Spirit 61-Metal Genocider

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Asteon Kingdom,pangkalan organisasi

"Status perang sekarang?",soal seseorang.

"Kita menguasai perang ini",balas seorang operator.

"...nanti...saya dapat rasa tenaga magik yang kuat berada di Yuki Kingdom...periksa sekarang!",arah orang tersebut.

"Baik!",balas operator tersebut.

Kesemua operator di bilik kawalan tersebut sibuk memerhatikan skrin komputer yang menunjukkan situasi peperangan.

"Hah!Di Yuki Kingdom,memang ada tenaga magik yang kuat!Ianya milik musuh!",lapor operator tersebut.

"Identitinya?",soal orang itu.

"Ianya Rifzika Avrahma,ahli Bloody Clan!"

"A..!Siapa ahli organisasi yang berada di sana?",soal orang tersebut.

"Ahli yang berada di sana,antaranya ialah Asyi,Taufan...",kata operator tersebut.

"Kedudukan Avrahma?",soal orang tersebut.

"...!Dia berada dekat dengan Asyi!",kata operator tersebut.

Orang tersebut mengetap gigi.

"Apa yang perlu kita lakukan?Perlukah kita arahkan supaya Tenshi atau Sprainter.."

Percakapan operator tersebut dipotong oleh orang tersebut.

"Jangan.Jika kita minta salah seorang dari mereka berlawan dengan Avrahma,pertahanan Asteon Kingdom akan menjadi lemah",kata orang tersebut.

"..jadi,apa yang kita perlu lakukan,Misa?",soal operator tersebut.

Misa yang duduk atas kerusi,dengan headphone yang disertakan dengan microphone yang dipakai di kepalanya,memandang tajam skrin monitor besar di hadapannya.

"....kamu terus memerhatikan keadaan perang di Yuki Kingdom.Saya akan arahkan Metal Genocider untuk berlawan dengan Avrahma",kata Misa.

"Baik!",kata operator tersebut akur akan arahan Misa.

Sempadan Yuki Kingdom,tembok pertahanan

"Lepaskan tembakan di jam 11!",arah seorang perempuan berambut ungu panjang.

Beberapa orang yang berada di tembok pertahanan,akur akan arahannya,mereka mengisi meriam dengan peluru.

Mereka semua menembak ke arah yang dikatakan gadis itu.

Manusia yang bukan pihak musuh berada di arah tembakan mengelak ke tepi apabila mendengar bunyi meriam.

BOM!!!

Hasilnya,pihak musuh yang berada dalam lingkungan serangan mati.Tanah yang terkena salah satu peluru meriam meninggalkan lubang yang besar dan dalam.

Bala tentera musuh yang baru menuju ke medan perang.

"Bantuan,huh?",kata gadis berambut ungu tersebut.

Cincin yang tersarung di jari kirinya bercahaya dan berubah menjadi senjata.

Senjatanya ialah bazooka.Gadis itu mengangkat bazooka yang besar itu dengan sebelah tangan sahaja.

[TARGET:LOCKED]

"Bang",kata gadis itu.

Muncung bazookanya bercahaya lalu tembakan dilepaskan.Tembakan yang dilepaskan adalah besar dan menuju ke bala tentera musuh yang baru tiba.

"T...tembakan musuh menuju ke sini...!",kata salah seorang bala tentera tersebut.

WHROM!!!!!

BOOM!

CHARK!

SPLASH!

Tubuh bala tentera tersebut berkecai.Kawasan tersebut diwarnai dengan warna darah.

Walaupun badan gadis itu kecil,memegang bazooka tersebut dengan hanya satu tangan,tetapi dia langsung tak terpelanting.

"Wah!Awesome!",kata salah seorang penembak meriam di situ.

Gadis itu tersenyum gembira.

Headphone berbentuk rama-rama hitam yang hanya ada di telinga kirinya,sayapnya berkepak.

Gadis itu meletakkan tangan kanannya pada headphone tersebut.

"Ya?",soal gadis tersebut.

"Salah seorang Bloody Clan berada di medan perang Yuki Kingdom.Ahli Bloody Clan tersebut berlawan dengan Asyi"

"Hm...Asyi,bekas puteri kerajaan Alveon?",kata gadis itu.

"Ya.Saya arahkan,supaya kau,turun ke medan perang,lawan dengan ahli Bloody Clan tersebut.Kedudukan mereka saya akan hantar"

Gadis itu tersenyum.

"Hoho~sound fun!Dengan gelaran Metal Genocider,saya,Ivy Akenikki,turun ke medan perang!",kata gadis itu a.k.a Ivy dengan semangat.

Bazooka yang dipegangnya berubah menjadi cincin semula.Dia melompat turun dari tembok pertahanan yang tinggi tersebut.

Di bawahnya ada beberapa musuh.

BUM!

Kepala musuh dijadikan tempatnya mendarat.Musuh itu mati terus.

Beberapa musuh yang berada di situ,menerpa ke arahnya.Ivy melompat ke atas kepala musuh yang lain.

Kemudian ke kepala musuh yang lain.

"Haha,catch me if you can!",kata Ivy menjelir lidah pada musuh-musuh tersebut.

Menuju ke arah Asyi dan Avra berada,Ivy melompat atas kepala orang lain.

Kerana kalau dia berlari atas tanah,pasti akan ada sahaja musuh menghalang laluan dia.

Asteon Kingdom,pangkalan

"Kenapa cik Misa arahkan Ivy untuk menentang Avrahma?",soal seseorang.

"Saya hantar dia sebenarnya untuk lengahkan masa sahaja",kata Misa mengeluh.

"Lengahkan masa?"

"Ya,kerana lawan Avra yang sebenar berada dalam Yuki Kingdom.And you know who i mean",kata Misa mengunyah sebiji gula-gula.

---------------------------

Tempat Avra dan Asyi berlawan

Dapat dilihat,yang seperti Asyi telah mati dibunuh oleh Avra.

Gadis itu terbaring atas tanah,dengan panah berada di seluruh badannya.Namun,dia masih belum mati.

Kerana Avra tidak menyerang jantung dan kepalanya.

Matanya yang tertutup rapat terbuka luas apabila lutut kaki kanan yang tertikam anak panah dipijak oleh Avra.

"ARGH!!!!",dia menjerit kesakitan.

Avra pula tersenyum gembira melihat Asyi menderita kesakitan.

"Haha!Wajah yang kau tunjukkan,aku sukakannya!",kata Avra lalu memijak lebih kuat lutut Asyi.

Air mata mengalir dari mata Asyi.

"Hargh...argh..."

"Jangan fikir ianya dah tamat,aku masih nak dengar jeritan kau~",Avra mengangkat kaki kanannya,dia ingin memijak bahu kanan Asyi yang tak bermaya itu.

"Sesiapa...tolong...",kata Asyi dengan suara yang perlahan.

Apabila tapak kaki Avra semakin dekat dengan bahu Asyi..

POW!

Wajah Avra dipukul dengan sesuatu yang besar.Avra terpelanting jauh.

Orang yang memukul kepala Avra mendarat atas tanah dengan selamat,di hadapan Asyi.

"Urgh...!Siapa yang berani kacau aku?",kata Avra memegang kepalanya.Kelihatan darah mengalir dari kepalanya.

"Yohoho~it's me,it's me ~Metal Genocider~",kata Ivy dengan gembira.

Tangan kirinya memegang bazookanya yang besar.

Avra memandang Ivy dengan pandangan marah.

"You want to die,brat?",soal Avra.

"Nope!I still want to live!",kata Ivy tersenyum gembira.Bazookanya dihalakan ke arah Avra.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro