Noah menghantar Amanda pulang ke rumah Amanda. Noah memarkir kereta jauh dari rumah Amanda kerana ingin berjalan kaki ke rumah Amanda. Malah, Noah merupakan jiran baharu Amanda. Rumah Noah dan Amanda hanyalah sederet. Kini, mereka berdiri betul-betul dihadapan rumah Amanda. Malahan, Amanda tidak dapat melihat dengan baik.

"Amanda, remember what I want to tell you. Love him like how...you love me. Love him more than me. Try to forget me."pesan Noah sambil memegang kedua-dua belah bahu Amanda. Mata mereka bertembung lama. Noah mengetap bibirnya seraya menutup matanya erat.

Amanda membisu. Noah memaling meninggalkan Amanda. "Noah."panggil Amanda membuatkan Noah berhenti berjalan.

"It's hard to forget a person that I have loved with all of my heart and...I hate to forget you. I hate to forget about you! You're the only family I have. I have loved you more than as my brother and best friend."luah Amanda menahan esakkan yang bakal meletus.

"If...if this is easy for you...maybe I'm the only one who lose the whole heart. It's okay if you don't need me."Luah Amanda lagi lalu memasuki rumahnya. Pintu dihentam. Noah terkesima. Rambutnya dicengkam. Batu ditendang kuat.

Noah berdecit. 'I just broke the heart of gold.'rintih Noah. Dia tahu memang salah dia tidak memberitahu perkara sebenar.

Amanda mencari cermin mata lebihan buat sementara waktu. Setelah cermin mata itu dijumpainya, Amanda menghidupkan telefonnya kembali. 'Missed call' daripada Hafiz paling banyak. Amanda mencebik. Telefonnya dicampak di atas sofa hadapannya. Amanda cuba menenangkan diri. Dia tidak mahu menangis tidak mahu sedih langsung.

Amanda membersihkan diri lalu melemparkan tubuh di atas katil. Mata cuba dilelapkan. Wajah Hafiz yang merenungnya bagai hendak mencengkamnya itu bermain diminda.

Amanda keliru dengan dirinya. 'Agh! Esok dah start kerja. Kenapalah ambil cuti. Haih!'keluh Amanda sambil menendang-nendang tilam katil. "LET'S SLEEP!"ajak Amanda seorang diri menampar wajahnya. Lama-kelamaan Amanda terlelap tanpa disedarinya.

Jam telah menunjukkan pukul 7 pagi. Amanda memindah nasi goreng ke dalam mangkuk. Notification Amanda berbunyi menunjukkan terdapat mesej dari seseorang. Amanda menjeling telefonnya. Noah...

Noah Arthur:
Hey, good morning. I'm sorry about last night. I shouldn't say those words. I just don't want to lose my best friend.

Amanda terdiam. Rasa bersalah mula memakan diri.

Noah Arthur:
Please reply...I-I apologise for what I have said. I wasn't thinking last night. I hope you're smiling and always do.

Amanda terharu membaca mesej dari Noah. Rasa seperti hendak menerjah masuk rumah Noah dan peluk Noah seerat-eratnya. Amanda tersenyum.

:Amanda Ilani
Morning Noah. I forgive you Noah. Thanks for everything. I think you should have did that because I already did something bad in my engagement. Actually, you shouldn't apologise at me. There is nothing to say sorry for. Thanks for being my best friend!

Noah Arthur:
I'll always be by your side. You can count on me. Thank you too! I want to take you lunch. Have a great breakfast!

Amanda tergelak kecil. Pandailah Noah ambil hati dia. Hish, rasa macam nak curang.

:Amanda Ilani
Sure! You too! Bye.

Noah Arthur:
Bye!

Amanda menyumbat sesudu nasi goreng terakhir ke dalam mulut dengan ceria. Amanda menghayunkan kakinya kerana bahagia.

Amanda mencuci semua peralatan lalu berjalan keluar rumah den gan basikal.

Beg galas yang mengandungi komputer riba di galas berhati-hati. Coat coklat pemberian Noah dibetulkan dengan segaris senyuman manis. Basikalnya ditunggang berhati-hati.

"Good morning Miss and Mr. Frederick!"sapa Amanda dengan ceria seraya melambai ke arah pasangan suami isteri yang sedang membersihkan halaman rumah mereka. Puan dan Encik Frederick turut membalas dengan lambaian mesra. "Good morning sweetheart!"

Amanda mengayuh basikal dengan senang hati. Mood paginya sangat menyerlah membuatkan sesiapa yang lalu sebelahnya mendapat tempias bahagianya. Itulah Tengku Amanina Ilani.

Masuk sahaja kerja, semua yang bertentangan mata dengannya pasti disapa dengan selamat pagi.

Amanda melabuhkan punggungnya di atas kerusi malas di dalam pejabatnya. Kotnya sudah pun tersangkut di penyangkut kot dan topinya. Amanda merasakan seseorang memeluknya dari belakang.

"AMANDA!!! WHERE HAVE YOU BEEN?!"sergah serang gadis dari belakang membuatkan Amanda terkejut. Amanda ketawa kecil.

"I went to my hometown."jawab Amanda tergelak. Sharlene melepaskan leher Amanda.

Sharlene ialah adik kepada Noah Arthur. Boleh dikatakan kembar kerana mempunyai rupa paras yang serupa jika Sharlene membuka cermin matanya dan berambut pendek.

"Sharlene, your brother, Noah, wants to meet me this lunch. So, I want you to come along with us? Please."pujuk Amanda memegang tangan Sharlene. Sharlene memandang wajah Amanda.

"Noooooo...you both are fit well!"puji Sharlene menarik pipi Amanda. Merah pipi Amanda. "But--"jari telunjuk Sharlene terletak elok di bibir Amanda.

"No excuses."Ujar Sharlene sebelum berjalan keluar pejabat Amanda. Amanda mengeluh.

*****

Harlene duduk di atas buaian. Buaian ditaman The Matthew Estate dibuai perlahan menyebabkan tudung biru langitnya berkibaran serta dress biru langitnya itu.

"Dear!"laung seorang bersuara garau. Satu suara yang tidak ingin menjadi halwa telinga Harlene Matthew. Harlene memberhentikan buaiannya lalu mengorak langkah menjauhi lelaki yang bekerjaran ke arahnya.

Lengan Harlene ditarik lembut. "Harlene...please. Satu peluang lagi."rayu lelaki itu sambil berlutut sebelah lutut kirinya di atas tanah. Bunga baby's-breath disuakan. Harlene memandang sepi.  Jejaka itu mengetahui bunga kegemarannya yakni baby's-breath.

Harlene berjalan meninggalkan jejaka itu kaku. "I don't to see your face again and I don't want to smell your scent around me."amaran tegas menyentak jejaka itu. Air mata jantannya bergenang.

Harlene memasuki rumah besar bak istana itu lalu menutup rapat pintu kaca itu. Kini, kedua-dua lutut jejaka itu menemui tanah. Hancur bak kaca dihempas ke aras lantai marmar.

Air mata dikesat kasar. Bahunya terasa seperti diusap lembut. "H....just be patience. Maybe one day, the door of her heart will open back for you."pujuk seorang wanita sedikit berumur.

"Lady Darlene...I don't think that beautiful heart will accept this dark soul."balas lelaki itu negatif. Lady Darlene menyuruh lelaki itu berhenti berkata negatif. "Just put some faith to Allah."pesan Lady Darlene sebelum beredar memasuki rumahnya.

Lelaki itu tersentap dengan kata-kata wanita mualaf itu. Jejaka itu mula sedar kekilafannya. Tuhan. Penciptanya. Sudah lama dia tidak bersujud.

'H' termenung jauh. Pandangannya terhala ke arah bunga baby's-breath yang tertanam dihalaman rumah agam itu. Dirinya terasa kerdil. Angin yang bertiup menaikkan rasa kesal dan kesedaran untuk dirinya berubah. 'H' menarik nafas sedalamnya lalu meninggalkan kawasan rumah agam itu serta The Matthew Estate.  'Assalamualaikum sayang....'ucap 'H' sebelum melangkah pergi meninggalkan taman baby's-breath dan merenung balkoni bilik Harlene. Hampa, tiada bayangan gadis pujaannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro