Part 34 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

VOTEEEE 🥺

"Abanggggg...!!!" jerit Zulaikha dengan suara yang nyaring.

Zayden yang sedang leka bermain telefon di atas katil terperanjat besar. Dalam keadaan tergamam, tangannya hampir terlepas pegangan telefon. Nasib baik dia sempat genggam kuat, kalau tak, mesti dah jatuh tepat atas muka. Dia mengeluh kecil sambil duduk tegak, memandang pintu bilik yang kini terbuka luas.

"Apa hal ni, Zulaikha? Jerit macam ada bomba nak masuk rumah," tegur Zayden, cuba menenangkan debaran di dadanya.

Zulaikha dengan wajah cemas terus melangkah masuk ke dalam bilik, tanpa menghiraukan teguran abangnya. "Abang, ada hal penting ni! Cepatlah turun, mummy panggil kat bawah!"

Zayden mengerutkan dahi. "Mummy nak apa pula? Tak boleh cakap kat sini ke?"

"Taktahulah, abang! Tapi muka mummy tu serius sangat. Abang turun jelah cepat sebelum dia naik sini cari abang," balas Zulaikha dengan nada yang mendesak.

Melihat keseriusan adiknya, Zayden terus bangun dari katil, mencapai telefon dan mengikut Zulaikha keluar dari bilik. Hatinya mula tertanya-tanya, apa sebenarnya yang berlaku sampai mummy panggil dia dengan tergesa-gesa.

Zayden menuruni tangga dengan langkah yang lebih laju daripada biasa. Hatinya berdegup kencang, penuh dengan rasa ingin tahu. Sebaik sahaja dia sampai di ruang tamu, dia melihat mummy sedang duduk di sofa dengan wajah yang tegang. Zayden terus menghampiri.

"Mummy, ada apa? Adik kata mummy nak jumpa Zayn," tanya Zayden, cuba membaca riak wajah mummy yang tampak sedikit cemas.

Mummy memandangnya dengan pandangan serius, lalu menarik nafas panjang. "Zayn, ada sesuatu yang mummy nak bincang dengan kamu. Ini bukan perkara kecil, dan mummy harap kamu dengar baik-baik."

Zayden mengangguk perlahan, semakin cemas dengan apa yang akan dikatakan oleh mummy.

Mummy memandang ke arah pintu, dan Zayden ikut memandang ke arah yang sama. Tiba-tiba, pintu terbuka dan Sofia melangkah masuk dengan wajah yang penuh dengan senyuman. Zayden terkedu seketika, tak menyangka gadis itu muncul di rumahnya tanpa sebarang amaran.

"Zayn, mummy nak kamu serius dengan Sofia," kata mummy tegas. "Projek kamu dengan dia penting, tapi mummy lebih risaukan masa depan kamu. Mummy rasa Sofia ni pilihan yang tepat."

Zayden terpaku, tak tahu bagaimana nak respon. Sofia pula hanya tersenyum manis, seolah-olah semuanya sudah diaturkan. Zayden memandang mummy dengan riak wajah yang sukar dibaca.

"Mummy, Zayn belum fikir ke arah tu. Lagipun Zayn dengan Sofia cuma...," Zayden cuba menerangkan, tapi mummy terus memotong.

"Mummy tahu, tapi mummy harap kamu pertimbangkan. Kamu bukan budak kecil lagi, Zayn. Masa depan kamu penting, dan mummy rasa Sofia pilihan yang baik."

Zayden menghela nafas panjang. Hatinya berbelah bahagi antara tanggungjawab terhadap keluarganya dan perasaan yang mula bercambah dalam dirinya untuk seseorang yang lain.

Sofia melangkah ke hadapan, cuba mendekati Zayden dengan senyuman yang menggetarkan hati. "Zayn, I memang ikhlas nak bina sesuatu yang lebih dengan you. Kita boleh buat ini sama-sama, kalau you bagi peluang."

Zayden mengerutkan kening. "Sofia,I rasa kita tak patut buat keputusan terburu-buru. Lagipun, ada perkara lain yang I perlu fikirkan dulu."

Sofia tersenyum lagi, kali ini dengan nada yang lebih lembut. "I faham. Tapi Zayn, I bukan nak paksa. I cuma nak you tahu yang I sentiasa ada untuk you, bila-bila masa you sedia."

Zayden hanya membalas dengan anggukan kecil, tanpa berkata apa-apa lagi. Hatinya masih berkecamuk. Dia memandang mummy sekali lagi, melihat kesungguhan di wajah ibunya. Namun, fikiran Zayden tidak dapat lari daripada Kayla, gadis yang telah mencuri hatinya tanpa dia sedar.

"Baiklah, mummy," akhirnya Zayden bersuara. "Zayn janji Zayn akan fikirkan. Tapi Zayn perlukan masa."

Mummy mengangguk, puas hati dengan jawapan itu. "Itu sahaja yang mummy minta. Fikir baik-baik, Zayn."

Zayden menghela nafas panjang lagi. Dia tahu keputusan yang perlu dibuat ini bukan mudah. Dengan hati yang berat, dia berpaling dan berjalan keluar dari ruang tamu, meninggalkan mummy dan Sofia di belakang. Perasaan serba salah terus menghantui dirinya. Apa pun keputusan yang akan dia ambil nanti, dia tahu hidupnya tak akan sama lagi.

👀?





































Zayden masih terkejut dengan mimpi yang terasa sangat nyata itu. Hatinya masih berdebar-debar, dan badannya berpeluh-peluh. Dia menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan diri, tapi jeritan Zulaikha tadi membuatkan dia lebih gelisah. Pintu biliknya dibuka luas, dan Zulaikha berdiri di situ dengan wajah penuh kehairanan.

"Abang!" Zulaikha memanggil sekali lagi, suaranya cemas.

"Y-ya?" Zayden menjawab dengan suara yang sedikit bergetar, masih cuba untuk menyedarkan dirinya sepenuhnya dari mimpi tadi.

"Asal abang ni? Berpeluh bukan main," Zulaikha berkata sambil melangkah masuk ke bilik, matanya memandang tepat ke arah abangnya yang kelihatan seperti baru lari marathon.

Zayden cepat-cepat lap peluh di dahinya dengan tangan. "Takde apa-apa lah," dia cuba senyum, walaupun jantungnya masih berdegup kencang. "Ha, ada apa masuk bilik abang ni? Jerit macam ada emergency."

Zulaikha buat muka masam. "Abang, tadi abang ni kan main phone atas katil. Tiba-tiba je takde suara. Adik ingat abang tertidur, tapi lepas tu dengar abang macam meracau."

Zayden tergelak kecil, cuba hilangkan rasa gugupnya. "Taklah. Abang cuma... mimpi je tadi."

"Mimpi apa sampai berpeluh-peluh macam ni?" Zulaikha memandang abangnya dengan mata penuh rasa ingin tahu.

Zayden terdiam sekejap, mengingatkan kembali mimpi yang dia alami tadi. "Mimpi... pelik sikit." Dia tak mahu ceritakan secara terperinci, takut nanti Zulaikha risau. "Tak perlu risau, adik. Abang ok je. Cuma mimpi buruk."

Zulaikha mengangguk perlahan, tapi riak wajahnya masih penuh dengan tanda tanya. "Kalau macam tu, abang nak adik buatkan air ke? Abang nampak macam tak berapa okay."

Zayden menggeleng. "Tak perlu. Abang okay. Abang rasa nak mandi kejap je. Lepas tu adik jangan risau, abang janji."

Zulaikha tersenyum kecil, akhirnya bersetuju. "Okeylah. Kalau abang rasa tak sedap badan, bagitahu adik tau."

Zayden mengangguk dan melihat Zulaikha keluar dari bilik. Dia duduk kembali di katil, kepala bersandar ke dinding, cuba memahami mimpi yang baru dialaminya. Apa yang dia alami tadi membuatkan dia lebih sedar tentang perasaan dan pilihan yang perlu dibuat. Mungkin mimpi itu adalah satu peringatan... atau mungkin sekadar mainan tidur yang tak perlu difikirkan terlalu serius.

Namun, satu perkara pasti—mimpi itu telah membuatkan dia lebih berhati-hati dengan apa yang akan datang. Dengan rasa sedikit lega, Zayden bangun untuk ke bilik mandi, berharap air sejuk boleh membantu dia lupakan mimpi tersebut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro