proloq

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Keluar! Aku tak mahu lihat muka kamu disini! Cucu tak sedar diri."tengking seseorang menolak tubuh Iki sehingga jatuh tersungkur. Air matanya bercucuran

"Mak Tok...janganlah buang Iki..."rayu Iki sambil berlutut. Neneknya membuang pandangan ke arah lain. Iki mengetap bibirnya.

"Hah!"jerit Harlene Matthew kuat. Rambutnya berserabut. Dahinya berpeluh-peluh. Dadanya berombak laju. Remote penghawa dingin dilihat.  Suhu 20°C diturunkan ke 16°C.

Pintu biliknya kedengaran dibuka oleh seseorang dari luar. Halene menyandarkan tubuhnya pada kepala katil saiz King nya itu. "Mother..."panggil Harlene lembut.

Ibunya tersenyum lalu merapikan rambutnya dan membetulkan selimutnya. "Have a nightmare again dear?"soal ibunya prihatin. Harlene mengangguk. Harlene melentokkan kepalanya dibahu ibunya lalu memeluk erat pinggang ibunya.

"Tomorrow I'll go to office."ujar Harlene lembut. Ibunya menghelahkan nafas lega. Lega anaknya sudah pulih. "Yes you can. Now go to sleep okay?"arah ibunya sambil membantu Halene baring dan menyelimutkan Harlene kembali. Dahi Harlene dicium lembut.

"Goodnight dear."ucap ibunya lembut lalu menutup lampu bilik anak gadisnya.

"Goodnight mom."balas Harlene tersenyum dan terlena.

*****

"Amanda!!"laung seseorang dari belakang membuatkan pen dan buku Amanda terjatuh.

"Here miss."hulur seseorang kepada Amanda. Amanda dengan kalutnya mengucapkan terima kasih tanpa melihat wajah jejaka itu.

Amanda memandang wajah jejaka yang membantunya. 'Drop dead gorgeous!'puji Amanda dalam hatinya. Amanda menundukkan wajahnya. "Terima kasih."ucap Amanda lagi. Jejaka itu hanya mengangguk dan berlalu pergi.

"Alia! Kau ni, tak boleh terjerit-jerit panggil aku boleh tak? Memalukan!"marah Amanda memukul Alia sahabatnya menggunakan buku lukisannya. Alia tersengih kerang busuk.

"Sorry... Jom balik! Mak aku masak banyak untuk kau!"ajak Alia menarik tangan Amanda yang menarik beg bagasinya yang besar itu. "Ish sabarlah. Beg aku berat ni."tegur Amanda memasukkan pen dan bukunya ke dalam beg galas kecilnya.

"Mak aku excited dengar orang London balik."seloroh Alia masih menarik tangan Amanda.

Alia membantu Amanda memasukkan beg bagasi dan beberapa lagi hand luggage ke dalam but keretanya.

"Amanda, nak tanya."kata Alia sambil memandu. Amanda mendiamkan diri dan cuba menutupkan matanya. Jet lag.

"Ala...Amanda, janganlah tidur."halang Alia lalu menepuk peha Amanda kuat sehingga Amanda menyeringai sakit. "APA?!"marah Amanda geram dengan Alia yang tak sabar-sabar.

"Kau kenal ke lelaki kacak tadi?"soal Alia masih fokus pada pemanduannya. Amanda hanya menggeleng lemah. "Handsome dia, jaw drop level!"puji Alia menggeletis. Amanda bukan hendak menafikan kekacakan lelaki tadi, namun dia seakan dapat merasakan sesuatu. Mesti lelaki itu buaya darat!

Amanda membisu dan tidak memberi sebarang respon.

Beberapa minit kemudian...

"Assalamualaikum mak abah!"laung Alia dan Amanda serentak. Datin Maria yang sedang menyusun pinggan mangkuk terperanjat. "Ish kamu berdua ni. Nasib baik mak takde sakit jantung."marah Datin Maria dengan wajah sengaja di bengiskan.

Dato' Ali menggeleng kecil. "Anak-anak dara abah dah balik?"sambut Dato' Ali dengan segaris senyuman kepada Amanda dan Alia. Amanda dan Alia amatlah rapat sehingga ibu bapa Alia menganggap Amanda sebagai anak mereka. Amanda anak yatim piatu sejak sekolah rendah lagi. Amanda menjadi anak angkat Dato' Ali seminggu selepas kematian ibu bapanya. Malah, dia terpisah dengan adik beradik yang lain. Dengan doa dan usaha mereka bertemu.

Amanda mencium lembut tangan ibu angkatnya. "Mak masak lauk kegemaran Amanda sempena menyambut kepulangan Amanda dari London!"ujar Datin Maria ceria. Amanda melihat hidangan-hidangan yang dimasak oleh Datin Maria amat mengiurkan. Terutama sekali Scon yang terhidang di atas pinggan bertingkat bersama jem dan krim.

"Let's dig in!"ujar Alia membuatkan seisi ruang itu ketawa terbahak-bahak melihat wajah Alia yang seperti harimau kelaparan. Bacaan doa disertakan.

"Amanda, mak nak bagitau sesuatu ni."ujar Datin Maria mengelus lembut tangan Amanda yang sedang melukis. Amanda memandang Datin Maria. Pen yang dipegang turut diletakkan. "Amanda masih ingat janji Amanda dengan mak dan ibu Amanda?"soal Datin Maria membuatkan jantung Amanda berdegup kencang. Amanda mengangguk teragak-agak.

"Esok, bakal suami Amanda datang. Mahu jumpa bakal isterinya, Amanda Ilani."Ujar Datin Maria sambil mengelus wajah Amanda yang licin. Cermin mata Amanda yang besar turut ditanggalkan. "Mak taknak Amanda pakai cermin mata ni lagi boleh?"soalan kali ini amat susah dijawab. Amanda mendiamkan diri.

Sumpah dia tak nampak apa-apa. Datin Maria mendirikan Amanda yang seperti orang buta. Tangan Amanda dilepaskan. "Amanda datang sini."panggil Datin Maria menyuruh Amanda ke arahnya.

Amanda meneguk air liurnya. Masuk kolam renang nanti siapa mahu bantunya! Amanda memulakan langkahnya ke arah Datin Maria perlahan-lahan. "Eh Amanda, kolam renang tu!!"amaran Datin Maria namun Amanda jatuh ke dalam kolam renang. Amanda berenang ke tepi kolam renang dengan main agak sahaja. Nasib menyebelahinya apabila tangannya ditarik Datin Maria untuk naik ke atas.

Amanda tergelak terbahak-bahak diikuti Datin Maria yang serba salah untuk tertawa bersama. Datin Maria memberikan cermin mata Amanda kembali. Amanda menyarungkannya segera.

"Sorry..."ucap Datin Maria mengusap kepala Amanda lembut. "Siapa nama bakal suami Amanda mak?"tanya Amanda lalu melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan kolam renang. "Hafiz, Hafiz Johari."jawab Datin Maria lembut. Amanda mengangguk faham.

Amanda dan Datin Maria memasuki rumah berhati-hati supaya tidak tergelincir. Amanda memasuki bilik air untuk membersihkan diri. Amanda berendam di dalam air tub yang berbuih bauan rose dan lavender. Otaknya ligat berfikir. Hafiz Johari... Wajah jejaka kacak yang dijumpainya di KLIA terimbas kembali. Jantungnya berdegup kencang.

30 minit berlalu, Amanda keluar dengan pyjama merah jambunya dan cekak telinga arnab merah jambu supaya rambutnya tidak berjuntai.

Dalam perjalanan ke katilnya, Amanda terlihat figura seseorang sedang bersantai di atas katilnya. "Alia?"teka Amanda sambil mengecilkan matanya kerana biliknya tidak beberapa terang.

Alia menoleh lalu tersenyum sinis. Kening Amanda ternaik hairan.

"What are you doing here?"soal Amanda hairan. Alia berdiri lalu menghampiri Amanda. Meremang bulu roma Amanda melihat renungan Alia.

"Happy birthday sister!"ucap Alia ceria. Amanda menghelah nafas lega. Alia memeluk Amanda erat. Amanda tersenyum. Hari lahir yang ke-24 nya tanggal 24 haribulan 12.

"PILLOW FIGHT!"jerit Alia lalu memukul Amanda dengan bantal berdekatan. Amanda turut membalas. Mereka bermain sehingga larut malam dan terlelap di atas katil saiz single Amanda.

"Ya Allah ya tuhan Ku! Wahai anak-anak dara mak, sila bangun!"kejut Datin Maria bagai menggegarkan bumi. Amanda dan Alia bangkit dengan tergesa-gesa. Semua rambut berselerak seperti sarang burung! Datin Maria bercekak pinggang dihadapan pintu sambil mencerlung Amanda dan Alia.

"Dah pergi mandi! Amanda, kamu lupa aktiviti hari ini?"arah komander Maria yang berasal dari Rusia. Amanda menggeleng sambil ketawa serba salah. "Ha, apa lagi? Pergi bersiap!"sergah Datin Maria membuatkan Amanda dan Alia lintang-pukang berlari pergi ke bilik air masing-masing.

"Tumpang lalu mak." Datin Maria hanya menggeleng melihat anak-anaknya. Tidak lama itu, wajah Datin Maria menjadi sedih. 'Kalaulah Raif dan Ariana hidup lagi, mesti Amanda bertambah ceria.'keluh hatinya. Tiba-tiba tubuhnya terasa seperti dipeluk. Datin Maria menoleh. Dato' Ali memeluk isterinya erat. "Perkara sudah lepas Maria, lupakan."pujuk Dato' Ali membuatkan Datin Maria senang.

*****

Amanda sudah berbaju kurung Pahang hanya menilik rupanya di cermin. Keluhan berat dilepaskan. 'Siapa suruh terima tawaran tu. Nak sangat jadi arkitek dekat London, ha kan dah kena kahwin.'rungut dalam hatinya.

"Amanda, aku pergi kerja dulu."pamit Alia merupakan model disebuah syarikat. Amanda menoleh. Mereka berpelukkan. "Nanti hantar gambar muka bakal suami kau."pinta Alia dengan sengihan menggatal. Amanda tergelak besar.

"Ok! Kau hantarlah gambar model lelaki yang kau kata hot tu."Pinta Amanda pula. Mereka ketawa seperti tidak pernah berjumpa. "Ish, muka model tu pun aku tak tahu lagi."ujar Alia sambil menyarungkan kasut bertumit tingginya lalu memboloskan diri ke dalam perut kereta.

Amanda membalas lambaian sahabatnya itu. "Amanda! Tolong buatkan air teh chamomile."arah Datin Maria yang dia pasti buat keluarga bakal suaminya itu. Amanda memasuki dapur lalu melaksanakan tugasnya.

Loceng rumah kedengaran menandakan seseorang sudah berada di hadapan rumah. "Assalamualaikum."ucap seseorang bersuara lembut dan ceria. Amanda yang membawa dulang terkejut melihat wajah lelaki muda yang pastinya bakal suaminya. Takkan yang tua berdiri sebelah wanita berusia itu. Logik akal.

Cermin mata Amanda yang semakin jatuh ditolak oleh jari telunjuk lelaki muda itu. Air liur diteguk. Sekarang lelaki itu dihadapannya. Lelaki yang dia teka sebagai buaya darat. Lelaki di lapangan terbang. Lelaki itu kini tersenyum sinis ke arah Amanda.

"Amanda, hidang air tu buat keluarga bakal suami kamu."sergah Datin Maria membuatkan Amanda kembali ke realiti. Lelaki itu sudah pun duduk dengan senang hati bersebelahan dengan ibunya.

*****

"Alia, model lelaki tu cancel. Dia tak dapat datang. Hariz yang ganti tempat dia."maklum manager Alia. Alia mengeluh. "Siapa model tu?"soal Alia tegas. Dia geram dan marah.

"Hafiz Johari."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro