Spirit 106-Shara,Rafael & Miura

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ZWOSH!!!

Angin yang kencang hampir membuatkan Eric dan Siegfield melayang jika mereka berdua tidak membenamkan senjata mereka ke bawah.

"Terima kasih sebab rawat kami,dan pergi dari sini cepat!"

Asyi dan Asya terus meluru ke arah Eric dan Siegfield dengan laju selepas berkata sedemikian kepada Alaias dan Revan.

BUK!

DASH!

Penumbuk Asya dihalang dengan sabit Siegfield yang tersenyum.Manakala kaki kiri Asyi yang disasarkan kepada kepala Eric dipegang.

"Hahaha!!!"

Siegfield ketawa gila.Sabitnya diputarkan dengan laju,memaksa Asya berundur ke belakang.

ZASH!!

"Urgh...!"

Asya mengerang kesakitan apabila sabit Siegfield dibenamkan ke dalam bahu kanannya.

Asya memegang tangan kanan Siegfield dengan kuat.Tangan kirinya yang memegang kuat tangan Siegfield mengalirkan petir berwarna biru.

ZISH!!!!

Tubuh Siegfield menerima renjatan petir biru Asya.

BOK!

Renjatan tersebut berhenti apabila kaki kanan Asya disepak dengan kuat oleh Siegfield.

"Urgh...!"

Gadis itu terduduk.Siegfield mencabut sabitnya yang terbenam dalam bahu kanan Asya.

Darah memancut dengan banyak daripada luka tersebut.Dia melompat ke belakang.

"Hahaha...!Kau rasa aku akan kalah dengan direnjat ke?Hahaha!Sayangnya,petir takkan bagi kesan pada aku!Sebab seluruh tubuh aku adalah asap!"

Kata Siegfield.

Asya memandang ke arah Siegfield dengan wajah yang sedang menahan sakit.Kaki kanannya menggigil.

Tendangan Siegfield tadi telah buatkan tulang kaki tersebut retak.

"Haha!Tak dapat berdiri ke?Oh,mestilah!Sebab tulang kaki kau tu retak,kan?",soal Siegfield.

Asya mengetap gigi,lalu cuba berdiri secara perlahan-lahan.

Tubuhnya menggeletar sepanjang cuba berdiri.Namun,dia jatuh kembali kerana kesakitan yang amat pada kakinya.

THUMP!!!

"Argh!"

Asyi merintih sakit apabila tubuhnya yang kecil itu dihempaskan dengan kuat atas runtuhan istana tersebut.

Dia bangkit dengan laju,dan meluru ke arah Eric semula dengan dirinya diselubungi angin.

SKRETH!!!!

Eric terseret ke belakang,bersama Asyi yang melanggar dirinya.

"......."

Tongkatnya yang ada permata di bahagian atas dihalakan ke arah wajah Asyi.

Asyi terkejut.

BOOM!!

"Urgh...!"

Permata tersebut meletup.Letupan tersebut mengeluarkan asap berwarna hitam.

Asyi terus melompat ke belakang dengan menekup mulutnya.

"Tindakbalas yang cepat,seperti angin.Memang layak kamu gunakan angin",kata Eric.

Asyi mengukir senyuman.

"Terima kasih atas pujian itu.Tapi ia takkan ubah kenyataan yang kau adalah musuh!",kata Asyi.

Eric mendiamkan diri untuk seketika.

"Kamu mengingatkan saya kepada isteri saya...",kata Eric.

Kening kanan Asyi ternaik ke atas.

"Takkan ubah kenyataan...itu yang dia katakan pada saya,sebelum dia menghembuskan nafas terakhir",kata Eric.

"Dia dah mati...?"

"Ya.Dia dibunuh....."

Asyi hanya mendiamkan diri.

"Oleh saya sendiri"

"!"

Membulat Asyi mendengar apa Eric katakan.Dia sangat terkejut.

"K...kau bunuh isteri kau sendiri?!",soal Asyi.

"Aku bunuh dia...depan mata anak aku sendiri"

Pandangan mata Eric tertumpu kepada Siegfield.

"Kenapa kau bunuh dia?!Kau-"

BAM!

Asyi terhenti bercakap apabila Eric menghentakkan tongkatnya dengan kuat.

"Enough talking.Aku tak perlu kongsi kisah silam aku dengan musuh",kata Eric.

Asyi mengetap gigi.

"Pasti kau takkan maafkan seseorang yang bunuh isterinya sendiri,bukan?Jadi,jangan ragu-ragu untuk lawan aku",kata Eric.

"......fine!Aku memang takkan ragu-ragu pun.Sebab,tak kira siapa dan apa yang mereka lalui....."

Angin yang perlahan mengelilingi Asyi.

"Selagi mereka adalah musuh,saya akan lawan mereka!!!"

ZWOSH!!!!

Angin dikelilingi Asyi bertambah kencang.Gadis itu yang berada dalam angin tersebut,rambutnya yang paras bahu ternaik ke atas.

"Berikan saya kuasa awak,Shara!!"

Shara,spirit kuasa Asyi yang berada dalam inner world,mengukir senyuman.

'As you wish,princess'

BAM!!

Runtuhan istana tersebut ditumbuk kuat oleh Asya yang masih terduduk.Gadis itu bangkit secara perlahan-lahan.

"Ahaha...adik kembar saya sedang berlawan dengan bersungguh...sebagai kakak kembarnya,saya tak boleh ketinggalan..."

Asya kini berdiri sepenuhnya.Kakinya yang retak tulang menggeletar.

Mata birunya memandang tajam ke arah Siegfield.

"Ianya sangat menyakitkan...namun,kesakitan ini tidak cukup untuk buatkan saya menyerah dalam berlawan!!"

Kilat biru memancar dari tempat Asya berdiri.Rambutnya yang panjang itu berterbangan.

"Berikan saya kuasa awak,Rafael!!!"

Spirit kuasa Asya,Rafael yang berada dalam inner world  tersenyum.Balutan pada mata kanannya tertanggal sendiri.

Bola matanya berwarna hitam,manakala anak matanya berwarna biru.Mata tersebut bercahaya biru.

'That's the spirit,girl!'

ZAP!!!

Asyi yang berada dalam angin,dan Asya yang kilat biru memancar di tempatnya,kedua badan mereka bercahaya.

Cahaya itu menyilaukan sehingga Eric dan Siegfield melindungi muka mereka dengan tangan.

Apabila cahaya itu hilang,angin dan kilat biru yang mengelilingi kembar tersebut tidak kelihatan.

Warna rambut Asya dan Asyi berubah daripada blonde ke brown.Mata Asyi masih kekal berwarna biru,namun mata Asya berubah menjadi coklat.

BOK!!!

'Tangan' yang menuju ke arahnya,semua ditumbuk oleh Mel.

"Aku tak tahu apa yang lalui...dan aku rasa aku tak perlu ambil tahu pun tentangnya",kata Mel.

DUSH!!

Adrian terundur beberapa langkah ke belakang apabila Mel menendangnya.

Nafas gadis itu tercunggap-cunggap.Peluh membasahi dirinya.

Dia dah lama berada dalam mode  kuasa kadnya diaktifkan.

'Pertarungan ini mesti ditamatkan dengan cepat.Kad kuasa tu dah hampir capai limitnya'

Seorang gadis yang duduk yang berkerusi roda muncul di sebelah Mel.Hanya Mel sahaja yang dapat melihat gadis itu.

"Ya.....untuk beri serangan penamat pada dia,boleh serahkan saya kuasa awak,Star Saber?",soal Mel mengelap peluh bawah dagunya.

Gadis berkerusi roda itu menghela nafas.

'Star Saber tu nama kuasa,bukan nama saya.Well,that don't matter anymore'

Senyuman manis terukir di wajahnya.Matanya dipejam rapat.

Badan Mel bercahaya terang.

'Princess,call my name...'

Mel mengukir senyuman manis juga.

"Spirit kuasa saya,iaitu Star Saber....berikan saya kuasa awak,Miura!!"

SHING

Cahaya tersebut menjadi semakin terang.Adrian terpaksa menutup matanya.

Apabila cahaya tersebut hilang,Adrian membuka matanya.

Namun,baru dalam 3 saat dia membuka matanya,dirinya diserang bertubi-tubi oleh Mel.

KTOK!

KTOK!

BUK!

BUK!

DUSH!!

Adrian tidak mampu membuat apa-apa kerana kepantasan Mel menyerangnya.

Gadis itu menumbuk keseluruhan badan Adrian dengan pantas berulang kali.Sarung tangan besinya bercahaya merah dan mempunyai bintang.

BAM!

Mel menghentak kaki kanannya dengan kuat.Dia berhenti menumbuk Adrian.

Penumbuk kanannya dikebelakangkan.Cahaya berbintang pada sarung tangan besi tersebut semakin besar.

KBAAM!!!!!

Tubuh Adrian ternaik tinggi ke atas apabila menerima tumbukan yang kuat pada dagunya.

Apabila jejaka itu menjunam ke bawah,dia sudah kehilangan kesedaran sepenuhnya.

Mel masih berada dalam posisi yang sama ketika dia memberikan tumbukan yang terakhir.

Pandangan mata gadis itu kabur.

"Hah...hah...."

BUK

Dia terbaring.Pakaiannya bercahaya,dan berubah menjadi pakaian hariannya.Kad kuasanya berada di sebelah kepalanya.

"Mari lakukannya,Asyi!"

"Ya!"

Asya berlari dengan laju ke arah Eric dan Siegfield,atau lebih tepat,gadis itu berlari ke arah tengah antara dua musuh tersebut.

Apabila semakin dekat,gadis itu melompat tinggi ke atas.Lengan kanannya mengalirkan kilat biru yang kuat,dan ada satu bola petir biru di hadapan penumbuknya.

"HARGH!!!"

Tubuhnya menjunam dengan laju ke bawah.

KBOK!!!!!

Runtuhan istana yang berada di tempat penumbuk Asya mendarat,terus hancur menjadi kecil.

Eric dan Siegfield pula berada di udara akibat impak tumbukan Asya yang sangat kuat.

"Bagus,Asya!Giliran saya pula sekarang!",kata Asyi.

Gadis itu menghayunkan tangannya,dan bilah angin yang panjang menuju laju ke arah Siegfield dan Eric.

"Hahaha!!Aku hanya perlu potong serangan kau ni dengan sabit aku!",kata Siegfield lalu melibas sabitnya.

ZASP!

Namun,sabitnya terpotong apabila bertembung dengan serangan Asyi.

Bukan sabit itu sahaja terpotong,badannya begitu juga Eric terpotong dua,memisahkan bahagian bawah dan atas.

"Badan kamu berdua adalah asap...petir takkan berkesan,tapi angin boleh",kata Asyi.

Kaki dan tangan kanannya dikebelakangkan.

Tangan kanannya diselubungi angin yang kuat.Angin itu sangat kuat,hingga lengan bajunya terkoyak,dan melukakan tangan tersebut.

"HARGH!!!!!"

Tangan kanan tersebut dikedepankan,dan puting beliung yang besar terhasil,menuju ke arah Eric dan Siegfield.

SWOSH!!!

Mereka berdua melayang jauh dengan berada dalam puting beliung tersebut.

Asyi dan Asya menghela nafas lega,sebelum pakaian pertarungan mereka berubah menjadi pakaian harian mereka.

Kad kuasa mereka ada di hadapana mereka.

"Ah.....ia memakan magik dan stamina yang banyak....aku tak mampu bergerak dah..."

Kata Asya dengan senyuman,kemudian tumbang.

"Ya...harap...mereka takkan....kem...bali....."

Asyi juga tumbang,pengsan.Keadaannya sama seperti Mel dan Asya selepas menewaskan Adrian,Eric dan Siegfield.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

My friend:Hm.......kenapa aku rasa macam semua watak yang dicipta oleh aku,lemah sangat dalam story ni?

Me:Haha...maaflah😅Tapi kekalahkan Adrian,kau boleh terima,kan?

My friend:Ya...tetapi Seigfield dan Eric..

Me:Mereka berdua sebenarnya tak kalah,tapi terkeluat dari padang.Yelah,puting beliung Asyi kan membuatkan mereka melayang jauh sampai entah ke mana~

My friend:Hm...betul juga.

Me:Lagipun,aku tak dapat fikir macam mana nak buat mereka berdua kalah.Sebab Eric dan Siegfield kan antara penyakit yang terkuat Elliot ada.

My friend:Hm...jadi,macam mana dengan Kayden?Zara pengguna kuasa air.Aku rasa air takkan menang melawan asap.

Me:*pegang dagu*Hm...itulah aku dok fikir macam mana...alah,main hentam jerlah😅

My friend:It's okey.Lagipun,ini cerita yang dikarang oleh kau.Kau hanya pinjam watak aku

Me:Haha!Betul!

My friend:Dan,undian pada chapter ini adalah,nyatakan lima watak Cerberus yang disukai.

CONTOH:
1.Ayumu
2.Shafiq
3.Nuriah
4.Akram
5.Qistina

Me & My friend:Sila lah mengundi!

🌻Lima ahli Cerberus yang disukai🌻
1.
2.
3.
4.
5.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro