Spirit 30-Dark Memories(2)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Shafiq dan Akram dipenjarakan di penjara bawah tanah.Arisa pula diletakkan di bilik bawah tanah yang paling dalam di istana.Tujuan kenapa Arisa diletakkan di situ adalah supaya ayah kamu.....kamu tahu ianya apa",kata Sara.

Sambil Sara bercerita,keadaan juga berubah mengikut apa yang dikatakan oleh Sara.Mereka kini menyaksikan Arisa yang terbaring lemah atas lantai yang kotor.

Ayah Seven Princesses menyarungkan pakaian pada badannya.

"Heh..maaflah ya atas apa aku lakukan pada kau...",kata ayah Seven Princesses.

Namun tiada balasan dari Arisa.Gadis yang terbaring lemah di lantai,pandangan matanya jelas kelihatan kosong.Dia tak dapat fikir apa-apa selepas perlakuan yang dilakukan pada dirinya.

"Aku tak nampak apa-apa kesan pada kau pun walaupun aku dah cemari diri kau ketika dalam proses penyucian",kata ayah menuang air minuman ke dalam cawan lalu diteguk.

Air mata Arisa mula mengalir.Dia tahu semua ini akan berlaku melalui bayangan yang dilihatnya pada pagi semalam,tetapi...pasti dia akan terluka juga.

"Arisa..ketika usia ini,dia dapat melihat  masa depan,setiap 2 minggu sekali.Masa depan yang dilihatnya akan terjadi...dan tak dapat diubah",kata Sara.

"...nanti...Arisa sebenarnya keturunan apa?",soal Mel.

"..sebenarnya bukan keturunan,tetapi lebih kepada generasi atau kelahiran semula",balas Sara.

"Kelahiran semula?",soal Zara.

"Kelahiran semula Goddess of War,Athena.Setiap 100 tahun,Dewi Athena akan dilahiran semula ke dunia ini.Kelahiran baru ini akan memperolehi semua kuasa Athena,tetapi tidak akan ada personaliti dan memori yang sama,"

"!...Tapi...kenapa nama dia adalah 'Arisa',bukan Athena?",soal Crystal.

"Bukan semua yang kelahiran semula Athena akan gunakan nama 'Athena'.Lagipun bahaya kalau nama mereka adalah 'Athena',kerana mereka akan diburu dan digunakan untuk perkara yang salah"

Cawan yang dipegang diletakkan atas meja.Ayah Seven Princesses memandang ke arah Arisa yang masih kaku terbaring atas lantai.

"Jangan ingat yang kau dapat berehat.Aku kena pastikan anak yang bakal kau lahirkan itu mempunyai kuasa magik yang kuat.Pengawal!",apabila jari dipetik,pengawal yang setia berdiri di satu pintu yang berada dalam bilik itu,membuka pintu tersebut.

Beribu-ribu jenis serangga muncul apabila pintu dibuka.Pengawal itu segera berlari naik ke atas tangga begitu juga dengan ayah Seven Princesses.

"Semua serangga ini adalah serangga yang mempunyai tenaga magik,hasil kajian aku"

Semua serangga itu menuju laju ke arah Arisa.

"Mereka akan masuk ke dalam badan kau,membekalkan tenaga magik dalam badan kau.Ianya mungkin agak sakit,tapi bertahan sahajalah",kata ayah Seven Princesses tersenyum jahat sebelum menutup pintu.

Arisa,masih dalam keadaan separuh sedar,membiarkan sahaja dirinya didekati oleh serangga-serangga yang menjijikkan itu.Tiada suara yang keluar,atau dirinya meronta kesakitan.

Seven Princesses yang menyaksikan semua itu,mereka semua menutup mata dan menggigil ketakutan.

Apa yang dilihat mereka sangat mengerikan.Tidak sangka ayah mereka yang penyayang di mata mereka,bertindak kejam pada Arisa.

"Benda ini berterusan tanpa berhenti.Arisa langsung tak diberikan masa untuk berehat.Shafiq dan Akram pula diseksa dalam penjara bawah tanah dengan kejam atas tuduhan membunuh"

"K....kenapa Arisa...tak larikan diri?",soal Risa dengan suara yang bergetar.

"Kerana dia tak mahu larikan diri dari takdir yang ditentukan padanya.Walaupun ianya korbankan dirinya,dia tetap akan laluinya"

--------------------------

Ayah Seven Princesses memasuki satu bilik dengan beberapa orang pengawal mengekorinya.

Dalam bilik yang gelap itu,terlihat seorang wanita yang kedua tangannya dirantai pada dinding.Badannya penuh dengan luka.Pakaian yang dipakainya hanyalah baju putih yang kotor.

Wanita itu mengangkat perlahan kepalanya,memandang ke arah ayah Seven Princesses.

"K...ke..kenapa...kau buat macam ni..?",soal wanita itu.

PAK

Wanita itu terjerit kesakitan.Libasan cemeti pada bahu kanannya meninggalkan lebam.

"Diam,perempuan bodoh.Kenapa aku buat macam ni?Ianya kerana kau pasti akan selamatkan Shafiq,Akram dan bakal isteri aku,Arisa",kata ayah Seven Princesses.

"...t...tapi....kenapa..kau mesti libatkan..anak-anak kita..dal...ARGH!!",wanita itu,juga dikenali sebagai Alice,terbatuk apabila perutnya pula dilibas dengan kuat.

"Hidupakan lampu",kata ayah Seven Princesses.Lampu dalam bilik itu dihidupkan.

Tujuh tabung experiments kelihatan dalam bilik selepas lampu dihidupakan.Dalamnya ada tujuh orang kanak-kanak perempuan  yang tidak berpakaian setiap satu.

Dan mereka semua adalah Seven Princesses ketika kanak-kanak.Alice melihat semua anak perempuan yang disayanginya itu,dengan pandangan mata sedih.

"...a...apa yang kau cuba buat pada mereka?!",soal Alice.Air matanya berguguran jatuh.

"Kuasa magik yang ada pada mereka sangat tinggi.Semuanya kerana serangga-serangga magik yang aku masukkan dalam badan kau.Aku akan gunakan kuasa magik mereka,untuk aktfikan Libra",kata ayah Seven Princesses.

Membulat mata Alice mendengarnya.

"L...Libra?!Senjata magik gergasi yang kau cipta tu..?",soal Alice.

"Ya.Senjata yang melepaskan tembakan yang sangat berkuasa dan cukup untuk musnahkan satu negara...tidak..satu planet!",kata ayah Seven Princesses.

"...bukankah..Libra perlukan kuasa magik yang banyak?Anak-anak ini masih kecil!Mereka akan kehilangan nyawa kalau kuasa magik mereka kehabiskan!",kata Alice.

"Ya,sebab itulah..aku kurung kau di sini.Berterima kasih kepada serangga-serangga magik yang ada dalam badan kau,kuasa magik kau sangat tinggi dan takkan kehabisan kerana ianya akan pulih dalam masa yang singkat.Jadi,kau akan bekalkan kuasa magik pada mereka semua",kata ayah Seven Princesses.

"N..nanti..kau tak bermaksud...",wajah Alice menunjukkan dia ketakutan.

Ayah Seven Princesses tersenyum.

"Ya...aku akan serang kerajaan lain..menggunakan Libra..sekarang!"

Simbol magik berwarna merah darah muncul di bawah Alice,dua simbol magik berwarna merah darah juga muncul pada atas dan bawah tabung experiments.

"ARGH!!!!!"

Alice menjerit kesakitan kerana badannya tidak dapat menahan kesakitan apabila kuasa magik diserap keluar.Ianya kerana dia hidup tanpa pengetahuan tentang magik.

Simbol magik pada tabung experiments bercahaya terang.Ayah Seven Princesses ketawa bagaikan orang gila.

Libra,senjata magik yang dicipta oleh ayah Seven Princesses yang kini berada di langit.

Libra berbentuk seperti clover empat kelopak.Tetapi setiap kelopak berbentuk tajam.Bahagian tengah Libra,terkumpul kuasa magik Seven Princesses kanak-kanak dan Alice.

Apabila kuasa magik yang diperlukan mencukupi untuk serang,tembakan dilepaskan dan mengenai kerajaan yang dijadikan sasaran.

Tembakan Libra yang mengenai kerajaan itu,menyebabkan letupan yang besar.Rakyat kerajaan yang ada di kawasan tembakan Libra mengenai,mereka semua mati.

Ayah Seven Princesses yang memerhatikannya dari skrin,tersenyum bagaikan orang tak waras.

Arisa yang berada di bilik bawah tanah,dikeruni semua serangga magik,mengalirkan air mata.

"Masa depan...dan takdir tak dapat diubah",kata Arisa.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro