Part 38 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SELEPAS selesai makan, Zayden menghantar mereka semula ke butik. Kereta mewahnya meluncur dengan lancar, dan suasana di dalam kereta agak tenang, masing-masing sibuk dengan fikiran sendiri.

Sebaik tiba di butik, Zayden memberhentikan kereta di hadapan pintu masuk. "Mummy, Kayla, dah sampai."

Puan Sri membuka pintu kereta sambil tersenyum. "Terima kasih, Zayn. Lain kali jangan lupa ajak mummy lunch lagi."

Aku turut keluar dari kereta, mengucapkan terima kasih dengan sopan. "Terima kasih, Encik Zayn."

Zayden hanya mengangguk sambil menunggu mereka masuk ke butik. Setelah melihat kedua-duanya masuk dengan selamat, dia menghela nafas panjang dan terus memandu keluar dari kawasan itu, menuju kembali ke pejabatnya.

Di sepanjang perjalanan, fikiran Zayden masih teringatkan makan tengah hari tadi, terutama detik-detik ketika hanya dia dan Kayla berdua di restoran. Namun, dia segera mengalihkan fokusnya kembali kepada urusan kerja yang menantinya di pejabat. Banyak yang perlu diselesaikan, dan dia tak mahu hilang fokus.

Setibanya di Z&Z Holding, Zayden masuk ke biliknya dengan langkah yang pasti. Dia menguncikan pintu di belakangnya dan mengatur meja kerja, menyalakan komputer, dan menyemak senarai tugas yang menunggu.

Dengan cepat, dia mula menyemak e-mel dan dokumen penting, fokus sepenuhnya pada kerja. Suasana pejabat yang tenang dan suasana kerja yang teratur membantunya untuk lebih produktif. Zayden menyelesaikan laporan, membuat panggilan telefon penting, dan menyusun strategi untuk projek seterusnya.

Jam menunjukkan hampir lewat petang, tetapi Zayden terus bekerja dengan tekun. Beberapa kali, dia terfikir tentang Sofia dan interaksinya dengan Kayla tadi. Namun, dia menepis fikiran itu dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugas yang perlu disiapkan.

Akhirnya, setelah beberapa jam bekerja keras, Zayden merasa puas hati dengan kemajuan yang dicapainya hari itu. Dia meregangkan badannya, memeriksa jam, dan membuat persediaan untuk pulang, memastikan segala urusan di pejabat telah diselesaikan dengan baik.



Malam tiba. Selepas Zayden selesai mandi, dia turun ke bawah dan duduk di ruang tamu, menonton filem di Netflix. Tak lama kemudian, Puan Sri datang menghampiri.

"Zayn, boleh mummy duduk?" tanya Puan Sri.

"Duduk lah mummy, kenapa pula mummy nak tanya. Ni kan rumah mummy." Zayden tersenyum membalasnya.

Puan Sri duduk di sebelah Zayden, menatap skrin TV. Dia tidak mengganggu, hanya menunggu sehingga Zayden mengalihkan pandangannya daripadanya.

"Zayn, mummy nak tanya ni," kata Puan Sri perlahan.

Zayden mematikan TV dan berpaling ke arah mummy nya. "Ada apa, mummy?"

Puan Sri bertanya dengan penuh minat, "Mummy perasan, sekarang ni kerap betul Zayn datang butik mummy. Dulu bukan main susah Zayn nak datang. Sejak Anne kerja kat situ, Zayn selalu datang. Kenapa ya?"

Zayden terdiam sejenak, merasakan sudah tiba masanya untuk berterus terang dengan mummy nya. "Sebenarnya mummy, Anne tu..."

Puan Sri menyambung, "Anne tu Kayla kan? Perempuan yang Zayn pernah cerita dekat mummy hari tu. Perempuan yang Zayn tak hargai dulu. Betul kan?"

Zayden terkejut mendengar Puan Sri menyebut nama Kayla. Dia mengangguk perlahan, "Ya, mummy. Anne tu memang Kayla. Macam mana mummy tahu?"

Puan Sri tersenyum dan menjelaskan, "Mummy ada dengar tadi kamu panggil dia Kayla masa dekat restoran. Masa hantar Zayn hantar balik butik pun mummy dengar Zayn panggil dia Kayla."

"Macam mana sekarang? Zayn dah minta maaf dengan dia? Dah jujur perasaan Zayn dekat dia?" tanya Puan Sri.

Zayden menghela nafas, wajahnya kelihatan sedih. "Dah, mummy. Zayn dah minta maaf dan dah luah perasaan Zayn. Tapi dia..." kata Zayden, suaranya terhenti.

"Sayang, perempuan ni hati dia keras sikit. Memang susah nak pujuk hati perempuan yang terluka ni. Tapi percaya lah, sekeras-keras mana pun hati perempuan, dia akan lembut. Seorang perempuan mungkin nampak keras pada zahirnya, tapi di lubuk hati, dia juga mendambakan kelembutan dan kata-kata lembut. Apabila dilayan dengan lembut dan penuh kasih sayang, dia akan cair seperti mentega. Jadi, Zayn jangan putus asa untuk lembutkan hati dia yang sekeras batu. Tunjuk effort Zayn pada Kayla." kata Puan Sri lembut.

"Lelaki sejati tidak akan menyerah; dia akan memperjuangkan cinta dia. Zayn kena buktikan yang Zayn betul-betul ikhlas dengan dia, bukan sebab Zayn rasa bersalah sebab pernah buat dia terluka. Betul, perempuan memang nak kata-kata lembut dari lelaki, tapi sebenarnya perempuan nakkan bukti. Kata-kata saja tak cukup untuk membuktikan. Semua orang boleh berkata-kata, tapi tak semua...," Puan Sri berhenti sejenak, merenung Zayden dengan penuh makna.

"Semua orang boleh berkata-kata, tapi tak semua orang sanggup menunjukkan bukti melalui tindakan. Perempuan mahu melihat effort dan kesungguhan dari lelaki. Tindakan Zayn yang jujur dan berterusan akan menunjukkan betapa seriusnya Zayn terhadap perasaan Zayn. Jadilah lelaki yang sanggup berjuang dan buktikan yang Zayn betul-betul nak pulih hubungan ini. Percayalah, usaha dan kesungguhan Zayn akan dihargai. Lambat atau cepat. Puan Sri tersenyum penuh harapan, membelai lembut bahu anaknya.

"Jadi, Zayn, apa yang kena Zayn buat adalah tunjukkan kepada Kayla yang Zayn ni betul- betul serius. Ambil masa untuk faham dia, bersabar, dan berusaha untuk membuktikan bahawa Zayn boleh jadi lelaki yang dia perlukan. Tapi Zayn jangan terlalu mendesak atau memaksa dia. Bagi dia masa dan ruang. Cinta bukan hanya tentang kata-kata manis, tetapi juga tentang tindakan dan penuh perhatian. Jangan biarkan kegagalan di masa lalu menghalang Zayn dari mendapatkan kebahagiaan yang Zayn impikan. Teruskan berusaha, dan jika Zayn betul-betul mencintai dia, Zayn akan berjaya menawan hatinya." Puan Sri memberi nasihat dengan penuh keyakinan dan kasih sayang.

Zayden mendengar kata-kata  mummy nya dengan penuh perhatian, hatinya terasa lebih ringan. Nasihat mummy nya memberi harapan baru kepadanya, dan dia merasakan semangat untuk terus berjuang.

"Terima kasih, mummy. Zayn akan cuba. Zayn memang sayang sangat dekat Kayla. Tapi Zayn tak tahu nak mula dari mana untuk baiki keadaan ni. Zayn takut dia takkan maafkan Zayn."

Puan Sri mengusap rambut Zayden dengan lembut. "Sayang, kadang-kadang langkah pertama yang paling penting adalah menunjukkan yang kita betul-betul berubah dan ikhlas. Kalau Zayn betul-betul sayang Kayla, tunjukkanlah melalui tindakan, bukan sekadar kata-kata. Buatlah perkara yang boleh menggembirakan hati dia, tunjukkan kesungguhan Zayn dalam setiap tindakan Zayn. Sabar dan teruskan usaha, dan ingat, dalam proses ini, Your actions will prove to her how important she is in your life. It's not through words or empty promises that you'll show her how much you care. It's through your determination and effort that she will understand the value you place on having her in your life."

Zayden mengangguk perlahan, nampak sedikit lega mendengar nasihat mummy nya. "Zayn faham, mummy. Zayn akan cuba buat yang terbaik. Terima kasih atas nasihat dan sokongan mummy."

Puan Sri tersenyum lembut. "Baguslah kalau Zayn faham. Yang penting, Zayn teruskan usaha dan jangan cepat putus asa. Kadang-kadang perjalanan untuk memenangi hati seseorang memerlukan masa dan kesabaran."

Zayden mengangguk, wajahnya menunjukkan kesungguhan. "Zayn akan cuba yang terbaik, mummy. Zayn tak akan berhenti selagi Zayn belum berjaya."

Puan Sri memandang anaknya dengan penuh kasih sayang. "Itulah anak mummy yang sebenar. Mummy percaya Zayn boleh lakukan. Lagipun, orang yang benar-benar mencintai pasti sanggup berjuang untuk mendapatkan apa yang dia mahu. Semoga Zayn berjaya dalam usaha ini."

Zayden tersenyum, berasa lebih bersemangat selepas perbualan dengan ibunya. "Terima kasih, mummy. Zayn sangat menghargai nasihat dan sokongan mummy."

Puan Sri berdiri, bersedia untuk berangkat. "Okay, sayang. Mummy nak balik ke bilik. Jangan lupa, teruskan usaha dan jangan lupa untuk menjaga diri juga. Mummy tunggu Zayn bawa Kayla datang rumah kenalkan pada Mummy dan Daddy sebagai your future wife nanti."

Zayden mengangguk, melihat mummy nya pergi dengan penuh rasa terima kasih. Dia kembali menonton TV dengan hati yang lebih ringan dan semangat baru untuk berusaha mendapatkan Kayla.

"Wait for me, my little mermaid. Saya akan perjuangkan awak dengan sepenuh hati saya. Saya tahu saya dah buat banyak kesilapan dan mungkin awak masih sakit hati dengan apa yang berlaku, tetapi saya janji akan tunjukkan yang saya boleh jadi lelaki yang awak perlukan. Saya akan sabar dan berusaha keras untuk buktikan yang saya ikhlas dalam mencintai awak. Cinta bukan hanya tentang kata-kata, tapi juga tentang tindakan dan usaha. Jadi, saya harap awak boleh beri saya peluang untuk betulkan segala-galanya dan buktikan yang saya layak untuk awak. Saya akan sentiasa ada untuk awak, tak kira apa pun yang terjadi." Zayden bertekad, hatinya penuh dengan harapan dan kesungguhan. Dia tahu bahawa perjalanannya untuk memenangi kembali hati Kayla tidak akan mudah,

Di sisi lain, aku berbaring di atas katil, bermain dengan telefon. Sesekali, aku tersedak, bunyi tersedak jelas kedengaran dari kerongkong.

"Uhuk! Uhuk!"

Aku menepuk dada, cuba menenangkan diri. "Ish, siapa pula yang sebut-sebut nama aku ni. Orang cakap kalau tiba-tiba tersedak ni , ada orang sebut nama takpun tengah mengata. Siapa yang sebut nama aku malam-malam ni." kata aku sambil mengerutkan dahi, merasakan kebingungan dan rasa tidak selesa yang menghimpit hati.

Aku melihat jam di telefon dan menyedari bahawa sudah pukul 12 malam. Aku menghela nafas panjang, merasakan keletihan mula menghampiri.

"Dah pukul 12 rupanya patut lah aku rasa mengantuk. Tapi esok tak kerja, kalau tidur lambat pun tak apa kan? Tapi mengantukkk. Tidur je lah." omel aku sendirian.

Aku menarik selimut dan mengatur posisi tidur, cuba menenangkan fikiran yang masih berputar tentang pelbagai perkara. Setelah beberapa saat, aku akhirnya membiarkan mata terpejam, mempersiapkan diri untuk tidur sambil memeluk erat bantal kesayangan ku.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro