Spirit 19-Bloody Sword

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Perbuatan ayahanda?"

Mimi mengeluh.Dia menjeling ke arah Seven Princesses,kemudian mengalihkan pandangan pada Ken.

"Well,kita ada kat sini untuk berlawan,bukan berdebat",kata Mimi.Tangan kirinya memegang bilah pedang.

"Okey,okey.Kita sambung semula berlawan.Sebelum tu,aku nak tanya satu soalan",kata Ken.

"Apa dia?",soal Mimi.

"Adakah kau..benci pada kerajaan Alveon?",soal Ken.

"....aku akan jawab,kalau kau dapat kalahkan aku",kata Mimi menggengam kuat bilah pedang.Luka yang ada pada jarinya kerana menggengam bilah pedang mengalirkan darah.

Tangan kirinya diturunkan.Pedang putihnya kini dibasahi dengan darahnya.

"..baiklah",kata Ken bersemangat.

"Ken Ouma,di Yuki Kingdom,kau adalah yang paling kuat kerana menumpaskan semua lawan dengan sekelip mata.Tapi..."

Ken meluru ke arah Mimi dengan laju.

"Kepantasan kau hanyalah biasa,jika dibandingkan dengan kepantasan Halilintar",kata Mimi.

SLASH!

Belakang badan Ken memercikan darah.Dia memberhentikan lariannya dan menoleh ke arah belakang.

Kelihatan Mimi berada di belakangnya.

"A..?Bukankah tadi kau..",kata Ken.

"Ini salah satu teknik pedang yang aku cipta.Teknik kelima,Bloody Sword",kata Mimi.

"..apa yang teknik tu boleh buat?",soal Ken.Dahinya berkerut kerana kesakitan di belakang badannya.Mimi menggengam lagi bilah pedangnya dan darah mengalir.

"Kau akan tahu nanti",kata Mimi.

Dalam sekelip mata,Mimi berada di depan Ken.Pedangnya yang dibasahi darah,dihayunkan kepada Ken dengan laju banyak kali.

Ken pula langsung tak mengelak atau pertahankan diri kerana matanya tak dapat menangkap pergerakan Mimi.

Mimi berhenti menghayunkan pedangnya.Gadis kecil itu melompat ke belakang,jauh daripada Ken yang badannya dilumuri dengan darah.

"....."

Ken memandang tajam Mimi.

"..kenapa..kau tak serang aku langsung?",soal Ken.

Darah yang ada padanya bukanlah darah  dia,sebaliknya adalah Mimi yang ada pada pedang tersebut.

"Sebab kau kan nak tengok macam mana teknik pedang ni,jadi aku buat lah macam tu",kata Mimi tersenyum manis.

"Seperti namanya,Bloody Sword.Pedang aku dibasahi dengan darah aku sendiri,membolehkan aku mengawal darah yang ada pada pedang ini.Rasanya kau tahu kan apa maknanya?",soal Mimi.Jari telunjuknya berada dihujung pedang putihnya.

"Nanti,kau tak be-!"

"Ya,kalau darah aku yang ada pada pedang ni,ada pada musuh,aku boleh gunakan darah tersebut untuk serang mereka.Jadi,dengan satu hayunan pedang aku,kau akan dapat cedera yang parah",kata Mimi.

"Jadi,pilih.Kau nak menyerah di sini,atau dapat luka yang parah?",soal Mimi.

"...kalau aku menyerah diri,itu akan malukan Puteri Kemi...jadi,aku lebih rela dapat luka yang parah!",kata Ken.

Mendengar jawapan Ken,Mimi tersenyum.

"Jawapan yang bagus,itu membuktikan,yang kau akan setia dengannya",kata Mimi.Dia menghayun pedangnya.

Darah Mimi yang ada pada Ken,bertukar menjadi bilah kecil yang tajam dan memotong kulit Ken.

Mimi masukkan pedangnya ke dalam sarung pedang dengan membelakangi Ken yang jatuh ke lantai gelanggang dengan seluruh badannya luka.

[PEMENANG,WAKIL DARI KERAJAAN ASTEON!]

Semua orang menepuk tangan.Kemi berlari meninggalkan tempat duduknya menuju ke gelanggang perlawanan.

Pasukan perubatan datang ke gelanggang perlawanan untuk mengunsung Ken ke bilik rawatan.

Kemi berlari ke arah Ken yang baring atas pengunsung.

"..ma..maaf..saya tak..dapat tunaikan janji...",kata Ken perlahan.

Tangan kanannya dipegang oleh Kemi.

"Tak apa",kata Kemi tersenyum.

Mimi yang berdiri jauh dari mereka,hanya tersenyum.

"Oh ya!Ken,soalan yang kau tanya aku tadi.Walaupun kau tak dapat kalahkan aku,tapi aku tetap akan jawab",kata Mimi.

"Aku memang bencikan kerajaan Alveon"

Kata-kata Mimi membuatkan Seven Princesses terkejut.

"Tapi,yang saya benci hanyalah raja kerajaan itu sahaja.Saya tak bencikan rakyat dan keturunan kerabat diraja itu kerana mereka adalah mangsa Raja tersebut,walaupun mereka tak sedar akan perkara tersebut",kata Mimi.

Namun,Ken langsung tak dengar apa yang Mimi katakan kerana lelaki itu sudah pun kehilangan kesedaraan.

"..kami..adalah mangsa?",kata Asya.

Mimi pusing ke arah berlainan.

"!"

[BAIKLAH,KITA AKAN MULAKAN PERLAWANAN KEDUA,IA-]

"NANTI!",jerit Mimi mengangkat tangannya menandakan supaya pengacara berhenti bercakap.

Mata gadis itu memandang ke arah lain dengan riak risau dimukanya.

Para penonton mula berbisik antara satu sama lain.

GROH!!

Bunyi yang kuat datang dari luar arena perlawanan.Semua orang risau.

Misa yang tidur lena dalam dakapan pelukan Tenshi terus terjaga.

"Hm?Bunyi apa tu,ibu?",soal Misa menggosok matanya.

"..mustahil!Bukankah mereka lancarkan perang pada bulan depan?!",kata Tenshi.Misa yang masih mengantuk itu mencelikkan matanya beberapa kali.

"Bunyi apa tu?"

"..ianya mustahil..!",Mimi berlari ke laluan masuk ke arena perlawanan dengan laju.

Sebaik sahaja dia sampai diluar,gadis itu terkejut.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro