Prolog (1995)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Selamat... pengantin baru...'

Mataku memandang sekeliling. Gamatnya suasana hari itu. Sana sini mereka memakai pakaian yang cantik-cantik.

Aku memandang suamiku di sisi. Semua orang galak mengucapkan tahniah kepadanya. Aku faham mengapa. Seorang lelaki berusia 52 tahun memperisterikan seorang gadis 20 tahun. Pada mereka, ianya sesuatu membanggakan kelelakian mereka.

Aku melihat isteri pertamanya datang ke arahku. Ke arah kami berdua di atas pelamin. Wajahnya senyum terpaksa.

Dia menepung tawar kepada kami berdua sebelum dijeling sekilas ke arah aku. Dia bersalaman dengan suaminya sebelum menuju ke arah aku.

Kak Zara memang nampak muda. Cantik dan muda. Jadi memang ramai kehairanan apabila Abang Nawi hendak memadukan dia.

"Terima kasih, Kak Zara."

Salamku pantas direntap tangannya. Satu jelingan tajam diberikan kepadaku. Cukup tajam menembus hatiku.

"Kak Zara tak suka saya." Aku menyatakan itu perlahan kepada suamiku di sisi.

"Bagi dia masa, Mar. Mesti susah untuk dia terima."

Suara DJ mencelah, "Seterusnya dipersilakan anak sulung Dato' Nawawi, Megat Aiman Rashdan untuk menepung tawar kedua pasangan mempelai."

Aku memandang anak lelakinya mendekati kami berdua. Wajahnya saling tak tumpah seperti Abang Nawi semasa dia masih muda. Bezanya Abang Nawi tidak memakai cermin mata dan anaknya memakai cermin mata. Yang lainnya, memang sama.

"Tahniah, Papa."

"Terima kasih, Abang."

Semasa dia beralih ke arahku, dia terhenti seketika. Ada jeda beberapa saat di situ. Matanya memandang mataku. Satu senyuman yang sangat nipis terlarik.

"Tahniah, Mar."

"Terima kasih..." ucapku perlahan sahaja.

"Apa pulak panggil Mar je, Abang ni. Panggil Ibu lah. Kan dah jadi mak tiri Abang."

Dia tersenyum sahaja. Kemudian dia melangkah pergi dari arahku. Aku menghela nafas berat.

Dia memandangku dari jauh sebelum satu senyuman getir dia hadiahkan. Aku harap dia faham yang semua ini hanyalah suratan takdir. Kita mampu menolak tapi takkan mampu mengubah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro