Love 2-Valentine's Day

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Alina mengelap peluhnya.Dia berada dalam bilik gim seorang diri.Matanya memandang ke sebungkus plastik yang berisi sesuatu berwarna coklat yang berada atas bangku.

".......",Alina menggeleng laju kepalanya.Dia memasukkan plastik tersebut ke poketnya dan berjalan keluar dari gim.

Apabila dia melangkah keluar,Alina terkejut kerana nampak Solar yang sedang berjalan dengan tangannya memegang sesuatu.

"Huh?Alina?Kau berlatih ke?",soal Solar perasan akan kehadiran Alina.Alina terkaku dan dia memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Ya lah,sebab nanti boleh lah aku belasah kau cukup-cukup",kata Alina.Matanya memandang ke arah coklat berbentuk ♡ yang dibungkus cantik di tangan Solar.

"...coklat tu..",kata Alina perlahan.

"Oh?Yuuki yang bagi.Dia bagi coklat ni sebagai tanda terima kasih kerana berkawan dengan dia",kata Solar tersenyum.

"...betul ke coklat tu hanya coklat persahabatan?",soal Alina menggengam penumbuknya.

"Betul",jawab Solar.

"Memang betul ke?Sebab tak mungkin seorang kawan,akan berikan coklat berbentuk hati pada kawan dia yang berlainan jantina....",kata Alina menunduk kepalanya.Dia kemudiannya berlari dengan laju.

Solar rasa pelik dengan tindakan Alina.

"Kenapa dengan dia tu?",kata Solar.

"Cemburu",kata seseorang melangkah keluar.Orang itu telah menyaksikan apa yang berlaku tadi.

"Eh?Kenapa dia nak cemburu pula?",soal Solar pada orang tersebut.

"Perempuan adalah bunga,manakala lelaki adalah lebah.Bunga yang sangat menyukai seekor lebah,dengan harapan yang lebah tersebut akan mengambil madunya,tetapi sayang,lebah itu mengambil madu di bunga yang lain",kata orang tersebut mengikat rambutnya yang dilepaskan.

"Rasanya kau faham kan?",kata orang tersebut.Solar memegang dagunya,cuba memahami apa yang orang itu katakan.

"Nanti,tak mungkin kau maksudkan yang Alina...",Solar menghentikan percakapannya.Orang itu hanya mengangguk.

"Baik,terima kasih sebab beritahu aku,Mimi!",kata Solar berlari ke arah yang sama dengan laluan Alina.

"Sama-sama",kata Mimi.

--------------------
Di bilik latihan memedang

"Hak!",Alina menghayun pedang kayu yang dipegangnya ke depan.Air peluh keluar dari kulitnya.

Dia berhenti seketika.Nafasnya tercunggap-cunggap kerana kepenatan.Matanya memandang sekeliling.

"Apalah.Hanya kerana hari ni Valentine's Day,tak ada siapa pun nak berlatih",kata Alina.

"Memanglah,sebab hari Valentine's Day juga adalah hari untuk kami berehat",kata seorang lelaki mengunyah coklat.

Alina terkejut dan memandang ke arah remaja tersebut.

"S-Solar?Apa yang kau buat kat sini?",soal Alina.

"Tengok kau berlatih sambil makan biskut coklat yang kau buat ni",kata Solar selamba.

Alina terkejut.Solar memang sedang makan biskut coklat buatannya yang dia buat semalam!

"Woah!!!Bagi balik coklat tu!",kata Alina cuba merampas bungkusan biskut itu dari tangan Solar,tapi Solar cepat mengelak.

"Kenapa pula?Lagipun kau buat untuk aku,kan?",tanya Solar.Alina tak menjawab.

"M...memang pun.....aku buat untuk kau...",jawab Alina perlahan.Solar mengunyah biskut yang terakhir.

"Dan aku ada benda nak bagi kat kau,Alina",kata Solar membuang plastik biskut ke belakang.Dia memasukkan tangannya ke dalam poket.

"Tapi,boleh kau pandang ke arah lain?"

Alina hanya akur sahaja.Dia pandang ke arah depan.Solar mengeluarkan seutas rantai dari poketnya.

Loket kecil berbentuk bunga ros kuning sangat cantik.Solar memakaikan rantai tersebut pada leher Alina.

"Eh?Rantai?",kata Alina memegang loket ranta tersebut.Dia memandang ke arah Solar.

"Ya,aku bagi pada kau",kata Solar.

"Tapi kenapa?",soal Alina.

"Ibu aku kata,rantai itu harus diserahkan yang diberikan kepada perempuan yang dia cintai",kata Solar menutup mulutnya.Mukanya jelas merah.

"Eh?Ma..maksudnya kau...!",suara Alina tersekat-sekat.Mukanya juga merah.Solar mengangguk.

"Betul,aku...suka kau,Alina.Sejak hari pertama kita berjumpa,tetapi aku tak ada keberanian untuk beritahu kau",kata Solar memeluk Alina.Pelukan itu membuatkan muka Alina makin merah dan air mata mengalir dari mata kanannya.

Alina tersenyum.Dia memegang pipi kanan Solar.

"Aku pun,sukakan kau pada hari pertama kita berjumpa",kata Alina merapatkan dahinya dengan dahi Solar.

Mereka berdua tersenyum.Di luar bilik itu,Mimi tersenyum gembira sambil berpeluk tubuh.

"Baguslah,Solar.Kau dah jumpa peneman hidup",kata Mimi berjalan pergi ke arah lain.

Pada masa yang sama juga,Asya menyerahkan coklat berbentuk ♡ pada Gempa.Gempa menerimanya dengan tersenyum gembira dan pada masa yang sama malu.

Gempa berkata sesuatu pada Asya.Asya tersenyum gembira dengar apa yang Gempa katakan.

Seven Princesses yang lain juga sama.Mereka menyerahkan coklat kepada guru mereka dan juga orang yang mereka cintai.

Tetapi,Crystal tak berikan langsung coklat pada Halilintar.

"...aku pasti,yang dia masih sayangkan Yaya...",kata Crystal lalu buang coklatnya ke dalam tong sampah.

Sprainter yang nampak perkara tersebut,hanya mengeluh di sebalik topeng kucing putihnya.

-------------------------

Mia berdiri di depan batu nisan abangnya.Matanya memandang sayu coklat berbentuk ☆ yang dibuat olehnya.

"....tapi...kalau saya letakkan coklat ini,pasti akan ada orang lain ambilnya...lagipun..abang mana dapat makan coklat ni..." ,kata Mia menyimpan coklat tersebut ke dalam beg kertas.

"Aku dah bagi kat Taufan,sekarang ni aku cuma perlu bagi kat Abang Akram",kata Mia berlari meninggalkan tempat tersebut.

Mia mencari Akram.Dia langsung tak jumpa Akram di tempat Akram selalu lepak.

"Mana pula dia ni?" ,kata Mia menutup pintu bilik tersebut.Dia masih meneruskan pencariannya.

Tidak lama kemudian,Mia jumpa Akram.

"Ah,abang Akram!",panggil Mia melambai pada Akram.Akram menoleh ke arah Mia yang sedang berjalan menuju ke arahnya.

"Lama Mia cari abang Akram,tahu tak?",kata Mia mengembungkan pipinya.

"Ahahah,maaf ya",kata Akram mengaru lehernya yang tak gatal.Mia ternampak seorang gadis bersembunyi di belakang Akram.

"Hm?Siapa kat belakang tu?",soal Mia.Gadis itu dan Akram terkejut.

"Pss-t!Apa aku nak buat ni?",bisik gadis itu.

"Manalah aku tahu!",bisik Akram.Mia terus menolak perlahan badan Akram ke tepi.

Kelibat gadis yang bersembunyi di belakang Akram membuatkan Mia terkaku.Akram pula hanya menggeleng kepala dengan jeritan 'TIDAK!!!!!!!!!!!!!!HABISLAH!MIA DAH JUMPA DENGAN MIMI!!!!!' dalam hatinya.

"Ah...",Mia mahu menegur Mimi.Tetapi Mimi berundur ke setapak ke belakang dan mukanya dipalingkan ke arah lain.

Perasaan takut jelas kelihatan di wajah dan mata Mimi.Tubuh gadis itu mengigil.

"Kam..kamu okey ke?"

"Ma...maaf!Saya ada hal lain!",Mimi berlari meninggalkan Akram dan Mia dengan cepat.

"..siapa dia tu?",soal Mia pada Akram.

"Kenapa Mia nak jumpa dengan saya?",soal Akram pada Mia.Dia cuba menukar topik supaya gadis ini tidak tahu tentang Mimi.

"Ah,saya nak beri coklat!Nah!",kata Mia tersenyum menyerahkan coklat kepada Akram.Akram menerimanya dengan tersenyum.

Mia terus lupa untuk bertanyakan soalan yang sama pada Akram semula.

----------------------

Bilik Mimi

Mimi menghempaskan badannya ke katil yang dipenuhi dengan coklat.Dia mengeluh.

"Huh...nasib baik sempat lari tadi",kata Mimi.Arago menuangkan air teh ke dalam cawan.

"Milady jumpa dengan Mia ke tadi?",soal Arago.Mimi menukarkan posisinya kepada duduk.

"...ya...tapi sekejap jer sebab aku lari",balas Mimi meneguk air teh dalam cawan.

"Milady masih tak nak jumpa dengan Mia?",soal Arago.

"Ya...",balas Mimi dengan dahi berkerut.

Paparan seorang lelaki terbaring berlumuran darah dengan pedang ditikam ke perutnya muncul dalam minda Mimi.

"Milady akan balas ke coklat tu semua?",soal Arago.Mimi menggeleng.

"Sebab aku tak nak coklat",kata Mimi membaringkan badannya.

"Eh?Jadi milady nak apa?",soal Arago.

"Aku nak reben putih...yang sama macam kau beri tahun lepas",kata Mimi tersenyum.Arago tersenyum.Dia memasukkan tangan kanannya ke dalam poket.Mimi terus bangun dari pembaringannya.Dia duduk atas katil dengan muka teruja.

Reben putih dikeluarkan dari poket tersebut.Arago duduk di belakang Mimi.Getah rambut yang mengikat rambut Mimi dicabut.

Arago menyikat rambut Mimi kemudian mengikat rambut gadis itu dengan reben putihnya.

"Yeah!Terima kasih Arago!",kata Mimi tersenyum riang.Arago juga turut tersenyum.




Alina dan Solar bersama♡,begitu juga dengan Seven Princesses dan Spirits of Elementals yang lain kecuali Crystal dan Halilintar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro