Spirit 22-Courage

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Di perpustakaan organisasi,Crystal menyelak beberapa halaman buku tebal yang dijumpainya.Gadis itu nampak rungsing kerana sesuatu.

"Cari buku tentang sejarah kerajaan Alveon?",soal seorang.Crystal tersentak.Dia melihat ke arah pemilik suara itu.

"Ah...Sprainter..",kata Crystal.

Sprainter seperti biasa,memakai topeng kucing putih menutupi keseluruhan wajahnya.Dia tak pernah tunjukkan mukanya kepada sesiapa kecuali beberapa orang sahaja yang tahu wajah sebenarnya.

"Urm..ta..tak adalah..saya cari buku lain...",tipu Crystal memandang ke arah lain.

"Kalau kau cari,tak akan jumpa langsung buku tentang kerajaan Alveon,kerana tiada siapa pun yang tulis tentang kerajaan itu",kata Sprainter.Crystal mengigit bawah bibirnya.

"..kalau macam ni,macam mana saya tahu...",Crystal mengerutkan dahinya.

"Nak tahu tentang perbuatan kejam ayah kau pada Tenshi?Atau keseluruhnya?",soal Sprainter.

"...saya nak tahu semua...kerana selepas kuasa saya terlepas dari kurungan,saya selalu mimpi tentang seorang gadis merayu supaya sesiapa tolong dia..",kata Crystal.

"Dan selepas dengar apa yang Mimi dan Ken katakan semalam",kata Sprainter.Crystal mengangguk.

"Kamu tahu,Crystal..."

Crystal mendongak memandang Sprainter.

"Kuasa kamu sebenarnya memang dah lama terlepas dari kurungan,tapi,memori kamu tentang kuasa itu sahaja yang dikurung",kata Sprainter.

"Eh?",Crystal terkejut.

"Bukan kamu sahaja.Alina,Asya,Asyi,Mel,Risa dan Zara,memori mereka tentang kuasa itu sahaja yang dikurung",kata Sprainter.

"S..siapa yang kurung memori kami?",soal Crystal.

"....jawapan ada pada kamu Crystal",kata Sprainter.

"Jawapan..ada pada saya?",soal Crystal.Sprainter mengangguk.

"Kuasa kamu,Memoir akan tunjukkan jawapan tersebut.Tapi,rasanya kamu tak tahu macam mana nak buat..",Sprainter memegang dagu topeng kucingnya.

"Hm..baiklah.Malam nanti,kamu,sekali dengan Seven Princesses yang lain datang ke bilik aku dan Tenshu,okey?",kata Sprainter.

"..urm...baiklah..",kata Crystal.Sprainter kemudiannya berjalan meninggalkan Crystal.

Gadis itu menyandarkan dirinya pada rak buku.Tapak tangannya diletakkan pada dada.

"...aku...bukan nak tahu itu sahaja...aku juga nak tahu...kuasa aku..boleh lihat masa depan ke..?Sebab...aku nak tahu,adakah...orang itu akan selamanya mencintai...urgh...",air mata Crystal mengalir di pipinya.

Ketika itu,Sara muncul di sebelah Crystal.Tapi,gadis itu tak dapat melihat Sara.Sara yang melihat Crystal menangis,hanya mampu menggeleng.

Dia tak dapat menolong Crystal.

-----------------------

Di bilik rawatan

Mimi masih lagi tidur sejak semalam.Arago yang sentiasa disebelahnya sepanjang masa,juga tertidur.Tangannya masih lagi memegang tangan kanan Mimi.

Sara menembusi dinding bilik rawatan.Dia ingin melihat Mimi.

'Wh...?Pfft!Hehehe...Mimi,Mimi..walaupun kau masih kecil,tapi dah ada orang suka kau ya?'

Wajah Mimi yang tenang ketika tidur memang berlainan ketika gadis itu terjaga,kerana walaupun dia selalu senyum,tapi senyumannya sedih.

Sara berjalan ke arah Mimi.

'...maaf Mimi,kalau bukan kerana aku,kau pasti akan hidup sebagai gadis yang normal,tanpa perlu mengotori tangan dengan darah...'

Air mata Sara mengalir.Badan gadis itu bercahaya dan hilang,kembali semula ke badan Crystal.

----------------------

Malam,di bilik Tenshi dan Sprainter

Misa tak ada bersama Tenshi kerana kanak-kanak perempuan comel tu bersama Cerberus sekarang.

"Baiklah,jadi kamu semua betul-betul nak tahu semuanya?",soal Tenshi.

"Ya...",balas Crystal perlahan.Seven Princesses yang hanya diam kerana mereka diheret ke sini oleh Crystal.

"...baiklah.Saya akan tunjukkan macam mana.Sebelum itu,setiap perkara yang kamu nampak,takkan dapat diubah tak kira apa pun",kata Tenshi.

"Eh?"

"Sekarang,kamu semua pegang tangan dan buat bulatan"

Seven Princesses buat seperti apa yang Tenshi lakukan.

"Crystal,saya nak kamu pejam mata.Dan tumpukan perhatian kepada kuasa kamu",kata Tenshi.

"Saya sahaja..?",soal Crystal.Tenshi mengangguk.

"Kerana hanya kuasa yang kamu ada boleh bawa kamu semua ke Memory World",kata Tenshi.

Crystal akur dengan apa yang Tenshi katakan.Dia memejamkan matanya dan tumpukan perhatian kepada kuasanya sahaja.

Semakin lama Crystal memejam mata,lantai yang Seven Princesses pijak,bercahaya biru.

Dalam minda Crystal

Sara berjalan ke arah Crystal yang tangan dan kakinya dirantai,membelakangi gadis itu.

'Kamu...memang serius nak melihat semuanya?'

Crystal mengenggam tangannya.

"Ya.Walaupun apa yang saya bakal lihat adalah perkara yang menakutkan",kata Crystal.Sara berhenti berjalan.

'..ianya bukan perkara yang menakutkan..tapi perkara sebenar,yang mungkin akan menelan cahaya kau,Crystal'

"Cahaya?Apa maksud kau?",soal Crystal.Dia masih tak memandang ke arah Sara.

'Cahaya yang membawa kau ke jalan yang betul.Tapi,sekarang.separuh dari cahaya kau dah ditelan oleh kegelapan..berpunca kerana kegelisahan hati kau tentang dia'

"..!Hanya kerana aku fikirkan tentang Halilintar?Kenapa?",soal Crystal.Dia menggegam tangannya yang diletakkan pada dada.

'Kerana kau tak ada keberanian.Keberanian untuk terus-terang dengan Halilintar.Kau takut,yang Halilintar akan menolak kau kerana mungkin hatinya masih kepada Yaya'

"...Memang...pun...!Aku..takut!Aku tak nak....dia tolak aku...tapi aku tak ada keberanian untuk luahkan perasaan aku!",Crystal menekup mukanya.Air matanya jatuh menitis.

'Untuk pengetahuan kau,ketika Halilintar cintakan Mimi,dia pun tak ada keberanian untuk beritahu Mimi.Kerana?'

'Sebab keadaan gadis tu tak stabil.Disebabkan Mimi lahir dari perasaan,jadi ada beberapa emosi manusia dia tak faham.'

".....",Crystal mendiamkan diri.

'Tapi,dia akhirnya berjumpa dengan seseorang yang berikan dia kekuatan untuk melangkah ke depan'

"..siapa?',soal Crystal.

'Mimi dan Halilintar.Mereka berdua jumpa seseorang yang berikan kekuatan untuk melangkah ke depan.Halilintar berjumpa dengan Yaya.Mimi pula adalah Arago,lelaki yang sentiasa bersamanya tak kira apa pun'

'Tapi,selepas 3 tahun yang lalu,Halilintar mula hilang tujuan untuk hidup.Dia jadi dingin.Mimi juga sama,dia mengurung dirinya dalam bilik selama 8 bulan.Ketika itu,hanya Arago sahaja yang tahu keadaan Mimi'

"....jadi..?Apa kaitannya dengan saya
..?",kata Crystal.Dia masih lagi menangis.

'Setiap insan perlukan seseorang dalam hidup mereka,dan mereka juga perlukan manusia untuk buat sesuatu.Saya pasti,suatu hari nanti,kau akan dapat luahkannya,Crystal'

Sara tersenyum manis.Cahaya yang berwarna biru muncul di sekeliling Sara.Apabila Sara melangkah ke depan,cahaya itu pergi ke sekeliling.

'Jadi,mari...pergi ke Memory World'

Sara menghulurkan tangannya pada Crystal.Crystal menyambut tangan Sara.Rantai yang ada pada tangan dan kaki Crystal putus.

Badan Sara bercahaya dan menghilang  angin.

Dunia realiti

Cahaya biru semakin terang.Crystal membuka matanya dan satu simbol magik berwarna biru muncul dibawah tapak kaki mereka bertujuh.

Tenshi tersenyum melihatnya,begitu juga Sprainter walaupun senyumannya ditutupi oleh topengnya.

Simbol magik itu bercahaya biru yang terang dan menyilaukan mata.Tenshi menutup matanya kerana terlalu silau.

'Let's go,to Memory World'



Makin mengarut ke cerita ni?Author rasa ya.😅

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro