Part 13 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

VOTE !!

BERGEMA suara merdu dari Ailee, penyanyi asal dari Korea Selatan yang cukup popular dengan gelaran The Queen Of Korean OST Music memenuhi ruang bilik aku, membuat suasana lebih berjiwa.

Aku duduk diam di atas tilam menghayati satu demi satu lirik lagu itu walaupun dinyanyikan dalam bahasa Korea.

Volume speaker dikuatkan lagi dengan semaksimum mungkin. Perlahan-lahan mulut aku mengikut irama daripada lagu itu. Makin lama makin kuat suara aku kedengaran. Mencuba melepaskan semua beban yang sedang aku tanggung.

Walaupun berbelit lidah aku nak menyanyi tetapi itu tidak menjadi halangan untuk aku. Malah lagu ini adalah salah satu lagu favorite aku, jadi tidak susah lah untuk aku bernyanyi.

Sekarang ni aku dah macam buat konsert. Konsert percuma tanpa bayaran. Aku mungkin kelihatan sedikit gila menyanyi, memekik, melolong dalam keadaan yang seperti itu, tapi aku tak kisah.

Lagu itu sangat-sangat sesuai dengan aku. Dengan apa yang berlaku dalam diri aku.

"Party- Party Yeah" jerit Kayla kuat.

Meja solek dituju lalu berus blusher dicapai untuk dijadikan sebagai mic. Rambut di bahagian belakang diikat terlebih dahulu sebelum dikepang. Aku juga mencepol rambut ke atas dibiarkan tinggi.

Selesai sahaja rambut diikat, berus tadi dipegang lalu aku suakan ke arah mulut. Tangan kiri diangkat tinggi, mata dipejam, kepala mula bergerak ke atas ke bawah menunggu lirik di part yang aku paling suka.

"One... Two... Three... Make some noise " makin kuat Kayla menjerit.

보여줄게 완전히 달라진 나
[Boyeojulge wanjeonhi dallajin na]

보여줄게 훨씬 더 예뻐진 나
[Boyeojulge hwolssin deo yeppeojin na]

바보처럼 사랑 때문에
[Babocheoreom sarang ttaemune]

떠난 너 때문에 울지 않을래
[Tteonan neo ttaemune ulji anheullae]

Aku menggerakkan tubuhku mengikuti irama lagu yang menghantarkan aku pada sebuah perjalanan emosional. Rasa bebas dan berani yang dibawakan oleh lagu tersebut memberiku keberanian untuk meluapkan semua yang ada di dalam hati aku.

Setelah lagu habis, aku menghela napas panjang. Aku duduk di tepi tempat tidur, membiarkan rambut yang sudah dikepang tadi terurai kembali. Mataku menatap langit-langit bilik, mencoba mengingat kembali momen-momen indah dimana aku masih mengejar Zayden.

"Aku harap sangat lepasni aku takkan lagi dipertemukan dengan Zayden. Cukup lah dengan apa yang aku buat selama ni. Aku tak benci dia tapi aku ingat dengan setiap kata-katanya. Aku dah taknak jadi bodoh semata-mata sebab lelaki." gumam Kayla pada dirinya sendiri.

Aku tersentak dari lamunan yang dalam ketika mendengar suara panggilan dari mama. Aku menggeliat sedikit, mencoba untuk segera kembali ke kenyataan dari dunia mimpi yang penuh dengan lagu-lagu dan kenangan.

"Adik, turun bawah kejap. Tolong mama." terdengar suara Puan Hani lagi, kali ini sedikit keras.

Aku menghela napas dan tersenyum pada diriku sendiri. Cukup lah aku menangis, melepaskan semua kesakitan selama beberapa hari ini. Tak guna lagi untuk aku sedih. Sekarang saatnya untuk kembali ke dunia nyata dan menjalani rutinitas sehari-hari.

Kembali menjadi Kayla yang periang!

"Iya, mama! Adik turun kejap lagi" sahut Kayla sambil bangkit dari tempat tidurnya. Dia mengatur rambutnya yang masih sedikit kusut akibat bernyanyi tadi. Berus yang tadinya dijadikan mic diletakkan kembali di atas meja solek.

Aku menghampiri cermin di dinding bilik, merapikan pakaian sebelum meninggalkan kamar. Di langkah keluar, aku membawa senyuman kecil.

"Mama nak adik tolong apa?" tanya Kayla sambil tersenyum pada Puan Hani.

"Tolong mama buat kek batik. Dah lama mama tak buat ni."

"Wahh! Tu lah lama dah mama tak buat. Mesti sedap nanti." riang suara Kayla.

Mama tersenyum. " Adik, tolong pecahkan biskut Marie dalam mangkuk dulu"

"Okay, Mama"

Saat aku sibuk mengikuti instruksi mama, pikiran aku mula melayang pada Zayden. Aku baru teringat yang Zayden suka sangat kek batik. Aku jadi teringat pula Zayden.

Aduh! Nak moveon macam mana lah ni.

Saat itu, Puan Hani menyedari bahawa ada sesuatu yang menganggu pikiran anaknya.

"Adik tengah fikir apa tu?" tanya Puan Hani lembut.

Aku menatap ke arah mama dengan tatapan sedikit kosong.

"Takde apa-apa lah Mama" ujar Kayla perlahan.

Puan Hani angguk faham, membiarkan Kayla merenung sejenak. Setelah beberapa saat, Kayla menjawab dengan lembut.

"I'm sorry Mama, sebab buat Mama Papa risaukan adik. Adik janji lepasni adik tak buat lagi macam tu."

Puan mengulurkan tangannya dan membelai pipi Kayla. "Takpe sayang, Mama Papa faham. Mungkin ada sebab kenapa adik buat macam tu kan. Berkurung seharian suntuk, tak ada selera makan. Adik tahu kan Mama Papa akan selalu ada dengan adik. Mama taknak tengok adik macam tu lagi. Mama Papa takkan paksa untuk adik cerita. Mama akan tunggu sampai adik sendiri yang nak bagitahu."

Aku tersenyum kecil, merasa lega dengan kehangatan kata-kata dari mama. Aku terus memecahkan biskuit dan mencampurkannya dengan coklat dan mentega, membiarkan aroma manis kek batik mengalihkan perhatianku dari kenangan yang menyakitkan.





PUAN Sri Zahra yang baru sahaja ingin ke ruang dapur, ternampak anak lelaki nya sedang termenung jauh di kolam renang. Dia batalkan niatnya untuk ke dapur lalu berjalan ke arah Zayden dan menegurnya.

"Jauh betul anak mummy ni termenung. Apa yang sedang Zayn fikirkan tu?" tanya Puan Sri Zahra lembut sambil duduk di samping Zayden.

Zayden menatap Puan Sri Zahra sejenak sebelum akhirnya dia menghela nafas.

"Tengah memikirkan masa depan, mummy. Zayn tak tahu lah kenapa Zayn rasa sejak kebelakangan ini hidup Zayn kosong. Semua apa yang Zayn buat tak kena."

Puan Sri Zahra mengangguk faham. " Zayn tahu kan, terkadang hidup memang seperti ombak di laut. Ada saat-saat tenang, dan ada saat-saat badai. Tapi yang penting, Zayn tidak sendirian. Mummy selalu ada di sini untuk Zayn."

Zayden menatap kolam yang tenang di depannya, mencoba merangkai kata-kata yang tepat. Dia mengambil nafas dalam-dalam sebelum memulai ceritanya.

Dia mula bercerita semuanya kepada Puan Sri apa yang terjadi. Dari A hingga Z. Tiada langsung yang dia tinggal. Biarlah orang nak cakap dia ni anak mak ke apa ke.

" Zayn dah buat kesalahan yang besar kan, Mummy"

Puan Sri meletakkan tangannya di atas tangan Zayden dengan lembut. "Zayn sayang, kadang kita tidak boleh mengubah apa yang sudah terjadi. Tapi yang boleh kita lakukan adalah belajar dari pengalaman itu, dan jika perlu, memperbaiki kesalahan."

Zayden mengangguk, menyerap kata-kata bijak Mummynya . "Zayn tahu, mummy. Zayn nak sangat memperbaiki dan minta maaf tapi sampai ke hari ni Zayn tak jumpa  lagi dengan dia. Sebenarnya Zayn pun ada perasaan kat dia cuma Zayn ego taknak mengaku. Bila dia hilang baru Zayn sedar yang Zayn betul-betul sayangkan dia."

Puan Sri tersenyum lembut. "Mungkin inilah saat yang tepat untuk bagitahu. Kenapa Zayn tak cuba call Kayla, jumpa dengan dia ke dan mengungkapkan semua yang ada di hati Zayn?"

"Zayn rindukan dia, mummy. Zayn takda nombor dia, macam mana Zayn nak call." akui Zayden dengan jujur.

Puan Sri mengelus lengan Zayden dengan lembut. "Cinta memang bisa membuat kita merasakan segala emosi yang kuat, sayang. Tapi yang penting sekarang adalah bagaimana kita melangkah ke depan."

"Zayn nak jumpa dia lepastu minta maaf dan menjelaskan semuanya padanya," ujar Zayden dengan tekad.

Puan Sri tersenyum penuh kasih. "Itu adalah langkah yang baik, Zayn. Zayn mungkin pernah buat silap tapi mummy rasa masih belum terlambat untuk memperbaiki kesalahan dan mengungkapkan perasaan Zayn. Jangan tunggu lama-lama. Mummy risau nanti hati dia makin keras. Mungkin salah Zayn sebab buat dia macam tu. Tak patut Zayn cakap macam tu kat dia. Kalau betul Zayn taknak kenapa tak bagitahu baik-baik. Kata-kata Zayn tu buat hati dia terluka. Macam mana kalau dia ingat dengan apa yang Zayn ucap tu? Perempuan ni ingatan dia terlalu kuat. Dia akan terus mengingat apa yang seseorang tu ucap lagi-lagi kata yang menyakitkan. Dia akan terus ungkit benda tu sampai sakit tu hilang."

Zayden tersenyum kelat.

"Ya, Zayn tahu Zayn salah." lemah suara Zayden, ekspresi wajahnya mencerminkan penyesalan yang mendalam. Puan Sri merasa tersentuh oleh kejujuran anaknya.

"Benda dah jadi. Lain kali sebelum nak buat tu fikir dulu, jangan main cakap je. Jadikan benda ni sebagai pengajaran untuk Zayn."

Zayden angguk kepala.

"Dah besar dah anak mummy ni. Tak sabar pula mummy nak berkenalan dengan perempuan yang berjaya mencuri hati anak mummy ni. Mesti cantik kan sampai buat Zayn jadi macam ni."

Zayden senyum manis. " Ya, dia memang cantik, mummy. Senyuman dia sangat manis cukup membuatkan hati Zayn cair. Mata grey dia cukup menawan." tambah Zayden sambil tersenyum lebar.

Puan Sri tersenyum bangga, lalu berkata, "Baguslah kalau Zayn suka. Tengok cara Zayn cakap, mummy dah dapat tahu yang dia betul-betul cantik. Buat Mummy tak sabar nak jumpa dia. Bila nak bawa dia jumpa mummy?"

"Nanti lah Zayn bawa. Zayn sendiri tak jumpa lagi dengan dia. Tunggu masa yang sesuai Zayn bawa dia jumpa Mummy tau. Mummy doa tau."

"Ya sayang doa mummy sentiasa mengiringi Zayn."

"Terima kasih mummy." ujar Zayden seraya memeluk tubuh Puan Sri Zahra.

"Sama-sama, sayang"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro